CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puansri

ANEKA KUIH-MUIH WARISAN MELAYU

[Copy link]
Post time 23-3-2007 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by zieA at 23-3-2007 09:06 AM
yume, pernah tengok MAKLANG buat & tepek gambar kt sini..tp zie tak ingat resepi yg mana.
MAKLANG oh MAKLANG..mana MAKLANG pepagi ni


Terima kasih zieA  

Rasa nye Yume dah tanya maklang dolu ... tapi x silap Yume maklang kata dah kemana ntah resepi tuh ...tolong sat carik maklang balik .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2007 09:10 PM | Show all posts
Tolong Yume pleaze.............

Yume nak resepi kuih bahulu .... ngidam macam kak NoorMasri lak ... ekekeke ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 10:41 PM | Show all posts
Kak Liza dah tolong Yume :love:




Terima kasih x terhingga buat  buat kak liza :tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by Yume at 23-3-2007 10:41 PM
Kak Liza dah tolong Yume :love:




Terima kasih x terhingga ...


sama-sama Yume..
aceli kkliza mmg nak buat tapi asik bertangguh jer..
but now dah dapat mixer baru tu..nak try gunakan la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #381 hanieliza's post

k liza kat mana resipinya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by hannan6d at 24-3-2007 11:50 AM
k liza kat mana resipinya...




Bahulu Cermai


600 gm gula pasir
400 gm tepung gandum [disangai]
10 biji telur
1 sudu teh esen ros
sedikit minyak


Cara:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. [Bersabar la ye...hehehe]
2. Masukkan esen ros dan minyak. Pukul lagi sampai rata.
3. Ambil 2 senduk adunan telur, tambahkan setengah senduk tepung yang disangai. Kacau sebati sampai tak berketul. Sudukan adunan kedalam acuan bahulu cermai separa penuh. Bakar sampai kuning.


[size=85%]# Adunan telur yang dah ditambah tepung tu jangan terlalu pekat [resulting kuih bahulu yg keras]. Yang eloknya, bila disudukan ia cantik je jatuh. Gunakan jag air bermuncung supaya mudah nak tuang adunan kedalam acuan.
[size=85%]# Traditionally dibakar atas dapur yang gunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar, tapi Tun gunakan oven je, bakar pada suhu 150 darjah celcius, gunakan api atas dan bawah. Kalau agak2 terlalu panas, rendahkanlah suhu.
[size=85%]# Kuih bahulu boleh divariasikan, tambah coklat rice, pewarna [hijau / merah] atau gantikan esen ros dengan esen oren ke, strawberry ke.... [Tun kena mintak maaf kat grandma sebab modify kuih dia...hahaha]
[size=85%]# Cara 3 adalah cara selamat. Masa mula-mula buat dulu Tun tuang kesemua tepung dalam adunan telur, kesudahannya, adunan terlebih tepung, kuih jadi keras.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2007 03:44 PM | Show all posts
sedikit minyak tu byk mane ekhh yume/kak liza. agak2 dlm berape sudu....

[ Last edited by  eena05 at 24-3-2007 03:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by eena05 at 24-3-2007 03:44 PM
sedikit minyak tu byk mane ekhh yume/kak liza. agak2 dlm berape sudu....


sorilah adik2 sekelian..
kkliza belum pernah cuba..tapi mmg dalan senarai menunggu untuk diujimasak...
nanti kkliza buat.insyaAllah akan kkliza perhatikan berapa banyak minyak yg digunakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by soulha at 16-3-2007 11:47 PM
Kueh dangai...kueh nie ada acuan tp dok sini..pepandai jer..



soulha, cerita skit camna nak masak kalau tak da acuan ni...guna kuali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 27-3-2007 12:21 PM


soulha, cerita skit camna nak masak kalau tak da acuan ni...guna kuali ke?

maisya...
kalau takde acuan..guna pelengat biasa pun boleh..
harituh nampak acuan nie kat Bertam sana nun..
tapi tak beli laa pasal ingat kalau wat pun bukan sapa nk makan..[color]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 27-3-2007 12:21 PM


soulha, cerita skit camna nak masak kalau tak da acuan ni...guna kuali ke?


ok kak maisya nie versi perantau cam soulha tau..abik kat FPsaper tk ingatlah..klu tuan dia ada kt sini thnk bebanyak..

Bahan2nya :-

Tepong pulut - setengah bungkus
Kelapa parut - 4 cawan
sedikit santan
garam
gula

Cara2nya :-

Kelapa parut sini tersangatlah kering, so apa yg perlu kita buat...kelapa parut tadi digaulkan bersama dgn 1 cawan santan..masukkankedalam microwave selama 30 saat, utk melembutkan kelapa tadi.

1) - masukkan tepung, garam gaulkan ia rata sampai sebati ramuannya, masukkan
kelapa parut tadi, gaulkan sampai sebati, dituruti dgn air...
2) - Adunan ni seroi dan lembab, panaskan frying pan yg telah disapu minyak, kemudian
masukkan adunan tadi...dan titik-titik kan sedikit air.. dan boleh lah ditabur gula
permukaan kueh tadi, dan tutuplah dgn penutup periuk 'glass' so boleh lah nampak
kondisi kueh tersebut..dah masak ke belum.....


P/s..soulha guna santan,tk guna air masa nak percik2 kat kuih tu..pastu kena agak2 ikut selesa kita camner nk adunan tu seroi @lembab ..dh sedikit perang kat permukaan bawah tanda dan adunan kat atas tu nampak cam kering skit...dah masak.

