|
370# cmf_billionaire
"AN kot? bukan MIN
namun saya sudah baca perbahasan tuan antara kalimah 'AN & MIN dlm thread SYIAH IMAMIYAH sebelum ini.
saya menemui perkataan yg menye ...
sirrikhafi Post at 2-9-2009 00:22 
Ya betul tu, semalam lepas solat baru saya teringat dan bila check di forum anda telah betulkannya. Syukran jazilan 
namun saya sudah baca perbahasan tuan antara kalimah 'AN & MIN dlm thread SYIAH IMAMIYAH sebelum ini.
“Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan mensucikanmu sesuci-sucinya” (Al Ahzab 33). فأنا وأهل بيتي مطهرون من الذنوب Aku danAhlul BaitKu tersucikan dari dosa-dosa."
saya menemui perkataan yg menyebut AHLULBAYT di dlm ALQURAN di tempat yg lain yaitu:
"mereka (para malaikat) berkata: apakah kamu ta'jub dgn urusan/ketetapan ALLAH ? rahmat ALLAH dan keberkahan NYA ke atas kamu ahlulbayt!
sesungguhnya DIA MAHA TERPUJI lagi MAHA MULIA." Alquran, Hud: 73.
ayat ini adalah berkenaan kisah hadrat ibrahim AS.
lalu,
apakah ayat ini juga ada kaitan dgn AHLULBAYT RASULILLAH SAW?
jika ada kaitan,
tentu ada kaitan& hubungan dgn ayat ini:
"(ALLAH) berfirman: sesungguhnya AKU menjadikan kamu bagi manusia sebagai IMAM.
(ibrahim) berkata: dan dari zuriat ku? (ALLAH) berfirman:
tidak berlaku janji KU keatas org2 yg zalim." Alquran, Albaqoroh: 124.
bukankah ahlulbayt itu zuriat rasuluLLAH SAW. sedangkan rasul SAW adalah dari zuriat hadrat ibrahim AS.
maka tentulah kepimpinan islam itu seharusnya di tangan ahlulbayt rasuliLLAH SAW. boleh x tuan bill &saudara2 sekalian memberi pencerahan atas teka teki yg sedang bermain dlm minda saya ini. Kalau salah tolong betulkan...
Memang Allah SWT telah menjanjikan Imamah kepada peribadi-peribadi terpilih dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Imamah ada pada Ishak putera Ibrahim dan kemudiannya kepada Yaakub. Pada ayat Imamah (Al-Baqarah 124), Nabi Ibrahim a.s memohonkan jabatan Imamah buat keturunannya:
Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku (وَمِن ذُرِّيَّتِي)." Allah memenuhi permintaan itu namun hanya utk keturunannya yang tidak melakukan kezaliman (maksum).
Sementara Rasulullah saaw adalah dari Nabi Ismail a.s yang juga merupakan keturunan ini. Ketika Nabi Ibrahim a.s berdoa:
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku (مِن ذُرِّيَّتِي )di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati” (QS Ibrahim 14:37)
Terhadap keturunannya ini, Nabi Ibrahim a.s berdoa lagi:
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. “ (QS Ibrahim 14:35)
Ahlul Bait Nabi saaw termasuk dari keturunan ini. Imam Sadiq a.s mengatakan: “Faman tabi’ani dalam doa Nabi Ibrahim (Ibrahim ayat 36 adalah merujuk kepada kami yang akan sentiasa diselamatkan Allah dari kesesatan. Kami mengikut nya (Ibrahim) dan kami adalah daripadanya.”
Imamah pada keturunan Ibrahim a.s dari Ahlul Bait Rasulullah saaw inilah yang diingkari dan dicemburui oleh kaum Yahudi hatta oleh orang-orang Islam sendiri:
Allah SWT berfirman:
”Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran karunia yang Allah telahberikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (QS An-Nisa’ 4:54)
Allah sedang menjelaskan bahawa terdapat org2 yang dicemburui pada ayat ini “Ataukah mereka dengki kepada manusia”. Kedengkian atas mereka itu adalah disebabkan satu hal di mana Allah kemudian menjelaskannya: “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar”.
Apakah yang telah diberikan kepada Nabi Ibrahim? Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". (QS Al Baqarah 2:124)
Ayat ini berkenaan kaum Yahudi yg menolak keRasulan Rasulullah saaw Hal ini adalah setelah kedatangan Rasulullah saaw, nikmat Imamah ini telah diangkat dari mereka buat selama-lamanya; beralih dari Bani Israel kepada bangsa Arab! Namun ayat ini juga menempelak org-orang yang menolak Imamah pada keluarga Rasulullah saaw yang sekalipun telah datang hujjah-hujjah yang kuat, masih ashaja menolaknya.
Imam Muhammad Baqir a.s (bapa Imam Jaafar sadiq a.s) telah mengulas ayat mengenai kedengkian ini: “…..Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?” Kamilah manusia yang didengkikan di atas kurniaan Imamah; bukan makhluk Allah yang lain “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim”. Dia telah menjadikan daripada mereka (Keluarga Ibrahim) para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad saaw?” (Al-Kafi, Kitabul Hujjah)
Imamah penerus kerasulan Nabi muhammad saaw adalah dengan misi memelihara umat dari tersesat dari jalan yang benar.
Dalam kitab Ma’rifat Wal Tarikh (1/536), Yaqub bin Sufyan Al-Fasawi yelah menyebutkan sebuah hadis Tsaqalain dengan sanad yang sahih:
Telah menceritakan kepada kami Yahya yang berkata telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hasan bin Ubaidillah dari Abi Dhuha dari Zaid bin Arqam yang berkata Nabi SAW bersabda “Aku tinggalkan untuk kalian yang apabila kalian berpegang-teguh padanya maka kalian tidak akan sesat yaitu Kitab Allah azza wa jalla dan ItrahKu Ahlul BaitKu dan keduanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaKu di Al Haudh.
Imamah Ahlul Bait a.s telah diisyaratkan bukan hanya pada hadis Tsaqalain namun pada hadis2 lain misalnya yg ini:
Al Hafiz Ibnu Abi Ashim Asy Syaibani dalam Kitabnya As Sunnah hal 519 hadis no 1188 telah meriwayatkan sebagai berikut
ثنا محمد بن المثنى حدثنا يحيى بن حماد عن أبي عوانة عن يحيى ابن سليم أبي بلج عن عمرو بن ميمون عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنك لست نبيا إنه لا ينبغي أن أذهب إلا وأنت خليفتي في كل مؤمن من بعدي
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hamad dari Abi ‘Awanah dari Yahya bin Sulaim Abi Balj dari ‘Amr bin Maimun dari Ibnu Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda kepada Ali:
“KedudukanMu di sisiKu sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa hanya saja Engkau bukan seorang Nabi. Sesungguhnya tidak sepatutnya Aku pergi kecuali Engkau sebagai KhalifahKu untuk setiap mukmin setelahKu.
