|
Nak lagi
Nak banyak-banyak
|
|
|
|
|
|
|
|
Title : Komplikasi Cerita Seram di Perindu 4
Assalamualaikum
Ok, malam ini aku akan sambung ceritera semasa belajar di Shah Alam dan menginap di antara kolej tertua di ipt ni, Kolej Perindu 4.Sedikit pengenalan, untuk makluman semua, susunan blok kolej perindu ni pelik bagi aku, perindu 4 kat sini, perindu 3 kat ujung sana, perindu 2 di tepi 4 dan begitulah, dan sepanjang satu sem kat situ, aku selalu tertukar blok, niat ati nak pergi perindu 1 tetapi terlajak ke perindu 3. Dan untuk makluman, banyak juga antara cerita seram yang boleh didapati, dan memandangkan ini bukan subjek sejarah, maka diharap forumer boleh google misteri yang lain.
Aku, seperti yang diceritakan di atas, menginap di perindu 4, lupa nak tambah, setiap blok tu, misalnya perindu 4, blok dia berbentuk segi empat ( rujuk gambar di bawah ), bangunan aku mengadap kolej kenanga dan depan bilik aku ada pokok apa ntah, aku pon tak igt, dan sebelah bilik aku dibiarkan kosong, aku pon pelik. tetapi sebagai pelajar yang berwibawa dan matang, aku dapat agak mungkin ada misteri nusantara sikit. Bagi aku duk di perindu 4 ni best, ada court futsal ( badminton sebenarnya, tetapi bebudak ni modified jadi court futsal ) walaupon aku tak pernah jejak, dan bilik dia luas. Bilik aku didiami oleh 8 orang student, dan susunatur bilik aku macam ni, imagine pintu kat tengah, masuk je pintu, ada dua katil double decker di kiri dan kanan. dan yg beshnya, ada isolation space, bermakna bilik tu dibahagi dua dan antara ruang katil dgn ruang study, ada dinding. So kalo nak study malam2, boleh je bukak lampu kalimantang kat siling tu tanpa menyilaukan orang yg tgh besh bermimpi ( yekot!? aku tido bawah, n aku jadikan selimut sbg kelambu, so xdak isu silau ).
Sape yang main tingkap
Ok ( bape kali byk ok daa ), ni cerita roomate aku. rumate aku, walaupun takde kena mengena dgn jalan cerita tetapi sekadar biar jelas, rumate aku 3 org dari perak, 2 orang dari johor, sorang dari n9, sorang dari putrajaya dan aku dari kelate dan kitorang sumer kos lain2 ( aku ada je geng, tapi malas nk tunggu depa time nk daftar kolej ).
Dalam ramai2 lelaki dalam bilik aku tu, ada dua orang je kaki study. dan dalam dua tu, ada sorang je yg suka study dalam bilik, sorang lagi selalunya lepak kat PTAR. Aku selalunya time magrib, akan tutup langsir. Biasalah kan, xelok bukak langsir malam2, nanti nak tukar pakaian susah, itu susah ini susah ( nampak x alasan tak logik ). Tetapi kawan aku ni jenis suka bukak langsir, n kadang2 bertekak pasal langsir ni.
Ok terus pada citer, satu malam tu kawan aku yg kaki study n kaki bukak langsir ni stay up lah, bak kata omputih burning midnight oil. Aku xpasti dia mention pukul bape, tapi agak lewat lah, dalam kol 2 or 3 camtu n kitorang semua dah bertudung litup ( tido ). Time dok khusyuk wat calculus tu, tetiba dia bunyi cam tingkap kena ketuk. Tingkap kolej kan yg cermin tu, n aku rasa ada beza bunyi org ketuk dgn bunyi bendasing lain. tok tok tok, kawan aku cakap, eh ni jiran sebelah nak bergurau ke. mula2 dia cool lagi, then bunyi lg. pastu dia pon bermonolog, ni ayat betul dia "eh ni boleh mendatangkan marah", baru je dia bangun nak sergah menatang tu, tetiba dia teringat, bilik yg memang kompem ada jiran adalah di sebelah kiri, tetapi bilik kanan kosong, n tingkap yg kena ketuk tu sebelah bilik kanan. tak kan lah "orang" sanggup panjat pokok kat depan semata2 nak ketuk tingkap je.
Bila terpikir je logik tu, terus dia cuak n tak pikir lama terus tido. Esok dia dok terhendap2 kat tingkap tu nak kompemkan. Tapi apa yg didapati hanyalah pokok kat depan. n dahan pokok tu tak sampai pon kt tingkap tu.
