|
Maaf, Stacy Tidak Jadi Ke Bulgaria!
![](http://photo.murai.com.my/4152010_stacyxbulgaria%28a%29.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2010: Hasrat peminatuntuk melihat Stacy mewakili negara sempena Festival Muzik PopAntarabangsa-Discovery 2010 di Bulgaria pada Mei ini nampaknya tidakakan kesampaian. Ini kerana pemergian Stacy ke negara itu terpaksadibatalkan berikutan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Stacy,Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kepada murai.com.my dalam satukenyataan yang dibuat , petang tadi.
Pengurus Strategi Artis AESB, Norizan Abu Samah berkata, Stacytidak jadi ke pertandingan itu disebabkan keadaan masa yang tidakmengizinkan.
“Jadual Stacy ketika ini sangat padat. Kebetulan pula, Stacysekarang ni sibuk menduduki kelas pengajian di Universiti Lim Kok Wing.Selain itu, kami masih belum bersedia sepenuhnya untuk membawa Stacy keBulgaria. Insya-Allah tahun depan kami akan cuba menyertainya sekalilagi bila kami dah buat persediaan yang rapi,” jelasnya.
Meneruskan penjelasan, ketika mendaftar nama Stacy untukpertandingan ini pada tahun lepas, Stacy masih lagi belum menyambungpelajaran. Pun begitu, pihak AESB masih lagi belum memutuskan sama adatempat Stacy akan digantikan dengan artis lain atau pun tidak.
“Sebolehnya, kami tak mahu buat keputusan drastik. Setakat initiada wakil atau pengganti dari kalangan artis AESB untuk ke sana. Lagipula, ini satu pertandingan yang besar, bukannya persembahan ataushowcase biasa. Jika benar nak ke sana, kami perlu membuat persediaanyang rapi. Lagi satu, bila artis tu dah betul-betul bersedia, barulahkami akan membawa dia ke sana.
“Pertandingan ini juga melibatkan banyak perkara. Bukan dari sudutpemilihan artis semata-mata, tetapi soal lagu dan corak persembahanjuga perlu di ambil kita," katanya.
Pun begitu, ada pula berpendapat jika jadual Stacy tidakmengizinkan kenapa tidak menghantar artis AESB seperti Mawi, Hafiz ataupun Akim ke sana? Adakah mereka tak layak?
“Sebenarnya, kami bukan nak memperkecilkan ataumembanding-bandingkan artis kami yang lain.Cuma sewaktu kami menghantarpenyertaan, syarat dan kriteria yang diletakkan penganjur begitu sesuaidengan Stacy.
“Memang benar, setakat ini kami belum pernah menghantar nama Mawiuntuk pertandingan ini. Pada masa kelak, Insya-Allah kalau sesuai dancukup syarat kami juga akan menghantar Mawi ke sana,” jelasnya.
Apapun, Stacy bakal beraksi pada Ahad ini (18 April 2010) bagimemeriahkan Debaran AF8 selepas Aril dan Hafiz menampilkan aksi danpersembahan yang mantap pada minggu lalu. Stacy memberitahu bahawa buatpertama kalinya, dia akan menyanyikan single terbarunya, Jahat dihadapan penonton.
Selain Jahat, Stacy juga akan berganding bahu semula dengankumpulan Evoke (masa menyertai GangStarz) untuk lagu Menggegar Dunia.Malah, abang Stacy iaitu Chaq Mentor (abang Stacy) juga akan beraksibersama-sama.
Bagi sesiapa yang berminat menonton showcase Stacy, anda dijemputhadir ke Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Ahad ini pada jam 8 malam sambilmengetahui siapakah pelajar AF8 yang bakal tersingkir minggu ini. Masukadalah percuma! |
|