CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU

[Copy link]
Post time 23-8-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi kemain Penjaga Elit Lagenda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nak join tapi tunggu lah bila ada idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 05:32 PM | Show all posts
Adeh. Tergelak-gelak baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 05:44 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 23-8-2015 06:12 PM

Nike melangkah perlahan-lahan menuju ke kawasan itu. Matanya mereling ke kiri dan kanan. Mengikut persetujuan, di sinilah tempatnya dia akan bertemu dengan Xain. Dia mendongak seketika ke langit. Malam kian larut. Sesekali, teringat pula pada Azam. Rasa bersalah pula mengasingkan diri dari lelaki itu. Yang sebenarnya, dia tidak ke mana-manapun. Masih ada berdekatan cuma sengaja tidak mahu menonjolkan diri.

Nafas terhembus dari mulut. Dari jauh, kelibat yang ditunggu itu muncul akhirnya. Tubuh badannya tetap kekal tegap dan gagah meskipun berselindung di sebalik penyamaran. Tidak sukar mengenali Xain walaupun bertubuh kucing. Xain kian hampir sehingga akhirnya, mereka saling berhadapan. Mata saling berkait. Secara tiba-tiba, asap nipis menyelubungi mereka.

Asap nipis hilang beberapa saat kemudian. Dua ekor kucing juga sudah tiada. Muncul kini adalah dua orang Penjaga Elit Lagenda. Bezanya, seorang bertubuh tegap sasa manakala seorang lagi anggun tinggi lampai.

“Nike.” Sapa Xain. “Ataupun, aku patut panggil kau, Tok Ki...”

Nike mengangkat kening tetapi Xain hanya ketawa. Sengaja dia mempermainkan Nike. Bukan dia tidak tahu, Nike cukup benci dengan nama Tok Ki. Apakan daya, nama yang diberi oleh Azam itu bagaikan telah melekat pada Nike.

“Aku sudah bertemu dengan Qaseh.” Xain tidak membuang masa dengan bermukadimah. Terus saja dia ke pokok perbincangan. Mata Nike memandang seketika rumah yang dihuni oleh Qaseh ketika Xain berbicara.

“Azam juga sudah ku temui.” Kata Nike pula walaupun hakikat itu, sudah Xain ketahui.

“Azam dan Qaseh. Mereka berdua masih belum menyedari, bahawa mereka adalah penjaga permata sakti itu. Pada mereka, batu yang mereka simpan itu hanyalah batu biasa. Mereka tidak tahu, Permata Indera itu punyai kuasa sakti jika kedua-duanya di satukan.” Tutur Xain.

“Kita perlu memastikan, Ratu Neng tidak dapat mendekati mereka. Jika tidak...” Xain tidak menghabiskan kata-katanya, hanya memandang ke arah Nike.

Nike tidak memberi sebarang reaksi. Buat masa ini, menjadi pengawal kepada Azam bukanlah tugas sukar. Tetapi, Nike tahu, itu tidak akan kekal lama. Ratu Neng pasti akan sedaya-upaya menjejaki Azam dan Qaseh.

“Nasihat aku, kau perlu kekal berdampingan dengan Azam. Usah menyembunyikan diri begitu. Sudah tiga hari dia cuba mencari kau, bukan?”

Nike hanya mengangkat bahu, tersenyum kelat. “Aku ada berdekatan. Hanya tidak mahu menonjolkan diri.”

Xain angguk. Dia tahu mengapa Nike bertindak begitu. Sikap Azam yang berlebih-lebihan memanjakan kembarnya itu yang membuatkan Nike kurang selesa lalu mengambil keputusan untuk menjauhkan diri.

Cahaya terang mematikan perbualan mereka. Lampu bilik tidur yang terbuka, mengalih perhatian.

“Qaseh telah terjaga.” Ujar Xain.

“Aku masuk dulu. Kau pun, pulanglah pada Azam. Jika ada apa-apa, berikan isyarat.” Tutur Xain lagi. Sejurus selepas itu, bentuk badannya bertukar menjadi kucing lalu segera masuk ke dalam rumah yang dihuni Qaseh.

