CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

USAHAWAN UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

[Copy link]
 Author| Post time 25-2-2010 08:17 AM | Show all posts
Jangan lupa u all register nsc /trip online before 1 mac..., 5.30 pm..

..................................................................................

Malaysia pulih lebih cepat

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
[email protected]

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Krisis ekonomi global yang melanda Malaysia semakin hampir ke penghujungnya berdasarkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat di luar jangkaan.

Pakar dan para penganalisis ekonomi berkata, perkembangan positif itu dijangka mampu membantu peningkatan pertumbuhan ekonomi pada 2010.

Sebelum ini kerajaan menganjurkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak tiga hingga empat peratus. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula membuat sasaran peribadi sebanyak lima peratus.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, berdasarkan keputusan terbaru itu, kerajaan dijangka meningkatkan unjurkan KDNK negara.

''Dengan keputusan positif ini, ekonomi negara akan pulih dengan lebih cepat berbanding jangkaan awal.

''Petunjuk ini sekali gus menunjukkan sentimen keyakinan pengguna semakin pulih, selain pasaran kerja yang semakin stabil dapat membantu pengukuhan ekonomi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kim Leng turut menyambut baik terhadap bayangan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Tegas beliau, kadar faedah yang rendah adalah sangat berisiko dan akan hanya menyebabkan gelembung aset.

''Perubahan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat supaya tidak memberi kesan kepada kadar pinjaman yang akan dibuat oleh pengguna,'' jelasnya.

Malaysia mencatatkan KDNK sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat 2009, kenaikan 1.1 peratus daripada sasaran awal kerajaan 3.4 peratus.

Secara keseluruhannya, KDNK hanya mencatatkan penguncupan 1.7 peratus pada tahun lalu, iaitu lebih rendah daripada sasaran awal -3.0 peratus sebelum ini.

Ekonomi Malaysia menguncup pada suku pertama kepada -6.2 peratus, suku kedua -3.9 peratus dan suku ketiga -1.2 peratus.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin pula menyifatkan prestasi ekonomi negara itu memang sudah dijangkakan.

Malah, jelas beliau, prestasi itu seiring dengan kedudukan ekonomi di negara-negara serantau seperti Singapura, Korea dan China, meskipun berlaku kebimbangan dengan ketidakstabilan pasaran di Eropah.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menganggu keseluruhan pemulihan ekonomi global.

Beliau berkata, pengukuhan ekonomi tersebut banyak disumbangkan oleh pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang berjalan lancar dan pantas.

Ditanya sama ada kerajaan perlu meneruskan pakej rangsangan ekonomi, beliau berkata: ''Ia tidak perlu kerana negara tidak boleh bergantung secara berterusan kepada program tersebut''.

Dr. Mahani menyifatkan langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan Bajet 2010 adalah baik kerana membolehkan kerajaan berbelanja dengan cekap dalam setiap ringgit yang dibelanjakan.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin berpendapat, sasaran yang dibuat Perdana Menteri sebanyak lima peratus hanya boleh dicapai pada separuh pertama tahun ini tetapi dalam keadaan berhati-hati.

''Keadaan ekonomi global masih lagi belum pulih sepenuhnya kerana situasi ekonomi di negara-negara membangun masih lagi membimbangkan terutama Amerika Syarikat (AS) yang mengalami masalah pengangguran tinggi.

''Sesetengah pakar ekonomi masih tidak menolak risiko kemungkinan AS akan mengalami kemelesetan ekonomi berganda. Risiko tersebut berada pada kadar 30 peratus hingga 60 peratus,'' jelasnya.

Azrul berkata, prestasi ekonomi pada tahun lalu itu secara keseluruhan dibantu oleh pakej rangsangan ekonomi tetapi apabila kesan itu semakin berkurangan, ia dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

''Negara perlu berhati-hati dalam menghadapi kehilangan kesan pakej rangsangan dan perlu bersedia berhadapan dengannya,'' jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2010 08:27 AM | Show all posts
Sesi motivasi..

Tengok pakcik ni, bekerja kuat angkat kotak...walopon dah tua, lemah dan kurus kering tak berdaya...

apalah  lagi Tauke yang berurat dawai, bertulang besi atau jel yang sihat berdobom dobom  dan montok....




Kehidupan pencari kotak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
[email protected]



Said Ahmad menarik kereta sorong yang berisi kotak dan plastik terbuang untuk dijual sebagai sumber pendapatan tambahan di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

--------------------------------------------------------------------------------



TUMPAT 24 Feb. - Saban petang, hampir setiap hari seorang tua kelihatan menarik kereta sorong di sekitar Jalan Sultanah Zainab dan Jalan Che Su di bandar Kota Bharu dekat sini.

Said Omar, 66, yang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar masih menggagahkan diri melakukan rutin hariannya mengutip bahan terbuang seperti kotak dan botol plastik dari tong sampah dan premis perniagaan.

