sebelum akak2 bimbo bertanya pada akak:
"apa yang kpopnya sis?"
"ni kpop ke sis?"
"akak ingatkan kpop yang ummah bottom itu?"
So akak jawab dahulu apa itu KPOP
KPOP = Kelantan POP
K itu belum di trademark sebagai kommie pop, cuma ianya di popularkan oleh ummah kommie.
di masa hadapan nanti mungkin akak akan tambah cawangan untuk mengembirakan hati ummah Johor dengan membawa JPOP ke sini (Jawa Pop).
"sampah punya thread, artis pun sendu, choii!"
so sebelum mahu kata artis2 ini sendu atleast cikki2 ini dapat views 1m+ di youtube dgn sendirinya (tanpa promo) dari most artis BBNU yg akak lehat ujung2 nya sendu dalam hujan jah.
Wani - Tubik Masuk
Man Khan & Rosalinda - Dok mano
AIN ERMA WANIE ELYANI ELYANA - MANO NEK TEHE
Erna Permata Biru - Raso Tok Tehe (Video asal sebelum kena remove mencecah 2M views)
"alahai hazabnya lagu2 ni"
"pprt sangat lagu ni sis, sesuai untuk makcik2 cuci pinggan joy jah"
"sis tertelan sebotol budu kah untuk runcingkan dagu?"
PPRT pun sis, lagu2 genre ini udah popular di asia tenggara, ini contoh music video yang udah cecah views luar biasa.
Cita Citata - Sakitnya Tuh Disini (57 million Views+)
Yinglee Sri Jumpol - Kau Jai Ter Lak Ber Toh (166 million Views+)
kesimpulannya, akak rasa genre2 ini boleh jah pergi jauh , cuma artis malaysia mostly udah tinggal kan kot lagu dangdut/luktung ini sebab mereka expect ianya tak mampu pergi jauh kot? iyalah ummah2 BBNU sekarang ini suka lagu2 tanya "apa khabar."kat mana". "dok mana". "tepi sikit". "jom pergi pasar malam".
choiii
kan sis? akak pun mula2 lucu jah lehat cikki2 itu naik kereta jip itu.
kalau ummah kommie mereka naik kereta sport, ferrari etc. tapi ini mampu naik jip jah
tapi memang akak tak nafikan lagu2 begini boleh pergi jauh, ada artis itu akak lehat hari2 dok promo music video heshe (bayar beribu2 untuk ads) tapi hingga hari ini music video heshe tak dapat kalahkan views music video kpop tempatan heshe tu artis popular juga
orang2 berdekatan akak pun suka layan lagu gini, cuma malu2 jah kot nak dengar kat public
kiranya memang di kenali juga lah kan sis.
sebab itu akak letak KPOP sis, sebab genre dangdut/luktung ini memang tiada dalam kategori muzik international.
kalau mereka keluar single pun terpaksa letak lagu2 dangdut/luktung ini dalam genre Country Pop. sebab kalau check itunes ke apa memang tiada bahagian dangdut/luktung.
cisss..
lagu boleh tahan sedap.. so far boleh di terima telinga meols lite2...
tapi muzik video mmg mintak penampo..
kena polish lg baru setaraf yg siam tu...
kan sis? akak syak bajet music video memang sikit kot?
tapi album mereka udah banyak juga terjual dari retis yang sendu dalam hujan itu.
mungkin boleh polish guna kamera yg cantik sikit?
kamera pun bukannya mahal sangat sekarang ini.
baru akak tau heshe dah bertaubat
heshe punya album kalau tak dicetak rompak memang banyak di jual sis sebab di area2 hulu kelantan ramai jah ada album CD heshe ni
even yang tak di hulu kelantan pun ada yg punya album dangdut KPOP ini.
hazab sangat mv ratu kpop sheeda tu sis
kalau polish lagi boleh popular juga lah kot setaraf mv tubik masuk.
kesiannn...demi perjuangan seni, sampai kena denda sbb berpakaian tak senonoh masa buat show depan pakcik2 makcik2 felda
Penyanyi dikir barat didenda RM1,000
GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian mencolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.
Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.
Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.
Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat.