CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton -

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2008 06:00 AM | Show all posts
tahniah............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 07:11 AM | Show all posts
mungkin sebab dapat DATO' terus naik nom 1??

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:02 AM | Show all posts
ng hui ling tu ada potensi besar walaupun badan dia besar sikit .....
agaknye tu yg pak rexy dok tukar2 partner dia ...nak cari yg betul2 sesuai ....
tapi pada aku lah kan , zakry better drp fairuz ...... fairuz ni gabra over la ...



betul.. bila dah start gabra mula la dia buat bnyk unforced error
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:23 AM | Show all posts
baper elaun untuk pemain no satu dunia yg BAM beri.......?

pastu tambah pencen 3k........


dgn bonus dpt perak 300k dan title datuk..........

klu chong wei melayu dah lama artis akan berebut2 ngorat dier...

mcm player selangor dulu.... wlau tak hensem semua awek2 dan bini model2 belaka..... tu baru main liga perdana baruk.... bayangkanlah pemain no 1 dunia
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:27 AM | Show all posts
chong wei ni kan penumpang saja? tak yah lah heboh2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:30 AM | Show all posts
apa2 pun cong wei penah kalahkan lee dan ni dalam piala thomas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2008 08:33 AM | Show all posts
tahniah...bukan senang nak pat title tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:33 AM | Show all posts

Reply #12 evolutionary's post

betul, lin dan terer sbb  main kat tempat sendiri jer.......... jaguh kampung

klu kat luar ngan lee hyun Il pon kalah........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 08:33 AM | Show all posts
TAHNIAH..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:37 AM | Show all posts


camne leh melonjak no.1 plak dulu point congwei jauh dr lin dan

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:39 AM | Show all posts
tahniah.. semoga boleh kekalkan kedudukan tu sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:41 AM | Show all posts
klu dia melayu...
dah lama kuar mjlh mangga...posing tepi swimming pool
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:48 AM | Show all posts
Aku harap kedudukan rangking no. 1 dunia Chong Wei akan bertahan seperti teguhnya rangking dunia yg dipegang oleh Nicole David...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:51 AM | Show all posts
Chong Wei perlu lebih agresif - Kok Chi

KUALA LUMPUR - Kejayaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meraih kedudukan pemain nombor satu dunia dilihat sebagai satu motivasi dan pembakar semangat untuknya terus melakar kejayaan lebih manis di masa depan.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, wira negara yang berjaya membawa pulang pingat perak dari Sukan Olimpik Beijing itu seharusnya lebih agresif untuk menjuarai sebanyak mungkin kejohanan yang disertai.

"Chong Wei perlu lebih berkerja keras untuk memastikan dia mampu memenangi lebih banyak kejuaraan pada masa depan.

"Hanya kemenangan yang boleh memberikannya peluang untuk memegang gelaran sebagai pemain terbaik dunia bagi tempoh yang lebih panjang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Kok Chi berkata, dia berharap pemain kebanggaan itu tidak mudah terleka dengan pencapaian yang telah dikecapinya terdahulu, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi permainan.

Katanya, Chong Wei mungkin tidak banyak menghadapi persaingan sengit daripada pemain lain tetapi dia berkemungkinan bakal berhadapan persaingan sengit pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing, Lin Dan.

Beliau berkata, pemain utama negara itu seharusnya memperbaiki segera kelemahan yang ada pada dirinya dan berusaha mencari jalan terbaik untuk mengatasi pemain nombor satu China itu.

"Chong Wei tidak mempunyai banyak pilihan jika ingin mengekalkan kedudukan terbaik dunia itu untuk tempoh yang lebih panjang kerana dia pasti akan diberi tentangan sengit oleh Lin Dan pada kejohanan akan datang bagi menggugat kedudukan yang baru dimenanginya itu.

"Oleh itu, dia harus berfikir dan berbincang dengan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek bagi mencari formula serta strategi terbaik mengatasi Lin Dan.

"Saya melihat Lin Dan yang benar-benar memberi persaingan sengit kepadanya kerana pemain itu mempunyai pergerakan pantas, tepat dan berjaya mengawal gelanggang dengan baik.

"Tetapi, jika Chong Wei berjaya mengetepikan cabaran pemain China itu, dia pasti boleh mengekalkan kedudukan sebagai pemain terbaik dunia untuk tempoh yang lebih lama," katanya.

Ditanya sama ada kedudukan baru itu boleh mengganggu pemain itu menghadapi kejohanan besar, beliau berkata, dia yakin dengan keupayaan pemain tersebut menangani perkara tersebut dengan sebaiknya.

"Sebenarnya, kejayaan menjadi pemain nombor satu dunia akan meningkatkan semangat seseorang pemain untuk terus mencipta kejayaan besar.

"Ia seperti suntikan baru dan mampu memberi keyakinan yang lebih kuat terhadap keupayaan diri.

"Oleh itu, saya sangat berharap dia dapat mengekalkan prestasi baiknya dan memenangi sebanyak mungkin kejohanan yang disertai, terutamanya Kejuaraan Dunia tahun depan," ujarnya.


Sumber : Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by highcastle at 8-9-2008 08:48 AM
Aku harap kedudukan rangking no. 1 dunia Chong Wei akan bertahan seperti teguhnya rangking dunia yg dipegang oleh Nicole David...



btol tu, Nicol pon baru menang Terbuka Belanda..makin mantap ler dia main

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 08:56 AM | Show all posts
ala cong wei kalah time olympic tu sbb china pakai bomoh sholinnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 08:57 AM | Show all posts
sorg lagi rakyat yg berjaya menaikkan name negara..tahniah!!!!!:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 09:03 AM | Show all posts
tahniah ..cuma harap dia dapat kekalkan title tu utk satu tempoh yg lama...mcm nicole...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 09:09 AM | Show all posts
camne sistem ranking point badminton ni actually? gain point after each tournament ke defend points from the torunaments for the 52 weeks period? enlighten pls..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 09:14 AM | Show all posts
baguslah, nasib baik ade acara sukan yang malaysia masih boleh bangga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053941 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list