CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] KKM Mula Serbu Kedai Vape Seluruh Negara

[Copy link]
Post time 6-11-2015 11:35 AM | Show all posts
aku sokong jah,...xleh kompromi ngan rokokl2 ni...hatta vape...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 11:38 AM | Show all posts
cukai rokok menurun la tu, dah harga naik,,orang cari alternatif yang lebih menyihatkan,,
selagi x kena cukai =HARAM
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 11:49 AM | Show all posts
dulu kempen benteras rokok seludup. sekarang kempen benteras vape. collection duti rokok halal dah kurang kot ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 11:52 AM | Show all posts
ramai artis pon bkk kedai vape.
kedai aril ni kena serbu ke x?
RABU, 4 NOVEMBER 2015 @ 12:39 PM


Aril Pilus buka kedai vape

KUALA LUMPUR: Naib juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, Aril Pilus memaklumkan yang dia sudah membuka kedai vape di Taman Dagang. Kedai vape di bawah nama Celebrity Vaperz Ampang itu dibuka sejak sebulan lalu. Namun kerana melakukan proses pengubahsuaian, kedai itu baru saja beroperasi.


Ditanya kenapa memilih perniagaan itu, Aril berkata, ia berkait rapat dengan dirinya yang sudah berhenti merokok. Sebagai alternatif, adik kepada Allahyarham Izwan Pilus ini memilih untuk menghisap vape.


"Saya sendiri sebagai contoh terdekat sebagai perokok. Saya mula merokok sejak 2012. Saya berhenti merokok pada Januari lalu. Dalam tempoh berhenti itu saya mula berjinak-jinak dengan vape," katanya yang mula menceburi arena seni pada 2009 selain menyanyi, berlakon, mengacara turut pernah menjadi penyampai radio ERA FM.


Pada sisi lain, Aril juga begitu teruja untuk bergelar bapa tak lama lagi. Suami kepada Puteri Erma Edlinda ini sedang membiasakan diri untuk menjadi bapa. "Jangkaannya hujung bulan ini. Jantinanya biarlah rahsia dulu," katanya yang bergelar suami pada Disember 2013.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94266



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94266
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 11:59 AM | Show all posts
gomen sekarang nampak sangat desperate...

kesian sungguh...



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:03 PM | Show all posts
tadi member bagi tahu, kedai vape kawannya ke rampas liq, sampai kosong rak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2015 12:28 PM | Show all posts
Isu vape: Facebook Kementerian Kesihatan ‘diserang’
FMT Reporters
| November 5, 2015

Pengguna laman sosial meluahkan tidak puas hati dan mahu tindakan sama diambil terhadap penjualan rokok yang lebih bahaya.



PETALING JAYA: Laman rasmi Kementerian Kesihatan yang menyiarkan rakaman penerangan mengenai isu pengharaman vape ‘diserang’ pengguna laman sosial gara-gara tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk merampas cecair perasa yang mengandungi nikotin.

Rata-rata mereka tidak boleh menerima kewajaran kementerian bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

Mengikut istilah Kementerian Kesihatan, peranti elektronik yang mengandungi nikotin dikenali rokok elektronik (eCig) manakala tiada nikotin dipanggil vape.
Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengharamkan penjualan rokok yang sudah terbukti berbahaya kepada kesihatan.

“Sejak bila rokok amek masa 100 tahun baru menyebabkan kanser?perokok-perokok ni ada yang sampai 100 tahun ke ko tengok?

“Then ko kata vape benda baru dan tak pasti akibatnya dan cuma khuatiri mendatangkan kemudaratan, Kaji dulu baru ban..andai akibatnya mendatangkan kebaikan kan ke rugi banned vape ni?

“Rokok katanya dah wujud beratus tahun dan mmg dh dikenali kemudaratannya, ban terus la pegi jual buat ape? tapi KKM xbole ban sbb political issue..see!!tu sume nak duiittt,” tulis Muhammad Amirul Rejab Zakaria yang mendapat lebih 200 likes.

Ada juga pengguna laman sosial yang mengaitkan penjualan arak yang sememangnya diharamkan Islam dan tidak baik untuk kesihatan.

“Tolong haramkan arak dan rokok dahulu, baru haramkan vape.. Arak dah terang-terang haram dlm Islam, tp kenapa Malaysia masih menghalalkan pengeluaran dan penjualan arak di malaysia?? Bukankan Malaysia negara Islam?? Atau Islam atas nama sahaja?? Arak lebih teruk kesan negatifnya daripada Vape.. Haramkan arak dan rokok.. Hentikan kilang arak di Shah Alam..,” tulis Sulaiman Arbain yang menerima lebih 100 likes.

“Kerajaan haramkan vape sebab dia takut org tak nak beli rokok. Rokok ada cukai tinggi. Vape mana ada cukai. Diorang mana pikir psl kesihata rakyat sangat. Kalau diorg pikir dh lama rokok diharamkan. Nk dibandingkan rokok dgn vape, rokok ada lebih 4000 bahan kimia. Vape ada satu je bahan iaitu nikotin. Nikotin hanya menyebabkan ketagihan. So ni semua psl duit diorg je,” komen Aliff Illias.

Bagi netizen yang menyokong tindakan Kementerian Kesihatan itu, mereka berpendapat tindakan mengikut Akta Racun merupakan keputusan tepat kerana penggunaan vape semakin berleluasa termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

“Banyak sungguh komen tak bijak di sini. Komen ikut nafsu. KKM nak mencegah kemudaratan pun ramai yang melawan. Fikir pakai lutut ni lah jadinya,” tulis Taufiq Jailani.

