CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] INI SEMUA GILA - Pengarah SPRM

[Copy link]
Post time 3-8-2015 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Draf tue sengaja dibocorkan oleh org2 najib ke?

Mcm satu taktik alih perhatian & nak kenakan pasukan petugas khas nie jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
apa lgik sprm, serang balik la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
KeBANGSATAN apakah ini???:

Sebab tu ramai DPP bncikan BN dlm diam..:

@dino
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:23 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 3-8-2015 02:24 PM

Pengarah SPRM bayangkan mungkin ada 'tangan tersembunyi'

7:24PM - 3 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307230



Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:24 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-8-2015 10:19 PM
KeBANGSATAN apakah ini???:

Sebab tu ramai DPP bncikan BN dlm diam..:

DPP tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dh gila la .... !!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni kena buang kerja atau masuk hospital.
Malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 3-8-2015 10:24 PM
DPP tu apa?

Singkatan bagi Timbalan Pendakwaraya dlm English..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga beliau tidak ditembak mati atau di c4. memang mengalahkan dajjal betul perangai sekutu2 najib. :
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:31 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 3-8-2015 02:32 PM

Jeng.....jeng....jennngggggggggg....


IGP tak tolak kemungkinan soal siasat Zeti, Shukri

9:23PM - 3 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307235


Polis akan merakamkan kenyataan ramai lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketika ditanya sama ada ini akan termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz (gambar) dan orang nombor dua SPRM, Datuk Shukri Abdull, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu.

"Kita akan lihat. Menyoal siasat mereka yang kami percaya boleh memberi keterangan tentang sesuatu penyiasatan adalah sebahagian daripada prosedur," katanya kepada Malaysiakini.



"Kami akan menyoal ramai lagi dari Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Bagi pegawai-pegawai Bank Negara, Khalid berkata siasatan itu juga berkaitan dengan laporan polis mengenai kebocoran transaksi perbankan.

"olis juga sedang menyiasatnya dan dalam aspek ini, kami juga akan memanggil pegawai dari bank-bank komersial untuk disoal siasat," katanya.

Zeti, Shukri (gambar) beberapa pegawai kanan lain dari Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara telah dinamakan dalam blog tertentu sebagai berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.



SPRM telah berulang kali menafikan bahawa pegawainya terlibat. Sebelum ini, Bank Negara juga menafikan pegawainya membocorkan transaksi perbankan.

Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 124 K
anun Keseksaan bagi aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Pada malam Jumaat, bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh dan pegawai AGC Jessica Gurmeet Kaur telah ditahan. Pada pagi Sabtu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazalee Abdul Khairi pula ditahan.

Ketiga-tiga mereka telah dibebaskan.

Sementara itu, Khalid juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak menyiasat mereka yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.

"Ini tiada kaitan dengan peranan mereka dalam menyiasat dakwaan mengenai 1MDB tetapi berkaitan laporan polis berhubung kebocoran dokumen," katanya dalam respons kepada Pengarah SPRM Bahri Mohamad Zain (foto), yang mendakwa mungkin ada tangan tersembunyi bertanggungjawab atas tindakan polis itu



Bahri telah  disoal siasat selama tiga jam oleh pasukan dari Bukit Aman berkaitan kebocoran draf kertas pertuduhan terhadap perdana menteri, tetapi menurut peguam negara, ia adalah palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
#tangkapNajibullah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:42 PM | Show all posts
ekod79 replied at 3-8-2015 09:47 PM
Tak lama lg kene pecat x pun transfer die ni.. buat media stmnt cenggini macam mej zaidi

dipecat, transfer xpe lg....klu tetiba ada kes terju bangunan ke, kna tembak ke lg haruuuu kot....nauzubillah...

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 3-8-2015 10:42 PM
dipecat, transfer xpe lg....klu tetiba ada kes terju bangunan ke, kna tembak ke lg haruuuu kot.... ...

Pengerusi ambank dh terkena hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:48 PM | Show all posts
sape yg akan siasat IGP & pegawai2 nya yg terlibat dalam siasat 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:51 PM | Show all posts
mmg menggila...
selayaknyela rakyat malaysia..
terutama yg 47 persen tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua yg menjadi halangan pasti akan ditimpa bahana... Penefrusi ambank, muhyiddin dipecat, zeti akhtar masuk spital, skrg pdrm pula ditangkap..... Mmg dahsyat la ... Never in malaysia history...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini la firaun bugis..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:59 PM | Show all posts
primemova replied at 3-8-2015 10:54 PM
Semua yg menjadi halangan pasti akan ditimpa bahana... Penefrusi ambank, muhyiddin dipecat, zeti akh ...

sis..sprm sis, bukan pdrm..
marah sungguh sampai typo
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu sangat.. Mcm ada jer yg dorang nak cover hmmm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.093301 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list