CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Esmiria

Novel Pendek : Dari Cari Ke Alam Nyata -Bab Lima

[Copy link]
 Author| Post time 9-11-2015 06:27 PM | Show all posts
Bab Tiga
Makan malam dengan Hanz berjalan lancar . Di restoran mewah yang tentunya harga makanannya mahal.Agak segan dan kekok juga  tika melangkah masuk buat kali pertama. Layanan Hanz terhadapku begitu baik. Dia bersifat gentleman dan menghormatiku. Terpaksa aku menerima pelawaannya dua hari lepas. Hanz pandai berpsikologi-dia melutut depan aku seperti hendak melamarku untuk mengahwininya  ketika mengajak aku keluar di depan bangunan pejabat sebelah motorsikalku. Ianya menjadi topik hangat di pejabat dua tiga hari ini.

Semangatku telah pulih sepenuhnya. Cuma aku sudah berubah menjadi pendiam berbanding diriku yang suka senyum dan beramah mesra dengan teman-teman pejabat. Aku masih berseorangan sehingga kini. Tiada teman ketika waktu rehat atau di luar pejabat.

"Nah,untuk awak." Hanz serahkan sekotak coklat jenama luar negara kepadaku. Yang lain menjeling dan berkata sendirian.Tak puas hati mungkin.

Senyuman Hanz yang menawan langsung tak mencairkan hatiku.Namun,aku tidak kedekut untuk membalasnya. Lambat-lambat aku menyambut hadiah tersebut.

"Thanks." sepatah jawapanku. Senyumku pudar.Mataku tertumpu ke skrin komputer semula. Coklat aku letak tepi komputer.Hanz masih berdiri di depanku.Apa mamat ni nak?

"Apa lagi ye Encik Hanz?"

"Nothing.You look beautiful today." ujarnya,perlahan.Hanz kenyit mata kirinya seraya berlalu pergi. Sempat anak mata kami bertemu sebelum dia memalingkan kepala ke hadapan semula.

Pujjan itu memualkan aku.Rasa mahu muntah hijau je. Tiba-tiba,dua suara menampar cuping telingaku. Perempuanlah,apa lagi. Bisikan yang agak kuat kedengaran. Aku disindir.

"Pakai apalah nak pikat lelaki tu." kata Haliza.
"Dia pakai ilmu guna-gunalah.Muka tak cantik,dapat perhatian lelaki tu.Tak ke pelik." respon Jiha.

Sakit hati mendengar.Sabar,tu yang aku perlu lakukan sekarang.Tak guna aku melayan.Buang masa  aku je kalau marahkan mereka. Aku mendengus kasar.Menyambung kerjaku.





-

Jika ditanya mana-mana manusia di dunia ini tentang destinasi terakhir mereka selepas kematian tentulah syurga jawapannya.Tiada siapa rela masuk neraka walhal dia berani melakukan banyak kejahatan selama hayatnya. Aku termasuk dalam golongan tersebut kecuali aku bukan penjenayah. Pernah sekali dua aku membohongiku ibu bapaku tika kecil kerana malas hendak ke sekolah.Gastrik, kataku. Dan mereka berdua percaya.

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh umatnya berkata benar walaupun pahit. Satu ayat yang terpahat di ingatanku sehingga kini. Apabila Beng mula menceritakan tentang pertemuan pertamanya dan Fifi, aku mula rasa serbasalah.

"Kami jumpa kat benteng.Dia sorang-sorang mengadap sungai tu dan tenung je .Fikir apa ntah. Aku tegur jelah. Dia malu-malu nak balas sapaan aku. Perkara ni cliche.Kitaorang borak mesra dan tukar e-mel je.Nombor telefon dia tak bagi. Tapikan,after a few beremel..Kami start bercakap dalam telefon. Kerap bertemu..you know." Beng seringai gembira. Seri pengantin menyerlah di sekitar mukanya.

"Fifi tu macam mana orangnya?"

"Ayu,sopan dan pemalu.Lemah lembut.Taste aku. Orangnya cantik juga.Nak ke? Jangan Az!" Beng sekadar mengusik. Dia meledakkan ketawa halus.

Apakah reaksi Beng sekiranya aku menceritakan perkara sebenar? Adakah dia hendak percayakan aku atau tidak? Atau dia akan menuduhku yang aku hanya cemburukan mereka berdua?

Aku mencerunkan pandangan ke jalan raya.Mencari-cari kelibat kereta Jafar yang sepatutnya sampai 20 minit lalu. Menurutnya,dia mahu belanja kami makan di restoran mahal ini.Ternyata Beng yang mendahului aku. Sementara menunggu Jafar,kami berborak kosong.Meleret ke topik Fifi.

Pesanan makanan belum dibuat. Tidak tahu apa yang mahu dipilih.Aku juga perasan beberapa pasang mata di sini memandang kami seolah-olah kami sepasang kekasih gay. Aku straight. Seratus peratus.

Aku dan Apipanas tidak berhubung untuk beberapa hari ini.Barangkali Apipanas sibuk bekerja sehinggakan tidak sempat log-in Cari Forum. Status last online Apipanas ialah minggu lepas.

Apa berlaku padanya?

Aku tertanya-tanya.Dan rindu bersarang di hati. Harapanku agar dia online malam ini.Kemudian bisa berbual seperti biasa.

