CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

TUDUNG TAK WAJIB - MAJALAH AL ISLAM

[Copy link]
winzip This user has been deleted
Post time 4-12-2003 12:41 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 3-12-2003 06:16 PM:
Dalam Qur'an kat mana Allah kata lelaki saja yang berhak jadi pemimpin? Kalau nak kata kat 4:34 lah.. aduh bangggggg.....

aku tak pernah kata camtu pun..
hang yang kata..
so cari sendiri lar..

btw.. ada tak nabi perempuan.. ada? sapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


winzip This user has been deleted
Post time 4-12-2003 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 3-12-2003 06:46 PM:
Dan soalan yang amat relevan sekali dalam perbincangan ini ialah, setelah beratus-ribu tahun lelaki menjadi *ahem* pemimpin, adakah kita melihat syurga di dunia ini? Atau ketidakseimbangan yang sem ...

ada beratus nabi dan rasul.. sejak adam hingga muhammad s.a.w...
semua mereka ini gagal membawa syurga ke dunia..?
is that what u mean..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2003 04:15 AM | Show all posts
sebenarnya aku pening baca kenyataan mcam nih..kalu org yg slah tafsir susah gak...mcam satu lagi ... bahaya islam syumul
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2003 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-4 00:39:
itu masa aku dengar ceramah agama..
aku sampai kan apa yang aku pernah dengar..
kalau tak nak terima its not my problem..

one thing bile u belajar sesuatu..
bende yang u tak pernah dengar t ...


Haaa.. itulah masalahnya.. itulah problemnya..

When we want to spread a message of a hadith, we have to make sure that the hadith is authentic. Ada banyak hadith maudhu', hadith dhaif yang disebarkan dekat orang, dan apa akibatnya kalau kita tak check? Orang percaya bulat-bulat..

Dan saya tak kata benda tu tak wujud, itu sebabnya saya minta saudara supply sumber hadith tu, nombor hadith tu, dari sahih sittah yang mana.. Itu penting supaya kita tak ambil hadith maudhu', hadith dhaif.. bukan semua hadith tu sahih.. itu saja.. jangan main dengar-dengar lepas tu ambil buat pegangan.. hati-hati bila bercakap tentang hadith...

Nanti saya check bab Imarah dalam sahih sittah.. kalau ada..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2003 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-3 05:03 PM:
[quote]Originally posted by antiQue at 3-12-2003 01:14 PM:
Saya ni pompuan, nak gak saya tau kenapa lak lelaki je yang biasanya menafsir hukum hakam?

dalam islam, pemimpin tu lelaki..[/quote]
Ada beza antara "pemimpin" dan "pembimbing". Kalau Rasul dan Nabi, memang semuanya lelaki kerana tugas "leadership" yang dipikul terlalu berat untuk wanita. Tetapi, kalau membimbing, tak ada sekatan.

Kalau menafsir, kalau mengajar dan mendidik, tugas itu boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita. Tidak ada larangan dimana-mana, samada Quran atau hadith.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2003 11:29 AM | Show all posts
>>>Ada beza antara "pemimpin" dan "pembimbing". Kalau Rasul dan Nabi, memang semuanya lelaki kerana tugas "leadership" yang dipikul terlalu berat untuk wanita. Tetapi, kalau membimbing, tak ada sekatan.

Soalan: bagaimana dengan tanggungjawab seperti ketua negara? Pemimpin atau pembimbing? Apa maksud pemimpin bagi saudara?

Nota: Pada pandangan saya, Rasul dan Nabi semuanya lelaki kerana kehendak zaman. (Soalan tentang Nabi: bukankah jumlah sebenar dan siapa Nabi sebenarnya tidak dapat ditentukan kerana mereka tidak diwajibkan untuk menyampaikan? Adakah kemungkinan yang ada di antara mereka adalah wanita? Kalau salah betulkan, sebab ini saya tak berapa pasti)

M-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2003 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by racerX:
Jadi dalam hal "lelaki adalah pemimpin" ni, aku belum jumpa lagi dalil Qurannya. Dan kalau tak de sebut dalam Quran maka pada aku hadis yang digunakan sebagai dalil tu semua tak valid.


