|
sarizu posted on 2-12-2014 08:24 AM
Best!
Moga tiada kecurangan
yakin? hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Ep. 4
*************************************************************************
Seterusnya posting kami dalam keramahan bersahabat, penuh hormat, dan saling bertanya khabar walapun kekadang tidak ada yg penting untuk diceritakan.
Razman cuba merisik cerita2 peribadiku, tetapi tidaklah semudah itu aku memberitahu. Sekalipun aku punya masalah sendiri, itu ceritaku peribadi yang tak harus aku war-warkan ke sana-sini. Kisah rumahtanggaku yang sudah lama berteratak sepi, akan ku bungkus rapi. Pun selama ini aku sering sembunyikan segala kesedihan daripada riak wajah agar segala masalah yg aku tanggung tidak menyerlah. Segala cabaran dan ujian aku sandarkan dgn penuh ketabahan, aku pasrah kepada Tuhan. Entah berapa lama lagi aku akan bertaraf isteri, sedangkan sudah begitu lama aku tidak diperduli. Hatiku juga sudah lama sepi. Aku digantung tidak bertali. Mujurlah aku ada seorang anak gadis remaja yang menjadi penenang jiwa.
Kepada Razman, aku hanya sempat menyatakan bahawa aku tetap bertaraf isteri, walaupun tiada suami di sisi. Juga aku punya seorang anak gadis yg sedang menuntut di university dan akan berwisuda tak berapa lama lagi.
Razman cuba mempastikan status diriku sebenarnya bagaimana. Aku hanya menjawab aku punya suami, suami ku ada, suami ku tiada. Razman hairan. Razman bertanya macamana yang dikatakan ada suami tetapi tiada suami. Aku bungkam untuk menceritakan selanjutnya. Aku tak ingin menepuk air di dulang, kelak percikannya akan membasahi muka ku sendiri. Kepada Razman aku hanya bercerita secara berkias.
“Seumpama aku duduk di pinggir pantai, terlihat air lautnya surut jauh ketengah, sementara ombak-ombak
kecil berlari2 mengejar tepian.
Aku memberanikan diri berlari-lari anak ke gigi air, sekadar mau bermain-main, membenamkan kaki ke
dalam pasir yg lembut sambil melihat anak-anak ketam kecil lari berkeliaran. Pukulan ombak kian
membesar, deruannya jelas terdengar, mendekat, tanda air laut akan pasang. Sampai saatnya aku harus
naik ke darat kerana tidak ingin diterjah ombak, nanti basah atau terjatuh atau mungkin juga lemas kerana
tidak pandai berenang.
Pun tidak ingin aku terus menjadi penunggu pantai, merenung jauh ke tengah lautan, cuba menikmati satu
keindahan. Sejauh saujana mata memandang, terlihat ufuk kaki langit bagaikan mahu bercantum dgn bumi
tetapi ada garis yg memisahkan. Ingin aku ke ufuk di situ agar dapat aku capai langit yg indah, yg mencerah
pemandangan. Tetapi sayang, aku tidak kesampaian. Ufuk itu seperti ada tetapi sebenarnya tiada dan
melelahkan aku mengejarnya.
Siang kian beransur malam, cerah mulai suram dan akhirnya gelap menyeliputi suasana. Tak ada apa lagi
yang dapat dilihat . Yang tersisa hanyalah kerdipan cahaya kecil di tengah laut, cahaya yg menemani kelong-
kelong ikan nelayan yg meraih rezeki di tengah lautan.
Alam kembali diselimuti sepi, sepi turut menyapa hati. Hatiku terus diacah2 cobaan, hati yg rindukan
sebuah kebahagiaan.
Aku tidak tahu sejauh mana Razman boleh memahami apa yg cuba aku sampaikan di sebalik apa yg aku coretkan.
Razman terus ber-pm lagi. Razman menyapa:
“Salam. Nor,……… kita dating? Saya teringin nak jumpa you.”
Tersentak aku dengan pelawaan Razman. Selama ini aku tak pernah menyimpan niat untuk bertemu dengan mana-mana lelaki pun kerana menyedari status diri aku siapa.
