CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anne_boleyn

Pengalaman Masa Aku Kerja di Genting Highland - Cerita 12 (Intai - cak cak)

[Copy link]
 Author| Post time 15-7-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 6 - Casino

Kat GH ni ada byk kat casino. Boleh kata setiap hotel ada Casino. Casino ni bersambung2 dari hotel A ke hotel B. Cuma Theme Park Hotel je x de casino.

Masa mula2 aku keje kat GH, aku keje kat Finance dept sbg secretary. Kat Finance tu cuma ada 3 org je Melayu termasuk aku. Yg lain semua Chinese.

Aku ada 3 boses. Salah satu boss aku ni in charge utk AVP utk casino. Dlm casino tu ada lagi satu dept under Finance, namanya Keno Slot. If kena hantar doc, aku memang kena masuk casino.

First time aku masuk casino tu, Allah je yg tahu betapa lemas nya aku. Terasa sesak nafas. Walaupun x ramai org, aku rasa nafas aku mmg tercungap2.

Dlm tu bukan ada apa pun. Ada table games. Ada slot machines. Ada Bingo. Ada kereta utk hadiah. Ada jugak cafe2 kecik. Money changer pun ada jugak.

Ada satu area tu penuh cermin. Aku nampak sesuatu dlm setiap cermin tu. Entiti yg mcm2 rupa pandang setiap org yg ada di situ. Org kata, hantu2 tu yg jaga casino. Peliknya nape dia dok dlm cermin plak.

Pernah aku dgr cerita ada satu org ni kononnya bwk hantu dia dtg genting. Kononnya nak tolong tuannya ni menang berjudi. Sampai je pintu masuk casino, hantu dia x boleh masuk. Korg nampak x permainannya di situ? Hantu2 belaan Lim Goh Tong (owner GH) tu lagi hebat dari hantu yg ada. Dia x kasik chance org tipu duit dia cara halus. Penyudahnya org tu blk dgn tgn kosong.

Sebelum smpai GH ada satu tokong pagoda. Agak tinggi juga. Ada juga yg mengatakan, hantu2 belaan dok kat situ buat road block. If kita bwk hantu, dia dah sekat dari situ. Yg aku tau tokong tu x di bina saja2. Aku pun penah nampak entiti di situ. Tp sambil lalu je la. Tak penah aku melepak di situ. Scary

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 04:51 PM | Show all posts
sambung la lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 7 - Kambing Gurun

Sebelumnya ada terminal bas kat GH, klau nak balik Ipoh, mesti kena turun KL dulu. So, ceritanya kenalah naik skyway, bas GH-KL, then KL-Ipoh. Ada je bas direct GH ke Pekeliling. Tapi bas tu laju nak mampus.

Naik skyway ni best. Nampak pemandangan yg indah. Hijau je. Saujana mata memandang. Itu kalau siang la. Kalau malam, x nampak apa ya. Gelap. Itam. Pekat. Yg nampak hanya lampu spot light dari satu tiang ke tiang yg seterusnya. Lebih malang lagi jika angin kuat. Bergoyanglah gondola tu ke kiri ke kanan. Dgn ketinggian x tau brp meter dr paras bwh, mengucap je la.

Sepanjang naik skyway ni, klau bernasib baik, boleh nampak Kambing gurun. Kadang2 sekor. Kadang2 lebih. Paling byk aku penah nampak 3 ekor. Mcm satu family. Ada bapak, mak dan anak. Bapaknya of course la bertanduk.

Dorg ni ada lokasi faveret. Sbb byk kali aku nampak kat tempat yg sama. Tak jauh sgt dgn gondola bila bergerak. Mmg boleh nampak dgn jelas. Ada penah sekali aku nampak kat lokasi yg lain. Susah aku nak explain. Tp lokasi tu amat pelik utk seekor kambing pegi ke situ melepak. Pelik. Tapi dia mmg ada di situ. Beberapa kali.

Kambing gurun ni mmg byk kelebihannya. Bkn senang nak tangkap. Apatah dpt melihat pun sudah satu rahmat.