(Hadis ini telah diriwayatkan oleh para perawi Bukhari Muslim kecuali Yahya bin Sulaim. Ibnu Hajar mengatakan ttg beliau: Ibnu Ma’in, Ibnu Sa’ad, Nasa’i dan Daruquthni menyatakan beliau thiqat. Abu Hatim berkata “hadisnya baik dan tidak ada masalah dengannya. Adapun pendapat yg mengatakan bahawa beliau dijarh oleh Al-Bukhariitu tidak ada dokongannya kerana tidak terdapat hal yg seperti itu dalam Tarikh As Shaghir dan Tarikh Al Kabir Al-Bukhari. Al-Bukhari juga tidak memasukkannya sebagai perawi cacat dalam Adh Dhua’fa As Saghirnya. )
semoga bermanfaat, Insya Allah
wassalaam |
|
|
|
|
|
|
|
Bergantung. Jika dilakukan secara sengaja dan tanpa hak, tidak mewarisi si anak dari bapanya. Namun jika tidak sengaja atau berlaku kemalangan maka mewarisi si anak akan si bapa.
Sibuk apa pulak dengan kemalangan? Stand by untuk kona lepas ni kah? Orang sedang bercakap ni tentang yang bunuh dengan sengaja lah.
Jadi ketentuan anak yang membunuh bapanya itu tidak mendapat pusaka datangnya dari mana? Dalam al-Quran sebut يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ , Situ sebut anak lelaki mendapat sama macam anak perempuan secara mutlak, mana ada pun sebut kecuali yang anak membunuh bapanya? Toksah cari kat mana pun takdak dalam Quran ayat anak yang membunuh bapanya tidak mendapat pusaka.
Satu-satunya jawapan yang tinggal untuk billy ialah hadis. Hadis mengkhususkan ayat tadi. Kat situ billy tak kata pulak hadis tak boleh dipakai kerana bercanggah dengan Quran. Padahalnya hadis tu bukan sampai ke tahap mutawatir pun. Dalam kes Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud dan seumpamanya pun macam tu lah jugak. HADIS MENGKHUSUSKAN AYAT TERSEBUT, dan bagi kita hadis itu sampai ke peringkat mutawatir, tak peduli la Syiah nak kata ahad ke palsu pun. Hadis kamu, kamu punya pasal la. Kita punya mutawatir, dan yang kita kata palsu atau dhaif itulah yang billy sibuk kata mutawatir. Nampak jelas perbezaan di antara dua agama. Billy boleh gunakan hadis ahad untuk mengkhususkan ayat di atas, tapi tidak boleh terima pula bila hadis mutawatir mengkhususkan ayat Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud dan sebagainya. Ini menunjukkan dia berat sebelah dalam berhujah. Sanggup dikatanya palsu hadis yang mengikut ulamak dia sendiri pun sahih, alasannya ialah bercanggah dengan al-Quran. Tapi peliknya dia tak pula kata hadis pembunuh tidak boleh mewarisi orang dibunuh itu palsu kerana bercanggah dengan al-Quran! Jelas dia berat sebelah dalam berhujah.
Mawali tu sighah mufrad ke jama'?
Jamak
Lafaz khiftu tu fi'il madhi ke mudhari'?
madhi
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آَلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Ni sifat kepada mufrad ke jamak? Tentu sekali mufrad. Dengan itu selesailah isu Nabi Zakariya takut kepada ‘mawalinya’. Sebenarnya kalau awak tengok ayat selepas itu saja, dah selesai masalah, tapi nak auta orang punya pasal, benda macam ni pun jadi payah. Takdak kerja lain.
Masa bila Rasulullah saaw bagi pada Aisyah? Tuan Tabib berwaham ke?
Ni buat-buat tak faham saja. Mana-mana yang ada dalam rumah dia tu kira dia punya lah. Dah dua kali aku cakap. Kan Nabi mati rumah dia? Mungkin baju tu memang dah ada kat rumah dia sebelum tu lagi, bila Nabi pergi ke situ, Nabi pakai. Biasalah orang letak baju dekat rumah-rumah yang dia selalu singgah. Takkan baju tu boleh ada dengan ajaibnya kat rumah Fatimah pulak lepas dia mati? Agaknya kalau ada kat rumah Fatimah, tak jadi masalah pulak Fatimah nak ambik ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Fathul Bari ketika sebut pasal hadis tu, Ibnu Hajar menyebutkan riwayat lain dari Muwattha’ Ad-Daruqutni bahawa Uthman dah dihantar pun kepada Abu Bakar.
At Tabarani juga meriwayatkan yg sama dalam Mu’jam Al-Ausathnya, Jil.10, hadis no.3717
عن عروة عن عائشة قالت أرسلن أزواج النبي صلى الله عليه و سلم عثمان بن عفان إلى أبي بكر يسألنه ميراثهن من رسول الله صلى الله عليه و سلم قالت عائشة فكنت أنا التي رددتهن عن ذلك أرسلت إليهن لا تفعلن أما سمعتن رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول لا نورث ما تركنا صدقة فرجعن
" ara Isteri Nabi telah menghantar Uthman kepada Abu Bakar utk bertanyakan mengenai warisan mereka dari Nabi saw. Aku pun membantah akan hal ini dan mengirim mereka pesanan utk tidak melakukannya kerana meeka telah mendengar sabda Rasulullah saw bahawa kami tidak mewariskan, apa yang kami tinggalkan…..”
Pasal apa tak bawak sanad? Tak apa, aku tolong bawak.
حدثنا عثمان بن خالد بن عمرو السلفي الحمصي قال نا ابراهيم بن العلاء الحمصي قال نا إسماعيل بن عياش عن جعفر بن الحارث عن محمد بن إسحاق عن صالح بن كيسان عن الزهري عن عروة عن عائشة قالت أرسلن أزواج النبي صلى الله عليه و سلم عثمان بن عفان...
Ismail bin ‘Ayyasy tu apa cerita?
Bukhari berkata, bila dia meriwayatkan daripada orang negerinya, itu sahih. Tapi bila dia meriwayatkan daripada orang lain, itu boleh dipertikaikan.
Nasa’I mengatakan dia dhaif.
Ibnu Hibban berkata, dia banyak tersalah di dalam hadisnya, tidak boleh dibuat hujah.
Abu Ishaq al-Fazari berkata, orang itu tidak tahu apa keluar daripada kepalanya.
Abdullah bin al-Madini berkata, saya telah mendengar bapa saya berkata tidak ada orang yang lebih mengetahui tentang hadis penduduk Syam daripada Ismail bin ‘Ayyasy, walaupun dia kemas dengan hadis penduduk Syam, dia melakukan kesilapan dalam hadisnya daripada orang Iraq.
(Ja’far bin al-Harits tu orang Kufah)
(Mizal al-I’tidal, j. 1 m/s 241-242)
Ja’far bin al-Harits tu sapa?
Ibnu Ma’in berkata, dia tidak ada apa-apa nilai.
Murrah berkata, dia dhaif.
Bukhari berkata, hadisnya mungkar.