Surah An Nissa 4:34 (yang disebut oleh antiQue sebelum ni) bermula dengan: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan...


Originally posted by marquez:
Soalan: bagaimana dengan tanggungjawab seperti ketua negara? Pemimpin atau pembimbing? Apa maksud pemimpin bagi saudara?

Pimpin = lead. Menunjukkan jalan. Membawa kepada sesuatu perubahan/kebaikan yang baru.

Bimbing = "nurture". Membangunkan sesuatu potensi yang sedia ada atau mengajar sesuatu.

Macam tulah lebih kurang.

Ketua negara? Dizaman selepas Rasulullah dulu tak ada ketua negara Islam yang perempuan. Dan seperti yang kita ketahui, tak ada rasul/nabi yang perempuan disebut dalan Quran. Tapi tak tahulah kalau itu hanya keadaan zaman atau ada kaitan dengan An Nissa 4:34. Dalam pada itu, Quran ada menyebut tentang Balqish, seorang ketua negara dizaman Nabi Sulaiman.

Mungkin antiQue ada pandangan tentang perkara ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2003 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by Num^locK at 2003-12-3 11:09 AM:
Ni thread tumpang..

Cover depan Al-islam... Ade percanggahan tentang seksa KUBUR... bleh tolong explain kalau bleh ngan hadis...

Assalammualaikum.


Jawapan Terhadap Astora Jabat Yg Menafikan Azab Kubur

Musuh-musuh Islam khususnya para Orientalis tidak henti-henti menyerang aqidah umat Islam dengan berbagai-bagai cara.Terbaru adalah artikel yang terbit dalam majalah Al-Islam November 2003/Ramadan 1424 yang ditulis oleh Astora Jabat yang terkenal dengan tulisan-tulisan yang menyeleweng dari ajaran Islam. Tidak berapa lama dulu penulis upahan Barat ini mengejutkan umat Islam dengan cerita Firaun tidak kufur dan wanita Islam tidak wajib menutup kepala yang terang-terangan bercanggah dengan nas Al-Quran.

Dalam majalah Al-Islam keluaran November 2003/Ramadan 1424 Astora menulis bahawa azab kubur tidak ada dengan mengemukan beberapa dalil-dalil aqal yang terang menunjukkan kejahilan dan kesesatannya.

Di antara dalilnya ialah tiada ayat yang menyebut dengan jelas tentang adanya azab kubur dan tiada hadith yang sahih mengenainya.

Padahal sekelian ulamak-ulamak tafsir dan ulamak-ulamak hadith yang muktabar seperti Imam Ibn Kasir, Imam Al-Qurtubi, Imam Ar-Raazi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah dan lainnya menyebut tentang adanya azab kubur dan kewajipan beriman dengannya didalam kitab-kitab mereka.

Adakah Astora lebih tahu tentang Quran daripada sekelian ulamak tafsir dan ulamak hadith?

Imam Abu Hanifah menyebut pada kitabnya yang bernama Al-Fiqhul Akbar :

“Dan sempitnya kubur dan azab kubur itu adalah benar kepada mayat kafir sekeliannya dan sebahagian dari yang derhaka dari orang2 yang beriman.”

Astora menyebut dalam tulisannya bahawa adanya azab kubur itu tidak ada sepakat olih para ulamak.

Ini adalah jelas satu pembohongannya kerana ulamak-ulamak Ahlu Sunnah menyebut bahawa perkara azab kubur ini adalah perkara yang disepakati olih sekelian ulamak Salaf mahupun Khalaf.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam Kitab Ar-Ruh :

“Telah ijmak sekelian ulamak Ahli Sunnah bahawa wajib beriman tentang adanya azab kubur dan tiadalah menafikannya melainkan kaum yang sesat lagi menyesatkan.”

Al-Imam Al-Qurtubi menyebut didalam tafsirnya :

“Tiadalah menafikan adanya azab kubur itu melainkan orang-orang yang sesat daripada Kaum Khawarij dan Murjiah.”

Hadith2 Yang Menjadi Dalil Adanya Azab Kubur


Berikut kami datangkan 23 hadith-hadith yang sahih yang mana 21 buah hadith daripadanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur.