Ada satu staff ni dia dah lama usha kambing gurun ni. Dia jadi lagi excited bila tahu akan keistimewaan kambing ni. Terutamanya manfaat yg dia dapat. So dia pasang niat nak tangkap kambing gurun ni.

Staff ni aku namakan Ali. Hari tu Ali dah tekad nak tangkap kambing gurun tu. Walaupun kwn2 nya nasihat kan tidak, dia degil. Cuma Abu je sudi temankan Ali. Pegi lah mereka berdua ke area skyway tu utk memasang jerat.

Mengikut kata Abu, kejadian malang tu terjadi cepat sekali. Sekelip mata.

Sedang mereka nampak kambing gurun tu sedang duduk melepak. Mereke menghampiri perlahan2. Kambing itu nampak mereka. Tapi dia buat x tau je. Ali senyum gembira. Tak sangka senang betul nak mengumpan kambing gurun. Dgr org citer mcm payah sgt. Dia bangga.

Perlahan2 Ali menghampiri. Abu standby kat belakang. Ali menghampiri lagi. Jarak klau di ikutkan x la jauh sgt. Tapi mcm x sampai2. Keadaan tanah yg x rata agak menyusahkan pergerakan Ali. Bila dah cukup dekat, Ali melemparkan tali yg telah disimpul ke kepala kambing itu. Gagal

Ali jadi geram. Jarak dekat je. Boleh plak x masuk. Ali cuba lagi dan lagi. Masih gagal. Kambing gurun tu masih di situ x bergerak. Cuma lihat je. Ali rasa mcm diri dia di persendakan.

Setelah beberapa cubaan. Akhirnya masuk. Ali bergelut dgn kambing gurun. Entah mcm mne Ali tergelincir lalu jatuh ke curam. Dan kambing itu mengeleng2kan kepalanya lalu tali itu jerlus dr lehernya. Melompat dan meninggalkan tempat kejadian. Dan Abu yg panik terus lari mendapatkan pertolongan.

Dipendekkan cerita Ali meninggal di tempat kejadian. Abu trauma beberapa hari. Dan kambing gurun tu masih lagi kelihatan melepak di favorite spot nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:52 PM | Show all posts
i dulu staff genting tahun 1997-1998. stayed RSC yg building asal lama, ingat dulu kalau  nak tidoq tu punya la susah sbb almost every night ada orang jerit nama Joe! Joe! kat luar tingkap, senior sampai cakap jangan layan bunyi tu sbb Joe tu dah mati, bunuh diri dalam bilik. Setahun kerja ataih tu cukup ler, buleh jadi gila otak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sy tak pernah naik Genting Highland. Cameron je tu pun sbb tak ada benda lagha tengok pokok2 cantik. Mmg takkan naik lah atas tu. Tak sanggup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
azharariff posted on 15-7-2014 06:52 PM
i dulu staff genting tahun 1997-1998. stayed RSC yg building asal lama, ingat dulu kalau  nak tidoq  ...

RSC mana? Laki je ke atau skali ngan married quaters? Tapi tahun 1998 tu dah lama sgt. Aku pun x abes skolah lagi time tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-7-2014 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mai-shi posted on 15-7-2014 07:21 PM
sy tak pernah naik Genting Highland. Cameron je tu pun sbb tak ada benda lagha tengok pokok2 cantik. ...

Tak de apa lah @mai-shi. Ko naik pun skali skala. Unless ko keje sana. Lagi lama lagi mcm2 ko dengar or experienced. Aku keje sana 5 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 8 - Cinta Seberang

Kat GH ni ramai je buat praktikal. Bukan je dr local university, dr luar pun ada jugak. Tapi semuanya course perhotelan la. Ada university dari Indo ni mmg non-stop hantar student buat practical.  Aku tgk bdk2 ni kena kerah dah mcm staff plak. Sian.

Masa ni aku dah dapat promotional transfer sebagai secretary kat Resort Hotel. Bf aku tu waiter kat Resort Cafe. So kami keje under satu hotel. Selalu dapat jumpa.