Milik siapakah bunyi gitar itu
Macam lagu sudirman punya lagu pulak tajuk yg diberi. Anyway, citer ni pendek je. Sebab kawan aku just citer camtu je. Adalah tidak beretika untuk menambah scene sendiri demi menyedapkan cerita, ye dak!? jadi izinkan aku bercerita kisah yg tidak seberapa ni.
Citer ini citer rumate aku, yg bertandang ke bilik member dia yg juga sama floor dgn kitorang. Nak dijadikan citer, time tu akim ( rumate aku ) pergi ler kt blk tu. Dalam bilik tu, ada gitar dan diletakkan menegak ( biasa la kan ) dan disandarkan di dinding sebelah kiri ( imagine la macam mana, hope get the idea ), time tu akim join gn bebudak bilik tu bergosip ( sape ckp laki ni ehem ehem ), n entah camna, ada member tu ckp, "jom share citer antu". so depa pon dgn rancak la dok citer itu ini ( aku xtanya pulak citer pe, kalo x boleh letak dalam ni).
Time dok rancak tu, tetiba bunyi suara org tua berdehem n gitar tetiba berbunyi, cam dipetik orang. ( sori aku bukan org muzik, so x taw istilah ). ala bunyi macam kita gerakkan jari kt tali tuuuu... zrenngg zreenngggg zreennggg. pastu bunyi lg org tua berdehem. akim n da geng pon terkesima ler, yelah dok cita pasal member depa sgt, mesti depa pon nk share samtim. pastu member aku kontrol cool ( Ok yg ni aku susah nak cayer, tp terpulang kt korang ), dia cakap. geng, dah berhenti sembang, jom tido. sumer member geng borak tu mengiyakan saja dan akim ni terus pecut seribu balik bilik. sheram ler tu... kikiki. opps lupa nak habaq, yg kena gangguan ketuk tingkap kat episod atas ni pon, si akim ni la yg kena...
Peristiwa lepas drive tru d McD seksyen 3
first sekali, aku dah lupa, mc d tu seksyen 2 or 3 tp aku rasa orang shah alam dah boleh agak kan. sebelum tu aku nak disclaimer sikit, mc d bukan penaja rasmi post ni. Ok!? ok good, jom sambung cerita.
dalam bilik aku tu, aku ada geng yg suka mc d punya breakfast deal. Alaa, yg set pagi tu, ada chicken muffin, pancake dan lain2 lagi. Kitorang sanggup bersengkang mata sbb nak tunggu kol 4 ( time dia launch set tu ), n aku dah lupa sebab kitorang suka pergi d mc d seksyen 3 tu berbanding satu lg outlet di ss7. Ok back to story..
Pada malam sebelum kejadian, ada ajakan daripada member, nak beli set breakfast tu. Kitorang ( aku dan 3 org lagi ) pon on jelah, n xnak tidur. sebab? kalo dah tidor, memang kompem bangun kol 12 punya, sorang2 dalam bilik tu memang xnampak jalan nak bangun awal. So kitorang pon isi la masa terluang, main pes ( aku selalu kalah ), main terup ( aku selalu kalah ), main chess ( aku selalu kalah ), tgk muvie korea ( aku xlayan korea ) n macam2 lagi.
so tiba la saat yg dinantikan, kitorang pon berangkat la berempat2. dua motor empat orang, so satu motor dua orang. Lepas check kad matrik ( wajib ada kalo nak masuk time pagi2 camtu ), kitorang pon chiao ke McD n dengan selamba angkat peace kat PB ( polis bantuan ). Lepak kejap kat mc d sambil tunggu order ( kitorang just tapaw je ), then balik. Time otw balik tu ler cita sheram bermula.
Otw balik tu, kitorang race la ( konon2nya), padahal wave dgn kriss je pon. race punya race, member aku ni pecut tinggal motor aku jauh ke belakang. n time aku check in kt gate utama, aku nampak samar2 je motor diorang. pastu aku pon pecut lah, lepas gate tu aku turn kanan n pecut naik bukit. Peta dia macam ni, lepas gate tu, kitorang menghala ke kanan, n sebelum sampai fac comp science, ada simpang 3. Ok, lepas je aku melepasi simpang tu, aku nampak motor kawan aku kat bus stop tepi fskm ( fac sc komp n math ). then aku jerit, oiii pehal? yg drive motor tu asyik dok usha2 belakang, muka cam pucat lesing ( nampak samar2 ), n macam nak pusing balik pon ada. Yg kat belakang tu dok tepuk bahu driver tu, n jerit, oiittt cepat22 jalan depan. dah2 cepat jalan. Aku gn patner aku ni macam, ko ni dah pehal....