1.        Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Nabi saw berdoa semasa tiba diperkuburan Baqi’ Al-Gharqad :

“Aku mohon berlindung dengan Allah Taala dari azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,Nasaai,Ibn Majah, Al-Hakim dan Ibn Hibban.)
2.        Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Nabi saw menceritakan hadith yang panjang tentang datang malaikat kepada mayat didalam kubur sehingga sabdanya :

“…dan dibukakan bagi mayat yang jahat itu akan satu pintu kepada neraka maka datang akan dia kepanasan api neraka tersebut dan pedihnya dan sempitlah atasnya oleh kuburnya sehingga berselisishlah segala tulang rusuknya..”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Thoyalisi, Baihaqi, Ibn Abi Syaibah, Al-Hakim, Abd Razzaq, Ibn Mandah, Abu Nu’aim dan At-Thobari.)

3.        Dari Ibn ‘Abbas r.a. ketika Nabi saw apabila lalu dekat 2 buah kubur baginda bersabda :

“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi saw meminta dengan pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi saw pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.Juga diriwayatkan oleh Abu Daud , Tirmizi, Ibn Majah, Nasaai, Imam Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Baihaqi, Baghawi, Ad-Darimi, Ibn Mandah dan Thoyalisi.)

4.        Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Sungguhnya mayat itu diazab dengan sebab ratapan ahlinya keatasnya.”
(Hadith Sahih Imam Riwayat Bukhari)

5.        Daripada Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Bahawasanya mayat itu akan diazab dengan sebab sebahagian ratapan ahlinya keatasnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

6.        Daripada A’iyah r.a. bahawa Nabi saw ketika lalu dekat keluarga Yahudi yang sedang maratapi mayat salah seorang ahli keluarga mereka lalu bersabda :

“Kamu sekelian menangisi atasnya dan sungguhnya dia diazab didalam kuburnya .”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

7.        Daripada Umar r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :

“Sungguhnya mayat itu diazab dengan sebab ratapan orang yang hidup.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

8.        Daripada A’isyah r.a. sesungguhnya Nabi saw bersabda :

“Sungguhnya Allah swt akan menambah bagi orang kafir akan azab dengan sebab ratapan ahlinya keatasnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

9.        Dari Barra’ bin ‘Azib bahawa Nabi saw bersabda :

“Apabila didudukkan mayat yang mukmin didalam kuburnya kemudian didatangi oleh malaikat dan ia pun bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Yang demikian itu adalah FirmanNya ‘Telah menetapkan olih Allah akan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap’ (Surah Ghafir ayat 45) telah turun ayat ini tentang azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

10.        Daripada A’isyah r.a. bahawa beliau telah bertanya Rasulullah saw tentang azab kubur maka jawab Rasulullah saw :

“Ya. Azab kubur itu memang benar.”

Berkata A’isyah r.a. :

“Tiadalah selepas itu aku lihat Rasulullah saw selepas menunaikan solat melainkan minta berlindung daripada azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

11.        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi saw bersabda tentang mayat kafir dan munafiq didalam kubur mereka:

“Dan dipukul akan mayat itu dengan pemukul daripada besi dengan satu pukulan. Maka bertempik mayat itu dengan satu tempikan yang mendengar akan dia oleh sekelian yang disisnya melainkan jin dan manusia.”
(Hadith sahih riwayat Imam Bukhari)

12.        Daripada Abi Ayyub r.a. bahawa suatu hari Nabi saw terdengar satu suara lalu baginda bersabda :

“Mayat Yahudi yang sedang diazab didalam kuburnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

bersambung...

[ Last edited by kyas on 4-12-2003 at 12:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2003 12:50 PM | Show all posts
sambungan...