"Jafar mesej aku.10 minit lagi dia sampai.Aku dah lapar ni!" Beng bersuara,gosok perutnya yang berketul enam.

"Kau  sayangkan Fifi sangat-sangat ke Beng..?"

"Yela.Asal tanya?"Beng kerut dahi.Kening hitamnya terjongket.Tangan sudah berhenti bergerak.

"Fifi tu tak setia doe."

"Apa?!"
-
Cafe Yahudi tersebut sesak dengan orang ramai di waktu puncak sebegini. Kopinya yang lazat menjadi penarik muslim dan kafir  ke sini. Walhal hasil wang keuntungan didermakan kepada tabung peluru tentera Israel. Di satu meja yang terletak di satu sudut, seorang wanita yang berumur 30 tahun duduk di kerusi kayu rotan.Kopinya sudah berbaki separuh.

Aku tersenyum ke arahnya,berjalan dan menarik kerusi perlahan. Sebaik melabuhkan punggung, Az mula berbicara.

"Lama tak jumpa.I miss you!" luahnya dengan penuh perasaan. Aku senyum lebar.Siapa tak gembira jumpa kawan lama sekolah sendirikan?

"Yeah. Me too. "

"Hows work?Okay?Bila nak masuk kerja balik ni? Bf you mana?"

"Woooo!Satu demi satu tanya. Sikap awok ni tak berubah dari dulu ya?" Aku gelak halus.

"Ehem..Az ni kan.So Api,doh kawen?" Az memperbetulkan kot hitamnya.Cermin mata bulat yang tersangkut di telinga sesuai benar dengan wajah segi empatnya.

"Belum.Tengah mencari calon suami ni.Ada sape-sape awok nak rekomen?" aku angkat kening kiri.

"Ada.Aron Aziz."
"Haipp..Dia tu tak reti berlakon. Lagipula,dia laki orang. Mengarotlah awok ni." aku gelak kecil. Pandangan mataku teralih ke sepasang mata lelaki di meja sana.Familiar muka. Siapa ya?Macam pernah bertembung.

"Okay serious ni. Saya ada dua lelaki nak rekomen kalau awok betul-betul nak mengisi kekosongan hati."

Anak mata kami bertembung. Pelayan datang dan mengambil pesananku seraya beredar.

"Tak payahlah.Frust saya belum hilang.Why not kita takyah cakap pasal ni?Awok camne? Dah buka bisnes?"

"Well no.Saya kerja sebagai p.a actually."

"Interesting.Mesti banyak duitkan?" Aku sengih macam kerang busuk.

"Banyaklah gaji. Tu sebab berhutang  kete  je. Betul ke you frust ni ..ke you..-"

"Jangan cakap-cakap bukan k.Benarlah.Beng tak guna sungguh.Menyesal kapel dengan dia."
"Beng?Apasal teruk sangat nama dia?Macam kambing je bunyinya kalau tambah kam kat depan."
"Itu panggilan dia.Ada sebab orang panggil.Beng tahu."
"Ye ke?Sebab apa?"
"Ada lah sorang kawan dia ni dulu, setahun muda dari dia. Budak ni suka panggil orang lebih tua dari dia dengan panggilan abang. Satu hari, budak ni nak acah-acah cakap kelate kan.Kan abang dalam bahasa kelantan orang panggil abe. Tapi budak ni panggil  abeng. Budak tu kena gelak reramai.Start dari situ orang start panggil dia Beng. Satu nada je." aku gelak kecil mengenangkan penerangan Beng pasal gelarannnya. Makanan sudah dihidang.Segera aku mencapai garfu dan sudu untuk menyantap selera. Kena makan cepat,nanti lambat masuk pejabat.

"Nama sebenar dia apa?"

"Muhammad Uwais Syamsudin Bin Narzuki. Sedap kan nama dia?"

"Ha’ah. Sebab dia anok majikan saya."
"What?"
-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2015 06:29 PM | Show all posts
Ada  ayat-ayat bilamana seseorang pernah menyebutkannya. Mungkin dia seorang pelukis atau pemuisi. Apa yang pasti, ia berbunyi begini.

"Bercinta bertahun.Tak semestinya berkahwin bertahun."

juga
"Cinta tak semestinya dimiliki."

serta
"Cinta itu bisa membutakan hati manusia."

Ketiga-tiga ayat ini pernah ditaip oleh seorang forummer cari yang menggunakan nickname ManLover. Komen-komennya hanya tertumpu pada penyelesaian masalah pada setiap thread di Bod Cinta Dan Emosi.Tiga tahun aktif berforum kemudian menghilangkan diri.

Manlover terlebih dahului menjoin Cari Forum daripada aku.Sebelum kemunculan Apipanas, aku pernah bercinta dengan Manlover. Manlover memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.Tubuhnya genit. Ketinggiannya hanya 5 kaki 2 inci. Aku cuma sedikit tinggi daripadanya.

Manlover memulakan langkah pertama sebelum hubungan persahabatan kami bertukar hubungan cinta. Pada pemikiran lelaki konservatif,Manlover akan dikutuk sebagai perempuan miang. Berlainan dengan aku,  menganggap Manlover bersifat berani.

Aku pernah bertanya padanya dalam talian telefon tentang tanggapannya pasalku.

"Apa awak fikir pasal saya?"

"Maksud awak?"