“Ya Allah, Engkau tetapkanlah imanku ya Allah. Apakah ujianmu kepadaku sudah bermula?” aku bertanya sendiri.
Astagfirullah hal azeeem... astagfirullah hal azeeem..........aku beristighfir berkali-kali.
CikNaa..........., jangan mau CikNaa, jangan, jangan..... Sekali lagi suara hati CikNaa mengingatkan CikNaa.
Secara berhemah aku memberikan jawapan kepada Razman,
“Wa ‘alaikum salam…...... Awak nak dating saya ke? Boleh, boleh………..., tapi kita dating di bawah pokok togey, oke?” aku menjawab secara lelucon.
“Apa pula di bawah pokok togey? You memberi alasan ye? Kita dating di restoranlah. Saya belanja awak makan.” Razman pelawa lagi.
“Terima kasih Raz. Tetapi saya tak biasa makan dengan lelaki yang tidak saya kenali. Saya segan dan saya takut” aku cuba mengelak.
“You nak takut apa? I Cuma nak ajak you makan saja, bukan nak buat yang tak elok kepada you” pujuk Razman.
“Bukanlah macam tu Raz. Still saya seganlah. Saya segan kepada diri saya sendiri. Manalah tau nanti terserempak dengan kenalan you, berceritalah pula kepada wife you, huru hara jadinya nanti. Tidaklah Raz. Thank you…... Moreover saya juga takut, saya takut kepada Allah yang sentiasa memerhati gerak geri saya.” Aku mengelak dengan baiknya.
Razman tidak dapat berkata banyak lagi atas alasan yg aku berikan.
“You di rumah tentu you makan bersendiri kan? Itu sebab I nak ajak you pergi makan.” Razman mengacah-acah lagi.
“Usually, kalau my daughter is around, I have a friend to eat together. Kalau tak, I makan sendirilah. Macam senikata lagu tu “masak, masak sendiri, makan, makan sendiri, cuci baru sendiri, tidur ku sendiri……. Macam tulah. Thanks again kerana sudi ajak saya pi makan.” Aku tetap mengelak.
“Nor,………. ramai orang pergi ke Jepun, nak minta nomor telefon.” pinta Razman.
Aku ketawa sendiri. Pulak daaah………….. Mula-mula ajak makan, sekarang minta nomor telefonlah pula…….. aku tersenyum sendiri. Lucu rasa di hati.
“Razman, you ni macam-macamlah. Mula-mula ajak saya makan. Dah tu minta pula nomor telefon. Esok-esok entah apa pula.” Aku bersungut mesra. “Sorrylah, saya belum bersedia nak bagi you my telefon number. Not now, may be later. Sabo no........”
*************************************************************************
:
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 2-12-2014 05:40 PM
mengingatkan aku pada thread "closed"
ada apa dengan thread "closed", sharelah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 2-12-2014 10:57 AM
Ep. 4
*************************************************************************
typo ke bhai? mempastikan <<
Nomor<< nombor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 2-12-2014 07:50 PM
typo ke bhai? mempastikan
ya, typo error
|
|
|
|
|
|
|
|
Ep 5
PM antara aku dan Razman berterusan. Razman selalu saja mencari sela mengintip cerita peribadiku tetapi aku selalu waspada agar tidak terlalu terbuka. Tidak semua boleh aku ceritakan.
Monghormati peribadi seseorang, aku juga tidak bertanya-tanya kisah hidup Razman. Biarlah dia sendiri yang menceritakan dan aku hanya mampu mendengar.
Razman mengada-ada dan menyatakan kalau dia menyimpan hasrat untuk berpoligami. Aku tak tau kenapa hal itu dia kabarkan kepada aku. Adakah dia mengacah-acah untuk mendengar pendapat aku atau adakah telunjuknya lurus kelingkingnya berkait? Entahlah…………
“Razman………. you kenapa?. You ingat poligami tu mudah? Mampu sangat ke? Boleh berlaku adil ke?