Ia dilakukan selepas dia selesai menjalankan kerja mengambil upah mengangkat habuk dan sisa kayu di sebuah kilang papan sebelum mendapatkan bas terakhir pukul 8 malam untuk pulang ke rumahnya.

Said yang diambil bekerja atas ihsan pengusaha kilang papan itu menerima upah harian dengan pendapatan bulanan dianggarkan sebanyak RM280.

Hasil pungutan barangan terbuang itu dia dapat menambahkan pendapatannya sekitar RM40 seminggu, cukup untuknya meneruskan kehidupan bersama isteri di samping mertuanya yang uzur.

Dia tinggal di Kampung Menjual Tumpat di rumah usang milik mertuanya setelah berkahwin buat kali kedua dengan isterinya, Siti Fatimah Ahmad, 38, kira-kira 10 tahun lalu, namun pasangan itu tidak dikurniakan anak.

''Pak Cik tidak tahu mahu buat apa lagi. Inilah sahaja yang pak cik tahu buat... mengutip dan menjual kotak sejak muda lagi. Selagi ada daya, pak cik tak nak menyusahkan sesiapa dan tak nak meminta-minta," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa menyelongkar tong sampah baru-baru ini.

Rutin hariannya bermula seawal pukul 6 pagi dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk menunggu bas pertama ke Kota Bharu.

''Selepas kerja pukul 5 petang barulah pak cik mula keluar mencari kotak dan botol-botol plastik. Pak cik tak malu dengan kerja ini, tak kisah apa orang nak kata, janji rezeki halal,'' ujarnya.

Katanya, tiada istilah hari rehat baginya kerana selagi Allah memberikannya kesihatan, ia akan digunakan untuk mengutip bahan buangan itu.

''Ada kalanya terlepas bas dan terpaksalah berjalan kaki balik ke rumah sejauh kira-kira 15 kilometer.

"Pak cik buat kerja ini semata-mata nak tambah pendapatan untuk menyara keluarga dan ibu mertua yang lumpuh dan hilang penglihatan sejak dua tahun lalu,'' katanya.

Ibu mertuanya, Mas Derahman, 75, terlantar sakit sejak dua tahun lalu selepas terjatuh di dapur semasa mahu makan tengah hari dan tidak lagi mampu menguruskan diri.

Mas Derahman menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Seorang pegawai jabatan itu yang memantau perkembangan Mas Derahman memberitahu, keluarga itu benar-benar memanfaatkan bantuan tersebut untuk keperluan warga tua itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 08:49 AM | Show all posts
Nasib baik...kalau tidak.......kita pakat pakai kancil le....
tapi adakah ianya diimplement lps next election....?
..........................

Fuel subsidy scheme shelved, originally set to be implemented on May 1
By EUGENE MAHALINGAM



[email protected]

PETALING JAYA: The Government’s proposed fuel subsidy scheme based on the engine capacity of vehicles has apparently been shelved.

Sources indicate that the plan, which was originally set to be implemented on May 1, will not proceed even though a lot of the preparatory work has entered the final stage.

“We were so close to getting this off the ground,’’ said a source.

The Government had planned to introduce a tiered pricing system for petrol, depending on engine capacity, while foreigners would have to pay the market price.

According to reports, the plan called for the mandatory use of MyKad to differentiate Malaysians from foreigners, requiring the need for MyKad readers at petrol stations.

Subsidised petrol would be capped to a certain amount of litres a month per user for owners of vehicles with engine capacities of below a certain threshold. The reported upper limit eligibility for the petrol subsidy is 2,000cc. Owners of cars with bigger engine capacities would be exempted from the subsidy.
However, many had considered the proposed scheme to be very unfavourable and cumbersome to enforce and some have suggested that the subsidy itself should be removed.

RAM Holdings Bhd chief economist Dr Yeah Kim Leng said scrapping the scheme and moving to a “fully market-driven” system was a better option in the long run.

“The public has to realise the fuel subsidy scheme is not sustainable as it impacts the Government’s finances. Removing the subsidy would reduce over-consumption and promote more efficient use of our country’s resources,” he said when contacted by StarBiz.

Yeah said many countries, including Indonesia and Sri Lanka, were practising a free-float system, where fuel prices were based on global oil prices.

“This is the ideal but Malaysia is accustomed to subsidised prices. From an economic standpoint, it is not sustainable.”

Yeah said removing the fuel subsidy completely would create short-term strain on the lower income group as they would have difficulty coping with the sharp increase (in fuel prices).

“The best thing to do is to gradually reduce the fuel subsidy or it would create inflationary pressure.”

Yeah said the proposed tier system was unfair and vulnerable to abuse.

“It is unfair from the individual perspective because everyone is entitled to equal fuel subsidy levels.”