"Well. Kita dah 2 bulan bercinta.Tak pernah berjumpa sebab haramkan.Awak tahu tu kan?"

"Awak baik.Ikhlas."

"Camne awak tahu saya ikhlas?"

"I just know it.Awak dah tak sayangkan saya lagi?"

"Asal tanya camtu?"

"Ya atau tak?"

"Ya lah."
"Saya pun sama. "

Aku terus buka topik pasal perancangan pertemuan aku dengannya.Aku tidak bisa memendam keinginan untuk berjumpa. Nafsuku tak boleh dikawal lagi.

"Saya tak sedia lagi.Sorry."

"Bolehlah.Saya bawak lima kawan perempuan saya teman saya.So takdelah timbul fitnah ke pe kan." aku mendesak.
Diam.
"Okaylah."

Yes!Aku menjerit dalam hati.

Pertemuan kami berjalan lancar. Poketku koyak kerana terpaksa membelanja 6 orang perempuan di panggung wayang dan restoran. Aku mampu berbicara sedikit dengan Manlover kerana yang lain sibuk berbual mesra dengannya. Mengganggu privasi betul! Kalau tidak kerana mereka, tentu aku tak dapat bertemu Manlover.Fikirku, sekadar menyejukkan hati yang panas sedikit.

Di penghujung siang, kami dapat berdua untuk seketika.Itupun kerana yang lain pergi tandas secara beramai-ramai.

"Thanks sebab belanja saya hari ni.Im so happy.And I love you." ucapnya tanpa segan.Terharu  mendengarnya.

"Ya awak.Hmm,bila saya boleh pergi jumpa ibu bapa awak?"

"Aikk.Cepatnya.Nantilah awak.Tak sabar ke?"

"Sabar apa?"

"Hehehe..Takde ape-ape." Manlover gelak kecil lalu aku menurut.

6 bulan,tempoh yang cukup panjang bagiku dalam hubungun cintaku.Manlover memutuskan pertunangan kami kerana hatinya sudah berubah ke lelaki lain.

Apakan daya, sudah nasib. Aku terima takdirku. Sepasang cincin  tersimpan kemas dalam kotak kecil merah dalam almari bajuku sehingga kini.Tika anak mata kami bertentang di dalam Syarikat Besi Holding hari ini, kenangan-kenangan manis tersebut berputar di fikiran sebelum kenangan pahit menerjah pula.

Yang berlalu biar berlalu.Aku berlagak bersahaja  saat memberikan bungkusan tersebut padanya.Lalu, dia mengajak aku makan malam.

Patut ke aku terima?
-

Takdir orang lain  berbeza sekali. Baik atau malang  terhadap mereka ditentukan oleh Allah.Benarlah pepatah yang berbunyi
"Malang tidak berbau."

Kerana malang tidak dapat dijangka. Ada dua perkara malang yang berlaku terhadapku dalam bulan ini.

Pertama,account Cari aku telah digodam oleh seseorang,bermakna aku tidak bisa mengomen mana-mana thread lagi.

Kedua, aku nyaris-nyaris dirogol oleh seorang lelaki india yang gempal dan diselamatkan oleh seorang perempuan pada malam ini.Dia memperkenalkan diri sebagai Mal.

"Terima kasih sebab tolong saya." ujarku. Cliche seperti drama melayu di televisyen. Aku tidak senyum. Sebaliknya,berwajah serius. Mal mungkin seorang pesakit mental yang suka membunuh orang dan pura-pura bersifat baik.

Pembunuh yang mahir bertinju. Gelaran yang sepatutnya aku berikan padanya ialah MalBoXCrazy. Ngarut je kedengaran bukan?

"May I send you home?" Mal senyum dalam sinaran lampu gelap tepi jalan.Lelaki india tadi masih terbaring tanpa sedar diri. Dalam keraguan,aku kagum dengan cara berlawannya tadi. Seperti pakar tinju.

"Tak payah.Saya ada kereta."

"Kereta?Warna apa?Sebab saya nampak someone stole one red car  kejap tadi. Tak sempat jerkah sebab mereka pergi dulu." Mal seringai. Aku membuntangkan mata.Jangan-jangan...Oh tidak!

Segera aku pergi ke ruang parking. Mataku meliar-liar mencari keretaku.Tiada bunyi ketika menekan remote control. Aku mengeluh kecewa. Ini perkara ketiga yang malang.

"Where’s your car?"

"Well.." aku pandang Mal dengan tajam.

"Selalu ke keluar malam?"
"Tak.Kalau cuti."
"Hmmm..Nama awak sapa?"
"Api."
"Api? Kenapa nama awak pelik macam tu?" Mal belok ke simpang kiri. Jalan raya agak sibuk malam ini.Mujur jarak kelab malam tidak jauh dengan kediamanku. Aku kerling dia sekejap.

"Belok kanan." arah aku.Tangan kanan dalam tas tanganku. Pisau kecil tajam aku genggam dengan seerat-eratnya. Bimbang Mal bertindak di luar kawalan.

"I can be crazy sometimes if i get angry. Maybe you just want to treat me nice. I want your answer." suara Mal sedikit nyaring.Keretanya membelok.

"Me too.I can kill a person if shes he crazy.Like you.Turunkan aku!" Aku mengacu pisau ke lehernya. Mataku membulat dalam kemarahan.Belagak betu! Mal nampak  tenang.