Aku pon tanya lah, wehh pehal wehh.. Pastu si belakang tu ckp, jalan cepat.. cepppaattttt. nanti aku cita.. pastu si driver ni dah macam tersedar kot, pastu terus pecut.. DAMNNNNNN, kena tinggal lagi... nampak x betapa slownya motor aku, OK, yang ni part best. depan FSKM, Sport reck, n menara snt tu ada bonggol tinggi2, member aku dgn selamba pegi redah je. melambung motor dibuatnya. tgk keadaan camtu, aku dah pikir mesti ada pape, so akta larangan tengok atas kiri kanan dikuatkuasa untuk mengelak salah laku dan salah tengok. pastu sampai kolej, kawan aku bukak citer.
Eh, td time ko lalu kt cbg fskm tu ko xnampak pape ek? aku jawab, eh xde kot, sbb style aku kalo drive or naik motor mlm2, memang fokus jalan je.. Takot ada kucing or lembu melintas, so mata kena standby. Ko taw x, time kitorang lalu tadi kat situ, kitorang nampak cam byg orang tapi tinggi... AH SUDAHHH, aku mula dah naik seram. lepas je abiskan makanan tu, tunggu subuh then tido. memang xnak pikir pape... yg kawan aku ni pon, kenapa baru ckp, mana taw benda tu ikot balik ke... hehehehe..
Banglo Mona Fendy
Di shah alam ni, ada satu banglo yg orang2 dok cakap banglo mona fendy. Banglo tu memang luas gila, n op kos besar. terletak di perumahan yg bagi aku elit la sbb umah situ besar2.satu lagi yg orang dok sebut2 adalah banglo kayangan, aku selalu je lalu tapi xtaw yg mana satu. lalu situ pon sebab nak pergi tesco, nak pekena char kuey tiow kt food court tu... shedapppp....
Ok aku pendekkan cita yg memang dah pendek ni.. satu malam tu, kitorang bosan gila n xtaw nak wat apa. So kawan aku rekemen, jom lepak kat dataran kemerdekaan.. boleh tgk geng2 main kereta, geng motor besar dan tak lupa geng2 motor kecik.. kitorang pon, ok jom. lepak punya lepak, sampai kol bape ntah, 1pagi kot baru kitorang gerak nk balik kampus. Pastu kawan aku cakap, weii, jom tgk banglo mona fendy. kitorang mcm dipukau je, ok jom. aku dalam ati ckp, weh, xreti nak blk ke....
sampai je kat kawasan banglo tu, aku park moto kt simpang 4 kt bucu pagar, n aku cakap.. korang pergilah, aku malas pergi.. kawan2 aku ni cam biasa lah provok, pondan lah, bapok la, sila tukar jantina n macam2. korang provok la ikot suka korang, aku mls nk terlibat dgn permainan keji korang..
so depa pon pergi la usha2 kat pintu depan, dalam 5 mnt camtu, depa pon sampai kt tempat aku, dah jom balik.. Sampai je kolej, kawan aku bukak citer,"aku rasa kan, tadi aku nampak orang kat banglo. ", pastu dia wat ayat sheram "camner ek kalo dia folo kita sampai dalam bilik ni", eh ko ni P#*#*#&@&@^@^&*@ ( AMARAN, BAHASA YANG DIGUNAKAN ADALAH DILARANG DIGUNAKAN DAN SEGALA BAHASA KESAT DI MALAYSIA NI DIHAMBUR KAT MAMAT NI ).... n tetiba member aku menyampuk, "weh korang, sapa nak pergi tandas? aku temankan"... DANNNN satu bilik pergi....
THE END
episode yang mendatang, pengalaman di Melaka
Figure
kedudukan setiap blok perindu
|
|
|
|
|
|
|
|
IXA.MAD replied at 29-1-2015 07:31 AM
Title : Komplikasi Cerita Seram di Perindu 4
Assalamualaikum
best! best! ;) |
|
|
|
|
|
|
|
TT... water killer or water cooler??? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2015 02:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
makton replied at 29-1-2015 01:05 PM
TT... water killer or water cooler???