13.        Daripada anak perempuan bagi Khalid bin Said Ibn Al-‘Ass bahawa dia telah mendengar

“Nabi saw berdoa memohon perlindungan daripada azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

14.        Daripada Abi Hurairah r.a. beliau berkata :

“Adalah Rasulullah saw berdoa : Ya Allah! Sungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada azab kubur dan azab neraka..”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)

15.        Dari Ibn Umar r.a. adalah Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya Allah swt tidak mengazab akan mayat dengan sebab mengalir air mata atau dengan sebab bersedih hati tetapi mengazab Ia akan mayat dengan sebab lidah ataupun mengasihani.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

16.        Dari Syu’bah r.a. beliau berkata :

“Telah turun ayat 45 Surah Ghafir berkenaan azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

17.        Daripada A’isyah r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Bahawasanya azab kubur itu sesungguhnya memang benar.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
18.        Daripada Anas r.a. adalah suatu hari Nabi saw lalu pada kampung Bani Najjar maka tedengar ia akan satu suara dari satu kubur maka baginda pun bersabda :

&#8220;<1>Bilakahkah ditanam akan tuan punya kubur ini&#8221;

Jawab para sahabat :

&#8220;Pada zaman jahiliyyah&#8221;

Maka Nabi saw bersabda :

&#8220;Jikalaulah tidak kerana ianya ditanam nescaya telah aku minta supaya Allah perdengarkan kamu sekelian akan azab kubur.&#8221;
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

19.        Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

&#8220;Sesungguhnya mayat itu diazab didalam kuburnya.&#8221;
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

20.        Daripada A&#8217;isyah r.a. berkata kepada Nabi saw bahawa 2 orang tua Yahudi berkata adalah ahli kubur itu diazab didalam kubur mereka itu. Maka Nabi saw pun bersabda :

&#8220;Benarlah kata mereka berdua. Sungguhnya mayat-mayat itu diazab didalam kubur mereka sehingga mendengar akan dia oleh sekelian binatang.&#8221;
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

21.        Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda :

&#8220;Apabila selesai kamu daripada membaca tasyahhud akhir maka hendaklah kamu minta berlindung dengan Allah swt dari empat perkara yaitu dari azab neraka Jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan fitnah mati dan dari fitnah Dajjal.&#8221;
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

22.        Daripada Ibn Abbas r.a. berkata

&#8220;Bahawasanya Nabi saw mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran yaitu &#8220;Wahai Allah! Sungguhnyaaku memohon berlindung dengan Mu daripada azab Jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Al-Masih Dajjal.&#8221;
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

23.        Daripada Anas Bin Malik r.a. bahawasanya Nabi saw bercerita tentang mayat kafir didalam kubur :

&#8220;Kemudian dipukul akan mayat tersebut dengan satu pemukul daripada besi pada antara dua telinganya.&#8221;
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)


Maka jelas daripada segala hadith-hadith yang sahih ini bahawa azab kubur memangnya sebenar dan sekelian orang Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya adalah sesat dan keluar dari agama Islam.

Apabila telah teranglah dari hadith-hadith tersebut tentang adanya azab kubur maka dapatlah kita yakini bahawa Astora Jabat yang telah menulis artikel didalam majalah Al-Islam itu adalah sesat dan cuba menyesatkan orang yang lain.

Adakah patut kita berpegang dengan pendapat seorang pemberita yang jahil lagi sesat dan kita tinggalkan hadith-hadith yang telah diriwayatkan oleh berpuluh-puluh ulamak hadith?

Al-Imam Al-Qadhi &#8216;Ali Ibn Abi Al&#8217;Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah juz 2 m.s. 578 :
&#8220;Dan telah mutawatirlah segala hadith dari Rasulullah saw pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya dan soal dua malaikat. Maka wajib beri&#8217;tiqad akan sabitnya yang demikian itu.&#8221;

Diantara kejahilan Astora Jabat sebagaimana artikel yang ditulisnya berkata bahawa bagaimana pula hendak diazab ke atas mayat yang mati dalam nahas udara atau ditelan binatang buas dimana mayatnya telah hancur?

Allah Taala menjelaskan didalam Al-Quran bahawa Dia berkuasa menghidupkan segala yang telah mati samada elok jasadnya atau sudah hancur.

Pada ayat 259 Surah Al-Baqarah Allah berfirman :
&#8220;dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu bagaimana Kami menyusunnya semula kemudian Kami balut akan dia dengan daging&#8221;

Yakni Allah swt hidupkan semula keldai yang telah mati yang berselerak tulang-tulangnya. Ini sebagi bukti yang jelas Allah berkuasa menghidupkan kembali segala yang telah mati walau pun dalam keadaan hancur.