He also cited the case where some fishermen were purchasing diesel at subsidised prices and were selling it for profit.

“Owners of lower cc engine cars could sell their entitlement to owners of higher cc vehicles. This situation could crop up if the system is not watertight.

“Principally, it (the tiered fuel subsidy scheme) seems desirable but administratively, it is no go,” said Yeah.

An analyst from a local bank-backed brokerage said the tier system would be difficult to monitor and the Government should do away with the fuel subsidy scheme.

“The only way to become a high-income nation is to remove the fuel subsidy. There would be near-term implications but eventually the public will be able to adjust. The removal should however be gradual,” he said.

He also said the Government should improve its public transport infrastructure if it were to reduce or remove fuel subsidies.

“The Government could also do away with excise duties (for imported vehicles) but I don’t think that would happen any time soon.”

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd vice-president of sales and marketing for passenger cars Florian Mueller said he could identify with the Government’s decision to introduce a fuel subsidy scheme.

“In the long run, the Government is looking at how to reduce fuel consumption. I think the best thing to look at next is how we can encourage people to purchase vehicles with the latest technology or encourage the manufacturer to build car engines with lower fuel consumption.

“This would also encourage other players to introduce technology that encourages fuel saving. The Government could also make it mandatory for car owners to replace old engines if they are not fulfilling emission standards, just like they do in Europe.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 08:51 AM | Show all posts
ni, lagi satu.....
...............................

Cabinet still considering power tariff review proposal
By CECILIA KOK



[email protected]

PUTRAJAYA: The Cabinet did not make any announcement pertaining to the review of the electricity tariff hikes on Wednesday as widely anticipated.

The proposal paper on electricity tariff is still under consideration by the Cabinet, as such, there had been no announcement on the matter, according to a report by Bernama, citing a brief statement issued yesterday by the Energy, Green Technology and Water Ministry.

Its minister Datuk Seri Peter Chin had told Reuters yesterday morning that the announcement was not likely to happen on that day.

“We have to coordinate with the Prime Minister’s department. Maybe tomorrow (Thursday) or the day after tomorrow (Friday), there will be an announcement,” Chin was quoted as saying in the report.

An analyst from a local bank-backed research house said the latest development was not surprising as he believed the Government would rather keep the focus and limelight on Malaysia’s strong gross domestic product performance for the fourth quarter of 2009 yesterday.

The Government has been expected to review the subsidised price of the natural gas that it supplies to the power sector as part of its effort to rein in spending on various subsidy schemes.

The price of natural gas sold to the power sector has remained unchanged at RM10.70 per mmbtu (million British thermal units) since the last adjustment in March 2009, compared with the present market rate of around RM18 per mmbtu.

A review of the subsidised price of natural gas to the power sector would inevitably lead to a tariff adjustment.

The ministry had over the last six months indicated its intention for a gradual movement of the price of natural gas towards the market rate to reduce the Government’s burden and enhance market efficiency.

It specified, however, that any potential increase would not be too drastic as to burden end-users.

Meanwhile, TNB stock closed marginally higher at RM7.96 per share yesterday, compared with RM7.95 per share on Tuesday.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 08:11 AM | Show all posts
FBM KLCI meningkat 12.62 mata
KUALA LUMPUR 1 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia kebanyakannya ditutup tinggi, dengan petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 12.62 mata kepada 1,283.4, paras teringgi sejak 26 Jan.

Para peniaga berkata sentimen dirangsang oleh keuntungan di kaunter berwajaran tinggi, data ekonomi yang positif serta keuntungan semalaman di Wall Street.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia mencatat pertumbuhan suku keempat yang lebih baik daripada yang dijangkakan iaitu sebanyak 4.5 pada tahun lepas.

Indeks Kewangan melonjak 129.41 mata kepada 11,261.36, Indeks Perusahaan menokok 22.12 mata kepada 2,599.39 dan Indeks Perladangan meningkat 37.66 mata kepada 6,355.3. Indeks FBM Emas meningkat 72.7 mata kepada 8,632.9, FBM70 menambah 43.76 mata kepada 8,456.93 manakala Indeks FBM Ace susut 16.49 mata kepada 4,328.6 Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 398 berbanding 355 manakala 233 kaunter tidak berubah, 351 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.051 bilion saham bernilai RM1.746 bilion berbanding 867.356 juta saham bernilai RM1.66 bilion.

Kaunter saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok 15 sen kepada RM8.60, Maybank menambah enam sen kepada RM7.03, CIMB Group Holdings melonjak 44 sen kepada RM13.46 manakala Maxis susut tujuh sen kepada RM5.45.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 931.608 juta saham bernilai RM1.724 bilion berbanding 774.71 juta saham bernilai RM1.64 bilion Khamis lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace meningkat 45.934 juta saham bernilai RM9.85 juta berbanding 30.4 juta saham bernilai RM7.25 juta tahun lepas.