Hahaha, water cooler, tapi kitorang panggil water killer sbb air dia macam nak bunuh org. Air panas dia panas gila n air sejuk dia sejuk gila. Tambah lg filter ntah bape abad xtukar, kalo minum terasa pelik je dlm tekak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2015 02:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Asdira replied at 29-1-2015 12:38 PM
best! best! ;)
Tq, betambah semangat nak post. Heee |
|
|
|
|
|
|
|
oooooo... hahhahaa
|
|
|
|
|
|
|
|
@IXA.MAD
bilik kosong tu mmg ada cerita...urban legend uitm shah alam tuh... Org ckp dulu perindu tu kolej pompuan..ade org mati bunuh diri dlm salah satu bilik di Perindu (tak tau blok mana satu) sbb pregnant..kena rogol dgn pak guard katanya.. So bilik tu dah di seal utk mengelakkan kejadian x diingini berlaku...
Satu kisah urban legend lagi ialah ade student kena tegur dgn pak guard time tgh stay up 3-4 pagi...yg paling best..pak guard tu ketuk tingkap bilik..suruh student tu tido..n bilik budak tu kt tingkat 3... Yg ni katanya jd kat Jati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2015 08:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
nurbaya replied at 29-1-2015 07:33 PM
@IXA.MAD
bilik kosong tu mmg ada cerita...urban legend uitm shah alam tuh... Org ckp dulu perindu ...
Bukan bilik sebelah je kosong, kat perindu 4 ada beberapa bilik yang dikosongkan, mungkin nak kelirukan bilik yg nurbaya mention tu. Tapi ada jgk satu atau dua bilik tu digunakan utk bebudak plk, n sepanjang kat perindu 4 tu, memang dok korek gk bilik yg sebenarnya yg terlibat tapi hampa. |
|
|
|
|
|
|
|
IXA.MAD replied at 29-1-2015 08:59 PM
Bukan bilik sebelah je kosong, kat perindu 4 ada beberapa bilik yang dikosongkan, mungkin nak ke ...
Itulah..mungkin jugak diorang saja buat camtu.. Sbb urban legend kan..so x taulah bilik yg mana satu..blok yg mana satu.. Dok dengar jerla... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2015 09:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
nurbaya replied at 29-1-2015 09:11 PM
Itulah..mungkin jugak diorang saja buat camtu.. Sbb urban legend kan..so x taulah bilik yg mana sa ...
Aah, tapi aku bukan lah nak berprangsaka buruk, tapi cerita bilik kosong ni memang ada sejak zaman berzaman dan di sumer u. Ayah aku masa belaja d um dulu pon ada cerita bilik kosong kt asrama dia, mak aku pon ada cerita gn bilik kosong time study kt ukm, n sekarang aku pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
IXA.MAD replied at 29-1-2015 09:25 PM
Aah, tapi aku bukan lah nak berprangsaka buruk, tapi cerita bilik kosong ni memang ada sejak zam ...
Ahahah biasalah...mana2 pun mesti ada citer ni.. Mungkin nk bg student takut kot..so takdelah nakal sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-1-2015 07:00 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
nurbaya replied at 29-1-2015 10:09 PM
Ahahah biasalah...mana2 pun mesti ada citer ni.. Mungkin nk bg student takut kot..so takdelah naka ...
Mungkin kot, senior pon mungkin nak turunkan pusaka dierang sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Title : Komplikasi Cerita Seram di Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Introduction
Bertemu lagi kita pada pagi yang indah ini dalam segmen "Life of a student", ini adalah kesinambungan kepada kehidupan aku selepas berada di Shah Alam. Untuk pengetahuan, aku hanya berada di IPT di shah alam selama satu semester sahaja, dan memandangkan kampus baru di negeri Melaka telah siap, makanya kitorang satu batch n batch atas aku terpaksa berangkat secara paksarela ke sana. Yelah, sapa yang x sedih, daripada elok2 wayang kt belakang ss7 je, terpaksa berpindah ke tempat yang boleh dikatakan terpencil.
