|
THE REAL STORY OF GELIGA.. IS THIS JUST THE BEGINNING? NI APA CERITA NI WEI
[Copy link]
|
|
mcm menarik... cepat sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Check in |
|
|
|
|
|
|
|
aku agak konpius... actually apa kegunaan geliga ? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau plak aku pasal kegunaan dia. Aku cuma diberitahu "ada gunanya". Untuk tujuan perubatan tak pasti pulak. Ye kot..
Otai-otai dalam ni mesti tau agaknye.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke.... kirenyer mcm benda ni 'ok' la yer... igtkan benda2 yg tak ok ..
mcm pendamping ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
JATUH
“I love Friday because tomorrow is Saturday”, teringat aku akan kata-kata kawanku suatu masa dulu. Mungkin dia suka hari Jumaat sebab keesokannya hari cuti. Bermacam-macam aktiviti yang diatur sudah menanti. Mungkin begitu barangkali. Bagi aku pula, hari Jumaat adalah hari yang dinanti-nanti sebagai penutup kepada hari-hari bekerja. Lusa cuti dan boleh bersantai. Sabarlah, hari ini baharu hari Khamis kata-kata itu melintas dalam fikiranku.
Selesai membersihkan diri, aku terus melabuhkan badan di atas sofa untuk menikmati rancangan televisyen yang sedang bersiaran. Belum sempat punggungku mencecah sofa “tubb” sesuatu terjatuh dari dalam mulutku. Sepantas kilat tapak tanganku bergerak tanpa diarah menangkap benda itu.
“Ah, gigi mana pulak yang jatuh ni, geraham bongsu ke”, fikirku dalam hati.
Aku membelek-belek benda itu. Keras seperti batu. Atau taik gigi kah? Lantas ku hala benda itu ke hidung dan menciumnya..Wah tidak busuk seperti sangkaanku..Baunya seakan-akan kayu herba. Jejariku pula mengusap-usap benda itu bagi memastikannya, batukah? atau kayukah?
Iya….kayu. Pasti. Dan bukan gigiku.
Tidak puas dengan hasil penemuan itu aku ambil cermin dan melihat ke dalam mulutku. Semua gigi ada, cukup seperti biasa. Tetapi ada satu lubang pada tisu mulut di bawah lidahku. Tempat yang mula-mula aku berasa sakit dan membengkak itu. Terdapat juga sedikit darah di kawasan yang berlubang itu.
Aku lantas membuat kesimpulan sendiri. Benda itu semestinya keluar dari tisu mulut yang berlubang itu. Aku cukup-cukup pasti. Benda itu aku ambil dan selitkan di bawah rihal Al-Quran di dalam bilikku.
Aku kembali duduk semula di atas sofa. Mataku merenung ke televisyen, manakala otakku ligat memikirkan perkara yang berlaku sebentar tadi. Apa benda itu? Kenapa dia disitu? Untuk apa dia keluar dari mulutku? Apa kegunaan dia? Siapa yang letakkannya di situ?
Persoalan-persoalan itu hanya berlalu begitu sahaja tanpa ada jawapannya. Yang pasti, malam Jumaat hari itu adalah malam yang akan aku kenang sampai bila-bila. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak rase pendamping. Sebab dia keluar pun dari dalam badan aku, dan cara dia keluar bukan melalui puja, atau bacaan tertentu.
|
|
|
|
|
|
|
|
keluar dari badan???? ohhhhh.... baru tau....
teruskan menulis aku setia membace.. |
|
|
|
|
|
|
|
Badan tu maksud aku dari tisu mulut yang sakit tu la.
|
|
|
|
|
|
|
|
yer2 fhm.. hehehe aku komen dlu td.. then baru bace latest cite ko....
|
|
|
|
|
|
|
|
oky citer ni memang best....mahu lgi... |
|
|
|
|
|
|
|
Geliga keluar dari mulut..?
Huih..pelik..teramat pelik ni.Tak terjangkau dek akal logikku!
Takpa tt..teruskan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
MOMENT
“Keharuman Bunga Tak Seharumnya Cinta Ku”
Itu petikan lagu permaisuri nyanyian kumpulan DATA suatu masa dahulu. Aku tertarik dengan perkataan harum yang didendangkan mereka. Kerana aku masih lagi teringat-ingat betapa harumnya bau kayu herba tatkala ia keluar dari tempat persembunyiannya. Ahh…moment itu masih segar dalam ingatanku.