Waran meningkat kepada 50.29 juta unit bernilai RM8.11 juta berbanding 50.2 juta unit bernilai RM7.56 juta Khamis lepas.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 31.8 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 176.47 juta, pembinaan 38.6 juta, perdagangan dan perkhidmatan 438.957 juta, teknologi 58.04 juta, infrastruktur 21.84 juta, kewangan 72.4 juta, hotel 7.49 juta, hartanah 63.45 juta, perladangan 20.8 juta, perlombongan 22,000, REIT 1.58 juta dan dana terutup 92,000.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 08:20 AM | Show all posts
ehemm..ehem..budak Tawau.....

Golongan muda paling ramai bankrap di Tawau
TAWAU 1 Mac - Mereka yang berusia 34 tahun ke bawah dikenal pasti sebagai golongan paling ramai diisytiharkan bankrap di daerah ini berikutan sikap mereka yang terlalu ghairah membuat pinjaman bank bagi membeli kereta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samad berkata, ini berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia dari tempoh 2005 hingga 2009.

Katanya, akibat terburu-buru dan tidak memikirkan kemampuan membayar balik menyebabkan golongan berkenaan gagal menjelaskan pinjaman bank dan diisytiharkan bankrap.

"Jabatan Insolvensi merekodkan kebanyakan masalah pinjaman yang menyebabkan bankrap berpunca daripada pinjaman kereta yang menyaksikan 48 orang bankrap dalam tempoh tersebut.

"Daripada jumlah itu dua orang berumur bawah 25 tahun manakala 46 orang lagi berumur antara 25 hingga 34 tahun," katanya selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Tawau di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Tawau, Istazz Hardyan Eiddros.

Menurut Hamisa, dalam tempoh tersebut Jabatan Insolvensi merekodkan 309 individu yang diisytiharkan bankrap akibat pelbagai jenis pinjaman di daerah itu.

Dalam pada itu Hamisa berkata, statistik berkenaan amat mengejutkan memandangkan ramai golongan muda terlibat.

Justeru beliau berharap pelbagai program pengurusan kewangan termasuk di peringkat sekolah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, beliau juga meminta Jabatan Insolvensi membantu individu yang diisytiharkan bankrap melangsaikan hutang mereka dengan segera.

"Saya menasihatkan golongan muda supaya berhati-hati dalam berbelanja dan menguruskan wang supaya mereka tidak diisytiharkan bankrap.

"Saya juga meminta Jabatan Insolvensi supaya menganjurkan lebih banyak pameran dan seminar bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai bankrap dan peranan jabatan itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2010 07:36 AM | Show all posts
FBM KLCI hits 2-year high
Published: 2010/03/11
Share  

PDF  
EMAIL  
PRINT  
CURRENCY CONVERTER  
LARGER TYPE  
SMALLER TYPE  
TOOLS
DICTIONARY :   
THESAURUS :   
  
Share prices on Bursa Malaysia closed higher yesterday, with the benchmark index touching a two-year high, fuelled by positive market sentiments, said dealers.  


The FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) closed 10.28 points higher at 1,328.22, the highest since March 2008, after opening 0.9 point up at 1,318.84.

The index touched an intra-day high of 1,330.28. On Monday, the benchmark index reached 1,324.22, up 24.44 points.

A dealer said the benchmark index's gain was prompted by plantation stocks like Sime Darby, KL Kepong, IOI Corp and Batu Kawan on expectations that the palm oil industry will remain strong.

Jupiter Securities Sdn Bhd's head of research, Pong Teng Siew, said the plantation index weightage was about 20 per cent of the FBM KLCI.



"Plantation stocks are likely to rise further as the outlook for the palm oil industry remains strong," said Pong.

Crude palm oil futures prices are trading above RM2,500 per tonne currently.

During the two-day Palm and Lauric Oils Conference which ended yesterday, an analyst said CPO futures were likely to trade between RM2,800 and RM3,200 per tonne in the second half of this year and the first half of 2011.

The Finance Index surged 64.37 points to 11,854.58, Industrial Index advanced 28.04 points to 2,663.88 and the Plantation Index soared 119.35 points to 6,520.24.

The FBM Emas Index jumped 60.71 points to 8,911.34, FBM70 added 30.80 points to 8,674.31 and the FBM ACE Index declined 15.05 points to 4,262.26.

Gainers led losers 451 to 292 while 270 counters were unchanged, 330 untraded and 28 others suspended. Turnover stood at 934.478 million shares worth RM1.619 billion from Tuesday's 797.812 million shares worth RM1.453 billion.

Turnover on the Main Market increased to 746.690 million shares valued at RM1.563 billion from 669.064 million shares worth RM1.421 billion on Tuesday.