Nasa’I dan orang lain mengatakan bahawa dia dhaif.
(Mizal al-I’tidal, j. 1 m/s 404)
Ibnu Ishaq tu sapa? Orang kamulah! Geng sendiri pun tak kenal ke?
Awak bawak la banyak mana pun riwayat yang berbunyi macam tu, dengan senang-lenangnya saya akan buktikan kedhaifannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagipun Malla Ali Qari dalam syarh Misykatnya mengatakan bahawa setelah Uthman memberikan Fadak kepada Marwan, marwan pun menjadikan Fadak sebagai hak milik peribadinya dan hal ini berlaku pada masa Uthman lagi (Tindakan ini di antara penyebab marahnya kaum Muslimin kepada Uthman sebagaimana yg dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih: في عد ما نقم الناس على عثمان: أنه أقطع فدك مروان وهي صدقة لرسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وافتتح إفريقية وأخذ خمسها فوهبه لمروان. "Di antara kebencian orang ramai terhadap Uthman ialah memberi Fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan. Iqd Farid 103/4" tanpa ada bangkangan dari Uthman yg kononnya dah dengar hadis Abu Bakar tersebut.
Nak bukak cerita Marwan pulak. Itulah caranya Syiah berhujah, belum pun sudah satu-satu isu, dah start isu lain. Lepas tu kemudian hari dok jaja ke hulu-hilir cerita dah menang debat. Nanti, kita sudahkan satu-satu. Isu kejahatan Marwan ni, kalau nak bukak satu tajuk berasingan pun boleh. Biasalah, Syiah, jahat belaka, dengan Imam-imam, dengan Fatimah-fatimah sekali teruk. Kita boleh tengok nanti.
Tapi aku sentuh la sikit, kalau tak sentuh langsung nanti billy jaja cerita dia menang debat pulak kat hauzah.
Pertama, pasal apa ambil yang tu saja? Yang ni, yang cakap Muawiyah yang bagi kat Marwan ni pasal apa tak ambik? Oo… nak burukkan Utsman saja sekarang. Tak apalah. Aku tolong bawakan.
ميمون بن مهران قال: كنتُ عند عمرِ فكثُر بكاؤه ومسألتُه ربَّه الموت، فقلت: لمَ تسأل الموت! وقد صَنع اللّه على يديك خيراً كثيراً، أحْيا بك سُننا وأمات بك بِدَعا. قال: أفلا أكون مثل العَبد الصالح حين أقرّ الله عينَه وجَمع له أمره، قال: " رَبِّ قد آتيتني مِن المُلك وعلَّمتَني من تأويل الأحاديث فاطِر السموات والأرض أنت وليِّ في الدنيا والآخرة توفني مُسْلماً وألْحِقني بالصالحين " . ولما وَلي عمرُ بن عبد العزيز قال: إن فَدك كانت مما أفاء الله على رسوله، فسألتها فاطمةُ رسولَ اللهّ. فقال لها: ما لَكِ أن تَسأليني ولا لي أن أعطيك. فكان رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يصطنع فيها حيث أمره اللهّ. ثم وَلي أبو بكر وعمر وعثمان فكانوا يضعونها المواضعَ التي وَضعها رسولُ اللهّ صلى الله عليه وسلم. ثم وَلي معاوية فأقطعها مروانَ، ووَهبها مروانُ لعبد الملك وعبدِ العزيز، فقسمناها بيننا أثلاثاً أنا والوليد وسليمان. فلما ولي الوليدُ سألتُه نصيبَه فوهبه لي، وما كان لي مالٌ أحب إلي منها، وأنا أشهدكم أني قد رددتُها إلى ما كانت عليه على عهد رسول اللّه صلى الله عليه وسلم. وقال عمر: الأمور ثلاثة، أمر استبان رُشدُه فاتبِعْه، وأمر استبان ضره فاجتنبْه، وأمر أشكل أمرهُ عليك فرُدّه إلى اللّه.
Ni sebut Muawiyah bagi, mana satu yang betul? Ke pengarang buku ni dah nyanyuk? Sekali kata Utsman, sekali kata Muawiyah?
Tak kiralah mana pun yang awak nak ambil dan bagi kita kedua-duanya tak betul, persoalan utamanya, adakah ia boleh dipertanggungjawabkan? Sanadnya mana? Kalau awak nak berhujah dengan yang ni, bawak sanad. No sanad, no talk.
Itu satu lagi cara Syiah berhujah. Diambilnya benda yang sanadnya ntah mana-mana, dibuatnya kesimpulan Utsman jahat, membangkang Nabi, mengkhianati orang-orang Islam. Ini jelas menunjukkan kebencian mereka terhadap sahabat. Kalau yang menampakkan sahabat baik, tak boleh, kalau menampakkan sahabat teruk, takdak sanad pun tak apa.
Tentang isu orang marah kat Utsman tu, tak pelik. Masalahnya ‘orang’ tu sapa? Puak pemberontak memang la marah kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Triple_8 at 3-9-2009 17:37
Isu Pertama: Riwayat Sya’bi adalah sahih
Pertama: Ibnu Hajar berkata
“Dan berkata para Muhadditsin, bahwa menghindarnya fathimah ra dari Abubakar adalah menghindari berkumpul bersamanya, dan hal itu bukan hal yg diharamkan, dan Fathimah ra saat selepas kejadian itu sibuk dengan kesedihannya atas wafat Rasul saw dan sakit yg dideritanya hingga wafat. (Fathul Baari Bisyarah Shahih Bukhari Bab Fardhul Khumus)
Para Muhaddithin mengakui bahawa S.Fathimah s.a tidak bertemu Abu Bakar lagi setelah peristiwa tuntutan Fadak. Lalu bagaimana hadis Asy-Sya’bi boleh ajdi benar?
Tak bertemu tu maksudnya tak bertemu dan bercakap pasal Fadak lah. Nafikan bertemu untuk bercakap pasal Fadak itu tidak menafikan bertemu secara keseluruhan. Hadis Sya’bi membuktikannya. Nak pakai hadis ni kita tak boleh tengok satu saja, kena tengok jugak yang lain. Kan awak pun kata macam tu dulu? Makna فهجرته ialah kemudian Fatimah meninggalkan Abu Bakar. Nak duduk situ buat apa lagi, kes dah selesai. Kamu puak Syiah yang ada masalah dengan Abu Bakar saja yang terjemahkannya dengan boikot la, diamkian la, pulau la macam-macam. Semuanya untuk menunjukkan Fatimah benci kepada Abu Bakar.