You kan sudah ada isteri yang baik, dan family yang sejahtera, kenapa nak tempah celaka? Jangan nak mengada-adalah.” Aku pula yang meleteri Razman.
“Saya lonely-lah” Razman mengadu.
“Kalau yang itu, tak dapatlah saya menolongnya. Tak kan you tak pandai nak handle situasinya. Pandai-pandailah awak berlakon.
Janganlah Raz. Tak baiklah kalau awak buat macam tu kat isteri since she is a good wife. Kasihanilah anak-anak you juga.
Razman, pernahkah you perhatikan wajah polos mereka sewaktu mereka tidur? Tidakkah you terlihat betapa lelahnya isteri mengabdikan dirinya demi kesejahteraan you sekeluarga, betapa sucinya wajah anak-anak you yang mengharapkan kasih sayang ayahandanya? Sanggupkah you khianati mereka?
Mereka adalah amanah you Razman. Allah sudah titipkan kehidupan mereka ke tangan you. You sudah terpilih untuk menjadi penaung dan pemimpin hidup mereka, maka janganlah mereka you zalimi. Kelak hidup you nanti tak berkat. Jangan nanti yang you kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Saya doakan semoga hasrat you nak cari seorang lagi, tidak Allah qabulkan.” Eee….h! Aku dah macam penasihat si Razman pula.
“Nor………, kita jumpa” pinta Razman lagi.
“Razman,
cantik sungguh kebaya mak nyonya, anak kecil memakai gaun,
awak itu sudah berpunya, saya tak ingin kacau daun.
No Razman, no. Saya tak boleh jumpa awak. Saya tau diri, Raz. Sebagai isteri orang, nusyuz kalau saya berbuat demikian. Masalah saya masalah saya, tidak pula harus saya memberi masalah kepada orang lain”. Permintaan Razman terus aku elak berhemah, mengharapkan Razman benar-benar mengerti.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 3-12-2014 02:49 AM
Ep 5
Wahhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ep 6
Razman tetap tak putus asa.
“Nor…, saya nak jumpa awak sekali aje, satu kali sahaja. Rasa macam saya merindui awak dan mula menyayangi awak.”
“Apa?” aku berbisik sendiri. “Biar betul si Razman ni. Sejak bila pula dia nak merindu-rindu dan sayangi aku. Nak perangkap aku ke ni?"
Awas CikNaa…….. jaga-jaga!. Sekali lagi CikNaa mengingatkan CikNaa. “Don’t worry, I can handle it”. Aku meyakinkan diriku dan memberitahu kepada CikNaa ku juga.
"Razman,
manis rasanya buah papaya, papaya ditanam di kebun desa
kita bertemu di alam maya, jangan bertemu bersulamkan dosa
Bukankah orang-orang dulu pernah bertanya dari mana datangnya sayang. Jawabnya dari mata turun ke hati.
Apakah jawapan you Raz kalau saya pula bertanya
kenapa ulam dicecah budu, budu tertumpah kenapa dikaut, belilah yg lain di pasar Payang
kepada saya apa yang dirindu, di mana mulanya kasihmu terpaut, mengapa mudah memberi sayang?
“Susahnya saya nak jawab pantun awak Nor, sesukar saya nak bertemu awak.
Wahai saudari Siti Nor Jannah,
jangan kau tanya mengapa aku rindu, jangan kau tanya mengapa aku sayang
aku tak punya jawapan yang kau mau, tapi aku rindu, aku rasa sayang
mengapa biru warnanya mata, mengapa merah warna di pipi
andai tak bertemu di alam nyata, sudikah kita bertemu di alam mimpi
Nor, saya nak tujukan lagu Arrow ‘Sendu Dihatimu, Rindu Dijiwaku’ khas untuk awak Awak dengarkan ye”.
Fuyoo……., jiwang juga si mamat ni. Dah angaukah?……… Razman, Razman, aku tersenyum sendiri.
