memento_mori posted on 29-1-2014 08:16 AM
lain kali ko nak tulis review tu tulis jelah kt sini. nampak sgt nk mempromote blog ko yg sendu tu ...
nah!
I, Frankenstein(2014) ialah sebuah filem aksi fantasi terbitan negara Australia dan Amerika arahan Stuart Beattie yangterkenal dengan filem Pirates of the Caribbean(2003). Filem ini diadaptasi dari novel grafik dengan judul yang sama karyaoleh Kevin Grevioux yang juga penulis novel grafik dan penulis skrip filemUnderworld (2003).
Kisahnya bermula di tahun 1795 dimana Dr. VictorFrankenstein (Aden Young) cuba memusnahkan ‘makhluk’ ciptaannya yang‘dihidupkan semula’ dari cantuman mayat-mayat melalui renjatan elektrik. Namunbegitu, makhluk itu gagal dihapuskan dan sebaliknya membalas dendam denganmembunuh isteri Victor iaitu Elizabeth (Virginie Le Brun).
Selanjutnya, filem ini dikembangkan sesuka hati olehpembikin filem ini dengan menambahkan kreativiti kepada kisah asas novel Frankensteintulisan Mary Shelley (1818) yang bagus itu dahulu. Victor memburu makhluktersebut sehingga ke kutub utara, namun dia mati kesejukan di pertengahanjalan. Makhluk itu yang ternyata sangat kuat, tahan lasak dan tak mati-mati,lantas mengkebumikan mayat Victor di sebuah tanah perkuburan. Sewaktu itulah,ia diserang oleh sekumpulan ‘demon’ (makhluk berbadan seperti manusia tetapiberkepala syaitan) yang mahu menangkapnya untuk diserahkan kepada PrinceNaberius (Bill Nighy) iaitu ketua mereka.
Datang pula sekumpulan ‘gargoyle’ (makhluk berbadan sepertimanusia dan boleh berubah menjadi raksasa bersayap) dimana 2 makhluk gargoyleiaitu Ophir (Mahesh Jadu) dan Keziah (Caitlin Stasey) berjaya memusnahkankesemua demon. Makhluk itu dibawa mengadap ketua gargoyle iaitu Ratu Leonore(Miranda Otto) untuk dilindungi tetapi dibenci oleh ketua tentera gargoyleiaitu Gideon (Jai Courtney).
Leonore menamakan makhluk itu ‘Adam Frankenstein’ (AaronEckhart) sempena nama penciptanya, Dr. Victor Frankenstein. Leonore jugameminta Adam untuk berpihak kepada gargoyle dalam peperangan menentang demon.Namun begitu, Adam yang lebih rela berada atas pagar telah meninggalkan gerejagargoyle untuk berkelana mencari sendiri Naberius untuk dimusnahkan dan mencarijawapan kenapa dia hendak diculik?
Apakah kisah seterusnya?
Filem ini melompat ke 200 tahun kemudiannya ya! Selepasmerantau dan hidup berbagai zaman manusia, Adam kini merayau-rayau sehingga ke kelabmalam di sebuah bandar. Adam mengenalpasti salah seekor demon ada di situ. LaluAdam memburu demon itu untuk mengetahui di manakah Naberius berada? Ya! Selepas200 tahun mencari, tahu? Waktu yang sama, Prince Naberius yang kini menyamarsebagai Charles Wessex sedang membuat ujikaji seperti projek Dr. VictorFrankenstein dahulu di syarikatnya dengan bantuan seorang saintis cantikbernama Terra Wade (Yvonne Strahovski).
Apakah lagi kisah seterusnya? Anda kena saksikan sendiri dipawagam tempatan sekarang.
I, Frankenstein ialah filem yang sangat longgar jalanceritanya. Walaupun ia dikategorikan sebagai sebuah filem aksi fantasi yangsudah tentu mencampakkan keluar fikiran logik dari kotak fikiran, namun iaterlalu banyak lubang plot. Ia cubasebaris dengan filem-filem adiwira dan perang fiksyen seperti Thor (2011) danUnderworld (2003) malahan cubasedaya-upaya menandingi semerepeknya filem Twilight (2008).
Filem ini sebenarnya mempunyai permulaan yang agak ok keranamengambil asas dari novel Frankenstein, tetapi gagal untuk mengembangkanperwatakan Frankenstein ke medium fantasi ber-CGI yang lebih baik. Filem iniberpotensi untuk diceritakan seperti filem The Wolfman (2010) tetapi kerana iadibikin dengan keterujaan penulisnya Kevin Grevioux untuk menjadi naratifsebijik seperti Underworld, maka ia menjadi filem yang hanya sekadar menjadifilem yang bakal menjadi produk untuk permainan video sahaja.
Mungkin memang itu tujuannya. Filem ini hanya memberikanpaparan-paparan pertempuran dengan adegan slow-mo dan letusan perang dari pihakgargoyle menentang demon yang diakhiri dengan 2 bentuk ‘kemusnahan’. Tenteragargoyle di pihak yang baik akan musnah bertukar kepada cahaya kebiruan lurusnaik ke langit (syurga). Manakala tentera demon pihak yang jahat akan mampusterbakar ‘pofff!’ menjadi sinaran bebola api berpintal-pintal, berpusar-pusarlenyap (kembali ke neraka).
Di antara kedua-dua pertembungan gargoyle dan demon itulahwatak Adam Frankenstein terperangkap bersama dengan seorang manusia iaitu TerraWade. Yang menjadi tandatanya juga, kononnya pihak gargoyle seolah pelindungmanusia dari kuasa demon tetapi dalam filem ini watak manusia hanyalah sepertisemut-semut yang bersiar-siar semasa gajah berlawan dengan burung garuda.Bayangkan pertempuran sengit meletup terbakar di sekitar bandaraya dan angkasa,tidak langsung dipedulikan oleh penduduk di situ. Mungkin mereka bertempur dalam dimensi dunia lainyang halimunan? Mungkin juga! Siapa tahu? Dari sudutlakonan, watak utamanya Adam Frankenstein lakonan Aaron Eckhart yang terkenal danbagus sebagai watak semi protagonis-antagonis, baik-buruk dalam filem Batman:The Dark Knight (2008) sebagai Harvey Dent/Two-Face sebenarnya telah cubasedaya-upaya untuk disukai. Tetapi kali ini mungkin ia menjadi filem yangdikesali sebagai watak hero terburuk dalam biografi lakonannya. I, Frankensteinialah contoh filem 100% bertih jagung yang kosong dan berangan tinggi tetapitak mustahil akan laku di pasaran dvd dan blu-ray. Plotnya yang nipis tetapidisaluti dengan penceritaan yang tebal dengan dialog dan CGI yang beriya-iya,kurang memberi kepuasan hiburan yang maksima. Ia hanya cuba untuk memancingpenonton yang mahu ternganga menonton visual yang mahu sehebat filem-filemfantasi perang tetapi hanya mampu kelihatan amatur dan biasa-biasa sahaja. KESIMPULAN: I, Frankensteinkali ini tidak ada skru di lehernya dan tidak besar fizikal kepalanya sepertiotak mahu terkeluar. Tetapi kalau anda mahu menonton filem aksi fantasipeperangan seperti menonton pesta bungapi berwarna-warni di funfair atau sarkisdan jika anda mahu melihat wajah-wajah gargoyle dan demon seperti raksasa-raksasadalam siri tv Ultraman? Ini filemnya. 1BIJI ROTIKAYA sahaja!
|