|
boleh jer selak-selak dari page 1 ...
thread ni dah masuk part 3 ...
ada thread 1 dan thread 2 ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Frank Swettenham antara watak penting ketika Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Dua dekad berlalu, setelah menyandang beberapa jawatan dan kelana di Tanah Melayu antara P. Pinang, Perak dan Selangor, duta penjajah ini menerbitkan ceritanya. Latah, liat bayar hutang, darjat keturunan, setia cinta dan di sisi lain amuk, perkelahian dan pembalasan dendam – beginikah lakaran suasana Tanah Melayu di mata orang putih? Semua orang berhak tahu bagaimana penjajah membicarakan manusia yang didakwanya terlempar jauh dari “peradaban” dan “ketamadunan”.
baru start baca buku ini hari ini (15-09-22)
baru 23% in progress
so far mmmm mmmmm ...
mengenai orang melayu ... ada benarnya kot
dah masih wujud pada zaman ini ...
contoh paling ketara .. bayar hutang, pinjam pandai tapi nak bayar sungguh liat
yang lain ... belum habis lagi macam mana nak cerita lebih ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini mcm ot sikit la, haritu i ada tengok igs anjell kata ada viral novel debut penulis kena tarik balik dari pasaran sbb ada unsur soft porn. I just nak tanya buku yg mana satu haha bkn sbb nak mencari ye
Sbb i rasa softporn n novel melayu mcm takleh dipisahkan je cuma tula golongan woke ni sume benda tak puas hati ditiktokkan haha |
|
|
|
|
|
|
|
FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar. ...
Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah. Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras kejahatannya – maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.
Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?
Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah kuasa dan rasuah merupakan kembar yang berpisah tiada. Mutajassad semakin galak mencari kuasa dengan menyarungi jasad-jasad orang politik dengan tujuan mencari jalan pintas untuk menjilat kuasa. Kuasa memiliki aroma seperti bangkai tapi disukai oleh ramai manusia. Maka itu banyak pembunuhan dan transit tubuh manusia telah berlaku.
Dua pegawai polis jenayah, Rawza dan Fakeh ditugaskan menyiasat kes tersebut. Mereka mendapati pembunuhan yang berlaku melibatkan elemen paranormal. Pembunuhnya sangat licik berselindung di sebalik kelibat manusia lain.
tengah baca buku ni ...
page 38 sekarang
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Korpsie replied at 9-9-2022 11:53 AM
Assalamualaikum.
Yay ada juga topic pasal buku. Saya dah nak habis baca buku ni. So far memang be ...
Buku nie dalam list saya jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perdita, gadis pemain boneka meneruskan kelangsungan rumah anak yatim yang dia tumpangi dengan membuat pertunjukan bersama adiknya Hassid, si pemain seruling di pasar pelabuhan Hadrah, ibukota kerajaan Farsina. Pada malam mereka diserang oleh tiga penyangak di lorong gelap kota Hadrah, mereka telah diselamatkan oleh hulubalang istana bernama Jaivad dan tabib bernama Sula.
Erali, putera daripada isteri kedua raja kerajaan Farsina kini lumpuh akibat kemalangan ketika memburu bersama kakandanya, putera mahkota Pharvid. Mengalami kekecewaan dan kesedihan akibat ketidakupayaannya dan tidak mendapat perhatian bondanya yang menumpukan usaha untuk menjamin kedudukan di istana, Erali telah cuba mengambil nyawanya sendiri. Gurunya Ziyad telah berikhtiar supaya Erali kembali pulih. Pencarian Ziyad untuk memulihkan semangat Erali telah menemukannya dengan Perdita dan Hassid, pasukan pertunjukan boneka Hadrah.
