sprm mcm nak buat sesuatu gak kot..cume tgh cari jalan agaknye..duit ni mmg kategori rasuah pun cume mgkin bukan dari sumber 1mdb..tp still la kena trace sape sumber..byk sgt nak considered as derma tu
kalau sumbangan pun dia kena declare masa dpt tu..
tapi dh la dia diam2 sorang2.
ini dah la tak penah declare..org no 2 dia pun x tau menahu
kalau wsj tak pecah lobang smpai bebile takde org tau.
fishy sgt PM kesayangan umno neh
Tiga tahun lalu, Najib mengumumkan satu inisiatif bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengawal pembiayaan politik.
Laporan Utusan Malaysia pada Februari, 2012 menyebut, Najib menganjurkan demikian untuk mengelakkan rasuah dan penyelewengan.
Menurut akhbar milik Umno itu, Najib berkata, sumbangan hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti, tidak kiralah jika ia untuk parti peringkat pusat mahu pun negeri.
Tujuannya bagi mengelakkan ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk menagih sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian, tegas PM.
''Bagi pihak kerajaan isu dana politik amat penting kerana jika tiada suatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya, maka ia boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah,'' katanya.
Dalam laporan itu, Najib juga menekankan bahawa setiap sumbangan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.
''Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan manfaat kepada sumbangan dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Kenyataan itu dibuat tidak lama sebelum wang sejumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadinya, seperti yang didakwa.
Ada yang kata, “derma” itu dihulur oleh Pak Arab tertentu. Jumlah yang disebut-sebut itu bukan satu jumlah kecil.
Mengapakah perdana menteri perlu meminta derma itu? Perkara ini tidak ditanya oleh partinya sendiri, Umno.
Umno juga tidak bertanya mengapakan wang tersebut tidak disalurkan melalui akaun rasmi parti, seperti yang dianjurkan bos mereka sebelum ini.
Mengapakan Umno kelihatan lali dan tidak hairan langsung dengan sumber wang tersebut dan kegunaannya?
Mengapakan Pak Arab ini begitu murah hati menyalur derma kepada seorang perdana menteri Malaysia?
Identiti dan hajat Pak Arab ini perlu didedahkan kerana mungkin tujuannya tidak betul.
Pastilah pihak tersebut ada hajat tertentu jika sanggup menghulurkan derma yang hampir bersamaan dengan jumlah bajet 2015 untuk negeri Selangor.
Tidakkah Umno bimbang jika sumbangan itu boleh mempengaruhi Najib membuat keputusan yang boleh menjejaskan kedaulatan kita?
Bukti dalam bentuk video cakap tak serupa bikin Najib Razak .
dia bukan orang yg boleh dipercayai oleh jibbylah tu maknanya...najib tak caya dah dgn dia...kalau wakdin boleh dipercayai, dia sepatutnya membantu jibby dapatkan semula duit dari nominee untuk kegunaan pilihanraya..
abang ipar aku antara salah seorang yang masih mengatakan najib tak salah. bila orang kutuk najib pasal isu derma ni, dia akan bidas balik by saying normal untuk mana-mana politician dapat duit derma. dan najib layak dapat derma tu sebagai duit berkempen supaya malaysia takkan dipimpin oleh PR/PAS.
masuk akaun peribadi tapi dah digunakan habis untuk kegunaan parti..lagipun perlembagaan parti tidak menghalang..dan ini membuktikan beliau tak korup..pengkritik tak mampu buktikan beliau dah gunakan duit itu utk peribadi..
parti pembangkang pun ada dana sendiri..sumber tak berani dedah..barangkali sebab pemberi dana sebenarnya takut orang yg disokong kalah, jadi dia sokong dua-dua..sebab tu tak berani dedahkan diri...kena tanya tony puang sebab dia yg bangkang perisytiharan dana ni..
ikut undang2 kat US pemberi dana kena isytihar..tapi depa tu dua2 belah kuat dan sering je bertukar posisi sebagai pembangkang dan kerajaan..