Nike memerhati seketika sebelum dia sendiri berubah bentuk. Kemudian, dia melangkah pulang ke rumah Azam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 05:53 PM | Show all posts
dapat kat ipo.. jadi citer mistik..
dapat kat nicki.. kuar citer fantasia..
dapat kat sellie jadi citer santai..
dapat kat es jadi citer seram..
akudansesuatu pon dah menjangkit ngan ipo

nay? hang nak buat versi apa plak??

Penjaga Elit Lagenda tu kembar ekkk?? warna sama jekkk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 06:02 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-8-2015 05:53 PM
dapat kat ipo.. jadi citer mistik..
dapat kat nicki.. kuar citer fantasia..
dapat kat  ...



Btw. Aku baru perasan, Tok Ki tu digambarkan sebagai jantan.

Tolong sesapa lepas ni, tukarkan jadi kucing betina.... Azam dgn Budin tak reti check jantina kucing ke...apa ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-8-2015 06:02 PM
Btw. Aku baru perasan, Tok Ki tu digambarkan sebagai jantan. :sweat ...

Nike ngan xain ni sapo jantan sapo tino??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 07:55 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-8-2015 07:12 PM
Nike ngan xain ni sapo jantan sapo tino??

Nike tino...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 08:32 AM | Show all posts


Ilang ngatuk baca citer kat sini...macm2 versi ada...kalu @ladyFinger12  join sekali harus ada unsur islamik pulak....

Best, best, best....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:45 AM | Show all posts
"Arghh...arghh..." Qaseh mengerang kecil seakan mengalami mimpi ngeri. Sayang yang mendengar terjaga terus dari tidur dek gangguan erangan kecil daripada Qaseh.

Sayang menala pandangan ke arah Qaseh yang terbaring atas katil bujang sebelah kanannya. Dia di sebelah kiri, turut tidur dikatil bujang. Kelihatan teman baiknya itu seperti sukar bernafas. Agak cemas raut wajah Sayang melihat keadaan Qaseh.

Selimut dilempar dari tubuh lalu merapati katil Qaseh. Sayang mula membaca ayat-ayat suci seperti diajar ayah yang merupakan seorang imam, sejurus dia meniup ditelapak tangan dan meraup seluruh tubuh Qaseh sebanyak 3 kali.

Kemudian, tubuh Qaseh digoncang perlahan. Terus mata Qaseh terbelalak menatap siling. Barulah dia tersedar dari igauan ngeri. Perlahan dia menatap wajah Sayang yang memanggil-manggilnya sedari tadi.

"Qaseh, mimpi tu datang lagi ke?"

Bersama linangan airmata Qaseh mengangguk perlahan. Terus dia bangkit dari tidur dan memeluk erat tubuh Sayang. Sayang mengusap-usap belakang Qaseh menenangkan perasaan Qaseh.

Dalam pada itu, Sayang berfikir sejenak. Ingatkan Qaseh dah betul-betul sembuh... rupanya, masih ada lagi. Kali ini apa pulak?

Sayang tak terburu-buru bertanya akan mimpi yang dialami Qaseh. Biarlah teman baiknya ini bertenang terlebih dahulu.


Carry on... kat rakan2 yg teror bab mistik2. Ini aje aku mampu sambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 09:10 AM | Show all posts
Alamak.... Ratu Neng sudah mariiiii......





Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:21 AM | Show all posts
aku baca korang punya sambungan ni..
buat aku keliru dengan citer aku sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:30 PM | Show all posts
Okay... jadi : Xain itu penjaga Qaseh & Nike @ Tok Ki penjaga Azam?

Teruskan... Ratu Neng sila masuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:24 PM | Show all posts
aylanins replied at 24-8-2015 12:30 PM
Okay... jadi : Xain itu penjaga Qaseh & Nike @ Tok Ki penjaga Azam?

Teruskan... Ratu Neng sila m ...

Aduh Neng! ingat kok mahu nyambung cerita
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 04:43 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-8-2015 03:24 PM
Aduh Neng! ingat kok mahu nyambung cerita

Kalau aku nyambung ceritanya, ku bikin Azam bercinta sama itu Qaseh,lepas itu Xain kapel sama itu Tok Ki, terus dapat kucing Parsi kaler kelabu biru .


