CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bluezink

[Lain-Lain] MOVIE HINDI VS MOVIE TAMIL

[Copy link]
Post time 14-8-2013 09:33 AM | Show all posts
chaintea posted on 13-8-2013 10:27 PM
Masih ada filem hindi yg berkualiti
movie like Taare Zameen Par, Kahani sgt bagus for me..berbaloi ...

x tgk lg Kahani...tunggu Zee Channel je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 01:20 PM | Show all posts
Sorry bro...baru perasan benang ni

roughly boleh kata aku tonton film Hindi dari kecik, tapi sekitar tahun 2007 mcm tu baru aku mula nonton lebih serius sejak menonton Chak De India, filem sukan yg tiada lagu2 dan sangat2 bagus....lebih bagus dari Swades (antara filem yg buat aku mula sedar yg Bollywood tidak menjual angan2 semata). Tapi dalam tahun 2012 lah paling banyak menonton filem Bollywood sebab memang banyak filem yg kita boleh kata inilah filem...ia ada cerita, ia menarik, menghibur dan berkualiti. Tahun 2012 saja ade lebih 5 buah filem mainstream Bollywood yg semacam itu, dan tahun 2013 ni nampaknya semakin banyak...kuantiti dan kualiti yg masih jauh utk industri filem negara kita capai.

Filem Tamil pulak dulu2, sekali sekala memang layan je kat TV then lepas dah bercerai dgn TV aku dah tak tertengok filem2 Tamil lagi. Aku bukanlah big fans sangat dengan filem Rajinikanth dan seupamanya walaupun agak menghibur jugaklah tengok citer lawan terbang2 mcm tu. Filem2 Tamil Kamal Hassan lebih menepati citarasa aku utk filem2 yg bagus...pernah menonton Anbe Sivam (best giler) dan Mumbai Express, antara filem Kamal Hassan yg baik buatannya. Aku tak pernah menonton filem Tamil di wayang sebab selalunya dikata takde subtitle tapi baru2 ni, bulan lepas ada member ajak tengok jugalah buat kali pertama filem tajuk Mariyaan, surprisingly good...filem kecil yg sarat dengan falsafah. Kebetulan member tu pun kaki filem merangkap cikgu filem aku, maka dapatlah sikit2 buah fikirannya tentang metafora kembali kepada ibu/laut yg bermaksud return to the root, kembali kepada budaya dan negara kelahiran. Mariyaan adalah tentang seorang anak laut yg tinggal di perkampungan nelayan pesisir selatan India, yg kemudianya atas sebab satu insiden kesempitan wang telah memaksa dia utk bekerja di Afrika. Kampung asalnya sebuah kampung yg warganya rata2 adalah penganut Kristian, something yg agak baru bagi aku yg kurang menonton filem Tamil bila tengok penduduk2 kampung yg muka2 mmg typical muka kampung India selatan pergi ke gereja dan bukannya kuil. sesuatu yg agak baru juga bila melihat 'heroine' yg terlebih obses mengorat 'hero' dan bukannya lelaki yg wooes wanita mcm dlm kebiasaan filem2 dari India...dan sesuatu yg menarik juga bila element2 seperti bad guy dan bakal ibu mertua yg tidak suka bakal menantu sangat2 minimal dan tidak di-over dramatik kan...malah isu dengan bad guy langsung tak melibatkan sebarang dendam, final duel etc...perkara2 biasa yg kita boleh bayangkan dari filem2 India dipesongkan dalam filem ini.

Aku rasa kebanyakan kita mendapat bayangan filem2 India tu sepesen adalah kerana sbb kita kurang terdedah dgn filem2 mereka sepenuhnya. Kita selalu dapat/lihat apa yg popular dan mendapat sambutan semata...kerana pop-culture tu la yg buatkan ia tersebar ke negara2 lain....tapi bila zaman internet dah advance ni baru kita tau yg mereka juga punyai filem2 bagus...seperti dalam lambakan filem2 seram-komedi-rempit Malaysia, sesekali datang juga filem2 macam Songlap dan Bunohan...cuma India dah lebih terkedepan jauh....utk mereka yg fikir filem Tamil adalah sejenis filem2 Rajinikant semata, boleh cuba tonton filem2 Kamal Hassan dan filem2 Mani Ratnam dulu....