"Okay." Mal memberhentikan keretanya tepi jalan berhadapan lorong masuk kawasan perumahan aku. Aku bergegas buka pintu sebelum Mal meraih tanganku.

"Kalau ada masalah,mesej saya.Nama fb saya, Cikgu Mal Kuantan.Okay?" Mal senyum. Adakah ia senyuman sinis? Atau ikhlas?

"#@&?!" aku gigit tangan Mal sebelum menghempas pintu dengan kuat.Aku pantas berlari sedaya mungkin.
Hari ini sungguh malang bagiku.Esok harus pergi balai polis. Nasib badan.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2015 06:30 PM | Show all posts
Ezzie replied at 6-11-2015 09:38 AM
hahaha...terbaik la....mengamuk es nanti...benang dia suka2 je dok menyemak....
es...jangan marah ...

Tu dh hapdet.ambik kau suprise(klo x wat speku.lulz)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2015 03:47 PM | Show all posts
Bab 4 akan disiar lusa kot. Tiga bab lagi akan habih kot. Btw, novel baru menyusul.


Psycho maybe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dh improve dh pnulisan es..
tp keliru ramai sgt 'aku'

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 12:33 PM | Show all posts
kimsa-ra replied at 18-11-2015 01:52 AM
dh improve dh pnulisan es..
tp keliru ramai sgt 'aku'

Itulah.dua org..kalau dok ckp apipanas tu..hat laki..


hat perempuan, pasal beng..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2015 10:54 PM | Show all posts
Bab 4
"Apesal teruk sangat gaya bahasa?Macam budak forummer satu tu!" komen Encik Ali dengan riak tegang.Izara yang duduk bertentangannya mampu memberikan reaksi ketakutan.

"Apa kaitan dengan forrumer pula abang oit?" Izara kerut dahi seribu sambil jari-jemarinya bermain sesama sendiri.

"Esmiria Ahhh...Whatever.Apa-apa, you gotta fix this! Due date hujung bulan ni!" tegas bicaranya. Kata-katanya mesti dipatuh Izara!Tidak boleh tidak!

"Hujung bulan ni?Mana boleh bang! Banyak nak fix tu...kut..Baru tiga bab kan abang baca?" Izara tersengih seperti kerang busuk.Mengharap abang kandungnya menimbang semula ayatnya tadi.

"Kata nak jadi femes macam Neddo tu!Buatlah yang terbaik! Re-write!" marah Encik Ali belum reda. Gaya bahasa tulisan novel adiknya benar-benar menjengkelkan.Mana mungkin ramai yang tertarik dengan lenggok bahasanya? Kepelbagaian ayat kurang! Tatabahasa tak betul!

"Re write ke fix?" kening kiri Izara terjongket.Menahan gelak sebenarnya.Entah apa lawaknya.

"Re-write.Sudahlah.Abang ada banyak kerja ni." Encik Ali menjawab. Jari-jemariya menari-nari di keyboard semula.Izara mengerti perbuatannya lalu menghayunkan langkah keluar.Terserempak dengan kenalan lama tanpa sedar bahunya terlanggar bahu seorang gadis.

"Oh maaf."

"Takpe." gadis nerd cuma senyum ikhlas.Batang cermin mata yang terlorot di hidung ditolak ke atas. Perlakuan yang biasa dilihat Izara. Izara membalas senyumannya sebelum berjalan semula.

"Hai Zara.Apa you buat kat sini?" soal Zarif, sengih sehingga menampakkan gigi kuningnya.Tak hairan kerana dia perokok.Sebab itu impian menjadi model tak pernah menjadi nyata walau sekali.Tambahan badannya yang gempal serupa shrek hijau.

"Buat bodoh." acuh tak acuh layanan Izara terhadap bekas kekasihnya.Kadangkala terfikir mengapalah abangnya mengambil dia bekerja di sini.Takdir kot,bisik hatinya.

"Zara,wait!" tangannya ditarik sedikit sehingga langkahnya terundur belakang.Wajah Zarif dicerlung.Amarah terbangkit. Hampir saja tangannya hendak melayang ke pipinya namun ditahan kerana kesabaran yang semakin menipis.

"Opps..Sorry..You just look beautiful today."

"Oh thanks." Zara meleraikan pegangan sebelum beredar dari situ.Zarif mengetap bibir dengan geram. Langkah Izara semakin laju menghampiri ruang parking di mana Satria Neonya terletak. Baru hendak masuk, dia disapa satu suara lelaki yang sudah lama tidak didengar.

"Beng?" bekas kekasihnya.Lima tahun mereka tak bertemu.

"Yeah.What are you doing here my darling?"

"My darling?" respon Beng membuat dahinya berkerut bagai kata-katanya berbelit untuk difahami.Sebenarnya dia mengerti. Penjelasan dari Beng dipinta melalui isyarat mata.

"Well.. You still my darling right?"

"Tok mu!" Izara menumbuk Beng sehingga menyembah bumi.Lelaki itu pengsan akibat pukulan yang kuat.Ilmu taekwando Izara tak boleh dipertikaikan lagi.Sekelip mata mamat sado boleh pengsan.

Enjin kereta dihidupkan dan kaki menekan pedal minyak dengan kuat.Bumper belakangvsebuah kereta yang sedang bergerak di belakang  remuk dilanggar Izara.Gara-gara Beng, fokus hilang entah  ke mana.Barangkali dia perlu mengawal kemarahannya.