Among top gainers, Kuala Lumpur Kepong Bhd rose 2.3 per cent to RM17.02. IOI corp gained 1.5 per cent to RM5.54 and Sime Darby Bhd also added 1.5 per cent to RM8.82.

Sumatec Resources Bhd, an engineering group, jumped 6.9 percent to 31 sen, the largest gains since February 19.

Malayan Banking Bhd added 0.9 per cent to RM7.48, Hong Leong Bank Bhd climbed 0.9 per cent to RM8.80 and CIMB Group Holdings rose 1 per cent to RM14.28, a record close. - Bernama, Bloomberg
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 08:16 AM | Show all posts
www.zaharuddin.net

Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut :-

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Sept 2008

5 Ramadhan 1429 H
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2010 09:00 AM | Show all posts
www.zaharuddin.net

Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang ...

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam.


harizs Post at 12-3-2010 08:16



wah, susah susah je, saudara tempek article ni, niat yang baik untuk menyedarkan kami dari hanyut dari dosa dan noda...kami tak pernah jumpa ni....yang terbaru ni., ustaz uzar karang malam tadi..Pagi ni majlis Fatwa akan buat sidang akhbar, mufti mufti negeri akan terus buat pengumuman hukum....Dah bukan jadi pandangan peribadi lagi dah...

btw, bukan setakat manager, supervisor2 dlm UT, Insurans, MLM, mmg tak pakai  duit overiding ni...mereka mereka ni throw baling baling je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2010 09:02 AM | Show all posts
Market may backtrack when central banks normalise rates
By FINTAN NG



[email protected]

PETALING JAYA: The local bourse’s benchmark FTSE Bursa Malaysia KL Composite Index, which has risen 2.9% from March 4 when Bank Negara announced a 25-basis point hike in the overnight policy rate to close yesterday at 1,321.43 points, will start to retrace from April as the region’s central banks begin to normalise their respective monetary policies.

Analysts believe that with the lack of fundamentals to fuel the rally further, the market would start to see outflow of funds as soon as central banks in the region start to raise their benchmark policy rates, which could commence next month.


“The risk of retracement is there, we see it starting from April. This month is still okay but much also depends on when China starts to raise interest rates,” OSK Research Sdn Bhd research head Chris Eng told StarBiz.

Last week, China’s premier Wen Jiabao warned of a latent risk in the country’s banks in a speech to the National People’s Congress and has targeted a reduction of new loans by 22% this year to 7.5 trillion yuan to stop speculation in the property market.

Although there was no talk of monetary policy tightening in Wen’s speech, analysts believe the People’s Bank of China would start raising interest rates soon as the country’s inflation rate rose 2.7% in February from a year ago, according to data released by the National Bureau of Statistics yesterday.

“We think the market will be quite volatile over the next four months and will move between the 1,250 and 1,400-point level before stabilising around 1,300 points towards year-end and start another rally next year,” Eng said.

He said the current market rally was largely due to foreign interest in select plantation and banking stocks only, with the larger capitalised stocks in both industries seeing the most play.

“There is a risk of money flowing out in an environment where sentiments are still cautious,” Eng said.

UOB Kay Hian (M) Holdings Sdn Bhd research head Vincent Khoo said although Malaysia had a leg-up due to the rate hike, which put the spotlight on the ringgit, the rest of the region would eventually catch up.

He expects the market to retrace to the 1,230-point level eventually, beginning in the second quarter.

“The two factors that will impact the markets will be the continued rise in global inflation and growth momentum slowing down; we see this happening over the second and third quarters,” Khoo said.

India is also facing expectations of a rate hike as a recent decision to raise fuel prices has stoked inflation while Thailand could start normalising interest rates as inflation starts to rise and economic recovery gains momentum.

The Bank of Thailand’s monetary policy committee issued a statement yesterday saying that the central bank would continue to closely monitor inflation and economic developments, a statement viewed by analysts as preparing the market for an eventual rate hike.

Morgan Stanley Research’s Shweta Singh, Tan Deyi and Chetan Ahya said in a report dated March 10 that the Bank of Thailand’s monetary policy committee statement, which placed more emphasis on inflation and economic developments, put the country one step closer to a normalisation of interest rates.

They expect policy normalisation by central banks in the region to begin in the second quarter as the growth cycle slowly firmed up and the rate hikes would depend on how pre-emptive the central banks want to be
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 09:28 AM | Show all posts
SOALAN:
Overriding adalah anugerah dr syarikat..dlm unit amanah overriding telah khas peratusannya kepada usaha dia merekrut dan mengadakan macam2 motivasi dlm berbagai perkara dlm melibatkan wang..cth saya dapat overriding 1% dr jual orang bawah saya..kalau duit tu tak halal..dah duit itu nak hantar kemana..baitulmal?

cth lah saya pergi ke sebuah kedai..kedai makan katakan, makanannya sedap.saya balik cerita pada kawan, keluarga, sahabat handai, mereka pergi dan balik dan buat seperti apa yg saya buat.