Memang dlm filem2 India ada kelas filem2 commecial (masala) dan filem2 parallel cinema. Filem2 parallel cinema ni biasanya lebih realis, tidak musical dan ada banyak kritikan sosial dalamnya. Diperintis oleh Satyajit Ray dan selepasnya diikuti oleh Mira Nair (Salaam Bombay, Monsoon Wedding, The Namesake) dan Deepa Mehta (Fire, Like Heaven on Earth, Water) dimana kedua mereka lebih banyak berkarya di luar India dan kurang terkenal di sini (tapi sangat terkenal di barat). Kita jarang dapat tengok parallel cinema kat sini kecualilah bila actor popular memilih utk berlakon filem mcm tu seperti kes Shah Rukh Khan dengan filem Chak De India (mungkin hanya satu2nya filem terbaik yg SRK pernah berlakon). Beberapa tahun kebelakangan ni kita dapat tengok banyak juga producer yg cuba mixkan elemen popular (masala) dengan elemen parallel cinema ni dan terhasillah filem2 macam 3 idiots yg ada social commentary nya tapi masih mengekalkan muka2 cantik, musical dan romance gaya masala dan ia berjaya. Elemen masala masih sangat penting untuk buat keuntungan....

Kalau tak silap, industri filem Benggali adalah paling terkedepan dalam penghasilan filem2 parallel cinema tapi sayangnya kita kat Malaysia langsung tak terdedah dengan filem2 dari West Bengal ni. Mengikut di belakangnya ialah filem2 selatan India (Tamil dan Malayanam), filem2 Hindi, Punjabi dan Telugu agak terkebelakang tapi filem Hindi (Bollywood) sekarang sedang memecut laju. Tonton saja filem2 terbaik Bollywood tahun lalu (2012) kita dah boleh nampak yg mereka sudah berada di satu tahap yg baru. Kehendak penonton generasi baru berubah, maka industri pun berubah...filem2 hindi yg tak menghidang banyak nyanyian dan tarian pun sudah semakin diterima (boleh buat duit) dan producer pun tak segan2 dah nak menghasilkan filem2 mcm tu....Filem Kahaani misalnya setanding (atau lebih baik) dari filem2 thriller Hollywood.

Pendek kata samada filem Tamil atau filem Hindi, wajah yg ditunjukkan pada most of us ialah wajah popular itu sahaja dan wajah popular ini la yg bermusim di tempat kita ni....ia tak menggambarkan keselurahan industri pun, dan utk mereka yg rajin mencari filem yg bagus, banyak permata tersembunyi dalam filem2 dari India ini.

My review utk filem2 Hindi tahun 2012: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=689936


P/S: @sekngucing, filem Korea mana yg ko kata ciplak Hollywood tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 02:16 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 14-8-2013 01:20 PM
Sorry bro...baru perasan benang ni

roughly boleh kata aku tonton film Hindi dari kecik,  ...

mana2 film korea aku nampak struggle nak ciplak hollywood
idea2 depa pun semuanya dah dibuat oleh hollywood
aku ada tgok satu iklan film korea, pasal street fight, hek elehhh, hero sikit punya cekeding, tp terer lawan org lagi ramai dari dia aku minat korea circa 2002-2005 sahaja
sekarang korea dah fake
aku ckp secara am

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing posted on 15-8-2013 02:16 AM
mana2 film korea aku nampak struggle nak ciplak hollywood
idea2 depa pun semuanya dah dibuat oleh ...

Tgk pengarah juga la kot...ada juga film korea yg idea mcm Hollywood tapi dibuat lebih bagus....n tak kurang juga film Korea yg Hollywood ambik buat remake, tak lama lagi oldboy Korea tu bakal muncul versi Hollywood pulak. Yg Mr.Go tu ikut film apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:47 PM | Show all posts
hafieza posted on 13-8-2013 12:35 PM
aku rase kurg impak only in malaysia je kot..
x abis2 only SRK je yg di momok kn..sedg kn byk l ...

yeah! tepat sekali pndgn ko ni.

sket2 srk.

cb ko tgk ajay devgan berlakon pun best gak.

cth, film dil kya kare. aku rs lg best dr kkhh.