Izara tak peduli.Setelah kereta tersebut melepasinya,segera dia mengundur laju dan meninggalkan kawasan bangunan itu. Pejabat rakan baiknya dituju. Menurut waktu yang terpapar di jam tangan, dia sepatutnya habis bekerja.Kebiasaan bagi Izara menjemput tomboy tersebut pada lewat petang.Lagipula mereka teman serumah.

"Lambatnyaaa!" rungut Ija dengan muka cemberut. Izara mampu tersengih sebelum sebuah ketawa kecil tercetus. Buruk betul muka Ija begitu!Persis budak kecil saja.

"Tulah..Lambat..Kau tahu bende.Jem tahu tak.Nama je duk kuantan.."

"Naik helikopterlah macam tu.Takyoh susoh-susoh nak redah Jem."
"Ada duit?"
"Adalah.Ka(kau) nak buat apa?"
"Beli helikopterlah."
"Huishh..Mana boleh camtu! Banyak  duit nak beli helikopter..Bukan singgit harganya."
"Doh tu,napa suggest?"
"Errr.." Ija buntu mencari jawapan.Usikan Izara berjaya.Mudah sangat Ija dikenakan.Izara gelak halus dsekali lagi.
"Haa..Geloklah!Suka sangat kenakan orang tahu!"
"Doh..dia tu banyok rungut.."
"Yelah..Sorry!"
"Naik Lorrylah!"

Mereka bertukar senyuman.Kereta yang bergerak perlahan bertukar laju. Radio dibuka. Sejurus suara dj perempuan kedengaran. Petah berbicara mengenai topik perbualan-DITIPU.Telinga mula dipasang dengan rasa minat yang mendalam.

"You know what..I saw Beng tadi." mulutnya terbuka setelah beberapa minit senyap.Lagu Sorry Sorry Sayangku menampar cuping telinga.Sebuah lagu bodoh baginya.Suara penyanyi pula pada tahap biasa.Amatur!

"Yeah? Dia rogol ka(kau)?" balas Ija, mengangguk kelapa seiring dengan rentak muzik.

"Apa ka ni!Taklah ke situ!Aku tumbok dia sampei pengsan."

"Apa?Kenapa?"

"Doh dia panggil Darling.Tak ke aku marah."
Ija terdiam berfikir sejenak.Beberapa detik kemudian matanya membulat dengan mulut melopong kecil.

"Aku baru teringat!Beng kat hospital sekarang sebab accident kereta!Cedera parah!"

"Kau biar betul?Jangan main-main!"

"Kau ingat aku tipu ke? Kawan lama dia bagi tahu aku kat sms tadi!"

"Habis sapa jumpa aku tadi?"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 12:12 AM | Show all posts
Edited by Esmiria at 30-11-2015 12:33 AM

Sambungan bab 4 yoy.(Giler berangan nak publish novel gay misteri but kena fix lopong.So,enjoy cite seteret-meret ni.Aku kena buat thorbaik kali ni!)

Jari-jemari Izara menari-nari di papan kekunci laptop. Pelbagai thread di laman web Cari  Forum menjadi tempat persinggahan sekaligus luahan pendapat. Ada beberapa respon dari forummer-forummer lain diterima kemudian. Senyuman dan tawa berselang seling membaca komen mereka. Walhal hal yang dibicarakan serius tetap diselitkan sindiran yang menggelikan hati.

Bod Bakat,Ruangan Dan Penulis dilayari.Terdapat dua thread baru muncul di bod kegemarannya. Segera anak panah menekan satu tajuk.

Bukan Bidadara
Lelaki anggun: Persembahkan karya baru Nyah sempena menyahut cabaran Esmiria untuk memeriahkan  bod yang makin sendu ini.

Mata Izara menangkap bait-bait ayat yang terpapar di skrin komputer.Lenggok bahasa Lelaki Anggun sungguh menarik dan berjaya membawanya ke alam fantasinya.Yakni fantasi yang suci dari unsur-unsur tak bermoral seperti karya Esmiria.

Izara seringkali mengikuti thread penulisan bbnu itu.Awalnya, Esmiria menerbitkan tiga cerpen di thread yang berlainan. Pantas Esmiria menghimpunkan segala koleksi cerpennya dalam satu thread selepas berlaku satu situasi dimana dia tegur oleh mod bod itu.

Izara selesai membaca bab satu. Bab yang seterusnya pasti mengujakan dan mendebarkan berdasarkan hal misteri yang terselit pada awal cerita.Jari telunjuk kanan mengetik mouse selepas bergerak sedikit.Thread bertajuk

’Tentang Nafsu’ dibaca..

Momo: Buah tangan bulan ni yoy.Meh kita meriahkan bod ni seperti apa yang Esmiria cakapkan.

Leka Izara dalam dunianya sendiri.Gaya penceritaan serta plot yang menariknya mengheretnya ke alam fantasi yang separuh suci. Babak-babak noda dan mesra tak lupa disisipkan sekali. Sejurus nafsu syahwatnya naik. Mindanya menerawang ke suaminya,Ali yang sedang bertugas di atas kapal. Wajah lelaki tercinta bakal ditatap dalam dua bulan lagi. Layanan mesra berserta aroma bau badannya memenuhi ruang minda.