Kedai itu dapat pedapatan dgn iklan atau rekemen dr saya dan kawan2 yg lain..secara tidak sengaja.

saya telah menghabiskn wang ringgit utk memperkenalkan UT pada pelanggan dr segi perbelanjaan makan, petrol, parking, bil telefon, tebal muka nak cari rezeki, penat lagi..

tiba syarikat anugerah komisyen overriding saya tolak, duit dr syarikat bukan dr poketnya..kerja merekrut pelabur dan agen saya dan menjaga mereka seperti menatang yg penuh..sebagai ketua saya mesti memberi motivasi pd mereka setiap masa, syarikat x peduli itu semua..itu profesionalisma saya..WA

JAWAPAN USTAZ ZAHARUDDIN:
TAK PE LAH..ANDA NAK TERUS PUN TERUSKANLAH. ..ASALKAN ADA PENASIHAT SYARIAH YANG DAH LULUSKAN. JANGANLAH DUK RISAU SANGAT DENGAN PANDANGAN SAYA,

1) 1% DUIT TU JIKA TAK BAGI PADA UPLINE NAK BAGI SIAPA??. ITU TIDAKLAH MENJADI ISU DALAM HAL INI.. YANG MENJADI ISU ADALAH MENGAPA 1 % ITU SENTIASA DIMILIKI OLEH UPLINE DAN APAKAH DASARNYA ATAU KONTRAKNYA DALAM ISLAM. ITU SAJA.

2) CONTOH ANDA MAKAN DI KEDAI SEDAP DAN KEMPEN SUKARELA..TIDAK TERPAKAI DALAM HAL OVERRIDING, KERANA SETIAP ORG YANG DTG KEDAI TU KATALAH RESTAURANT BAGI ANDA 1 %..IA HALAL.. SEBAB KONTRAK UPAH WAKIL MACAM BROKER..

TAPI ADAKAH KALAU ESOK LUSA TULAT LANGKAT CUSTOMER TU DATANG LAGI, ANDA AKAN DAPAT LAGI 1 % ..IAITU SETIAP KALI DIA DATANG? INILAH MASLAHANYA, BUAT KERJA SEKALI TAPI DAPAT BANYAK KALI..MEMANG BENAR ANDA GUNA BIL TELEFON , KERETA, PETROL DAN LAIN..TAPI ITU SEKALI SAJA DAN UPAHNYA ADALAH 1% YANG PERTAMA..SO MENGAPA YANG KEDUA KETIGA DAN KEEMPAT PUN MASIH DAPAT? APA LAGI KERJA YANG ANDA BUAT ?..

ITU SAJA ISUNYA..NAMUN TEPULANG KEPADA ANDA ..SAYA BUKAN MUFTI..NAK TOLAK PUN TIDAK MENGAPA, NAK TERIMA PUN TERPULANG... SAYA TIADA KEPENTINGAN APA-APA PUN DAN TIADA RUGI APA PUN..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 10:08 AM | Show all posts
SOALAN:
Overriding adalah anugerah dr syarikat..dlm unit amanah overriding telah khas peratusannya kepada usaha dia merekrut dan mengadakan macam2 motivasi dlm berbagai perkara dlm melibatkan wang..c ...
harizs Post at 12-3-2010 09:28


nie apa ke hal nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:15 AM | Show all posts
ader jer tukang taruk racun....tgk2 ler dulu kalo nak tuang racun...kang panas ponggong baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 02:15 AM | Show all posts
Saturday March 13, 2010

Are EPF savings alone enough?
By EUGENE MAHALINGAM


Invest ahead to generate extra money after retirement.

WHEN I was growing up, I aspired to join the Government. The main reason so was that I could be eligible for a pension scheme. This came from the fact that my parents were both civil servants and they got to enjoy the benefits of a pension when they retired. They still do.

While it’s not much, it’s comforting for them that at their age, they would continue to have an income for as long as they lived. I wanted to be able to look forward to that as well.

Alas, fate – or was it free will? – had a hand to play in my career choice and I ended up taking a job in the private sector. Seeing as I’m having fun doing what I do, I don’t see myself switching careers any time soon. So there goes my plan of getting a pension.

Time to switch to Plan B, namely, the Employees Provident Fund (EPF). It is intended to help employees from both private and non-pensionable public sectors save a fraction of their salaries in a contribution scheme. The contributions are invested to generate income and the funds in the contributors’ accounts are to be used in the event that the employee is temporarily or no longer fit to work.

It primarily applies to retirement, but sickness, disabilities or unemployment are also covered. The EPF also provides a framework for employers to meet their obligations to employees.

As a retirement plan, money accumulated in EPF savings can only be withdrawn when members turn 50, during which they may withdraw only 30% of their balance. Members who are 55 or older may withdraw the entire sum.
Recently, the EPF board declared a dividend of 5.65% for the financial year ended Dec 31, 2009, up 115 basis points over the 4.5% paid for 2008.