Hasilnya, Fatimah marah dan pulaukan Abu Bakar pasal beliau menghukum mengikut arahan Nabi dan tak bagi dia harta yang memang bukan miliknya. Ni satu sikap yang terpuji ke terkutuk? Di sini nampaknya Fatimah berperangai seperti orang yang disebut dalam ayat nih:
وَمِنْهُمْ مَنْ يَلْمِزُكَ فِي الصَّدَقَاتِ فَإِنْ أُعْطُوا مِنْهَا رَضُوا وَإِنْ لَمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ
Syiah ni bila-bila pun, dalam puji Ahlul Bait mereka sebenarnya nak kutuk Ahlul Bait secara senyap-senyap. Mereka julang Ahlul Bait tinggi-tinggi, supaya mereka boleh hempaskannya kuat-kuat ke tanah.
kedua: Dari kesaksian Tuan Tabib sendiri apabila menyatakan:
Tidak masuk akal Fatimah nak men'diamkian' Abu Bakar sampai mati sedangkan bapanya sendiri telah berkata 'tidak harus seseorang mukmin itu memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari'. Tak masuk akal Fatimah memulaukan Abu Bakar dan tak bercakap dengannya sampai mati semata-mata kerana beliau dengan membuat keputusan mengikut kata-kata bapanya sendiri. Tak ada satu pun hadis yang menunjukkan selepas itu Fatimah berjumpa dengan Abu Bakar tetapi tidak memberi salam atau bercakap dengannya.
Dengan kata2 beliau ini sendiri, bagaimana riwayat Sya’bi bahawa Abu bakar memohon kerelaan dan kemaafan ini menjadi benar?
Pasal apa tak boldkan sekali ayat lepas tu? Kalau boldkan sekali kan selesai masalah.
Tuan Tabib merumuskan bahawa kemarahan S.Fathimah s.a tidak benar; dalam erti kata yg lain, S.Fathimah s.a tak marahpun. Malah S.Fathimah s.a telah redha pula kepada Abu bakar. Sebelumnya Tuan Tabib merumuskan bahawa hadis Asy-Sya’bi tu benar. Kita perhatikan riwayat Asy-Sya’bi itu:
….
Apabila hadis Asy-Sya’bi itu benar, maka sudah terbukti bahawa Abu Bakar memang benar2 pergi memohon keredhaan dan kemaafan S.Fathimah s.a setelah sebelumnya S.Fathimah jadi tidak redha! Justeru Hadis Asy- Sya’bi sendiri memberi indikasi bahawa S.Fathimah s.a memang tidak redha kepada Abu bakar sehingga Abu Bakar terpaksa merayu keredhaannya. Berkata Ibnu Hajar “tidak keluar Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dari rumah itu sebelum diridhai dan dimaafkan oleh Sayyidatuna Fatimah Azzahra”. Lalu bagaimana Tuan Tabib boleh beranggapan bahawa Sayyidatina Fathimah s.a tidak marah? Tuan Tabib tersampuk Waham?
Perkara biasa macam ni pun boleh jadi pelik bila dipandang dengan memakai cermin mata Syiah. Sekarang kita tengoknya dengan memakai ‘cermin mata’ Sunni pulak…
Mintak maaf tu biasa la. Itu menunjukkan sikap berlembut dan beradab Abu Bakar dengan Fatimah. Tak semestinya kalau mintak maaf tu maknanya dia bersalah. Walaupun Abu Bakar betul, tapi mungkin dia rasa kut-kut Fatimah terkilan dengan dia pasal kes Fadak dulu. Polis pun cakap macam tu jugak. “Mintak maaf encik, anak encik sudah ditahan kerana mengisap ubat batuk”. Polis ke yang salah? Kalau aku talipon henset kau, kau tutup henset, apa operator cakap? Sorry, please try again later. Sekarang siapa yang salah? Operator pasal dia cakap sorry, ataupun kau yang tutup henset? Selesmen pun biasa cakap, maaf incik, barang sudah habis. Adakah kita patut menyalahkan selesmen bila barang habis pasal dia cakap maaf? Yang dok bermaaf-maafan hari raya tu macamana? Saudara-mara jumpa sekali setaun, takdak buat salah apa-apa dengan dia, mintak maaf buat apa, toksah mintak maaf la. Kalau dia bersalam dengan kau cakap “selamat hari raya maaf zahir batin” kau jawab saja “bilo pulok mung buat saloh kat aku?” Baru melopong. Orang nak beradab pun tak reti. Burukkan Abu Bakar je reti. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun Tuan tabib dapat kita sedarkan dari wahamnya dengan memetik ucapan Imam Sunni sendiri yakni Ibnu Katsir dalam ketika mengakui kemarahan S.Fathimah s.a. beliau menulis dalam Al Bidayah Wan Nihayahnya,
(Pada halaman 67) Adapun kemarahan Fatimah terhadap Abu Bakar, aku tidak tahu kenapa? Jika dikatakan ia marah karena Abu Bakar telah menahan harta warisan yang ditinggalkan ayahnya, maka bukankah Abu Bakar memiliki alasan yang tepat atas tindakannya itu yang langsung diriwayatkan dari ayahnya “Kami tidak mewariskan dan apa yang kami tinggalkan adalah sedekah”.
(Terjemahan di atas ini adalah dari halaman 67 AL-BIDAYAH WAN NIHAYAH, Masa Khulafa'ur Rasyidin, terjemahan Bahasa Melayu Indonesia. Penerjemah:Abu Ihsan al-Atsari, Muraja'ah:Ahmad Amin Sjihab, Lc, Terbitan Darul Haq, Februari 2004)
Nah,apakah benar perawi, Ibnu Hajar, Ibnu Katsir yg waham atau tuan Tabib forumlah yg sebenarnya waham?
Ibnu katsir pula menyatakan yg berikut:
(Masih pada halaman 67) Jika kemarahan Fathimah disebabkan tuntutannya agar Abu Bakar ash-Shiddiq menyerahkan pengelolaan tanah yang dianggap sedekah dan bukan warisannya itu kepada Ali, maka abu Bakar juga memiliki alasan tersendiri bahwa sebagai pengganti Rasulullah 3H maka wajib baginya mengurus apa-apa yang diurus oleh Rasulullah sebelumnya dan menangani seluruh yang ditangani oleh Rasulullah. Oleh karena itulah ia berkata, "Demi Allah aku tidak akan meninggalkan suatu perkara yang dilakukan oleh Rasulullah semasa hidup beliau kecuali akan aku lakukan pula!" Oleh karena itulah Fathimah memboikotnya dan tidak berbicara dengannya hingga ia wafat. Pemboikotan ini membuka pintu kerusakan yang besar bagi kelompok Svi'ah Rafidhah dan kejahilan yang panjang. Karena itu pula mereka banyak membuat permasalahan yang tidak berkesudahan.
Kata-kata Ibnu Katsir dan Ibnu Hajar tu berdasarkan apa yang tersurat dalam hadis tersebut, tanpa mengambil kira ianya waham perawi ke apa. Nak baca kitab ni pun kena pandai jugak. Takleh main kutip saja lepas tu pening lalat macam billy. Tak timbul isu memang mereka percaya Fatimah marah. Boikot itu adalah terjemahan Syiah dan saya berlepas diri daripadanya. Kamu sengaja terjemahkan macam tu untuk memburukkan Abu Bakar, dan Fatimah sendiri. Terjemahan kita ialah ‘tinggal’. Kita sudah pun jelas bahawa itu adalah waham perawi. Siapakah dia? Zuhri. Ataupun perawi lebih bawah lagi. Dia tahu daripada siapa? Tak mungkin dia sendiri menyaksikan peristiwa itu. Sebab tu dulu aku tanya awak, mursal Zuhri dengan mursal Sya’bi mana yang lebih kuat? Soalan macam tu pun, sampai sekarang awak tak boleh jawab.