Anyway, seperti lazimnya, izinkan aku bercerita mengenai kampus baru aku, kampus aku terletak dalam daerah Jasin, tetapi memandangkan kat kawasan tu susah nak dapat akses ATM, stesen minyak n beberapa facilities yg bg kitorang penting, kitorang sepakat untuk tinggal kat Merlimau. Aku rasa thanks to Politeknik Merlimau kot, kawasan tu dah berubah menjadi maju dan kitorang boleh la merasa jugak Secret resipi, kfc, mamak n so on. Jarak antara umah sewa aku dgn kampus lebih kurang 12 km kot, samtim like dat. Oh, untuk yg baru mengenali melaka n yg akan tinggal di melaka, melaka ni besh, sebab ada Lebuh AMJ yg tanpa toll, n ada DP... kikikiki, di samping makanan kat sini pon tak mahal, rm4 dah kenyang.
Pertemuan ep 1
Sebenarnya aku takde idea untuk letak nama tajuk, tapi belasah jelah memandangkan yg penting adalah point seram, bukannya title, kan? Sejak awal2 lagi kitorang daftar kat sini, orang kampung dah bg warning siap2, Jangan dk kat kampus kalo boleh sebelum magrib, bimbang jadi pape. Kitorang dalam kepala dah terpikir, kenapa? yelah, mana taknya, kan jalan nak ke merlimau tu kiri kanan estet, sunyi plk tu. takot ada yg jadi mangsa samun. n xlupa ada unsur2 seram sikit.
Yg ni sebenarnya cerita lecturer aku, untuk pengetahuan, sepanjang jalan daripada bandar Jasin ke pekan merlimau, ada satu foodcourt ( dirahsiakan nama ), d foodcourt tu ada cerita dia. Cerita dia begini, pada satu malam tu, ada driver lori ni lalu kat kawasan tu. n mungkin dia mengantuk n nak rest, tetiba dia terpandang ada satu kedai tu masih lagi bukak walaupun dah lewat malam ( aku dah lupa pukul bape ), dia pon bermonolog ler, eh ada lagi ke kedai bukak time ni? xpelah, pekena teh o pon best ( yg ni aku tambah )..
Dia pon park la lori dia n menuju kat kedai di lot no 1 yg berada di tepi tandas tu, then sampai kat kedai tu, muka dia tetiba berubah menjadi pucat. n terus lari balik ke lori. Xtaw la bape kmh dia pecut dgn lori yg byk barang tu, esoknya pada waktu siang ( mungkin waktu terdekat jgk ), driver tu datang balik sbb nak kompem kan experience dia n dia nampak ada kedai kat tepi2 tu bukak tapi kedai yg dia pergi sebelah malam tu tutup. pastu dia tanya ada sorang makcik yg jual kt situ, "akak, kedai yg ujung tu memang tak bukak ke", makcik tu jawab, "eh, kedai tu dah lama tutup dik." pastu driver tu cakap , " yeke kak? Kompem ke kak, sebab malam tu saya datang sini, n bukak. pelayan dia semua nya xde kepala!!!" |
|
|
|
|
|
|
|
banyak rupanya cerita kat SA eh.. tak pernah dengar pulak selama 3 tahun kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-2-2015 07:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cikpah27 replied at 3-2-2015 02:53 PM
banyak rupanya cerita kat SA eh.. tak pernah dengar pulak selama 3 tahun kat sana..
Rezeki masing2. Macam aku ni hijab tebal n susah nampak, syukur gak walaupun aku dok satu blk n berada dalam situasi yg sama macam kawan aku kena. Pasal cita tu mana2 pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
Kampus induk. Aku pun duduk kampus induk. Sekarang pun masih lagi. Menara snt tu mmg laluan aku utk pegi ke fac aku yakni fac masscom.
Ye lif engine mmg tekan dr luar. Jln kat fac engine aku tak reti sgt sbb corridor dia pelik. And aku pun penah nampak kelibat masa nak pegi kelas waktu malam sbb aku lalu jalan situ. Kelibat hitam berlari di koridor dan terus hilang menuju ke arah lif. Aku siap kejar sebab nak make sure tu org. Tp hilang. Aku tanya member nampak ke idok. Idok kate nyer. Hahahaa.
Kolej perindu, lec kiteorg mmg cakap pasal budak mati dalam bilik tu mmg betul. Cuma detailnya tak tahu. Sb berlaku masa batch lec kiteorg.
|
|
|
|
|
|
|
|
cer korek version lecturer ko plk. Tanya no bilik sekali, hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam, kalau saya sambung ada sambutan tak? |
|
|
|
|
|
|
|
IXA.MAD replied at 26-6-2021 08:22 PM
Salam, kalau saya sambung ada sambutan tak?
sambung ler.. sesambil mengimbau kisah2 lama |
|
|
|
|
|
|
| |
|