According to Fundsupermart.com Malaysia, over the past five years, EPF has been distributing an average annual dividend of 5%. The average real dividend rate for the past five years was 1.7%, after reflecting an average inflation rate of 3.4%.

With that, the important question to ask is: Will the savings from our EPF be enough to sustain us in our retirement years?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 08:08 AM | Show all posts
MEB tarik lebih banyak FDI – PM

Oleh Gamal Nasir Mohd. Ali



Najib bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan Asia (AIC) Credit Suisse Ke-13 di Hong Kong, semalam. – REUTERS

--------------------------------------------------------------------------------



HONG KONG 23 Mac – Perdana Menteri yakin Model Ekonomi Baru (MEB), yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi, dapat terus menarik lebih banyak pelaburan terus asing (FDI) kerana model itu menitikberatkan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, berkata, berdasarkan MEB, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kedua-dua bentuk pelaburan, dalam negeri dan asing.

“Kerajaan berpendapat kita telah melakukan tanggungjawab bagi mengerakkan pemulihan ekonomi, malah sebahagian besar galakan (insentif) datang daripada sektor awam.

“Kini sudah tiba masanya bagi kita untuk menggalakkan sektor swasta memainkan peranannya sebagai enjin utama pertumbuhan ekonomi. Inisiatif-inisiatif yang kita usahakan (dalam MEB) tertumpu kepada arah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Najib menyampaikan ucaptama dalam program Bual Bicara Tengah Hari Bersama Perdana Menteri Malaysia pada Persidangan Pelaburan Asia (AIC) Credit Suisse Ke-13, yang dihadiri lebih 250 ketua syarikat di Asia, mewakili pelbagai negara dan sektor produk serta industri.

Ucaptama yang bertajuk Malaysia: Pembaharuan melalui Transformasi itu telah dimudahcarakan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Sir John Major yang kini menjadi Penasihat Khas Credit Suisse.

Menurut Perdana Menteri, memandangkan jumlah FDI menurun pada tahun lepas, kerajaan kini memberi penekanan kepada kaedah meningkatkan kedua-dua aspek FDI, iaitu kualiti dan kuantiti.

“Tahun lepas tahun yang ‘tidak baik’ bagi kita kerana jumlah FDI menyusut dengan kadar yang besar, namun kita berharap tahun ini, jumlah FDI akan kembali ke paras yang tinggi seperti sebelum ini.

“Selain itu, tahun ini, kita juga akan bersikap lebih memilih dalam menentukan jenis-jenis pelaburan yang mahu kita tarik ke Malaysia... dalam erti kata lain, kita mahukan FDI yang memberi nilai dan kesan berganda kepada ekonomi negara,” tegasnya.

Kata beliau, Malaysia tidak lagi mahu menarik pelaburan asing dalam industri berasaskan buruh sebaliknya mahukan pelaburan yang mencergaskan lagi ekonomi tempatan di samping menawarkan peluang-peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat.

Mengenai keperluan beliau untuk hadir pada persidangan seperti ini, Najib berkata, Malaysia perlu “menceritakan” kejayaan-kejayaannya kerana persaingan merebut pelaburan asing amat sengit pada masa ini.

“Lawatan saya ke sini ialah untuk menceritakan bahawa Malaysia adalah sebuah destinasi yang menarik bagi pelaburan ekuiti serta pasaran modal selain daripada FDI.

“Saya berpendapat, adalah penting bagi kita menceritakan kejayaan-kejayaan kita agar masyarakat antarabangsa dapat mengiktiraf segala usaha serta inisiatif yang telah dan sedang kita lakukan demi memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang dan maju,” ujarnya.

Katanya, mesej yang mahu beliau sampaikan pada AIC ialah Malaysia amat komited kepada pembaharuan-pembaharuan ekonomi ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, malah MEB adalah sebahagian dan komponen penting dalam program transformasi ekonomi (ETP) kerajaan.

“Kerajaan adalah komited kepada usaha-usaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh ekonomi negara, termasuk masalah struktur. Transformasi ini akan berlaku secara berterusan dan akan menjadi komitmen berpanjangan kerajaan.

“MEB yang bakal dilancarkan pula akan mengenal pasti dorongan-

dorongan strategik serta pendorong-pendorongnya bagi menentukan bidang-bidang utama yang menjadi fokus ekonomi kita pada masa hadapan,” jelas Perdana Menteri. – Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 08:10 AM | Show all posts
klci dah naik 1300 lagi...may be terus maintain...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2010 09:06 PM | Show all posts
cms kena take over dah..

