|
Konsert SATU @ IB : [Kongsi Pengalaman,Review,Gambar & Komen]
[Copy link]
|
|
konsert anuar zain plak pas ni.khamis lambatnya nak sampai
sixret Post at 29-6-2009 01:56
wahhh..pegi konsert anuar plak eh..
tapi nape harga tiket dijual berlainan harga ekk..
mmg mcm tue ke..setiap artis yg perform kat IB berbeza harga tiketnye..?
mcm CT punye start dr rm 80 kan..
smlm tgk anuar punye ade rm 20 ke 25.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan??? mcm tak paham2 lagi..
sekarang ni mmg ct jer yg laku..
teringat dulu konsert sirah junjungan ker apa tu..
ct yg tiga hari lagi laku dari mawi ngan jamal yg sehari ke tak silap..
eddysheddy Post at 29-6-2009 01:56
betul laa tue..
cousin kite yg pegi pun kate camtue..
time CT ade ramai sket dr yg lain..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
25.
sebab siti mesti ramai nak tgk.tiket laku walaupun juam rm100.
kalau konsert yg lain tu belum tentu laku.agaknya lah |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah eddy.nak join ke?
sixret Post at 29-6-2009 02:01
erk.. kita hanya sanggup berkorban demi ct jer kalau artis |
|
|
|
|
|
|
|
kite suka baju hijau tue dgn baju putih yang dia pakai topi tue
time menari kat dlm kotak2 tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
25.
sebab siti mesti ramai nak tgk.tiket laku walaupun juam rm100.
kalau konsert yg lain tu belum tentu laku.agaknya lah
sixret Post at 29-6-2009 02:04
ohh...betullah tue...make sense jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
SATU...Sejarah Lengkap Siti Nurhaliza
Monday, June 29, 2009
Nota : Entri blog ini bukan review. Entri ini merupakan 7 minutes packaged story tentang konsert itu di Gala TV, Astro AWANI. Ulasan peribadi blog akan disiarkan secepat mungkin. InsyaAllah.
(ANCHOR)
Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza membuka tirainya di Istana Budaya 26 Jun lalu.
Selama tiga malam berturut-turut, penyanyi bersuara emas itu menghiburkan penonton dengan lagu-lagu yang menyusur kerjaya Siti selama lebih sedekad.
(VT)
Bagi peminat Siti Nurhaliza yang hadir menyaksikan konsert sepanjang dua jam itu…pastinya mereka pulang berpuas hati.
Ada beberapa sebab…
Pertama…tentunya kerinduan mereka yang ingin menyaksikan Siti beraksi di sebuah konsert besar di tanah air sendiri akhirnya terubat.
Kedua…menyaksikan sendiri nama penyanyi pujaan ramai itu masih utuh di puncak kejayaan walaupun statusnya kini sudah bergelar isteri.
Ketiga…mereka dapat mendekati kisah hidup penyanyi itu menerusi lagu-lagu nyanyiannya yang jika diteliti bait-bait liriknya…
Pasti membuatkan peminatnya terfikir sejenak isi hati yang mahu diluahkan oleh penyanyi kesayangan Malaysia itu.
Itulah daya tarikan milik Siti yang mampu membuatkan peminatnya termimpi-mimpi.
Berkonsepkan teaterikal, konsert itu menyusur penglibatan Siti di puncak kejayaan dengan bantuan koreografi, muzik, set pentas yang ekstravaganza dan paparan visual grafik.
Siti memulakan persembahannya dengan lagu Hati disusuli Seindah Biasa dan Sutramaya…menuai semangat cinta pada negara.
Tidak lengkap persembahan Siti jika tidak membawakan lagu yang melonjakkan namanya di pesada muzik.
Lagu seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Bukan Cinta Biasa dan Cinta Ini merupakan antara lagu pilihan Siti di konsert tersebut.
Walaupun berada di puncak, jati dirinya sebagai anak Melayu tidak pernah pudar pada penyanyi itu dan digambarkan dengan lagu seperti Cindai, Balqis, Nirmala dan lagu asli, Bulan Yang Mesra.