"Woi!Ka pike mende tu!" sergahan Ija nyata menyentakkanya sehingga segala nama organ luaran manusia meluncur keluar dari mulutnya.

"Tadok bendelah.Baca thread cerpen ni."

"Oohhh.." Ija mengintai skrin laptop Izara sebelum berbicara kembali.

"Ka dok baca cerpen or novel...-Apa ea nama forummer tu..Esmi..esemila?"
Izara menghela nafas panjang lalu menggeleng kepala. Mahu saja menepuk dahi Ija sampai terpelanting belakang. Sabar Izara oit!

"Esmiria! Ka ingat aku kemarok sangat ke baca cite dia yang tak bermoral tu?"
"Ehhhh ka ni..Bukan kemain ka puji gaya tulisan dia kat thread ritu! I still remember!" sempat Ija baca komen-komen thread di bod WR tempoh hari.
"Okayyy..I admit it but read gay/les story tak bermakna ka gay."
"Ada aku cakap ka suka perempuan ke?" Ija angkat kening hitam seraya kenyit mata kirinya beberapa kali.
"Ka jangan nak kenakan aku ya." Izara dapat mengagak maksud perbuatan Ija tersebut.
"Mana adaaaa!" Ija berlari ke ruang dapur sambil terkekeh ketawa.
"Apa yang lawok tu?" soal Izara bila mendapati Ija di kabinet. Ija mengacau minuman milo yang baru dibuat.
"Saja ketawa.Tak boleh?" Ija berjalan perlahan ke kerusi merah berhadapan televisyen.Kaca televisyen bercahaya kemudian.Izara melabuhkan punggung sebelah Ija.

"Ija,...Ka boleh tolong aku tak?"

"Tolong makan bolehle."

"Serius ni!"

"Okay." Ija letak mug milo di meja kopi sebelahnya.Matanya tepat merenung ke dalam iris hitam Izara.

"Tolong apa?Tolong bunuh?"

"Bukan..Ni pasal buku aku tu.Abang aku tak nak publish." Izara ketap bibir tanda geram mengingatkan Encik Ali yang bujang terlajak itu.

"Haaa?" Ija angkat kening kirinya sambil melopong kecil. Sengaja. Reaksi yang menambahkan keburukan muka yang sedia ada. Terasa mahu tumbuk pula muka Ija ni,hmmm.

"Dia suruh aku rewrite.Aku takde idea weyyyy!"
"Hmmmm....Biar aku tulis rangkanya then kau tulis serta tambah apa yang patut?"
"Macam mana?"
"Mana laptop ka?"

Izara mencapai lappy yang terletak di sebelahnya. Segera lappy bertukar tangan. Ija mula mengedit Prolog dan Bab Pertama....

***
Prolog
Suasana Cafe Yahudi sungguh hingar bingar dengan suara manusia yang minum di situ.Sinaran mentari tidak dapat menembusi bumbung cafe dimana kami berdua berada.Anak mata kami bertaut tanpa sebarang butir bicara.
"Saya minta maaf." katanya dengan rasa serbasalah.

Hal itu langsung tak terlintas di ruang fikiranku.2 tahun kami berkawan. Kebenaran sudah terbongkar. Adakah ini mimpi? Tidak.Ini nyata. Susuk tubuh lelaki yang  mencuri hatiku sejak berbulan-bulan lalu berdiri tegak di depanku.T-shirt biru Polo yang tersarung pada badannya disertakan dengan seluar slack hitam. Segak. Kacak. Pandangan yang menyejukkan mataku pada awal jam tadi. Entah kenapa tiba-tiba aku berasa benci melihatnya sekarang.

Aku ditipu.Rasa macam orang bodoh saja.

Mukanya nampak tenang.Namun aku dapat menghidu rasa serbasalah dalam dirinya. Anak matanya tepat merenung iris hitamku.Dia cuba senyum tetapi tidak jadi.