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:48 PM | Show all posts
dulu2 aku layan film tamil n hindi.
tp skrg x lg.
sbb bz.

film tamil pd aku lbh bermutu dgn mesej yg dsampaikan.
aku rs lbh seronok layan film tamil.

ade cter yg benar2 meninggalkan kesan kt fkrn aku slps menontonnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2013 02:36 PM | Show all posts
im_cyclist posted on 16-8-2013 01:47 PM
yeah! tepat sekali pndgn ko ni.

sket2 srk.

ha btol tu...
aku dr first film SRK aku dh kureng dgn die..sbb x hensem..hahaha
byk lg citer lain dr pelakon lain yg ade kualiti wif their good acting skill..


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:11 PM | Show all posts
tamil lah best...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 06:45 PM | Show all posts
Sampai sekarang filem hindhi den suka tengok citer Aamir Khan.. Dlu kalau tamil den suka Kamal Hassan.. sekarang den dah lama tak tengok citer Tamil.. any suggestion?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:45 AM | Show all posts
Iols layan due due,

Bg iols filem Tamil  terbaru yang iols dah tonton and iols suke sgt, lagu and lakonan, Thuppakki lakonan Vijay nanti nak remake jadi Hindi plak, Akshay Kumar and Sonakshi Sinha,

Sekarang nie filem Hindi, iols mcm dah suke plak nak layan filem hindi lakonan Akshay Kumar mcm Rowdy Rathore dgn Special 26, best sebab lawak, Aamir khna plak nak keluar dengan Dhoom3 kan? X sabar nak menunggu,
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 01:04 AM | Show all posts
tlg share link cita2 hindustan ni.. nk juga layan filem  saudara samy value..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 12:12 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-8-2013 01:04 AM
tlg share link cita2 hindustan ni.. nk juga layan filem  saudara samy value..


google ajerr...


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:14 PM | Show all posts
filem tamil aku suka Anjali..even citer lama tahun 1990..tp dat girl kalo x silap masok Guiness World Record sbb lakonan die...superb..



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 09:08 PM | Show all posts
Ada cerita tamil ke hindhi hitam putih pasal seorang yang tiada rumah dan duduk di paip besar.. hidup bercinta dan macam - macam tragedi sampai la paip tu kena ambil untuk sambung projek. Hero dan heroin kawin lepas tu dan tinggal kat paip lain..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:53 PM | Show all posts
antara filem Tamil yg tidak stereotype dan bagus, cuba tonton Kandukondain Kandukondain yg diadaptasi dari novel klasik English Sense and Sensibility by Jane Austen

http://en.wikipedia.org/wiki/Kandukondain_Kandukondain
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:54 PM | Show all posts
tdpp2006 posted on 20-8-2013 09:08 PM
Ada cerita tamil ke hindhi hitam putih pasal seorang yang tiada rumah dan duduk di paip besar.. hidu ...

menarik tuh....ingat tajuk tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 08:57 PM | Show all posts
citer tamil lagi realistik dan dramatik....

citer hindi lebih fantasi

storyline film tamil lebih menarik sebenarnya...tp bahasanya...pening kepala ok dengar...ayyoyyo..yanaddey
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 08:58 PM | Show all posts
im_cyclist posted on 16-8-2013 01:47 PM
yeah! tepat sekali pndgn ko ni.

sket2 srk.

ko minat ajay yg muka cam bangla tu ker???? huhu mesti ko minat remy ishak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:20 PM | Show all posts
harisbee posted on 22-8-2013 08:58 PM
ko minat ajay yg muka cam bangla tu ker???? huhu mesti ko minat remy ishak jugak

aku ni x minat pun, tp ade lakonan die yg best.
xlah streotype mcm srk tu.

aku x mnat tom kurus, tp aku layan je cter die.

tp tekaan ko mmg btl ttg remy ishak.
adoyai...pojaan hati hamba ko...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:22 PM | Show all posts
im_cyclist posted on 22-8-2013 11:20 PM
aku ni x minat pun, tp ade lakonan die yg best.
xlah streotype mcm srk tu.

ok je  ajay devgan dan remy tu....

ajay tu ok jer lakonan dia...mantop...tp rupa dia cam bangla...kalu time mata dia kuyu tu..rasa nak sepak je

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.550348 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list