Dalam kes ini, Tuan Tabib telah memindahkan wahamnya kepada perawi Bukhari tersebut utk menyelamatkan hujjahnya, dan mengandaikan dirinya lebih kredibel dari perawi thiqah. Itu adalah hak Tuan Tabib namun sahaja Tuan Tabib tak menyertakan bukti bagi menyokong penguatan kredbilitinya atas perawi tersebut. Nampaknya dengan ini, Ibnu katsir juga waham kerana berpendapat bahawa S.Fathimah s.a memang marah, dan memboikot Abu bakar hingga wafatnya.
Cepatnya awak buat kesimpulan Ibnu Katsir berpendapat Fatimah marah terhadap Abu Bakar dan memboikotnya sampai mati. Macam tulah perangai awak. Ambil kitab Ahli Sunnah dan tafsirkannya sesuka hati. Lepas tu buat macam-macam kesimpulan yang teruk-teruk.
Dan kerananya juga Tuan Tabib telah bertentangan dengan Ustazah GTO yg memuatkan Kata Ibn Hajar ini dalam postnya (post 329):
“Sebab Fatimah marah biarpun Abu Bakar berhujah dengan hadis tersebut ialah kerana kefahaman Fatimah tentang hadis berbeza dengan kefahaman yang dipegang oleh Abu Bakar. Seolah-olah Fatimah memahami hadis ‘Kami tidak diwarisi’ bahawa terdapat pengkhususan daripada maksud umumnya. Beliau berpendapat faedah (hasil) daripada tanah dan aset tetap yang ditinggalkan baginda tidak menghalang untuk ia diwarisi. Manakala Abu Bakar berpegang kepada keumuman hadis itu”. (Fathul Bari 6/202)
Tak bertentangan. Ni jawapan untuk satu andaian yang berbunyi pasal apa Fatimah mintak Fadak dengan Abu Bakar KALAU dia dah tahu hadis tersebut? Kalau kita kata dia tak tahu lagi, selesai. Isu marah tu sudah dijawab, jadi tak perlu diulang-tayang. Apa-apa pun, ni semua andaian saja. Berdasarkan hadis sahih, Fatimah tak tahu. Itu tak pelik sebab bini-bini Nabi yang lain pun tak tahu jugak. Tapi Syiah tak boleh kalau Fatimah tak tahu sebab dia maksum! |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ini, Tuan Tabib telah memindahkan wahamnya kepada perawi Bukhari tersebut utk menyelamatkan hujjahnya, dan mengandaikan dirinya lebih kredibel dari perawi thiqah. Itu adalah hak Tuan Tabib namun sahaja Tuan Tabib tak menyertakan bukti bagi menyokong penguatan kredbilitinya atas perawi tersebut.
Nak lagi bukti? Nah, riwayat Fadak ni dalam kitab kitab kita hanya ada daripada 3 orang saja.
1. Daripada Abu Hurairah
2. Daripada Abu Tufail
3. Daripada Aisyah
Pertama; riwayat daripada Abu Tufail, tidak ada sebut Fatimah marah.
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ عَبْد اللَّهِ وَسَمِعْتُهُ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ جُمَيْعٍ عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ قَالَ
لَمَّا قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَتْ فَاطِمَةُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ أَنْتَ وَرِثْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمْ أَهْلُهُ قَالَ فَقَالَ لَا بَلْ أَهْلُهُ قَالَتْ فَأَيْنَ سَهْمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَطْعَمَ نَبِيًّا طُعْمَةً ثُمَّ قَبَضَهُ جَعَلَهُ لِلَّذِي يَقُومُ مِنْ بَعْدِهِ فَرَأَيْتُ أَنْ أَرُدَّهُ عَلَى الْمُسْلِمِينَ فَقَالَتْ فَأَنْتَ وَمَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْلَمُ
(مسند أحمد ج – 1 ص 17)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedua; riwayat daripada Abu Hurairah, pun tidak ada sebut Fatimah marah.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
جَاءَتْ فَاطِمَةُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ فَقَالَتْ مَنْ يَرِثُكَ قَالَ أَهْلِي وَوَلَدِي قَالَتْ فَمَا لِي لَا أَرِثُ أَبِي فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا نُورَثُ وَلَكِنِّي أَعُولُ مَنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُولُهُ وَأُنْفِقُ عَلَى مَنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنْفِقُ عَلَيْهِ
(سنن ترمذي - ج 6 ص 143)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketiga, riwayat daripada Aisyah, sebahagiannya ada sebut Fatimah marah, sebahagiannya tidak ada pun sebut, sebahagiannya sebut dengan jelas ‘dan dia berkata kemudian Fatimah marah’.
*Disebabkan aku nak paste tapi tak masuk (10000 max?) jadi aku bubuh ringkas-ringkas jelah.
َقَالَ لَهَا أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ فَغَضِبَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَجَرَتْ أَبَا بَكْرٍ فَلَمْ تَزَلْ مُهَاجِرَتَهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ
(صحيح بخاري – 10 ص 330)
َأَبَى أَبُو بَكْرٍ أَنْ يَدْفَعَ إِلَى فَاطِمَةَ شَيْئًا فَوَجَدَتْ فَاطِمَةُ عَلَى أَبِي بَكْرٍ فِي ذَلِكَ قَالَ فَهَجَرَتْهُ فَلَمْ تُكَلِّمْهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ
(صحيح مسلم – ج 9 207)
فقال لهما أبو بكر سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول لا نورث ما تركناه صدقة إنما يأكل آل محمد من هذا المال والله إني لا أدع أمرا رأيت رسول الله صلى الله عليه و سلم يصنعه بعد إلا صنعته قال فغضبت فاطمة رضي الله عنها وهجرته فلم تكلمه حتى ماتت
(سنن البيهقي الكبرى – 6 ص 300)
|
|
|
|
|
|
|
|
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهِبٍ الْهَمْدَانِيُّ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ عُقَيْلِ بْنِ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ
أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَتْ إِلَى أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تَسْأَلُهُ مِيرَاثَهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِالْمَدِينَةِ وَفَدَكَ وَمَا بَقِيَ مِنْ خُمُسِ خَيْبَرَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ إِنَّمَا يَأْكُلُ آلُ مُحَمَّدٍ مِنْ هَذَا الْمَالِ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَا أُغَيِّرُ شَيْئًا مِنْ صَدَقَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ حَالِهَا الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهَا فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَأَعْمَلَنَّ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبَى أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنْ يَدْفَعَ إِلَى فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام مِنْهَا شَيْئًا
(سنن أبي داود – ج 8 ص 202)
|
|
|
|
|
|
|
|
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام أَرْسَلَتْ إِلَى أَبِي بَكْرٍ تَسْأَلُهُ مِيرَاثَهَا مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَطْلُبُ صَدَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّتِي بِالْمَدِينَةِ وَفَدَكٍ وَمَا بَقِيَ مِنْ خُمُسِ خَيْبَرَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ إِنَّمَا يَأْكُلُ آلُ مُحَمَّدٍ مِنْ هَذَا الْمَالِ يَعْنِي مَالَ اللَّهِ لَيْسَ لَهُمْ أَنْ يَزِيدُوا عَلَى الْمَأْكَلِ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَا أُغَيِّرُ شَيْئًا مِنْ صَدَقَاتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهَا فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَأَعْمَلَنَّ فِيهَا بِمَا عَمِلَ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَشَهَّدَ عَلِيٌّ ثُمَّ قَالَ إِنَّا قَدْ عَرَفْنَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَضِيلَتَكَ وَذَكَرَ قَرَابَتَهُمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَقَّهُمْ فَتَكَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي
(صحيح بخاري – 12 ص 50)
Kalau kamu perhatikan, kamu akan dapati tambahan ‘Fatimah marah’ itu hanya ada dalam riwayat Zuhri, itu pun bukan semua. Sebab itu saya kata itu adalah waham perawi, tak faham-faham lagi kah? Nak bukti yang macam mana lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Triple_8 at 3-9-2009 17:40
Bukti Abu Bakar telah bertindak dengan benar, tidak menzalimi Fatimah dan pengakuan para Imam tentangnya.