Pertemuan insan-insan ini bakal menentukan takdir kerajaan Farsina dan Buana Sepi yang diancam malapetaka yang tidak kenal sempadan benua dan samudera. Kepada Perdita, Hassid, Sula dan Jaivad, Farsina mendedahkan misteri dunianya yang penuh dengan keajaiban dari dasar laut, padang pasir dan puncak gunung.
dah habis baca Anding Ayangan III Hikayat I
hmmm kena tunggu lagi
tak tahu nak komen apa sebab ... tak sangka kot
dah sudah pasti perjuangan belum selesai lagi ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rizal telah dibawa oleh suatu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok - musuh Armorikus yang ganas. Dia juga telibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam. Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan). Dalam usaha untuk merampas permata itu, dia terpaksa menempuh berbagai-bagai peristiwa yang ngeri, mendebarkan, mencemaskan, menyedihkan dan kadangkala melucukan.
malam tadi tak boleh tidur
so gigih habiskan baca buku Gadis Boneka Hadrah 0356am
jalan cerita memang best
dan macam biasa ada sambungan
haishhhh
mood baca genre fantasy dah muncul
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setelah berjaya menewaskan Gargola di Kota Arialun dan merampas Permata Aurorius, Artakus kembali ke Genting Kolossus. Tetapi pada hari-hari berikutnya gerak-geri Artakus sentiasa dibayangi oleh Isytarrok. Hamba Herakos ini diperintah merampas kembali permata tersebut. Untuk menghalang niat Herakos itu, Artakus dan Nazril telah pergi ke Banjaran Gunung Nakassos. Mereka bercadang membuang permata itu ke dalam Gaung Hangarang di dunia underworld. Tetapi mereka diserang oleh Qrokul, yiskrak merah dari Morrok di pintu Gua Sargan. Qrokul merampas permata itu, Nazril ghaib entah ke mana. Artakus yang terselamat kembali ke Kolossus dan merangka strategi untuk menghalang usaha Herakos mempercepatkan kemusnahan alam. Beserta tiga ratus tentera berkuda, Artakus menuju ke Kota Arialun untuk merampas kota itu daripada Morrok. Mayat-mayat tentera Morrok yang bergantungan di tembok kota menyambut ketibaan mereka. Apakah yang telah terjadi? Dapatkah niat jahat Herakos itu dihalangi? Berjayakah Artakus kembali ke dunia asalnya? Untuk mendapatkan jawapannya, dapatkan novel fantasi yang hebat ini.
kesian ada kawan Artakus mati ...
hmm rasa macam geng tak lengkap
lepas tu ... ada musuh dalam selimut pula
tapi kan mana Merkia kalau Herakos dapat menyamar Merkia?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Novel ketiga dalam siri Saga Artakusiad, sambungan daripada kisah fantasi yang telah dipaparkan dalam novel Kota Arialun. Permata Aurorius masih belum ditemui. Kehilangan Nazril masih menjadi satu misteri. Merkia sudah lama tidak muncul. Saat kemusnahan alam seperti yang termaktub dalam kitab-kitab Id semakin hampir. Herakos dan Morrok semakin ganas setelah mereka tewas dalam pertempuran di Kolossus dan Arialun. Artakus gementar bila memikirkan soal itu. Bila saat kemusnahan alam tiba, Arasis dan Orsia bertemu di Lapangan Iskariot. Artakus yang telah terpedaya menyaksikan pertemuan itu telah dicabar oelh Herakos, namun setiap percubaan Herakos uantuk mempengaruhinya dapat dihindari. Akhirnya kemusnahan alam itu tidak berlaku. Merkia muncul membawa berita yang menggerunkan, kekuatan Herakos telah bertambah. Dia mengarahkan Artakus menyegerakan penyatuan kaum Aurora. Tugas itu menjadi rumit bila ketua puak Argida yang datang ke Arialun untuk berdamai dengan puak Armorikus menyangsikan kesahihan Artakus. Berita tentang puak Jegadai yang telah