Seperti gadis lain seusianya, Siti juga meluahkan naluri gadisnya menerusi lagu Pendirianku, Pada Cintanya dan Ku Mahu.
Langit tidak selalunya cerah buat penyanyi nombor satu negara itu apabila dia diduga dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.
Lagu Tanpa Dendam Di Hati menceritakan segala-galanya.
Namun, insan sekecil Siti hanya mampu berserah kepada Tuhan menerusi lagu Dialah Di Hati.
Paling mengejutkan apabila Siti turut membawakan lagu Kurniaan Dalam Samaran di konsert itu.
Lagu itu tidak pernah dibawakan dalam mana-mana konsertnya di Malaysia sebelum ini…hanya di Singapura.
Dengan melodi lagu itu yang mirip muzik Jepun, di era itulah Siti terus mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Siti turut berkongsi perasaan cintanya melalui lagu Mulanya Cinta, Debaran Cinta, Ku Milikmu dan Wanita.
Bila Harus Memilih dan Cuba Untuk Mengerti merungkai gelodak jiwanya yang ketika itu diasak pelbagai persoalan…siapakah jejaka yang bertakhta di hatinya.
Namun, kata Siti…Biarlah Rahsia.
Akhirnya…Cahaya Cinta menjawab segala persoalan jejaka pilihannya.
Namanya terus kekal di puncak.
Siti Situ Sana Sini dibawakan dengan mesej yang jelas, walaupun Siti berada di atas, dia sentiasa menanam sifat rendah diri...
Agar terus diminati peminatnya yang mengangkatnya ke puncak menerusi lagu Destinasi Cinta.
Siti, penyanyi yang tiada dua…menutup persembahannya dengan lagu Di Taman Teman meraikan kejayaannya bersama peminat yang setia bersamanya susah dan senang lebih sedekad.
Persembahan konsert itu dikemudi oleh Pat Ibrahim selaku Pengarah Konsert dan diiringi 20 pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta 25 penari latar di bawah bimbingan Pat, Azwa dan Suhaili.
Tiket-tiket menyaksikan konsert yang ditaja Maxis itu habis dijual sebelum konsert bermula.//
END |
|
|
|
|
|
|
|
tu la tanda ukur artis kat malasysia ni...
kalau artis suam2 kuku jgn harap la nak demand tiket mahal2!
p/s:
er... tak kata kat sapa2 yer! |
|
|
|
|
|
|
|
SATU...Sejarah Lengkap Siti Nurhaliza
Monday, June 29, 2009
Nota : Entri blog ini bukan review. Entri ini merupakan 7 minutes packaged story tentang konsert itu di Gala TV, Astro AWANI. Ulasan per ...
sultanmuzaffar Post at 29-6-2009 02:16
wahhh..tersusun tajuk2 lagu dibuat cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
390# sultanmuzaffar
huhu... ulasan yg menarik! |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...aku tahan diri dr check thread nie
Tgk tgk dah 16 pages....
nampak esok la baru catch up....
Baru balik nieeee......penat tunggu mintak Sain Autograph....dapat gakss. |
|
|
|
|
|
|
|
otograf ko dia tulis nama tak cocobi? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...aku tahan diri dr check thread nie
Tgk tgk dah 16 pages....
nampak esok la baru catch up....
Baru balik nieeee......penat tunggu mintak Sain Autograph....dapat gakss.
ColbyRaikkonen Post at 29-6-2009 02:21
yeayyy..dapat sain jugak colby akhirnye...
x sabar nak tggu review eddy, ruff & colby esok... |
|
|
|
|
|
|
|
eddy rasa eddy duduk sama mcm tempat cinta ungu..
belah kiri baris ketiga dari depan..
btw pasal gambar.. eddy hanya berani nak ambik time bila dah nak abis yg ct ngan ramai2 penari tu lambai2 j ...
eddysheddy Post at 29-6-2009 01:37
colby duduk row tengah..baris 2 dr depan.....heheeheh
dekat dekat jerk la kita yerk |
|
|
|
|
|
|
|
wah Colby tunggu jgk tu sain otograp...tahniah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|