"Takpe. Saya faham." jawabku, senyum paksa.
***
Bab Satu-Perkenalan.
Cari Forum menjadi tempat popular persinggahan pelayar internet di Malaysia. Tak kira muda atau tua. Bod Isu tempatan dan Bod Gosip Artis Tempatan yang paling ’hot’ sekali. Juga,tempat untuk menyindir  sesama forummer atau menghina/mengumpat si artis atau berkelahi antara mereka.Buang masa ketika lapang atau bekerja di pejabat yang berpenghawa dingin. Mengular namanya.
Di antara forummer-forummer di dalamnya. Satu nickname yang agak unik bagiku. Aku tidak bisa membayangkan bagaimana rupanya.Yang pasti, dari cara dia mengomen setiap thread isu semasa amat bernas dan berasas.Malah, ada cadangan diselitkan sekali.
Neelopa.
Ya, Neelopa. Jantina, perempuan. Seringkali, kami saling berbalas post dalam setiap isu thread semasa. Setiap kali itulah, aku berasa gembira dan seronok. Terbuai dengan permainan alam maya seketika.Dunia nyata dilupakan seketika.Seperti, kami sedang duduk bertentangan di meja dan bercakap. Mungkin pembaca novel ini pernah rasa kan?
Namun hubungan kami setakat itu saja. Tidak melarat ke mesej peribadi-whatsapp dan panggilan telefon. Sebulan begini. Entah kenapa hatiku memberontak mahu melanjutkan lagi hubungan alam maya kami. Sesuatu mengenainya membuatkan aku ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Fotonya inginku tatap.Suaranya inginku dengar. Mungkin suaranya lunak atau kasar? Sesuai dengan  wajahnya yang ayu.Ayu ke? Entahlah.Pernah dia mengaku yang dia berwajah biasa saja di bod Tanya Wanita. Ketika itu, aku secara tak sengaja terklik tajuk  thread ’ Mekap Bila Keluar?Perlu Ke?’
Rata-rata komen berunsurkan positif.Ada kata perlu.Ada kata tidak.Dan Neelopa mengucapkan tidak. Sebab, dia mahu kelihatan natural.Dia bukan cantik mana pun.Neutral zone face.
Mengintip pos Neelopa  di setiap thread menjadi hobi aku atau perkataan lebih sesuai ialah kemestian pada setiap jam.Tekan saja Neelopa threads,maka terpaparlah senarai Topic dan Replynya. Sehingga sekarang,Neelopa tidak pernah membuka satupun topik di mana-mana Bod. Aneh.Mungkin tiada idea? Tak tahulah.
Dan satu petang Ahad,aku memberanikan diri untuk menghantar mesej peribadi kepadanya.....Aku tidak mahu tak mencuba.Rugi aku!Mana tahu ada peluang kan? Mungkin hubungan kami akan menjadi nyata.Dari Cari ke alam nyata.
***
"Wait!Jangan Edit!" Izara mengenggam kedua-dua lengan Ija dari bergerak.Perbuatannya mendatangkan hasil.Ada rasa ingin tahu terzahir jelas pada raut wajah Ija.

"What!Tadi minta tolong aku!"

"Neelopa?Motif ka buboh nama tuuuuu!"

"Eiii..Sedap sikit.Ni Apipanas.Macam bodoh je bunyinya." Ija kerutkan muka macam budak kecil.

"Adoiii...Tak boleh-boleh." Izara mengambil lappy dari riba Ija dan menonong ke biliknya. Takut karyanya dirosakkan lagi. Bunyi pintu bilik dihempas kuat kedengaran kemudian.

Ija mendengus perlahan serta geleng kepala dua kali.Pelik-pelik je Izara ni. Tersentak tika satu suara menyapanya.

"Napa Ija buat Izara macam tu?"
Tak lain tak bukan.Suara arwah Beng. Ija pengsan sebaik kelibatnya terlihat.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2015 10:16 PM | Show all posts
Bab 5
"Izara, you are my first writer.I hope you can give  your manuskrip to me." kata Asma sambil seringai.Barisan giginya yang putih mengagumkan Izara. Pandai benar Asma menjaga giginya.

"Masalahnya,mana awok tahu saya tengah tulis novel?" soal Izara yang masih tertanya-tanya.Dilihat posisi duduk Asma berubah kepada posisi bersandar.Asma memusing-musingkan kerusinya. Sengihannya bertukar senyuman.

"One of my friend work there.So I know." jawab Asma. Berhasil juga pujukannya untuk menjemput masuk Izara ke dalam bilik pejabatnya di bangunan Syarikat penerbitann kecil yang baru berusia seminggu. Nama AntiSuamiku diberi.

"Asma, I cant." Izara menggeleng. Perbuatan itu  seakan mengkhianat abangnya sendiri.Pula,baru lima peratus novelnya disiapkan.

"Can?" Asma meramas-ramas jari jemari Izara sebelum mengenggam erat. Spontan pandangan Izara beralih ke tangan. Lain macam Asma ni..

"Cant." Izara bingkas bangun. Asma pantas menghalang dengan berdiri di muka pintu.Anak mata mereka bertentangan dalam  kesunyian seketika.

"Asma,izinkan saya pergi."

"Naaa. You have to agree."

"Why?"

"Cause you are my first writer dear my friend....Beside, you are no so into Suamiku jenis novel?" kening Asma terangkat sedikit.Kehairanan terpamer pada wajah Izara.

"Kenapa paksa ni? Macam mana awok tahu saya tak suka novel  suamiku gila sewel sweet nak mampos perogol bersiri ni?" Izara cuba menolak Asma namun tak berjaya.

"I’ve been watching you Izara.So I know. I want you to be  my writer.You seem perfect." Asma seringai.

"Okay. Deal."Izara mengalah.Tujuan hendak larikan diri dari situ. Asma mengangguk dan mengenggam erat tangan Izara sebelum mengunci pintu dengan pantas.Trik Izara tak berjaya. Dia mampu mengeluh kecil.

"Ini kontraknya." Asma mengeluarkan beberapa helaian kertas dari laci di atas meja. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi.

"Kenapa perlu kontrak?"

"So, you wont break our deal."

Senyuman lebar Asma menyeramkan Izara. Mendedahkan personaliti Asma yang berbeda dari yang dia kenal semasa sekolah rendah dulu. Izara terfikir seandainya kejadian ragut tadi hanya lakonan peragut dan Asma.

Kalau tidak, dia tak terheret ke dalam situasi ini gara-gara terhutang budi dengan Asma.

-
Banyak kisah dikongsi Izara dengan suaminya dalam talian.Rindu yang ditanggung selama ini hilang sekejap mendengar suara lelaki tersayang. Mahu saja dia mengikut si suami bekerja kalau dibenarkan ketua kapal.Mana mungkin itu terjadi.