Cara letak kat adunan cam nak buat "peknga" (kak maisya taukan peknga) jangan nipis sngt...dh masak angkat lipat 2..pastu potong.

NIE GAMBARAN CARA KUIH TU..KREDIT PD TUAN EMPUNYA GAMBAR.




[ Last edited by  soulha at 27-3-2007 08:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:04 AM | Show all posts
tq kacip and soulha....maisya dah try buat semalam...first tu guna loyang dan bakar dlm oven tapi jadik keras le plak sebab terlebih bakar, tak reti nak adjust masa. Lepas tu ada balance adunan sikit tu try masak guna kuali plak. Guna kuali lagi senang dan cepat. Tapi terhitam jugak..he...he...rasa dia sedap je....Ni gambo yg buat guna kuali tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:07 AM | Show all posts
Ni plak abuk-abuk buat beberapa hari lepas...tak de daun pisang so bubuh dlm acuan muffin je. Maisya tak pernah makan abuk-abuk ni before this...sedap jugak ye...boleh le buat lagi lain kali sebab buatnya senang je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by maisya at 28-3-2007 09:04 AM
tq kacip and soulha....maisya dah try buat semalam...first tu guna loyang dan bakar dlm oven tapi jadik keras le plak sebab terlebih bakar, tak reti nak adjust masa. Lepas tu ada balance adunan s ...

untuk maisya..saya tepekkan resepi kuih dangai daripada Buku Masakan Asmah Laili..

bahan:
400 gm tepung pulut
400 gm kelapa parut putih [yg muda sket]
sedikit gula melaka kuning,dihiris atau boleh digantikan dgn gula tanjung [yg nie saya tak tahu..hehe]
1/2 sdt garam
loyang bulat,lebarnya 26cm
1 botol spray berisi air

CARA:-

1. Panaskan ketuhar 150 darjah C.Sapu keliling loyang dengan sesikit minyak.
2. Kelapa parut,tepung pulut dan garam digaul rata.Spray skett air sehingga lembab.
3. Sambil digaul,dikirai.Setelah rata,adunan dibahagi dua.Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
4. Tekan sedikit jgn terlalu mampat.Bakar sebentar lebih kurang 15 minit,kemudian keluarkan dari ketuhar.
5. Taburkan di atasnya hirisan gula melaka atau gula tanjung.Tuangkan baki tepung di atasnya.
6. Ratakan lagi dan spray sedikit air di atasnya sehingga rata.Masukkan semula ke dalam ketuhar,bakar lagi selama 30 minit,atau sehingga bahagian atasnya garing.
7. Bila dah masak,keluarkan dari ketuhar dan potong ikut citarasa.

PANDUAN:-
1. Kuih dangai tidak boleh dibakar dgn suhu terlalu tinggi.
2. Sekiranya inginkan kuih yang lebih manis,tambah sedikit lagi gula.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 01:31 PM | Show all posts
siapa nak cuba kuih tradisi dari istana kelantan iaitu cucur betawi dan akok berlauk. Memang sedap sangat :ting: dan senang membuatnya. Sekarang ini kuih2 ini  kuar istana dahhh sesiapa pun leh masaknya

sebagai pembuka selera ni mok nik tempek gambar dulu ... resepi dgn cara2 buat mok nik letak nanti.. malas nak taip :nyorok: insyallah malam ni mok nik letak resepi dan step by step membuatnya.



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 7-4-2007 01:31 PM
siapa nak cuba kuih tradisi dari istana kelantan iaitu cucur betawi dan akok berlauk. Memang sedap sangat :ting: dan senang membuatnya. Sekarang ini kuih2 ini  kuar istana dahhh sesiapa pu ...


ecehhh..mok nik..sekali mari..terus tujuk kuih istano..
hooo...molek napok..sedak jah..hi..pas ni semuo hok ado sini panda la..
masok kuih untuk istano sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 08:23 PM | Show all posts

Reply #392 mok_nik's post

loni mcm2 makanan istana ada jual kat luar mok nik.murtabak raja,budu raja.molek jgk moknik nk bg resepi sbb dah lama duk cari resepi cucur betawi ni

[ Last edited by  ahpek at 7-4-2007 08:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by ahpek at 7-4-2007 08:23 PM
loni mcm2 makanan istana ada jual kat luar mok nik.murtabak raja,budu raja.molek jgk moknik nk bg resepi sbb dah lama duk cari resepi cucur betawi ni


Sori off topik sat..Murtabak raja tu sedap betullah..Dengar cite kat airport KB derang jual sampai RM20..betol ke..Kalau pi KB kat mana boleh beli murtabak
raja nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 12:47 AM | Show all posts

Reply #395 cupcakes's post

yg ahpek tau kat kg tikat ngan kg merbau ada jual murtabak raja.dulu rega dlm rm10.xtau la skang kot2 dah naik.tp ahpek biasa beli yg kat telipot tu je.xde la tebal sgt.harga pun murah rm5 je
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 12:15 AM | Show all posts
Seperti yang dijanjikan ini lah dia Cucur Betawi .. senang dan ringkas memasaknya. Tapi ia menggunakan telur itek. Jgn guna telur ayam, tak menjadi, bahagian tepinya tak akan naik.

Cucur Betawi

Bahan-Bahan

15   Biji telur itik
280gm gula kasar
7
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055225 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list