Imam Zaid (yang ditolak oleh Syiah Imamiyyah 12 padahal dia pun anak-cucu Ali) mengatakan bahawa kalau perkara itu (Fadak) diserahkan kepadanya, dia pun akan membuat keputusan seperti Abu Bakar.
(Syarah Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid – j. 16 m/s 220)
Imam al-Baqir telah bersumpah bahawa Abu Bakar dan Umar tidak menzalimi Ahlul Bait walaupun sebesar biji sawi.
(Ibid)
Saidina Ali pada zaman pemerintahannya menyatakan bahawa tidak harus membuat keputusan tentang Fadak bercanggah dengan keputusan Abu Bakar dan Umar dan beliau membuat keputusan sama seperti mereka berdua.
(Syarah Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid – j. 16 m/s 231-232)
Saidina Ali menyatakan bahawa beliau malu kepada Allah untuk membuat keputusan yang berbeza dengan Abu Bakar dan Umar tentang Fadak.
(Syarah Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid – j. 16 m/s 252)
Fatimah telah menyatakan keredhaannya terhadap Abu Bakar dan Umar.
(Bait Ahzan, Abbas al-Qummi m/s 88) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Triple_8 at 6-9-2009 09:42
Memang saya selalu dengar yg ni tapi macamana boleh mari bila hadis2 sahih misalnya Bukhari Muslim kata tak mari? Ni contohnya tapi dari Sunan Al-Baihaqi, Kitab Janaiz, no.6513
عن إبن شهاب الزهري ، عن عروة ، عن عائشة في قصة الميراث ، أن فاطمة بنت رسول الله عاشت بعد رسول الله ستة أشهر ، فلما توفيت دفنها علي بن أبي طالب ليلاًً ، ولم يؤذن بها أبا بكر ، وصلى عليها علي (ر ، أخبرناه : أبو عبد الله الحافظ ، أنبأ : أبوبكر بن إسحاق الفقيه ، أنبأ : أحمد بن إبراهيم ، ثنا : إبن بكير ، حدثني : الليث ، عن عقيل ، عن إبن شهاب ، فذكره رواه البخاري في الصحيح ، عن إبن بكير.
Nanti dulu. Saya nak tanya, dari mana awak ambil ‘Bukhari Muslim kata tak mari’? ولم يؤذن بها أبا بكر tu ke? Jadi Ali tak beritahu Abu Bakar tu maknanya dia tak mari lah ya? Itu satu lagi contoh tafsiran Syiah untuk hadis Sunni dan fitnah terhadap Bukhari & Muslim, untuk menunjukkan permusuhan antara Ali dengan Abu Bakar. Bila pakai cermin mata Syiah, semuanya nampak teruk.
Sekarang kita tanggalkan cermin mata Syiah, kita pakai cermin mata Sunni pula dan kita tengok perbezaannya…
Ali tak beritahu Abu Bakar bukan bermakna beliau tak tahu dan tak mari. Nak beritahu buat apa, Abu Bakar tu orang dekat dengan dia, beritahu ni kalau orang jauh. Kita pun kalau ada kematian, kita tak beritahu orang-orang dekat pasal semua dah tahu, buat apa lagi nak beritahu. Bini Abu Bakar sendiri yang mandikannya, takkan suaminya sendiri tak tahu? Tak munasabah kita nak kata bini dia curi-curi keluar dan mandikannya tanpa pengetahuan suaminya.
Perbezaannya ialah Syiah gunakan ayat ‘Ali tidak memberitahu Abu Bakar’ untuk menunjukkan mereka berdua bermusuhan, manakala Sunni pula menggunakan ayat yang sama untuk menunjukkan mereka berdua sangat rapat dari segi hubungan kekeluargaan.
Tapi yg ini agak menarik- dari Musannaf Abdul Razaq, no.6348
عبد الرزاق ، عن إبن جريج ، وعمرو بن دينار أن حسن بن محمد أخبره : أن فاطمة بنت النبي (ص دفنت بالليل قال : فر بها على من أبي بكر أن يصلي عليها ، كان بينهما شيء.
http://www.sonnaonline.com/Hadith.aspx?HadithID=28891
Hasan bin Muhammad tu sapa? Dia sendiri sempat ke dengan peristiwa itu? Kalau tak sempat, dia tahu daripada siapa? Dulu sibuk sangat pertikaikan mursal Malik dan Sya’bi. Sekarang tak pertikaikan pulak ya? Sebab menunjukkan Ali dan Abu Bakar bermusuhan ya? Yang dulu awak sibuk pertikaikan mursal Sya’bi tu pasal menunjukkan mereka berdua baik ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti Abu Bakar sembahyangkan Fatimah bahkan Ali yang suruh:
عن مالك بن جعفر بن محمد عن أبيه عن جده علي ابن الحسين قال ماتت فاطمة بين المغرب والعشاء فحضرها أبو بكر وعمر والزبير وعبد الرحمن بن عوف فلما وضعت ليصلى عليها قال علي تقدم يا أبا بكر قال وأنت شاهد يا أبا الحسن قال نعم تقدم والله لا يصلي عليها غيرك فصلى عليها أبو بكر رضي الله عنهم أجمعين
(تاريخ خميس، حسين بن محمد بن حسن الدياربكري – ج 1 ص 278)
Diriwayatkan daripada Ali bin Hussein bahawa beliau telah berkata, “Fatimah meninggal dunia di antara waktu Maghrib dan Isyak. Abu Bakar, Umar, Zubair dan Abdurrahman bin ‘Auf menziarahinya. Bila diletakkan untuk disembahyangkan, berkatalah Ali, “Naiklah wahai Aba Bakar”. Abu Bakar menjawab, “Engkau kan ada?” Ali menjawab, “Ya, naiklah. Demi Allah tidak ada orang yang lebih layak daripada engkau untuk menyembahyangkannya”. Lalu Abu Bakar pun menyembahyangkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
أخبرنا شبابة بن سوار حدثنا عبد الأعلى بن أبي المساور عن حماد عن إبراهيم قال صلى أبو بكر الصديق على فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه و سلم فكبر عليها أربعا
(الطبقات الكبرى، ابن سعد – ج 8 ص 29)
(كنز العمال، ابن الهندي – ج 15 ص 709)
Diwirayatkan daripada Hammaad bin Ibrahim bahawa dia telah berkata, “Abu Bakar as-Siddiq telah menyembahyangkan Fatimah binti Rasulullah s.a.w., beliau telah bertakbir sebanyak empat kali”.