Ini kisah sorg bdk pastry yg bercinta dgn awek waitress kat Resort Cafe. Dorg ni bercinta dah lama. Org kata tgh tunggu masa je nak kawen. Satu GH tau lah yg dorg ni bercinta. Sbb asik berdua je ke sana ke mari.

Awek ni aku namakan Pah dan bf dia aku namakan Man. Masa time bdk2 Indo tu dtg buat praktikal, si Pah ni baiklah dgn bdk ni. Nama dia Yanti. Bdk ni boleh tahan lawa jugak. Senang citer lagi lawa dr Pah. Ramailah mengata yg Pah ni ada adik angkat baru. Even bercinta pun dia seret bdk Yanti ni. Klau dulu mkn berdua, skang mkn bertiga.

Sampailah ada satu masa tu Pah ada hal kat kg, dia cuti seminggu. So, Man ni masih lagi dok makan dgn Yanti. Dari makan sama2, org nampak dorg jalan sama2 kat First World Plaza. Pastu ada yg ckp terserempak dorg tgk wayang. Cukup seminggu, Pah pun balik.

Kecohlah org mengata sampai terdengarlah ke telinga Pah. Paling sakit hati org ckp Yanti ni madu Pah. Tapi Pah relax lagi.

Mcm biasa lepas abes keje Pah ajak lah si Man ni lepak2 mkn. Tapi Man ni sibuk nak tggu Yanti bru nak pegi makan. Masa tu Pah rasa mcm nak berdua je ngan Man. Tapi x de harapan. Klau x de Yanti, Man malas nak kuar. Alasannya, kesian Yanti sorang2.

Hubungan Pah dan Man semakin bermasalah. Man dah malas nak kuar dating ngan Pah. Mcm2 alasan. Sampailah satu aritu kantoi Man kuar dgn Yanti time Pah buat ot. Pah pun angin satu badan.

Pah hanya mampu meroyan ngan Man je. Bila semuka dgn Yanti dia jadi lembut hati. Sampai satu GH heran. Kira masa tu gossip dorg ni yg plg hangat. Ada yg ckp Yanti dah caras Man. Dan ada juga yg ckp Yanti pkai guna2.

Kat area Pahang ni jgn la bwk main2. Dorg ni suka main bomoh. Plg takut bomoh org asli. Ramai jugak yg dah terkena. Adalah kwn Pah si Liza ni suggest jumpa bomoh, tp Pah menolak.

Lama jugak la org x nmpak Pah ngan Man lagi. Sebaliknya Man dan Yanti ligat dating ke hulu ke hilir tiap2 hari. Yg peliknya Pah mcm tak hirau je. Kebetulan shift x sama.

Dah hampir 3 bulan, Yanti tamat la practical training dia. Dia pun blk la Indo. Pah rasa lega sbb org dah x mengata. Tapi Man. Man selalu sakit2 lepas maghrib.

Lepas maghrib je suhu badan Man naik mendadak. Muntah2. Demam. Tapi esok pagi bgun, semua ok blk. Dua tiga hari mcm tu. Dari berisi dah mcm lidi. Roommate Man bgtau lah Pah. Tapi Man menafikan asik ckp dia sehat.

Satu hari tu Pah dah x tahan sbb Man mcm elak2 jumpa dia. Pah pun naik la blk Man. Kat GH, pompuan bleh pegi blk laki dr jam 10am ke 10pm. Klau lebih 10pm pandai2 la. Klau kena tangkap ngan warden boleh kena buang keje. Masa sampai tu Man x de. Roommate Man mmg kenal Pah. So dorg bukak kan pintu. Alangkah terkejutnya Pah. Tgk ada frame gambar Yanti. Masa ni Pah dah meroyan. Tggu Man blk je. Dia nak putus.

A whole night Man tak blk. Tak de sorg pun tahu Man pegi mana. Abes la roommate Man kena interview dgn Pah. Rupanya Man penah bwk Yanti naik bilik. Meroyan lagi la Pah.

