|
Plews, Bishop juarai Triathlon Antarabangsa PD
PESERTA Britain, Daniel Plews dan Emma Bishop masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita 16-29 tahun Triathlon Antarabangsa Port Dickson yang bermula dan berakhir di Admiral Marina & Leisure Club, semalam.
Plews mencatatkan masa 2 jam 05 minit 15 saat, meninggalkan Kuok Chi Wai dari Macau yang menamatkan perlumbaan dalam masa 2:06:47, manakala peserta negara, Sangup Ak Richard mendapat tempat ketiga dalam masa 2:10:31.
Seorang lagi peserta negara, Eugene Chan Wai Yong pula berada di tempat keempat dalam masa 2:10:48.
Bishop pula melakukan catatan 2:30:47 untuk muncul juara kategori wanita, mengalahkan peserta negara, Stephanie Chok (2:31:14) dan ketiga Esther Tan dari Singapura.
Bagi kategori lelaki 30-39 tahun, Kevin Clark dari Scotland muncul juara dengan catatan 2:01:13 diikuti Cort Prois dari Amerika Syarikat (2:09:06) dan ketiga Kristof Van Houdt dari Belgium (2:12:15).
Sementara itu, Rachael Gaudry dari Australia mendapat tempat pertama kategori wanita 35 tahun ke atas dengan menamatkan perlumbaan dalam masa 2:16:11, kedua Lea Elisabeth Yoe dari Malaysia (2:33:52) dan ketiga Jacqueline Tan dari Singapura (2:37:10).
Peserta negara, Muhamad Razani Husain memperoleh tempat kedua bagi kategori lelaki 40-49 tahun dengan catatan masa 2:13:54. Kategori itu dimenangi Martin Malleier dari Austria dengan catatan 2:11:13 manakala peserta dari Macau, Ip Chin Nang yang mencatat 2:15:15 di tempat ketiga.
Sam Pritchard dari Britain menjuarai kategori lelaki 50 tahun ke atas dengan catatan 2:25:54, tempat kedua peserta Amerika Syarikat, Michael Waldau (2:28:41) dan ketiga Singapura Victor Chan Yoke Weng (2:33:19).
Dalam acara itu, setiap peserta perlu menamatkan tiga disiplin iaitu berenang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan berlari 10 kilometer. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya memang kenal eugene ni.. dulu ayah dia buka kedai basikal kat desa pandan sana..
panggil uncle chan aje... a nice guy and a triathlete juga masa dia muda dulu -
razani tu orang kelantan... razani eugene dan leah
sama2 buat mild seven few years ago
a great triathlete depa tu...
tahniah pada semua peserta - |
|
|
|
|
|
|
|
ekiden tak jadik la pi...
tak cukup korum
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #382 neo-painkillerz's post
ohh no......
eh - neo pernah masuk biathlon tak --
malakoff ada buat kan - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 23-7-2008 10:53 PM
ohh no......
eh - neo pernah masuk biathlon tak --
malakoff ada buat kan -
Duathlon ada....
biathlon lom ada...
tak star lagi laa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 25-7-2008 10:19 PM
ahhh ye juga ye
yang biathlon tu kena shoot kan -
dulu ada kawan ajak duathlon ni
sebab tak ada swimming
run cycle run rasanya -
2 aug ni ada duathlon kat UPNM...
nak join ker...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neo-painkillerz at 28-7-2008 11:33 AM
2 aug ni ada duathlon kat UPNM...
nak join ker...
this weekend eh -
memang tak boleh sebab time tak sesuai -
neo participate ke - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 29-7-2008 06:58 AM
this weekend eh -
memang tak boleh sebab time tak sesuai -
neo participate ke -
tak...hehhe...
kaki sudah kena Shin Splints laa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #388 neo-painkillerz's post
ohhhh no....
so rest dari lari for awhile ke --
or still buat jogging sikit2 -
hopefully you'll recover soonest - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 31-7-2008 07:03 AM
ohhhh no....