Dan pada ayat 260 Surah Al-Baqarah Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bagaimana Dia berkuasa menghidupkan burung-burung yang telah mati dicincang hingga lumat yaitu firman Nya :

&#8220;Wahai Ibrahim! Ambillah empat ekor burung dan engkau cincang burung-burung itu hingga lumat dan engkau hantarkan tiap-tiap juzuknya yang hancur itu diatas puncak bukit. Kemudian burung-burung itu Aku hidupkan dan datang kesemuanya berterbangan kepadamu dengan segera. Ketahuilah bahawasanya Allah swt Maha kuasa dan Maha bijaksana.&#8221;

Dan banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan bagaimana Allah menghidupkan mayat-mayat yang telah hancur dengan kekuasaanNya.

Dan pada m.s. 579 Al-Imam Al-Qadhi &#8216;Ali Ibn Abi Al&#8217;Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah berkata :

&#8220;Dan ketahui olehmu bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka barang siapa yang telah mati maka mustahaklah bagi azab yang tertentu baginya samada dikuburkan atau tidak dikuburkan yang memakan akan dia oleh binatang buas atau hangus terbakar sampai menjadi abu atau diterbangkan pada udara atau disalib atau tenggelam dilaut nescaya sampailah kepada ruh dan jasadnya daripada azab sebagaimana yang sampai kepada mayat yang dikuburkan.&#8221;

Sekelian ulamak Ahlu Sunnah Wal Jamaah telah sepakat bahawa barang siapa yang tidak percaya Allah Taala berkuasa menghidupkan semula orang-orang yang telah mati maka adalah ia sesat dan kafir.

Akhirnya kami menyeru umat Islam di Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan kesesatan Astora Jabat atau penulis-penulis seumpamanya dan jangan lagi membaca Majalah Al-Islam kerana sudah terang-terang bercanggah dengan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.



Diterbitkan oleh Jabatan Tafsir dan Al-Hadith Surau Ladang Kuala Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2003 03:09 PM | Show all posts
Salam,

Saya ni bukanlah peminat Astora Jabat (kalau betul dia ikhlas kenapa partisan sangat pandangannya?)... tapi saya nak komen sikit hujah-hujah di atas:

>>>Jawapan Terhadap Astora Jabat Yg Menafikan Azab Kubur...

Saya tak mempunyai kesempatan untuk membaca artikel ini, tetapi adakah Astora menafikan bulat-bulat atau sekadar mengingatkan yang tiada bukti sahih... minta terangkan...

>>>Musuh-musuh Islam khususnya para Orientalis tidak henti-henti menyerang aqidah umat Islam...

Saya tak faham mentaliti yang bersyak-wasangka ini (kata Hegel: The true evil is an attitude which perceives evil everywhere...). Mana konsep innocent until proven guilty yang menjadi teras keadilan Islam?  

Apa maksud 'para Orientalis'? Is it a shorthand for something? Kiri kanan orang gunakan perkataan ini, tapi yang menggunakannya faham atau tidak?

>>>yang ditulis oleh Astora Jabat yang terkenal dengan tulisan-tulisan yang menyeleweng dari ajaran Islam...

Ini pendapat bukan fakta.

>>>Tidak berapa lama dulu penulis upahan Barat...

Jelas sekali penulis mempunyai agenda yang kurang menyenangkan . Dengan hujah-hujah seperti ini beliau telah menjatuhkan kredibilitinya sendiri.

Side note: Kenapa penulis upahan barat? Kenapa tak talibarut Yahudi? Do we have new enemies now?

>>>Dalam majalah Al-Islam keluaran November 2003/Ramadan 1424 Astora menulis bahawa azab kubur tidak ada dengan mengemukan beberapa dalil-dalil aqal yang terang menunjukkan kejahilan dan kesesatannya.

Soalan: Adakah 'dalil-dalil aqal' tidak boleh diterima? Apa maksudnya 'dalil-dalil' aqal? Adakah ia bermaksud jika sesuatu itu sudah tertulis (if it's written, it MUST be true?) ia tidak boleh dipertikaikan dengan pemikiran atau adakah ia mempunyai makna yang lebih spesifik? Saya ni tak berapa up-to-date dengan istilah-istilah ni, jadi kalau salah, betulkan...