Kesegaran baunya terus berpanjangan sehingga hujung Ogos 2015. Aku pulang ke kampung isteriku di Melaka dan kebetulan pada masa itu ada majlis perkahwinan sepupunya.
Walaupun ketika itu demam masih lagi belum reda, aku gagahkan juga untuk pulang. “Boleh juga bersembang dengan Pak Long kalau dia ada nanti”, itulah ayat yang muncul dalam fikiranku.
Selesai ke majlis perkahwinan sepupu isteriku, aku ke rumah neneknya yang menjadi tumpuan setiap kali pulang ke kampung. Petang itu, Pak Long ada di kampung. Seperti rutin apabila berada di sana, Pak Long akan bersantai bersama-sama ayah saudara yang lain. Aku lantas mengambil tempat dikalangan mereka.
Perbualan santai berkisar kepada isu-isu semasa di selang-seli dengan perkara-perkara humor yang agak menggelikan hati.
Aku lalu ceritakan kepada Pak Long perihal benda yang jatuh dari mulutku dan ku tunjukkan gambarnya kepada beliau. Beliau seolah-olah tahu akan perkara itu.
Sambil ketawa kecil Pak Long berkata “Hahaha…ko kena simpan balut dengan kain kuning ni”.
“Ni benda apa ni Pak Long?, Macammana boleh keluar dari mulut saya plak ni?” Aku pohon penjelasan.
Seolah-olah menyimpan rahsia, Pak Long diam sejenak lalu menjawab acuh tak acuh “Dia nak ko mengubat orang agaknya”, ujar beliau.
“Ko patut buat batu cincin ni, keras ni. Apa material dia agaknya”, tambah ayah saudara yang lain.
“Hahaha…yeke macam tu. Saya ni mana ada kelayakan nak buat semua tu”, balasku lagi.
Perbualan tentang benda itu terhenti begitu sahaja dan ku lihat Pak Long semacam berfikir sedalam-dalamnya tentang hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang jadi kat aku ni aku rase pelik sikit-sikit je..Orang lain punya cerita lagi pelik kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Haku pun dapat sense yang tt ni macam nak diberi 'bakat' berubat.
Like my friend's mom..bertahun2 dia sakit..tak tahu sakit apa..tapi terlantar takleh bangun
Dah macam2 cara berubat tapi tak berubah..sampai tahap dia macam orang sasau..
One fine day, masa sakit tu dia bermimpi..dapat something dari someone..
tak ingat apa mende yang dia dapat..tapi in reality mmg mende tu ada bila dia terjaga dari tidur esoknya.
Dari situ dia beransur2 pulih...then dapat mimpi lagi suruh dia 'bantu' orang susah..
mula2 tak faham jugak nak bantu macam mana..tapi bila first dia dapat tolong ubatkan orang yang batuk2 bertahun (santau) baru dia faham maksud mimpi dan sakit dia tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengubat orang?Huhu ntahlaa...Tak kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kot nak dapat anugerah, bang...why not?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik...tak misteri ke?
Aiseh...lagi 2-3 plot abis la part ni...
Next part tak tau tahun bila plak baru ada cerita...huhu..
|
|
|
|
|
|
|
|
AWAK KAT MANA?
Sejurus pulang dari kampung aku terus ke tempat dimana aku simpan benda itu. Terasa semacam rindu pula nak melihat benda itu.
Kosong….tempat itu kosong. Tiada lagi benda itu di tempat yang kusimpan. Terasa badanku seolah-olah jatuh dari curam yang tinggi. Bupp….berkecai…Ah sudah, kemana perginya benda itu. Disinilah aku simpan benda itu, aku yakin. Tidak ku alihkan kemana-mana.
Aku cari di bawah katil, di atas meja, di dalam bakul sampah, di semua tempat yang berkemungkinan ada. Aku hampa. Aku gagal berjumpa sidia. Ia telah tiada ditempatnya, ia juga tiada di semua pelosok dalam rumahku.
Kemana perginya ia? Pertanyaan itu tanpa henti bertali arus menyesakkan fikiranku. Persoalan itu tidak terjawab. Aku yang buangkah? Atau ada pihak lain yang ambil?
|
|
|
|
|
|
|
|
Wey apa nii..hilang pulak..baru nk saspen
habih cmtu ja ka..napa cita ang pendek2..buat 2 mukasurat teros ok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|