"Ija, demam sebulan sebab kelibat Beng." Izara harus memberitahu hal ini. Sampai bila mahu sorok? Walhal nama Beng agak sensitif di telinga lelaki itu.

"Beng?"

"Beng mati. Rohnya  berkeliaran  kot?I dont know.Ustaz kata  saka merupa orang.Ada orang kacau kami berdua. Semalam baru sihat. Itupun trauma nak keluar rumah kot-kot Beng muncul.
Tapi rumah ni Ustaz dah pasok!"

"Sapa hanto tu?"

"Entoh.Iza mana de ilmu pirasat nak tahu!"

"Beli batu aget tu.Saka tak dekat.Kalau Allah izinlee.."

"Kat mana nak beli?"

"KP. Okaylah. Abang  chow dulu. Jaga diri tahu?"

"Okay!"

Talian mati. Izara kembali menatap skrin  laptop dengan perasaan berbunga-bunga. Keseorangan dalam bilik gelap menyeriaukan diri. Apa nak buat, bilik mereka berasingan..Ija  tak suka berkongsi bilik! Jam di dinding ditatap.Sudah pukul 11 malam. Kantuk belum mendatang.

Izara mula membaca bab 4  semula. Kalau ada kesilapan tatabahasa atau ejaan, berpetak mukanya!

**

Satu malam yang  indah bagiku. Melayari pelayaran kapal tanpa henti sehingga matahari muncul semula.Licik sungguh Manlover memerangkap aku  ke dalam biliknya. Berpura-pura jatuh tangga di depanku ketika aku sampai di depan pintu runah banglonya. Entah macam mana badan kami bertindih di atas katil seraya syaitan membisikkan kata-katanya di telinga kami.

Terbit sedikit penyesalan di hati namun hilang dek kucupan lembut dari Manlover pada pagi ini..Tubuhnya yang berbogel nyata membangkitkan nafsuku. Seusai berzina,kami bersarapan. Aku terpaksa meninggalkannya kerana pekerjaanku. Sempat kami berpelukan erat sekali. Bibit-bibit cinta antara kami  timbul kembali.

Terserempak dengan Jafar ketika dalam perjalanan ke pejabat. Dia segera menyapaku dan mengajakku bersarapan.

"Takpe.Aku sudah kenyang."lalu bergegas menaiki tangga.  Kami sempat bertukar senyuman.

Pagi yang indah bertukar redup gara-gara kelewatanku. Aku dimarahi bos  dan gajiku dipotong separuh.Begitu ketat peraturan di sini. Aku pun tak menahan.Dalam  menahan sakit hati, aku menghantar dokumen-dokumen serta bungkusan ke alamat yang tertulis.

-
Tumpuan Izara terganggu dek satu bunyi tapak kaki yang datang dari luar tingkap biliknya. Dijenguk ke luar namun tiada tanda-tanda kewujudan  manusia. Keseriauan menyelubungi diri.

Jangan-jangan hantu?

Ish.Tak adelah! Izara cuba menyedapkan hati dengan bayangan-bayangan pelik-pelik di benak minda.Seperti munculnya saka gendorowo lalu menerkamnya.Atau pontianak yang cuba menghisap darahnya.Juga toyol yang mengigit kakinya.

Mulutnya terkumat-kamit membaca surah yang dihafal.Sambil berjalan ke biliknya. Tombol pintu terkunci. Siapa pula berada di dalamnya?

Haippp....Takkan hantu.

"Hai Iza."sapa Beng dari belakang.Izara berpaling secara melirih serentak pintu  bilik terbuka. Suara Izara tersekat di kerongkong untuk membalas ayatnya. Kakinya bagai terpasung di lantai.

"Tolong Beng Iza.Beng dah sesat.Beng sihir sorang perempuan ni.Sekarang saka tu dalam badan Beng."

"Kau saka!" Izara membulatkan mata.

"Percayalah Beng.Beng derita ni.Beng tak aman. Allah tak nak terima roh Beng..Beng merayau sekitar sini." rayuan Beng sia-sia saja. Izara terus mengunci pintu dan  menghembuskan nafas panjang.Tangannya berlabuh di dadanya  bergetar hebat.

Bila difikirkan, ada benar kata-kata Beng. Ija dan Izara tak sempat menyaksikan pengebumian Beng. Yang dia tahu,Ija memberitahunya Beng sudah mati.Informasi dari keluarganya.

Kalau begitu, bagaimana dia hendak tolong Beng?

Nota-ini bukan rekaan.Real punya.Cuma situasi dan watak berbeda.Aku dok rugi pe-pe.Beng tu still manusia k.Hehe








Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 01:35 AM | Show all posts
Saya peminat awak.karya awak makin lama makin matang.tahniya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 09:16 AM | Show all posts
Puk_gai replied at 17-3-2016 01:35 AM
Saya peminat awak.karya awak makin lama makin matang.tahniya

Thnx awok. dah 20, kna matang.bukn 18 cm thun 2014 lu...gua byk dosa bhaii
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 10:53 AM | Show all posts
sama-sama awak.kenapa cakap begitu banyak dosa?setiap manusia sama sahaja di sisi allah swt.tidak perlu menghakimi diri sendiri
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.300100 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list