bertemu dengan satu lagi Artakus tambah mengeruhkan suasana. Bagi mengembleng tenaga menentang Morrok dan menyelesaikan masalah kembar Artakus, satu pertemuan ketua-ketua puak kaum Aurora telah diadakan di satu tempat bernama Olai Tannon. Dalam pertemuan ini ketua puak Jendai tidak hadir. Salah seorang daripada Artakus itu pula telah tebunuh. Bagaimanakah nasib Artakus dan kaumnya? Dapatkan novel yang hebat ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buku ini adalah sebuah daripada trilogi novel Saga Artakusiad yang kisahnya bersambung-sambung. Persoalan asas trilogi ini membicarakan persoalan kepimpinan dan kekuatan seseorang pahlawan atau kaum mempertahankan maruah, visi dan perpaduan kaumnya daripada gugatan kaum lain. Persoalan itu disorot dan dicerna dengan kemas, realistis, hidup dan menyakinkan. Persoalan dan tema yang disentuh menjadi lebih berkesan dengan kebijaksanaan penulis membina watak-watak yang hidup, melalui gambaran latar dan cara yang kreatif dan artistik. Pendekatan dan teknik penceritaan novel ini adalah asli, tersendiri, mudah difahami dan bersesuaian dengan persoalan dan mesej cerita fantasi yang ingin disampaikan. Dalam penggunaan gaya bahasa ternyata penulis punya cara gaya tersendiri, punya nilai-nilai keindahan dan estetika yang memberikan pengalaman baru kepada pembaca khususnya golongan remaja.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fly_in_d_sky at 6-10-2022 09:41 AM
Puteri Alindalia(Saga Artakusiad #5)
Puteri Alindalia ini merupakan sebuah daripada trilogi novel Saga Artakusiad yang kisahnya bersambung-sambung. Persoalan asas trilogi ini membicarakan persoalan kepimpinan dan kekuatan seseorang pahlawan atau kaum mempertahankan maruah, visi dan perpaduan kaumnya daripada gugatan kaum lain. Persoalan itu disorot dan dicerna dengan kemas, realistis, hidup dan menyakinkan. Persoalan dan tema yang disentuh menjadi lebih berkesan dengan kebijaksanaan penulis membina watak-watak yang hidup, melalui gambaran latar dengan cara yang kreatif dan artistik. Pendekatan dan teknik penceritaan novel ini adalah asli, tersendiri, mudah difahami dan bersesuaian dengan persoalan dan mesej cerita fantasi yang ingin disampaikan. Dalam penggunaan gaya bahasa ternyata penulis punya cara gaya tersendiri, punya nilai-nilai keindahan dan estetika yang memberikan pengalaman baru kepada pembaca khususnya golongan remaja.
nak kata stress baca buku tak sangat
tapi ermmm tertanya mampu Artakus dengan Azkram pergi ke gunung Hangrang ke apa entah
untuk mencari naga merah untuk bantu mereka mencari dan dapat permata Aurorius
kali kedua baca baru dapat imagine keadaan di dunia yang Rizal (Artakus)
tapi tertanya ehh mamat ni islam .. tak solat ke? puasa ke? tapi macam mana dia nak tahu time solat bagai ...
sebab masa tak sama dengan dunia dia sendiri
then part makan mmm ada juga author cerita ... dia ambil ikan jer
daging bagai tak ambil sebab .. tak sembelih kan
hehehe ...
so kalau Artakus nak nikah dengan Laira mesti susah
bunga-bunga cinta makin berputik
dah macam filem Hindi .. Artakus sanggup panjat rumah Laira tengah-tengah malam dalam keadaan salji tebal
semata nak jumpa and bagi bunga
hew hew hew hew ...
kira ni kali kedua baca sebab tak boleh masuk bila baca saga Kronika Nashan
so nak tak nak kita ulang balik
lagipun tak tahu nak baca buku apa ..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ibugarang at 6-10-2022 08:07 AM
Skang tgh baca 1 physical book, 1 lagi ebook..
Yg physical book tu The Book Thief beli kt preloved which RM10..