“Sebagai seorang pegawai akademik ..saye menyokong KKM dan percaya bahawa rokok n vape bukan aspirasi anak muda..kita mesti menyediakan pimpinan masa depan yg bebas dpd jajahan pemikiran vape n rokok..Say No to vape,” tulis Wafa Husna Md Zin.-FMT

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual online je..takyah sewa kedai bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 03:03 AM | Show all posts
Rokok ada tar. Vape takda tar, kalau ada pun terlalu sedikit. Yang bahaya tu tar bukan nikotin. Sebab itu kalau orang nak berhenti merokok mekera menggunakan tablet yang ada nakotin tapi tiada tar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni bongok ke apa. Sah2 la arah dan rokok tu cukai a.k.a duit. Cukai bagus apa utk pembangunan. So sila cukaikan vape. Mesti lepas ni x kena kacau
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat para vapers...camno nak kuar kan kabus pasni...x kan nak ganti cecair perisa vape nga chemical fogging denggi?

-mantan perokok tegar yg tak pernah try vape mahupun shisha mahupun dapur/kapal selam
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
penjual dan penghisap vape majority melayu

vape= melayu

bermakna kerajaan nak halang melayu berniaga
adakah kerajaan didalangi cina dap??jom demo    macai
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 11:52 AM | Show all posts
KKM tu cuma jabatan aja.

korang makila menteri tu.

especially najib.

patutnya penjualan rokok dibanteras persis suspek ISIS, sebab ?

bunuh manusia dgn senyap..

sama je konsepnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 12:01 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 6-11-2015 08:56 AM
so, dia rampas semua stock dulu then check which yang ada nikotin ka macam mana?
or dia sample satu ...

penjual memang dah siap tag..berapa kandungan nikotin untuk setiap perisa tu..ada yang sesikit 2ml sehingga yang setinggi 20ml nikotin per botol..dengan campuran nikotin, perasa kek n vege oil tu dicampur sesuka hati oleh mereka..boleh jadi ianya berbahaya..sepatutnya produk macam ni perlu dapatkan kelulusan kkm sebelum di jual dari awal lagi..
dan macam mana pihak penjual perisa vape ni boleh dapatkan stok nikotin dengan mudah..bukan kah sepatutnya ia dikawal??
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 12:04 PM | Show all posts
batmana replied at 7-11-2015 11:52 AM
KKM tu cuma jabatan aja.

korang makila menteri tu.

penjualan rokok di kawal melalui akta tembakau..rokok di tax kan..pada kotak rokok di cop amaran dan diletakkan gambar bahaya rokok untuk menyedarkan perokok dan juga rokok turut dikenakan tax yang sangat tinggi agar pembeli memikir banyak kali sebelum membelinya..sama seperti yang berlaku pada arak n judi..

sepatutnya vape pun perlu melalui proses yang sama..barulah boleh dijual dengan terkawal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 12:06 PM | Show all posts
hanakikan replied at 7-11-2015 03:15 AM
Dorang ni bongok ke apa. Sah2 la arah dan rokok tu cukai a.k.a duit. Cukai bagus apa utk pembangunan ...

bukan setakat perlu dicukaikan..bahkan perlu diperiksa oleh kkm dulu..sesiapa yang ingin mengeluarkan perisa vape harus daftar kan perniagaan mereka, kilang mereka harus ikut spec yang ditetapkan oleh kerajaan dan produk yang dikeluarkan mesti diperiksa dulu then baru boleh sampai pada pengguna..bukannya di proses dan dijual secara suka-suka macam sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Madel at 7-11-2015 12:16 PM

Kalau nak rampas vape berperisa nikotin
saja..aku no hal jah
Tapi apa hal pulak sampai semua sekali  nak dirampas..sampai kosong rak..jadah apa nya
Dah mcm cite Ali Baba dgn penyamun..1 apa tak tinggal semua depa sebat
Lanciaoooo
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 01:00 PM | Show all posts
KOTA BHARU 2 Nov. – Kerajaan Pas Kelantan mungkin tidak akan mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat yang memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan rasmi dibuat namun kajian terperinci akan dilakukan terhadap cadangan pengharaman vape.

Beliau berkata, hal ini kerana vape secara keseluruhannya boleh mendatangkan kemudaratan untuk tempoh jangka masa panjang.

“Kita belum ada ketetapan, namun tidak semestinya kita ikut Kerajaan Pusat.

“Untuk makluman, kita ada peraturan pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini pun kita haramkan shisha, tidak benarkan perniagaannya dan buat rampasan jika ada mana-mana premis menjualnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Abdul Fattah dalam pada itu memberitahu, setakat ini, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen khusus terhadap peniaga vape di negeri ini.

“Memang ada beberapa premis menjual vape, namun sehingga kini kita tidak pernah keluarkan lesen khas vape kepada mereka. Premis-premis ini sebenarnya mendapat lesen perniagaan menjual alatan elektronik,” katanya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/na ... thash.EnmLsEC3.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pki jela esen vanilla pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 04:40 PM | Show all posts



vape tengah naik ,kalau saman masa ni mestilah byk duit saman tu


2.6 Billion lesap ,senyap saja.....

vape sana sini menyalak ,yg sokong ,yg bangkang , yg xkisah mampus ke hidup

yg happy Bangla juga.....1.5 juta mahu datang...ko Bangladesh pun xjejak kaki lg

Negaraku Malaysia kian ranap .
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082838 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list