Neng kuhantar saja pulang ke ejennya .
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 01:29 AM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 25-8-2015 01:30 AM

XAIN mendengus kasar. Dia kepenatan selepas bertarung tadi. Bukan mudah untuk bertarung di alam mimpi terutama melibatkan penglibatan pegawai atasan Ratu Neng. Sebentar tadi di berjaya menewaskan seorang orang suruhan Ratu Neng berpangkat tinggi yang dikenali sebagai 'Pegawai HEM' atau nama penuhnya pegawai hal ehwal murid. Itu dalam bahasa kaum Neng-neng. Dalam bahasa manusia ia dikenali sebagai pegawai pembunuh (hal) upahan (ehwal) kelas 2 (murid). Xain mengubati luka di badannya dengan kuasa sakti yang dipelajarinya dari Nike. Dalam keadaan sekarang dia sangat mudah menjadi mangsa kerana perlu berehat sementara luka-lukanya pulih. Xain perlu cepat. Dia takut Ratu Neng menghantar lagi askarnya ke dalam mimpi Qaseh. Jika mereka berjaya mempengaruhi Qaseh dari alam mimpi, Qaseh mungkin tidak akan jaga jagi. Dia akan tidur selama-lamanya.

Xain terkejut sebenarnya melihat keupayaan pembunuh kelas 2. Terlalu handal dan cekap bermain senjata dan tangan kosong. Dia hampir tewas tadi. Mujur dia mampu menang itupun kerana pembunuh kelas 2 hanya mempunyai masa yang terhad untuk berada dalam mimpi seseorang. Jika masa mereka hampir tamat, sebuah lampu seperti mentol berwarna merah akan berkelip-kelip di dada mereka sambil berbunyi beep... beep... beep. Ketika itulah Xain mengambil peluang untuk menewaskannya. Jika dia terlambat, pasti Qaseh dalam genggaman mereka. Xain semakin risau jika Ratu Neng menghantar pembunuh kelas 1. Pasti keadaan semakin rumit kerana pembunuh kelas 1 tidak mempunyai masa yang terhad. Xain tidak pernah bertemu pembunuh kelas 1 kerana mereka dianggap sudah pupus. Jika adapun hanya ada beberapa orang sahaja itupun bukan mudah mencari mereka. Mereka hidup bersendirian tanpa dikenali sesiapa. Xain mengeluh kasar.


Esok dia perlu menhantar laporan kepada ketuanya di Galaksi Miow Miow. Pasti mereka terkejut Ratu Neng sudah berani bertindak sebegini jauh.

Bersambung...
  



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 08:18 AM | Show all posts
        Usai menunaikan solat Subuh, Qaseh termenung panjang. Mimpi yang dialaminya malam tadi benar-benar membuatkannya tidak senang duduk. Walau hanya dalam mimpi namun semuanya seolah-olah benar-benar berlaku. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecutnya hati bila terpandang sebilah pedang yang berada dalam genggaman tangan salah seorang musuhnya. Sudah acapkali dia mengalami mimpi macam tu dan setiap kali itu jugalah dia akan diselamtkan oleh orang sama.

       "Kau okay ke Qaseh?" simpati Sayang semakin melimpah ruah bila melihat riak keruh di wajah Qaseh.

        "Aku okay.....cuma aku risau je. Sejak akhir-akhir ni makin kerap pulak mimpi macam ni. Dulu tak ada pulak aku mimpi kerap sangat," Qaseh mengeluh lemah.

         "Jangan difikirkan sangatlah semua tu. Mainan tidur je tu. Cepatlah siap, kejap lagi lambat pulak nak ke kolej," pujuk Sayang sambil berlalu ke biliknya.

~ sambung ~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 08:55 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 25-8-2015 01:29 AM
XAIN mendengus kasar. Dia kepenatan selepas bertarung tadi. Bukan mudah untuk bertarung di alam mimp ...

Galaksi Miow Miow  

Ya Allah. Serius aku tergelak pepagi......
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:00 AM | Show all posts
aku rasa citer ni dah jadi citer kucing
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:04 AM | Show all posts
Superb @akudansesuatu  dan @Ezzie ....

walaupun agak lucu tp sgt menarik..miahahahaha... so next.... siapa nak sambung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 1.201112 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list