>>>Adakah Astora lebih tahu tentang Quran daripada sekelian ulamak tafsir dan ulamak hadith?

Soalan yang nakal, pada hemat saya... Kita tak boleh pertikaikan yang 'sekelian ulamak tafsir dan ulamak hadith' mempunyai pengetahuan tertentu, tetapi setakat mana pengetahuan mereka? Bagaimana dengan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang lain (semua ilmu dalam dunia ni berkait-kait; jadi apa sintesis ilmu yang digunakan untuk membuat satu2 kesimpulan?)... Bilakah mereka membuat tafsiran mereka? Dan apakah penafsiran mereka boleh digunakan di zaman ini? Apa jaminan yang menyatakan bahawa tafsiran mereka akan dipelihara kesahihannya sehingga ke hujung masa?

>>>>>>Astora menyebut dalam tulisannya bahawa adanya azab kubur itu tidak ada sepakat olih para ulamak.....Ini adalah jelas satu pembohongannya....

Persoalannya siapa yang betul. Kalau ikut logik, jawapan Astora lebih sesuai digunapakai... Kecualilah ada bancian yang dibuat untuk semua ulamak di dunia ini di masa ini dan masa lepas...

>>>...揟iadalah menafikan adanya azab kubur itu melainkan orang-orang yang sesat daripada Kaum Khawarij dan Murjiah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2003 05:22 PM | Show all posts
astora jabat aku tak cham..

astro boy aku kenal laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2003 08:37 PM | Show all posts
perempaun muslim kalau pakai tudung secara betul n niat ikhlas semata2 kerana allah..adalah lebih manis...kalau nak tunjuk alim..n sb fesyen...tak tau nak ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2003 10:03 PM | Show all posts

sori menyibuk sikit.

Originally posted by racerX at 2003-12-4 03:24 PM:
Akupun bukannya fan boy Astora Jabat. Yang penting pada aku cuma Kebenaran. Jadi...

Soalan 1: Adakah Astora Jabat selalu salah, tak pernah betul atau tak de benda yang baik yang dapat diceduk da ...


tapi perlu ker terima apa saja kata2nya  ??
tidak ker perlu ada hujah dan dalilnya juga  ??
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2003 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-4 10:26 AM:
Originally posted by winzip: "hang dah setuju dalam hadis dah ada hang jumpa..dah kire ok ler tu.. sebab hadis pelengkap al-quran..nak aper lagi.."

Exactly. "Hadis tu PELENGKAP al ...


betul..' pelengkap'.  jadi Islam yg kita terima dulu zaman nenek moyang
yg tidak menutup aurat dgn sempurna ..  maka kita sebagai generasi sudah
semakin selesa ,  kita kena lengkapkan segala ilmu yg ada lebih2 lagi
yg tersurat didalam al Quran.  ketika bangsa lain yg bukan islam semakin kuat
memang dlm pengkajian ilmu2 Islam ..  kita pula  yg dulu berdabik dada bila
menceritakan kelebihan dlm beragama , akhirnya hanya sekadar mempertikai2
hukum Allah. kita ambil apa yg jua kita suka , kita jadikan amalan .  dan kita juga
selaku pengamal yg tidak mempunyai pemikiran.  budaya kita bukanlah ilmu ,
tetapi lebih kepada ketaksuban.  semata2 taksub pada pemimpin dan tidak
dapat kembali kepada al Quran dan juga hadis.

jadi..  kita bukanlah pelengkap kepada agama itu.
sekian.. wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2003 10:35 PM | Show all posts
Kenalah tengok dalil dan hujah2 dia jugak... siapapun tak kiralah.. Astora ke Astro Boy ke...
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 7-12-2003 05:46 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 4-12-2003 09:42 AM:
Haaa.. itulah masalahnya.. itulah problemnya..

When we want to spread a message of a hadith, we have to make sure that the hadith is authentic. Ada banyak hadith maudhu', hadith dhaif yang diseb ...

sumber hadith dan pangkat2 dia semua nih aku dah go through.. sebab aku dah belajar semua tu..

masa dengar ceramah.. tengok gak sapa bagi ceramah..

kalau aku sangsi ngan hadis tu dan orang dalam majlis tu pun tak terima, aku tak bagi pendapat tu kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


winzip This user has been deleted
Post time 7-12-2003 05:47 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 4-12-2003 10:10 AM:
dalam islam, pemimpin tu lelaki..

