DIA... ISTERI LUAR BIASA (DILB).
memula kenal Umie Nadzimah (UN) melalui KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN. baca dan jatuh cinta. as usual... bila dah tau cara penulisan dia. gaya bahasa dia... maka next buku mmg grab aje... tak payah nak tunggu review. tak payah nak baca sinopsis sgt.
dan DILB memang tidak mengecewakan. dari awal cerita dan nak sampai ke penghujung tu rasa terhibur. especially time Dewi nak mencari calon2 yang sesuai untuk jadi Suami Sementara (SS). at first Dewi hanya terfikir macam mana nak dpt anak dari rahim sendiri. tapi Dewi takmo kawen... cuma mau anak sahaja. Dewi seperti terlupa atau tatau proses kejadian bayi di dalam kandungan. sampai satu masa bila dia sedar... dia perlu kawen to get one... mula lah dia mencari calon SS yang sesuai, yang ikut spec. nak yang gojes, yang cerdik pandai, yang baik2, stok alim. just untuk mendapatkan waris yang terbaik bagi menyambung tradisi Nasi Ayam Bonda (NAB).
pengalaman lepas membuatkan Dewi takut / takmo ada komitmen dengan lelaki. serik melihat ibu didera mental dan fizikal oleh ayah sendiri menyebabkan Dewi punya persepsi yang negatif terhadap lelaki. untuk diangkat menjadi suami mmg tiada dalam senarai. trauma yang melanda Dewi dari kecik bukan sedikit.
tapi bila Dewi berjumpa Radin Amzar... Dewi dpt rasakan ini lah lelaki yang sesuai untuk dijadikan SS. lebih2 lagi Dewi melihat Amzar solat di dalam kapal terbang sewaktu balik dari london. stok alim mcm ni mmg layak sgt utk jadi 'bapa' kepada bakal anak Dewi. sejak itu, Dewi berusaha untuk memikat Amzar secara diam. macam2 cara Dewi buat. di luar sedar, Amzar juga tertarik dengan Dewi.
akhirnya, apa yang diidam sudah dicapai. niatnya-- menjadi suami isteri sehingga perut Dewi berisi. itu saja. dengan isu keluarga Amzar yang tidak dapat menerima Dewi sebagai menantu... Dewi rasakan ini adalah peluang yang baik utk dia undur diri satu hari nanti. rupanya kata2 dan niat tidak semudah melaksanakan. lain yang dirancang, lain yang jadi. Amzar sangat baik sebagai suami. sehingga Dewi terpaksa berperang pulak dengan perasaan sendiri.
kita merancang ALLAH jua yang menentukan. perut Dewi berisi tapi sukar sungguh melepaskan Amzar pergi. sehingga ke saat kelahiran... Amzar masih di sisi. kewujudan Amani lagi menyukarkan keadaan. ditambah lagi dengan perasaan sendiri yang sungguh tidak memberi kerjasama. ke mana hilangnya niat Dewi yang asal2 dulu?
tapi konflik yang wujud bukan sedikit di dalam perkahwinan mereka. penerimaan keluarga yang tidak begitu baik. fitnah yang menyusul dari insan yang tidak disangka2 menjadikan Dewi patah hati. sehingga Dewi merasakan Amzar bukanlah untuk dia. ada beberapa part yang membuatkan air mata saya mengalir. sedih. UN berjaya menyentuh hati saya. tahniah!
DILB best! worth buying and worth reading. definitely!
NotaKaki: now reading... ARLUNA. one of the best!
credit to : http://www.bigsmol.com/2014/02/e ... uar-biasa-oleh.html
|