"Encik Razman,
usahlah tuan menyemai kasih, usahlah tuan meraih sayang
usahlah tuan mengundang sedih, usahlah tuan mengejar bayang
janganlah aku ditunggu diharap, janglah menyebut seribu janji
semuanya kan lebur tak akan menyerap, bak titisan embun di daun keladi
Lagu itu?, ya sudah saya dengarkan. Thanks for the song Raz. Ul lal la………….. Tak tau saya nak cakap apa. He…he….he…"
"Pandainya awak memilih lagu, lagu menyindir menusuk kalbu, ada genangan di kelopak mata, terbungkam saya seribu kata.
Lagu yg dikirimkan, bagai dirimu membisikkan, bagai hatimu membicarakan, bagai menatang seribu harapan.
Maafkan saya Razman,
kayu berlian kayu jati, pohonnya tinggi tidak berbayang
kepadaku jangan ditaruh hati, madahku hanya mengacah sayang
Sungguh dan sejujur-jujurnya Raz, kita hanyalah sebatas kawan. Antara kita janganlah ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa. Awak siapa, malah saya juga sedar diri, saya siapa.
Bagaikan burung, walaupun ingin saya terbang tinggi, sayang rantai terpasung di kaki. Lagu ‘Tuhan Berikan Aku Cinta’ mungkin ada lakaran hati saya di sana. But of all Raz, saya sama sekali tidak ingin menjadi petualang bagi kebahagiaan you sefamili.
Mengertilah……………. " Begitulah aku cuba yakinkan Razman dengan berbagai alasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 4-12-2014 01:07 AM
Ep 6
asik babak pm jerr...cam otak aku ni lekat ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Ep 7
“Pastikah saya tak ada peluang berjumpa awak Nor?” tanya Razman.
“Itulah yang sebaik-baiknya Raz. Janganlah kita menuai dosa dalam persahabatan ini. Saya khuatir, bermula dari satu pertemuan akan memicu pula perselingkuhan. Tentu bukan itu yang kita mahukan, ya kan?. ”
“Boleh saya dapat nombor telefon awak?” Razman ulangi permintaan.
Akhirnya aku kalah kepada permintaan Razman lantas melepaskan no. telefon bimbit ku kepada dia.
“Baiklah, dengan Bismillah............. no h.p. saya ialah 016…………974.”
“Thank you, Nor. Thank you very much. You’ve made my day”. Ada keceriaan dalam kenyataan Razman.
Semenjak memperoleh no h.p. ku, kami lebih sering ber-sms daripada ber-pm. Razman kemudian mengirimkan sms:
tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari
hendak ku jumpa tak dapat-dapat, nanti awak ku bawa lari
……… ke Siam
Aku ketawa besar dibuatnya. Razman..........., Razman.
“Apa kelas nak bawa saya lari, bawalah saya terbang” aku usik membalas.
Razman bagaikan kehilangan kata-kata untuk menjawab.
“Good night, Nor. Shall I meet you in my dream? Razman pamitan.
“Silakan dengar lagu ini juga ye, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ nyanyian Exist.” Razman berpesan.
“Good night and sleep tight. May tomorrow comes a bright day and chase your sorrow away….. amiin.” Aku akhiri catatan sms ku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ep 8
Satu hari, tiba-tiba aku terima panggilan telefon daripada seseorang yang tak aku kenal.
Mis X: Hello, boleh saya cakap dengan Kaka Siti Nor Jannah
Aku: Ya, bercakap ni. Awak siapa?
Miss X: Saya, Shidah
Aku: Shidah….? Maaf, saya tak kenal Shidah. Salah nombor ke?
Miss X: Kak……Akak kenal Razman?
Aku: Kenal, kenapa?
Miss X: Razman tu ayah saya Kak. Akak berkawan dengan ayah ke?
Aku: Ya (aku menjawab penuh yakin). Mana Shidah dapat no. tel. saya ni.
Miss X: Daripada h.p. ayah. Akak, Shidah minta kalau akak tidak ber-sms lagi dengan ayah sebab tak
maulah rumahtangga ayah terganggu.
Aku: Oh! OK Shidah. Akak minta banyak-banyak maaf kalau Akak telah berkawan dengan ayah awak.