Obviously Man mmg dah kena guna2 dgn Yanti. Dgr cite smpai si Man ni nak pegi Indo jumpa Yanti. Dorg masih berhubung. Mahu x mahu, Pah kena bwk Man berubat klau nak Man pulih.

Man still denied yg dia sakit. Agak susah jugaklah nak pujuk Man ni. Aku dgr citer sampai kwn2 dia angkut dia naik kete pegi Temerloh berubat. Pastu baru Man ok dah. Baik mcm biasa.

Aku x pasti apa yg Yanti hantar kat Man utk guna2. Yg aku tahu motifnya sbb nak kan si Man ni la. Lepas kejadian tu, rmai lah yg avoiding bdk2 Indo ni walau se cun mana pun dorg.

Yg penting skang Pah dah kawen dgn Man dan dah ada anak sorg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 09:33 PM | Show all posts
ada lgi x cerita? menarik la sis
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:38 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 15-7-2014 07:50 PM
RSC mana? Laki je ke atau skali ngan married quaters? Tapi tahun 1998 tu dah lama sgt. Aku pun x a ...

campuq skali dgn quaters dah kawin (mmg kotoq tadak kebersihan langsung), tapi dulu kalau cerita2 horror ni suma depa dah biasa cuma tak layan je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky posted on 15-7-2014 09:33 PM
ada lgi x cerita? menarik la sis

Ada lagi. Sabo ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:43 PM | Show all posts
Best la cita ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
azharariff posted on 15-7-2014 09:38 PM
campuq skali dgn quaters dah kawin (mmg kotoq tadak kebersihan langsung), tapi dulu kalau cerita2  ...

Betul tu. Aku tahun pertama je takut. Pastu dah immune.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
breakout posted on 15-7-2014 09:43 PM
Best la cita ni..

Pengalaman sendiri dan cerita yg di ceritakan org pada aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 11:01 PM | Show all posts
Teruskan tt.... Best cerita tt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 11:45 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 15-7-2014 04:22 PM
Cerita 6 - Casino

Kat GH ni ada byk kat casino. Boleh kata setiap hotel ada Casino. Casino ni ber ...

aku pegi genting ni pertama kali dalam hidup aku tahun lepas. sebab? aku takut pegi tempat tinggi. anyway aku dikidnap oleh kawan2 aku pegi genting semata2 na lepak kat starbucks. around 6am aku kitorg singgah kat tokong pagoda ni. sebab kawan aku yang chinese ni bagitau bole nampak kabus dr atas pagoda tu. sebenarnya aku tanak naik tapi takan aku na duduk sorang2 kat dalam kereta pukul 6 pagi kan? so aku naik la kat atas tu. long story short we left at 8. and lepas tu aku demam lama jugak and pegi la aku berubat. rupa-rupanya ada benda dari tokong tu ikut aku memang itu la first and last time aku jejak genting highland.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2014 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
srikandigayong posted on 15-7-2014 11:45 PM
aku pegi genting ni pertama kali dalam hidup aku tahun lepas. sebab? aku takut pegi tempat tinggi. ...

Klau kwn2 aku dlu nak naik GH aku mmg x advise dorg stop melawat tokong tu. Satu lagi kat batu berayun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 12:04 AM | Show all posts
anne_boleyn posted on 15-7-2014 11:54 PM
Klau kwn2 aku dlu nak naik GH aku mmg x advise dorg stop melawat tokong tu. Satu lagi kat batu ber ...

tapi kat atas tu macam best sebab tenang je kan. dengan orang siap taichi dengan monk lagi. cuma tu la memang aku dr mula2 naik ta tasedap hati. aku baca cerita kau ni baru aku tau hantu2 buat roadblock tahan mana manusia yg bawak hantu dorang. kalau aku tau memang mati pun aku ta naik masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 12:04 AM | Show all posts
sambung la .. minat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 12:35 AM | Show all posts
Bagus tt.
Cite kau simple. Senang paham.
Keep it up anne!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.208450 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list