Ada beza antara "pemimpin" dan "pembimbing". Kalau Rasul dan Nabi, memang semuanya lelaki kerana tugas "leadership" yang dip ... [/quote]
kesimpulan.. leadership, lelaki, pemimpin, adalah sinonim.. tq..
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 7-12-2003 05:51 AM | Show all posts
Originally posted by racerX at 4-12-2003 10:26 AM:
Originally posted by winzip: "hang dah setuju dalam hadis dah ada hang jumpa..dah kire ok ler tu.. sebab hadis pelengkap al-quran..nak aper lagi.."

Exactly. "Hadis tu PELENGKAP al ...

pelengkap di sini bermakna 'menghuraikan' maksud al-quran yang tertentu..
inilah salah satu fungsi hadis.. kalau hang belajar hadis berguru lar..
'pelengkap' di sini bukan bermakna al-quran tak lengkap..
dan kene ingat, hadis adalah sabda nabi s.a.w...
contoh.. yang memperincikan cara kita sembahyang ialah hadis..
tu sebab dulu bila kasim ahmad tolak hadis.. orang tanya dia..
'macam mana tuan sembahyang..' ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2003 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-7 05:46:
sumber hadith dan pangkat2 dia semua nih aku dah go through.. sebab aku dah belajar semua tu..

masa dengar ceramah.. tengok gak sapa bagi ceramah..

kalau aku sangsi ngan hadis tu dan orang d ...


My point is, winzip, hadith yg sdr beri tu apa tarafnya? Sahih, hasan, dhaif atau maudhu'? Itu yang saya nak tau. Kalau sahih, saya nak tau dari sahih sittah yg mana, Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Dawud, Nasai'e atau Ibn Majah? Saya nak tau nombor hadithnya, supaya mudah kita membuat rujukan apakah hadith lengkapnya, bagaimanakah lafaznya. Setiap hadith yg sahih telah dikumpulkan dan setiapnya punya nombor rujukan unik yg boleh kita rujuk.

Kadangkala apabila quote satu portion dan meninggalkan portion yg lainnya, ianya akan lari maksudnya. Jadi berikan nombor hadith, dan kita boleh check hadith lengkapnya dan bolehlah kita sama-sama tengok apakah messagenya.

Dan lagi satu, bukan semua penceramah itu ambil berat kesahihan hadith. Dan bukan semua penceramah tahu hadith. Saya pernah berhadapan satu kejadian merujuk pada seorang ustaz lulusan pengajian hadith bila saya bertanya tentang hadith Tsaqalayn, katanya begini : "Mana ada hadith macam tu?". Dia tak tau pun hadith tsaqalayn tu apa sedangkan hadith tersebut hadir dalam 5 dari 6 sahih collection, iaitu Muslim, Abu Dawud, Tarmizi, Nasai'e dan Ibn Majah. Hanya Bukhari tak meriwayatkannya. Jadi walau siapa pun penceramah, kita masih perlu kembali pada sahih collection dan verify kesahihan dan lafaz hadith through the sahih collection.
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 8-12-2003 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 2003-12-2 05:37 PM:
Pendapat tu dipetik dari pendapat Dr Zaki Badawi, seorang mufti yang pernah menjadi pensyarah di Al-Azhar dan Professor of Islamic Studies beberapa universities luar negara, juga pernah menjadi Ket ...


Saya tak baca majalah Al Islam tu, tapi kalau di baca dari topic tu ..... to me it is a bit misleading ..... tak wajib mentup aurat?.

Dan saya bersetuju juga dgn penerangan dari Sis Antique ttg pendapat Dr Zaki tadi .... tapi persoalannya apakah tujuan article dalam al-islam dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia? .... adakah ia bermaksud ada kelonggaran pada wanita islam Malaysia untuk tidak menutup aurat?... maksudnya wanita Islam malaysia (yang mengamalkan pandangan imam al-shafie) yang tak menutup rambut dan sebahagian dari tubuh badan mereka di khalayak ramai tidak berdosa?.:stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.301637 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list