عن جعفر ابن محمد عن أبيه قال ماتت فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم فجاء أبو بكر وعمر ليصلوا، فقال ما كنت لأتقدم وأنت خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم فتقدم أبو بكر وصلى عليها
(كنز العمال، ابن الهندي – ج 6 ص 366)
Ja’far bin Muhammad meriwayatkan daripada bapanya bahawa dia telah berkata, “Fatimah binti Rasulullah meninggal dunia lalu datanglah Abu Bakar dan Umar untuk bersembahyang. Ali berkata, “Takkan saya nak naik sedangkan engkau ialah khalifah Rasulullah s.a.w.” Kemudian Abu Bakar pun naik dan menyembahyangkannya”. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak munasabah Abu Bakar tidak tahu tentang kematian Fatimah berdasarkan kitab-kitab Syiah:
قال ابن عباس قبضت فاطمة من نومها فارتجت المدينة بالبكاء من الرجال والنساء ودهش الناس كيوم قبض فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم فأقبل أبو بكر وعمر تعزيان عليا ويقولون له يا أبا الحسن لا تسبقنا بالصلوة على ابنة رسول الله
(ناسخ التواريخ، مرزا محمد تقي – ج 1 ص 181)
(كتاب سليم بن قيس ص 226)
Ibnu Abbas telah berkata, “Bila Fatimah meninggal dunia, gemparlah Madinah dengan tangisan para lelaki dan wanita, orang ramai terpinga-pinga seperti hari kewafatan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar dan Umar dating mengucapkan takziah kepada Ali dan orang ramai berkata kepadanya “Wahai Abal Hasan, janganlah sembahyangkan anak perempuan Rasulullah itu terlalu cepat”.
Komen – kalau sampai seluruh Madinah gege-riuh, tak masuk akal Abu Bakar yang ketika itu menjadi khalifah tak tahu-menahu langsung tentangnya. Siap bagi takziah lagi tu, tak tahu macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Triple_8 at 6-9-2009 09:36
Tujuh orang saja (paling tinggi) yang menyembahyangkan jenazah Fatimah menurut kitab Syiah – satu penghinaan terhadapnya atau terhadap para sahabat.
Diriwayatkan daripada Saidina Ali bahawa tujuh orang saja yang menyembahyangkan jenazah Fatimah. Mereka ialah Abu Zar, Salman, Huzaifah, Abdullah bin Mas’ud, Miqdad dan akulah yang menjadi imam.
(Jilaa’ al-‘Uyun, Baqir al-Majlisi - j. 1 m/s 243)
Bila malam tiba, Ali memanggil Abbas, Fadhal bin Abbas, Salman, Miqdad, Abu Zar dan Ammar lalu menyembahyangkan Fatimah dan mengebumikannya.
(Jilaa’ al-‘Uyun, Baqir al-Majlisi (terjemahan) - j. 1 m/s 278)
Dari satu segi Syiah kata seluruh Madinah gempar dengan berita kematiannya, tapi dari satu segi mereka kata hanya tujuh orang saja yang menyembahyangkannya. Ini menunjukkan samada:
1. Para sahabat ketika itu sudah cukup teruk sampai langsung tidak mempedulikan keluarga Rasulullah s.a.w.
2. Fatimah terlalu hina sampai tidak ada orang yang sanggup memberikan penghormatan terakhir kepadanya.
Kaitannya dengan kemarahan Fatimah terhadap Abu Bakar.
Syiah kata, bukti Fatimah marah kepada Abu Bakar ialah sebab dia tidak dijemput oleh Ali untuk menyembahyangkannya. Punya la terdesak Syiah nak memburukkan Abu Bakar sampai mereka terlupa kepada mereka-mereka ini… (time Syiah nak pakai mereka, dia pakai, time taknak, tendang macam tu saja…)
Hasan
Hussein
Abdullah bin Abbas
‘Aqil bin Abi Talib
Saad bin ‘Ubadah
Abu Ayyub al-Ansari
Abu Said al-Khudri
Sahl bin Hunaif
Bilal
Abu Rafi’
Dan ramai lagi. Kalaulah kemarahan Fatimah itu dijadikan asas Abu Bakar tidak dijemput untuk menyembahyangkannya, maka ia bermakna Fatimah juga marah kepada mereka-mereka yang tersebut di atas kerana mereka pun tidak dijemput jugak. Mana boleh macam tu.
Kalau kita andaikan billy adalah spesis Syiah yang tidak mengkafirkan semua sahabat kecuali 3-4 orang saja, mana lagi lain-lain yang tak kafir? Fatimah marah jugak ke kat depa? Apa kes? |
|
|
|
|
|
|
|
Posting sampah-sarap billy yang lain-lain tu, lain kali saja. Sekarang aku takdak masa lapang lagi dan nak chow ke bazar. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Triple_8 at 4-9-2009 12:18
370# cmf_billionaire
O billy. Nak longgok sampah-sarap kat sini tu bawak-bawak beringat la sikit. Orang kat sini bukannya jahil belaka. Bukan semua orang kat sini ente boleh goring-goring kasi garing. Silap aribulan, ente sendiri yang hangit lagi garing.
Untuk pengetahuan semua, sampah-sarap yang enche' cmf billy kita longgokkan tu, sekitar palsu dan dhaif saja.Nampak saja gah. Maka mata terbeliak mulut terloponglah orang-orang seperti sirri kita yang nampaknya dah tak khafi lagi tuh.
Aku sebenarnya malas nak layan sampah-sarap macam nih. Aku bukannya ada masa sepanjang hari dan aku ni bukannya kakitangan Majlis Perbandaran yang digaji untuk sapu sampah-sarap yang dia longgokkan kat sinih. Tapi disebabkan ada orang melopong tengok sampah billy yang siap dibawanya dengan sanad yang kuhnunnya sahih, aku kutiplah satu masuk tong hijau.
