CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: obelisk

[Tempatan] Kritikan Kpd Masjid Negara: 'Bila Dia Jln, Maka Terbelahlah Paha Dia..'

[Copy link]
Post time 6-10-2015 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbg pelancong depa patut tau kena pakai pakaian sopan kalah masuk rmh ibadat tak kira kat mana pon.  Even masa kat wat siam pon mat salleh yg pakai short laki pompuan pon kena tegur ye. Have some respect.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 09:05 PM | Show all posts
nape x buat jubah yg lebih elok............
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 09:31 PM | Show all posts
Edited by xAthenax at 6-10-2015 09:33 PM

ala susah susah
haram kan kaper kaper ni terus dari masjid
otherwise, sediakan burqa
senang..abis cerita
korang ingat orang paham ke semua ni
ada pelancong ni yang  dari ulu segala ulu, buta adat dan adab
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm..ai tak pandai buat ayat berjela. Tp ai ok je pemakaian mcmtu. Ok la drp terdedah terus.
Org lelaki melayu kot yg sensitif nau tgk peha pompuan. Awat mata tu tak menahan ke?
Mcne non muslim esp perempuan nk dekat dgn islam kalau org islam sendiri tak friendly? Or masjid tak friendly dgn kehadiran non muslim? Nnt depa rs islam ni strict, jumud dan tak mesra.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 10:27 PM | Show all posts
"musibah datang tak kenal siapa pun..."

gila taliban ayat mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 10:30 PM | Show all posts
lavakotakbesi replied at 6-10-2015 08:46 PM
point dia ikut undang undang la...yg tegakkan undang undang pun kena tegas la..

i see..hehe...bagi i dah cukup elok pihak tu buat lagu tu... dah depa buat macam  overall cover aurat tu

tinggal org yg notyet muslim tu je kena rapatkan sikit bukaan tu atau jalan sopan sopan sikit ....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa zainuddin ini kata tidak seratus peratus salah...Aku pernah ke sana..dalam keadaan tidak menutup aurat..berskirt pendek

Aku akui pakaian jubah tu tak betul2 menutup..leher masih terdedah..tapi kaki lagi lah terdedah sampai nampak paha gebuku...

Bukan masalah pelancong yang seksi, tapi masalah jubah yang tidak sesuai...pekerja lelaki di dalam masjid baik orangnya..pekerja perempuan yang di luar masjid bagi jubah tarik muka ketat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pengalaman merantau banyak ajar aku untuk hormati adat resam dan agama lain...kalau disuruh bersopan ketika ke masjid, apa masalahnya?

Seperti mana kalau ke batu caves perlu pakai kain jika skirt pendek atas lutut, apa masalahnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
yg memekak2 pasal benda ni..  g masjid/surau pun setahun sekali.. tu pun time raya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
eloknya lobai zainudin ni sound pakaian umah melayu wanita yg attend majlis nikah yg buat kat dln masjid, dgn ketat n jarangnya, lg tu ada plak pakai slendang kluar jambul depan blakang

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:01 PM | Show all posts
si bangsat ni sapa nk rakam2 video orang tanpa kebenaran ? pastu sebarkan lpstu marah pulak bila org nk saman?

saman saja taliban ni...dok buat perangai ala terrorist pastu perasan above the law...above the law kepala butoh abah kau....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:37 PM | Show all posts
Kecoh aje mamat ni
Klu gi lawat masjid2 kat turki lagi gempak pelancung2 kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 10:53 PM | Show all posts
arasham replied at 6-10-2015 08:37 PM
Saya ada tertgk anthony bourdain di turki. Masa tu dia di blue mosque, marah betul dia kat pelancu ...

aku pun ada tgok
terkejut juga aku ingat anthony ni jenis open sangat rupanya dia punmemahami pasal peraturan dlm masjid, hal2 muslim dll

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Musibah datang sebab ramai homeless malam2 sekeliling masjid yg  tuh tp x dibenarkan tumpang tido pon....

Tp bg ostad ostajah fb...Apela sgt khutbah suruh berbuat baik sesame manusia kan...... aurat lg penting....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 06:56 AM | Show all posts
apa yg masjid negara buat tu dah bagus cuma kena upgrade sikit jubah ni / cara dorg pakai

tak perasan pulak ade dua jenis ke jubah tu?(lupa dah)....satu yg jenis loose/ mcm robes (mungkin utk laki) satu lg jubah biasa (dijahit d tgh).

jubah tu besar n labuh.......mungkin dorg prefer saiz untuk pelancong2 barat yg tinggi tu

so bila dipakai oleh pelancong asia (yg aku nmpk ritu pelancong jepun n korea- cute je) ianye akan jd labuh meleret....maka jd la episod masa jln dorang angkat jubah tu sampai ke atas atas okeh...!!! nmpak le segala aurat  (mcm la ko jalan nak redah banjir)

satu lagi wajibkan pemakaian tudung pd wanita (memang disediakn tudung hitam) bukan setakat boleh pakai hood kt jubah tu je
sebab nnt akn terkeluar la rambut yg panjang menggurai tu (refer to the pic)

ini dalam konteks nak jaga aurat dalam rumah Allah ..... bukannye nk taliban or meleiss bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 07:53 AM | Show all posts
nanti masa ummah Syria keturunan para nabi ni turun Malaysia, boleh cuba minta diaorang jahitkan pakaian yang ikut kriteria dan taste nabi untuk dipakai di dalam masjid.. kena banyak-banyak bersabar.. diaorang tak turun lagi ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 09:07 AM | Show all posts

Isu Jubah Pelancong: Masjid Negara Bakal Ubah Rekaan


BARU-BARU ini, heboh di media sosial tentang kod etika pemakaian yang digariskan oleh pihak pengurusan Masjid Negara terhadap para pelancong khususnya wanita yang datang menziarahi masjid terbabit.
39Shares

BARU-BARU ini, heboh di media sosial apabila seorang netizen bertindak memuat naik dua video mempersoalkan tentang kod etika pemakaian yang digariskan oleh pihak pengurusan Masjid Negara terhadap para pelancong khususnya wanita yang datang menziarahi masjid terbabit.


Seperti umum mengetahui, pelancong asing yang ingin melawat Masjid Negara di ibu negara sememangnya diwajibkan memakai sejenis pakaian seperti jubah berwarna ungu.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan pertikaian ramai adalah jubah yang disediakan itu menampakkan belahan di bahagian paha sekali gus mengundang kritikkan kerana boleh mengganggu pandangan jemaah yang solat.

Memandang serius terhadap aduan tersebut, pengurusan Masjid Negara mengambil keputusan merangka semula rekaan jubah tersebut agar lebih sesuai dan selesa dipakai oleh pelancong.

Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan dan menghormati jemaah lain.

Sementara itu, Pengarah Kanan Masjid Negara Khisamudin Ismail berkata, isu seperti ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya membabitkan pengunjung wanita yang bukan Islam.

“Masjid Negara sentiasa menggalakkan pelancong untuk berkunjung ke sini, sekali gus dapat memperkenalkan sejarah dan agama Islam tanpa perlu ‘mengongkong’ mereka.

“Kita tak boleh paksa pelancong menutup aurat dengan sempurna mengikut hukum syarak seperti wanita Muslimah kerana kita faham latar belakang agama dan cara pemakaian mereka.

“Sebagai seorang Muslim, kita perlu berlapang dada dan menerima secara positif kerana mereka ini tetamu yang perlu dilayan dengan baik, sekali gus menonjolkan keindahan akhlak Islam,” katanya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047889 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list