Kenanga Investment ambil alih CMS Trust
KUALA LUMPUR 28 Mac - Kenanga Investment Bank Bhd., sebuah anak syarikat K&N Kenanga Holdings Bhd., mendapat kelulusan untuk mengambil alih CMS Trust Management Bhd. dengan harga RM23 juta. CMS Trust adalah anak syarikat Cahaya Mata Sarawak Bhd.

"Pengambilan alih ini akan memperkukuh lagi kedudukan kami sebagai satu daripada kumpulan kewangan bebas terkemuka Malaysia," kata Pengarah Kumpulan K&N Kenanga Holdings, Tengku Zafrul Aziz, dalam kenyataannya di sini.

Sinergi antara CMS Trust dan Kenanga Fund Management akan meletakkan kumpulan itu pada kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang dalam segmen pengurusan dana dan amanah saham, kata Tengku Zafrul.

"Kami ingin menawarkan kepakaran tergabung kami kepada pelanggan kedua-dua syarikat yang ada sekarang dan juga menambah pelanggan baru. Kami yakin pelanggan kami akan mendapat manfaat daripada peluang-peluang yang boleh kami tawarkan kepada mereka sekarang," tegasnya.

K&N Kenanga yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam industri kewangan itu, akan melancarkan pejabatnya di Vietnam dan Sri Lanka tidak lama lagi. Pertumbuhan masa depan akan menyaksikan syarikat itu mengembangkan operasinya dengan membuka pusat-pusat kewangan utama di seluruh dunia.

CMS Trust, yang ditubuhkan pada 1995, menjalankan perniagaan utamanya di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat di Kuching dan Kota Kinabalu untuk memenuhi keperluan pemegang saham di seluruh negara.

K&N Kenanga yang kini menguruskan sembilan dana dan aset bernilai kira-kira RM1.83 bilion juga menawarkan kepakaran dalam pengurusan aset.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 08:10 AM | Show all posts
KWSP tambah 10% pelaburan luar negara
KUALA LUMPUR 29 Mac - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang untuk meningkatkan pelaburan seberang lautnya kepada 10 peratus dalam tempoh satu hingga dua tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, tumpuannya adalah terus melabur dalam ekuiti syarikat-syarikat penyenaraian awam.

Pelaburan seberang laut KWSP pada masa ini ialah kira-kira enam hingga tujuh peratus, kata beliau dalam sidang akhbar selepas perasmian Seminar Teknikal tiga hari mengenai Prestasi Tinggi dalam Keselamatan Sosial anjuran Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) dan KWSP.

"Kami akan meningkatkan pelaburan di Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Asia Tenggara di mana kami telahpun sedia ada di sana," kata Azlan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bank-bank secara umumnya terbuka kepada skim baharu untuk menggunakan baki Akaun Kedua ahli sebagai asas untuk mendapatkan pinjaman yang tinggi.

"Seseorang ahli itu, berdasarkan kepada gaji yang dibawa pulang, mungkin tidak layak untuk pinjaman yang lebih tinggi bagi membeli hartanah kedua.

"Tetapi jika bank berkenaan mempunyai akses ke Akaun Kedua ahli, yang mungkin menunjukkan baki yang tinggi, ia boleh mendorongnya untuk meluluskan pinjaman yang tinggi.

"Secara umumnya, ini membantu menyokong permohonan untuk pinjaman yang tinggi atau meningkatkan kelayakan pinjaman," jelas beliau.

Menjelaskan lagi, Azlan berkata bank-bank pada masa ini mengendalikan ketekunan wajar ke atas skim baharu itu dan diharapkan, ia akan dimuktamadkan tahun ini.

KWSP mempunyai sejumlah 12.4 juta ahli di mana 5.8 juta adalah ahli aktif dengan jumlah aset pada masa ini ialah AS$108 bilion.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang merasmikan seminar itu berkata, terdapatnya keperluan segera bagi keselamatan sosial atau sistem pencen hari ini agar sentiasa peka pada setiap masa.

"Penggunaan pakai adalah penting walaupun model operasi lama telah terbukti berjaya sejak beberapa tahun lepas," kata beliau dalam ucapan pembukaannya.

Awang Adek berkata, ini juga akan memastikan pesara terus mendapat manfaat pendapatan pesaraan yang cukup, mampu, mampan dan menggalakkan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 12:39 PM | Show all posts
awat mlm tadi x dak klass...
rindu kat kawan kawan..
semlm ptg lepak kt fatimah ngan akram..

jel,
brother fatimah tu krim salam
dia tanya, mana mu pegi? manyak rindu..
kalu tgk betul betul, muka dia sebiji macam ming ho..
tapi time TV black and white laa.. hu hu..

together we can achieve more
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:11 AM | Show all posts
"Man's mind once stretched by a new idea, never regains its original dimension."

selamat beramal..


p/s
sedih dgr berita kehilangan Din Beramboi..
suke lawak dia yg bersahaja dan jujur..
al-fathihah utk allahyarham..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.638989 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list