“SesungguhnyaAllahberkehendak untuk menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Baitdanmensucikanmu sesuci-sucinya” (Al Ahzab 33). فأنا وأهل بيتي مطهرونمنالذنوب Aku danAhlul BaitKu tersucikan dari dosa-dosa."
Isnad:
AbuHusainbin Fadhl: salah seorang guru Abu BakarBaihaqi. AdzDzahabi dalamTarikhAl Islam 28/391 berkata “tsiqatmasyhur” ; AsSiyar ‘Alam AnNubala 17/331‘syaikh yang thiqat.‘Abdullah bin Ja’far Adz Dzahabi,Siyar ‘Alam AnNubala 15/531:“AlImam, Allamah, Syaikh” . Tarikh BaghdadAl Khatib 9/435no 5045Thiqattsiqat.
Ya’qub bin Sufyan AlFasawi: dinyatakanThiqat olehIbnuHibban, An Nasa’i berkata “la ba’sabihi(tidak cacat)” AlHakim:“Imamahli hadis”. Ibnu Hajar, At Taqrib2/337: “Thiqat hafiz”.Yahya binAbdul Hamid: Yahyabin Main: “Thiqat” .Ibnu Numair, AlBusyanji,Al Khalili menyebutnyasebagai hafiz (TahdzibAt Tahdzib juz 11no399). Perawi yang dijadikanhujjah oleh Muslim dalamSahihnya
Qaisbin Rabi’ Al Asadi: Ibnu Ma’in, Nasa’idanDaruquthni melemahkannya. IbnuAdy berkata “kebanyakan hadisnyalurus”.. Ibnu Hajar menyebutkannyadalam At Taqrib 2/33 dengan predikatshaduqatau jujur tetapi mengalamiperubahan hafalan di masa tuanya,mungkinkarena ini ia dinyatakan dhaifoleh sebagian Ulama. Afan,Syu’bah,Sufyan AtsTsawri dan Abul Walidmenyatakan bahawa beliau Thiqahdanhadisnya hasan. Perawi Abu Dawud,Tirmidzi dan Ibnu Majah. IbnuHajarmenyebutkannya dalam At Taqrib 2/33dengan ‘Saduq’ tetapimengalamiperubahan hafalan di masa tuanya, mungkinkarena ini iadinyatakan dhaifoleh sebagian Ulama. Oleh karena ituhadisnya dinilaihasan.
Al ’Amasy : Kethiqahannya telah disepakati
UbayahbinRib’i: Tabiien awal. Ibnu Abi Hatim dalam AlJarh Wat Ta’dil 7/29no155menyatakan bahawa Ubayah telah meriwayatkandari Ali, Abu Ayub danIbnuAbbas, kemudian meriwayatkan darinyaKhaitsamah bin Abdurrahman,Salamahbin Kuhail, Al ’Amasy dan Musa binTharif. Abu Hatim mengatakania adalah‘Syeikh’ tetapi juga seorangSyiah. ‘Syeikh’adalah penilaianta’dil yangsetingkat dengan hasanulhadis. Ibnu Sa’addalam Thabaqat AlKubra juz 6hal 127 mengatakan”Ubayah bin Rib’i meriwayatkan dari Umardan Ali binAbi Thalib, sedikitmeriwayatkan hadis, semoga rahmat Allahdankesejahteraan dilimpahkankepadanya”.Al-Hakim menta’dilkan Ubayah.Ubayahadalah tabiien awalyang dimuliakan dalam Sunni. Adapun beliautertuduhSyiah ekstrimkerana beliau meriwayatkan hadis2 kelebihan AhluLBait,sehinggaAl-Uqaili mendhaifkannya kerana hal ini. Tapi ini adalahcontohsikapbias sebilangan ulamak Sunni. Seseorang itu akan denganmudahdidhaifkandan dituduh Syiah apabila mereka meriwayatkanberkenaankelebihan2AhlulBait. Inilah juga yg dilakukan Adz-DzahabiyangmendhaifkanUbayah kerana meniru pencacatan Uqaili ketikamengkritikhadis Ubayahtentang kelebihan Ahlul Bait. Namun Adz-Dzahabisendirisebenarnyamencela Uqaili kerana mendhaifkan Ali bin Madini –ulamakbesar sunni.Namun ketika Ubayah tidak meriwayatkan hadisberkenaankelebihan AhlulBait, Adz-Dzahabi langsung mensahihkan Ubayah!Keranapenta’dilansebahagian ulamak terhadapnya maka hadis beliau jatuhhasan.IbnuKatsir menyatakan hadis ini mungkar kerana terdapatperkaramungkardidalamnya, namun apakah menceritakan ttg kemuliaandankesucianRasulullah saaw dan Ahlul Bait sesuai dengan ayat Al-Qurandan ahdis2sahih tsaqalain (misalnya) dapat dikatakan sebagaigharibmungkar, makasudah jelaslah kepada kita sikap Ahlus SunnahterhadapAhlul Bait a.sdan riwayat2 yang melebihkan mereka dari oranglain. Hal ini tidaklahmenghairankan bagi Ibnu katsir ygpernahmendhaifkan hadis sahihmengenai keutamaan Imam Ali a.s tanpasebarangsebab sekalipun.
Sedap copy paste nampak. Tapi itu bukan semuanya. Ini yang dia sembunyikan...
1. Sanad ini terlalu lemah, tidak ada yang tsiqah selain A'masy.
2.Ubayah ini telah disebutkan oleh al-'Uqaili di dalam kitab ad-Dhu'afa',dia mengatakan bahawa dia "melampau, tidak ada agama, satu tempayan arak diminumnya seorang diri". (Pak Lah minum Sparkling pun sibuk, ni satu tempayan arak dibahamnya sorang-sorang, punyala tsiqoh)
3. Qais - iaitu Ibnu Rabi' - Dhaif.
4. Yahya bin Abdul Hamid - hafiz, cuma dituduh mencuri hadis. (Hafiz untuk menipu orang)
(Silsilah al-Ahadits ad-Dho'ifah wal-Maudhu'ah wa Atsaruha fil-Ummah, al-Albani - j. 11 m/s 855)
5. A'masy - Syiah - sebarang riwayatnya yang menyokong fahamannya adalah tertolak.
Semudah itu saja, masuklah tong hijau seketul sampah billy, billy bungkus elok-elok sampah-sarap dalam kertas pembalut hadiah supaya orang-orang jahil bawanya pulang ke rumah. Billy sendiri ketawa terkekeh-kekeh tengok orang kutip pampersnya yang dibalut dengan kertas cantik-cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang jawab menjawab kali ni iye....
hurm... 888, ko tak boring ke layan autaman tua billy a.k.a cmf billy tuh huh?
semakin lama, semakin nyampah laa aku nak layan orang2 tua yg buat2 Xreti ni...
suke nye ko layan orang2 tua yer... {:2_66:}
kalo aku, baik ko ketuk jer kuat2, hilang ler 2@3 bulan dia... Xde laa ngada2 sangat 2@3 bulan...
ko layan, lagi laa naik minyak autaman tua billy nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|