CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: GhostWalking

[Tempatan] Warga Emas Sendirian Di Hutan Dikelilingi ‘Hutan Batu’UPDATE#41

[Copy link]
 Author| Post time 30-12-2014 11:23 AM | Show all posts
Tuesday, December 30, 2014LELAKI TUA DITEMUI ANGGOTA BALAI WANGSA MAJU DI DALAM HUTAN... BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN TAKDER JUMPA ORANG SEGINI KE?



Peristiwa malam Krismas..

Balai Wangsa Maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran Damaisari Wangsa Melawati. Sepasukan anggota Balai Wangsa Maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan.



Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan. Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi.

Dan bila ditanya kenapa tinggal di hutan yang gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, air mata menitis dari mata tua beliau. Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak.




Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yang daif dalam arus pembangunan yang pesat di kawasan tersebut.

Keesokannya sekali lagi anggota dari Balai Wangsa Maju melawat pakcik tersebut dan kali ini Ketua Polis Balai Wangsa Maju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut. Pada siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat.







Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lagi mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata. Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yang disedekahkan oleh org yang mengetahuinya tinggal di hutan.

Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yang berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.







Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 di hutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan?

Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurang-kurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.

Wajarkah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan?

Insya-Allah, polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan.

Innamal Aqmal Binniat.

Sekian.
Sumber:http://theflyingkick.blogspot.co ... a-balai-wangsa.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 11:26 AM | Show all posts
keciknya pakcik ni
entah2 keturunan dwarves terakhir di kl ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:30 AM | Show all posts
Melawati di KL mana ada hutan . Bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:32 AM | Show all posts
mana la pegi keluarga pakcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:33 AM | Show all posts
Rumah dia lagi bagus dari flat busuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan hutan, tapi kawasan hijau yg di simpan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2014 12:22 PM | Show all posts
Siapa sangka kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:35 PM | Show all posts
glump replied at 30-12-2014 08:38 AM
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk  ...

aku po pk benda yg sama cam ko
sian la pakcik ni hidup sorg
tempatkan je la kat rumah org tua
kos biar jkm tanggung
at least ada org jaga dia kat sana
ni klu bg rumah dan dia hidup sorg, klu sakit takde sapa tau
sedihnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kita ni ada stigma dengan rumah org2 tua..

kalau dihantar dikata pulak kejam..takde hati perut..

padahal dah terang2 takda org jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:54 PM | Show all posts
en polis jgn lupa submit BRIM utk pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:09 PM | Show all posts
ada keluar citer ni kat page FB balai polis w.maju semalam...

kalau benar la pakcik ni duduk sejak zaman estet getah lagi, rasanya before 1984 la kot dia dah duduk situ...

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:11 PM | Show all posts
Bagus juga dpt maklumat dan terus nak 'serbu'...klau x entah apa kesudahan hidup pakcik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:24 PM | Show all posts
Sedihnya i tgk pakcik ni. Asal xterus bwk je dia skali n daftar kt oldfolks home. Gelap gelita nya hutan, sunyi lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:41 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 30-12-2014 11:23 AM
Tuesday, December 30, 2014LELAKI TUA DITEMUI ANGGOTA BALAI WANGSA MAJU DI DALAM HUTAN... BAITULMAL W ...

Aku yang dok kat wangsa maju pon tak tau wujud hutan ni.. ada lagi org daif kat sini?.. yang aku tau kat area2 sini dulu rumah2 papan macam rumah kongsi ni, indon yang dok buat, tapi lepas polis ambush.. dah takde la.. keramat dulu ada la gak, but kaya2 tu, tanah semua juta2 klu diaorg nak jual..

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:09 PM | Show all posts
callance replied at 30-12-2014 08:46 AM
aku pun setuju kalau hntar rumah org2 tua. ade gak kawan, sakit ade org tau..
kalau bg rumah, nn ...

aku pu setuju dia di anta ka rmh org tua ..kat sana dia ada kwn...ada org jaga mkn minun..pakain.kalau dia di beri rmh baru dan duduk sorang2..kalau sakit pening dia siapa nak jaga?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:47 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 30-12-2014 09:48 PM

kesian pakcik nih..
kalo aku tau kat mana dia duduk, konfem aku lawat dia slalu..

sambil berbakti.. sambil jadi pendengar setia..
pacik ni mesti org bijak laksana..
boleh juga ambil ilmu2 dari dia..

selalunya worang yg prefer solitude & isolation aka hermit..
mostly are wise man..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 09:53 PM | Show all posts
dekat wangsa maju ada 1 opis puzat zakat wilayah persekutuan.

org2 pusat zakat apa citer? keluar la opis tu pg cr org susah, bkn duduk kat opis tunggu org susah dtg hntr borang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga pakcik ni akan gembira..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 02:22 AM | Show all posts
lavagitar replied at 30-12-2014 08:48 AM
atok ni masa muda mesti rockers ensem giler..

Kan.. baru nak cakap.. masa muda mesti hensem giler nih..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 02:31 AM | Show all posts
Body dia nampak tough.. tak nampak kurus sangat pun..
tak nampak mcm org yg kebuluran..
tak nampak mcm org yg sakit or susah bergerak.. nampak mcm ada muscle tone..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051810 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list