Yg ebook tgh baca Heaven by Meiko Kawakami.. pasai bullying kat sekolah..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pedang Aurora ini merupakan sebuah daripada trilogi novel Saga Artakusiad yang kisahnya bersambung-sambung. Persoalan asas trilogi ini membicarakan persoalan kepimpinan dan kekuatan seseorang pahlawan atau kaum mempertahankan maruah, visi dan perpaduan kaumnya daripada gugatan kaum lain. Persoalan itu disorot dan dicerna dengan kemas, realistis, hidup dan menyakinkan. Persoalan dan tema yang disentuh menjadi lebih berkesan dengan kebijaksanaan penulis membina watak-watak yang hidup, melalui gambaran latar dengan cara yang kreatif dan artistik. Pendekatan dan teknik penceritaan novel ini adalah asli, tersendiri, mudah difahami dan bersesuaian dengan persoalan dan mesej cerita fantasi yang ingin disampaikan. Dalam penggunaan gaya bahasa ternyata penulis punya cara gaya tersendiri, punya nilai-nilai keindahan dan estetika yang memberikan pengalaman baru kepada pembaca khususnya golongan remaja.
fuh nipis jer tapi hahaha takkan dapat habis in one sitting
kena serap sedalam boleh
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedang baca novel Fatimah Busu.
Imrah bangkit berdiri dalam satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih berpijak dalam lingkungan tradisi kampung yang bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh amalan adat resam orang-orang tua, tetapi dengan menggunakan kekuatan yang luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yang diamalkan di kota-kota yang telah diresapi oleh unsur-unsur dengan kakinya yang sebelah lagi.
Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah untuk mencantumkan dua impian kehidupan yang bercanggah ini adalah ombak-ombak yang menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorang perempuan, dia memulakan perjalanan baru yang bertolak dari satu soalan, "Di manakah penyudahnya hidup seorang perempuan?".
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Artakus telah berjaya menyatukan kelana Aurora dan semakin terkenal sebagai panglima yang tidak pernah kalah dalam peperangan. Namun Naktai, seorang pemimpin Aurora yang berpengaruh, mahu menjatuhkannya. Komplot tersebut berjaya memecah-belahkan kelana Aurora sehinggakan Artakus terpaksa berangkat ke medan perang dengan hanya seratus kesatria. Keputusan itu mengecewakan Laira, gadis jelita dari Vala Arvan. Perselisihan tersebut memisahkan mereka, namun pahlawan Aurora itu tetap bertegas dengan pendiriannya.
Artakus kini berhadapan dengan dua puluh ribu tentera Morrok di bawah pimpinan Odetakhun Agrikola, panglima berida yang ditugaskan untuk menghancurkan pemberontakan Aurora. Kehadiran morokunzen, pahlawan elit dari Uzru, menjanjikan cabaran sengit, mendahului peperangan yang bakal menentukan kelangsungan bangsa Aurora di benua Imagina. Saat paling getir, yang terkenal dalam sejarah dengan hanya satu gelaran.
Legenda Numerius.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
currently reading :
Tajuk : Telaga
Penulis : Khairi Mohd
Penerbit : Fixi
Sinopsis :
“Dan, mung gi dapur ambik garam nga lado hitam,” arah Lebai Kosim.
Shahidan angguk dan mula melangkah ke arah langsir namun langkahnya terhenti tiba-tiba. Diam dia di situ.
“Hoh, sebab apo, Dan?” tanya ayahnya kehairanan.
“Hmm... Ado lagi ni, ayoh. Ado lagi.”
“Gapo? Mano?”
“Ado lagi ni duk dapur,” kata Shahidan yang tegak berdiri di depan langsir. “Ai, kito tak boleh masuk ni. Tak boleh. Bahayo.”
“Banyok ko, Dan?”
Shahidan diam sebentar. Dia kedengaran merengus. “Mung nok gapo?”