Jangan bimbanglah, akak tak ada niat jahat untuk menganggu famili Shidah. Don’t worry,
everything shall be fine for you and your family. Sorry ye.
Miss X: Terima kasih Akak.
Shidah kemudian mengirim sms meminta agar aku tidak memberitahu ayahnya tentang bualan kami.
Menerima panggilan telefon dan pesanan sms daripada Shidah seperti mengejutkan aku daripada satu lamunan. Seperti aku diketuk. Aku terdiam sendiri dan aku tau memang aku salah.
See CikNaa, apa dah jadi?............... CikNaa mula mengejek CikNaa.
Aku ber-pm kepada Razman memberitahunya aku telah ditelefon oleh salah seorang daripada familinya bertanyakan tentang sms aku kepada dia. Razman bertanyakan siapakah orangnya tetapi aku tidak menyatakan kerana menghormati permintaan pemanggil yang berkenaan.
Malam berikutnya Razman sms kepadaku, katanya, “semalam, lepas maghrib, my wife bawa al-Quran depan I menanyakan sms kita yang dia sudah terbaca. Saya hanya katakan: Kawan. Barulah dia datangi dan temani I tidur. Kalau tak, termangu-mangu I tidur sendiri.”
“Oooo ye ke? Baguslah kalau macam tu. Ada hikmahnya juga kita berkawan kan? You pulak janganlah jual mahal. So…. malam tadi tak jadilah bidadari datang menemani you kan, kan? Ehemmmm….. sudahkah ada syurga diwajamu?” aku mengusik penuh makna.
Esoknya, sekali lagi aku terima sms yg lebih mencabar perasaan ku.
“Salam. Saya Norafifah, isteri Razman. Saya nak tau apakah awak bercinta dengan suami saya sehingga dia nak bawa awak lari ke Siam?”
Astagfirullah hal azeem……, sekali ini aku benar-benar terkejut. Aku cuba bertenang dan bersabar apabila diterjah soalan seperti itu. Ya Allah, fitnah apakah ini. Apakah aku sudah menzalimi diri ku sendiri?.
Apa lagi, CikNaa pun memulangkan paku buah kerasnya ‘padan muka kau CikNaa, kan dah kena?’ CikNaa terpaksa terima kutukan dari-pada CikNaa juga.
Aku membalas sms isteri Razman.
“Wa ‘alaikum salam. Saya mohon ribuan maaf kerana berkawan dengan Razman. Saya tidak bercinta dengan dia. Kami tak ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa. Saya juga isteri orang dan juga ada anak.
Jangan berfikir saya akan lari dengan Razman ke Siam. Itu hanya usikan yang tak akan jadi kenyataan. Itu kerja gila dan saya tak akan lakukan segila itu. Percayalah. Saya tak akan ganggu Razman dan keluarganya. Selama ini pun saya tak pernah kenal Razman itu siapa dan bagaimana orangnya. Bertenanglah dan jangan bimbang lagi. Sekali lagi maafkan saya.”
Norafifah membalas lagi,
“Baguslah kalau awak sudah sedar. Awak sudah menduakan suami awak dan awak patut bertaubat”. Ringkas sms-nya tetapi tetap memberi tamparan kepada aku. Bagaikan tercalar reputasi ku. Aku terbisu seribu kata. CikNaa ku turut bungkam. Aku sedih dikatakan begitu tetapi bagaimana lagi, memang aku bersalah. Aku akui aku salah. Aku terdiam.
Ada sms daripada Razman.
“Nor, saya minta maaf kerana sudah timbulkan kesulitan kepada awak. Saya tau awak ada berbalas sms dengan isteri saya. Saya kecewa hal ini terjadi. Saya tak ingin kehilanganmu. Saya benar-benar sedih.”
Aku jawab “tak ape. Memang padan muka saya pun. Saya yang salah. Don’t worry Raz, I am strong and I can face it. Tangan saya sudah mencincang, maka bahu saya harus memikul.”
Sms kami reda beberapa hari berikutnya. Aku mengagak Razman tentu sedang berperang dingin dengan isterinya. Kewibawaan dia sebagai suami dan ayah turut tercabar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ep Akhir:
Bismilla hirrohma nirrohim……………
Salam buat sahabatku Razman,
Saya mohon agar awak bersabar bila saya katakan posting ini adalah yang terakhirnya mendatangi mu. Maaf Razman kalau persahabatan kita ini tidak dapat diteruskan lagi. Tentu saja awak sudah dapat menebak sebabnya mengapa.
Hidup kita dikandung hukum syarak dan adat yang tidak boleh kita abaikan. Menyelesaikan masalah pun janganlah kita tersalah langkah, kelak kita mengundang padah. Andaikata kita alpa, jangan kita terus leka, berpatahlah balek ke jalan semula, Insyaallah kita terhindar celaka.
Hakikatnya Raz, sejujur manapun keikhlasan kita untuk berteman, kecurigaan itu sentiasa ada dan fitnah sering mengintai di mana-mana.
Ibarat melayari hidup di samudera nan luas, kita hanyut tidak di rakit yang sama. Terpaan ombak yang dikau tempuhi hanyalah ombak-ombak kecil yang mampu dijinakkan sedangkan badai yang saya hadapi melelahkan kudrat ku untuk mengatasinya. Pun begitu, saya tahu saya tidak harus menyerah kalah sebesar apapun dugaan yang menerjah.
Razman,
kalau ada si jarum patah,
jangan diletak di atas peti
jika ada silapku bermadah
jangan kau simpan di dalam hati
Jangan awak sesali persahabatan kita yang sesingkat ini. Bagaikan hembusan angin lalu, nyamannya terasa hanya seketika dan setelah itu keadaan akan kembali seperti semula.
Begitulah hidup ini Razman, semuanya tiada berkekalan. Bertemu dan berpisah adalah lumrah yang tidak boleh kita nafikan. Segala yang terjadi sudah ketentuanNya. Kita pula harus bijak mengendalikan perasaan dalam menangani seribu persoalan dan dugaan, bersandarkan iman. Yakin kepada Dia, kembalikanlah segala duka, kecewa dan doa kita kepadaNya. InsyaAllah akan ada jalannya.
Untuk kesekian kalinya
guruh gempita hujan pun lebat
air mencurah ke dalam perigi
tinggallah sayang, tinggallah sahabat
sampai waktunya ku harus pergi
saya tak bijak sampaikan pesan
doa jua saya titipkan
semoga bahagiamu datang kembali
bahagiaku sendiri akan kucari
darimu tuan ada kenangan
ada lagu sering ku dengarkan
walaupun asamu tidak kesampaian
entah hikmahnya apa,
di alam maya kita sudah berjumpa
Wassalamu ‘alaikum w.b.r.
Saya yang benar,
Siti Nor Jannah
T A M A T
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 6-12-2014 03:03 PM
Ep Akhir:
Bismilla hirrohma nirrohim……………
ending yg blh diagak. Nice. 10/10.
Ada typo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 6-12-2014 11:44 PM
ending yg blh diagak. Nice. 10/10.
Ada typo..
Thanks Esmiria kerana sudi membaca tulisan saya.
Apa yg ingin saya tonjolkan ialah penekanan kpd kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat, kemudian ada kewaspadaan menjaga hukum serta adat, dan jangan terlalu mahu mengikutkan hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 6-12-2014 03:58 PM
Thanks Esmiria kerana sudi membaca tulisan saya.
Apa yg ingin saya tonjolkan ialah penekanan ...
saya harap, Noyla buat lagi cerita macam ni yang BUKAN CLICHE.
HIHI.
CER BUAT CERITA SATIRA. HIHI |
|
|
|
|
|
|
|
akak tk post cter lgi ke? Series, tang pm di cari ni, ada satu kisah berlaku .dan sedng taip cerpennya huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Makasih kerana bertanya. Cerita saya sudah pun berakhir dan saya belum ada ilham lain untuk menulis sterusnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
perghh..formal punya jawapan.hoho |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|