so rest dari lari for awhile ke --
or still buat jogging sikit2 -
hopefully you'll recover soonest -
still lagi buat jogging plan2... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi tadi adidas king of the road -
kat dataran shah alam -
neo ada ke?? -
4 days ago saya lari 5km race kat gombak -
di sungai pusu sana - sampai yang kat atas bukit -
mencabar sebab steep hill atas tu -
anyway - larian untuk hari kemerdekaan tu saya nak
sangat join tapi clash dengan camping trip saya pula -
neo pergi tak - banyak gak category dia - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 11-8-2008 01:20 AM
pagi tadi adidas king of the road -
kat dataran shah alam -
neo ada ke?? -
4 days ago saya lari 5km race kat gombak -
di sungai pusu sana - sampai yang kat atas bukit -
mencabar seba ...
erm....sy pegi larian merdeka tu........
mari la usahakan pegi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #392 neo-painkillerz's post
tak dapat pergi la neo -
next week kan -?
eh kalau 24th august - insyaallah saya pergi -
tak ingat pula - ingatkan 17th august - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 12-8-2008 06:56 AM
tak dapat pergi la neo -
next week kan -?
eh kalau 24th august - insyaallah saya pergi -
tak ingat pula - ingatkan 17th august -
OK...24hb...dh register ke shape run tu....
atau pegi seremban
|
|
|
|
|
|
|
|
IAAF diheret dalam pergeseran KOAM-HPTC
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Ia bukan soal siapa betul atau siapa salah, namun apabila kemelut di antara Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia diheret hingga ke Beijing, ia cukup memalukan Malaysia.
Ketua Pengarah HPTC Asia, Mohd. Musa Noor Mohd. mendakwa, Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim memburukkan HPTC Asia di Bukit Jalil kepada para pegawai Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) yang kini berkumpul di Sukan Olimpik Beijing.
Apakah cerita yang dijaja Karim tidak pula diketahui kerana pegawai kanan KOAM itu tidak dapat dihubungi kerana masih berada di Beijing dan hanya akan kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.
Sekiranya benar apa yang didakwa Musa, maka perkara itu tidak harus dibiar berterusan, ini kerana ia melibatkan dua pegawai sukan dari Malaysia, sekali gus memburukkan imej Malaysia di mata olahraga dunia.
Ia mengingatkan kita kepada pertelingkahan yang pernah berlaku di antara dua tokoh badminton negara, Datuk Punch Gunalan dan P. Ganga Rao di dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Bayangkan, dua pegawai tinggi olahraga tempatan bercakaran dan memburukkan satu sama lain, sedangkan pada masa yang sama tiga atlet yang beraksi di Sukan Olimpik - Roslinda Samsu, Lee Hup Wei dan Yuan Yufang gagal membawa pulang kejayaan.
Adalah lebih baik sekiranya pengalaman dan kepakaran yang dimiliki mereka dikongsi untuk membangunkan olahraga tempatan dan melahirkan lebih ramai jaguh dunia.
"Ini bukanlah kali pertama Karim cuba memburukkan HPTC Asia, tahun lalu juga dia melakukan pekara yang sama ketika di Osaka, memberitahu pegawai IAAF mengenai masalah HPTC.
"Saya masih tidak faham mengapa beliau tidak berpuas hati sangat dengan kami, kalau ada yang tidak kena, kita berdebat, malah saya juga telah ajak Karim berdebat dan kalau terbukti saya ini salah, saya sedia meletak jawatan,'' kata Musa.
Menurut Musa, beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengharapkan campur tangan Menteri serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Kemelut KOAM-HPTC atau Musa-Karim sebenarnya bukan perkara baru, kedua-dua mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dengan yang terbaru klinik kejurulatihan anjuran HPTC enggan diiktiraf KOAM.
HPTC kesal kerana KOAM enggan menggunakan fasiliti dan kepakaran jurulatih mereka, sedangkan KOAM mendakwa HPTC hanya memberi manfaat kepada atlet luar, terutama dari negara Afrika.
-----
politik sesaja!! hancussss!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 28-8-2008 06:31 AM
ahh terpaksa la cancel -
dating dengan gf lagi penting
dari lari lari ni eh gs - :@ haha -
uiskh...abis la...pecah rahsia.....huhuhu
september bulan rest dr aktiviti larian... huhuhuhuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|