Suaranya lain macam, tidak menjawab soalan ayahnya tetapi kini bercakap dengan langsir. Di belakang sana, dalam gelap, aku masih merasai kehadiran ‘sesuatu’ itu.
* * *
Siapa sangka Sungai Kelantan menyimpan banyak rahsia. Termasuklah rahsia yang tidak sengaja aku bongkar pada satu petang, semasa pergi memancing dengan kawan baikku, Mat Toya dan Pok Jik.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saat penentuan telah tiba. Aurora berada di ambang peperangan. Artakus kini berhadapan dengan cabaran yang paling hebat dalam perjuangannya. Empayar Morrok menggempur Aurora dengan angkatan perang terbesar dalam sejarah benua Imagina di bawah pimpinan Odetakhun Agrikola dan Odetakhun Jundak. Tugas mereka adalah untuk menghancurkan pemberontakan Artakus serta merampas kembali pemerintahan Aurora. Kemunculan Karum, lodra naga merah, menjawab seribu persoalan. Kedatangan Atinius, wazir Armorikus serta kesatria Aurora memberikan Artakus harapan baru. Kehadiran Laira, gadis jelita dari Vala Arvan, menyambung semula ikatan mesra yang seakan terpisah di Rivas.
Namun segalanya kelihatan rapuh. Ancaman Morrok membahayakan seluruh Aurora, dibayangi magis para morduwizra serta kehebatan Herakos, Lodra Draha. Mereka ditentang Azkram, karmawizra yang terakhir, namun kuasa kegelapan seakan tanpa penghujung.
ye tak sabar nak baca
sebab kat Legenda Numerius
Artakus lawan dengan Pahlawan Morrok - Kubilas and lagi dua tak ingat
sebab ingat nama Kubilas sebab unik .. Ku Bilas ...
ada certain part dalam plot memang menarik
tapi yang last tu lawan 3 pahlawan tu ... dengan pertolongan pedang Aurora dan maybe Merkia atau Azkram ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Numerius.
Sebuah genting sempit di tengah Aurora, yang terletak di kawasan beting banjaran Sonan Nadir di timur Morudalun, kota indung raja dahulu kala. Dan kini menjadi kunci kepada masa hadapan negara itu, medan perang yang bakal menentukan bukan sahaja siapakah yang akan berkuasa di timur buana, malah Perang Bayang di antara Arasis dan Osria.
Empat ratus kesatria Aurora, menentang dua puluh ribu renggular Morrok.
Barisan perisai mereka kini bertemu dalam pertempuran seru di Numerius. Sebuah peperangan, yang bakal terkenal ke penghujung sejarah para kelana, selaku legenda kepahlawanan terulung dalam babad keperwiraan bangsa Aurora.
Dan barangkali, pertempuran terakhir Artakus, Lodra Perang Aurora.
agak lama sikit nak habiskan Cabaran Lodra
tapikan ... korang akan teruja part Karum, naga merah
dia cerita kat Artakus siapa Karum .. siapa leader naga merah
kemudian teknik lawan naga siapa ajar ...
memang best gila ...
then part Iotan dan Nakhtai pun ada cerita juga
then .... last but not least ... cinta kasih Artakus pada Laira
tapikan ... terfikir tak .. Artakus ni part mana yang dia hebat?
pedang Aurora dia .. bantu dia berlawan ke?
sebab Artakus kan asal dari dunia dimensi lain
tak pernah pegang pedang ... berlawan pedang lagi lah
then bahasa orang dalam dunia yang Artakus tercampak ni
Artakus @ Rizal ni faham ke?
takkan cakap bahasa melayu kot?
terdetik sejak baca buku no 1 lagi ...
tapikan nama pun novel fantasi .. hahahaha
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Relevant ke if i tepek buku apa i baca since bukan story book. |
|
|
|
|
|
|
|
asalkan nama nya buku ...
genre buku meluas ... non-fiction tu termasuk juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|