|
Masalah AIM setiap tahun
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar JEFFRI IRANSABAN tahun menjelangnya Anugerah Industri Muzik (AIM), masalah sama akan dihadapi oleh pihak penganjur.
Penganjur sering pening kepala ketika ditugaskan menyenaraikan barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam anugerah yang cukup berprestij itu.
Seboleh-bolehnya, mereka tidak mahu mengitar semula dengan menampilkan artis-artis yang sudah pun beraksi pada majlis anugerah hiburan sebelum ini.
Memandangkan AIM merupakan anugerah muzik terakhir dalam kalendar hiburan setiap tahun, mahu atau tidak masalah itu harus ditangani dengan sebaik mungkin.
Sementelah AIM merupakan anugerah yang cukup dinanti-nantikan, pastinya pihak penganjur mahu acara itu mampu meninggalkan impak yang besar kepada audiens.
Kerana itu, pihak penganjur telah berbincang dan sepakat untuk menampilkan kelainan dari segi konsep persembahan dalam AIM17.
Bakal berlangsung pada 2 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, penganjur menjanjikan sebuah persembahan yang hebat menerusi konsep yang diketengahkan.
Mungkin terlalu awal untuk membuat telahan tetapi apabila melihatkan senarai artis-artis yang diumumkan baru-baru ini, rasanya peminat hiburan mampu menikmati kepuasan daripada persembahan yang ditampilkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM17, Cheah Mun Kit berkata, pihaknya tidak mahu menampilkan sebuah persembahan yang klise dan sama setiap tahun.
Maka itu, menerusi perbincangan yang dilakukan mereka sepakat untuk memberi satu pendekatan baru dalam sejarah penganjuran AIM17.
"Kerana itu jugalah, kami memilih artis-artis yang dirasakan sesuai untuk membuat persembahan pada tahun ini seiring dengan konsep yang telah dipilih.
" ercaya atau tidak, memang bukan mudah untuk membuat seleksi artis tahun ini kerana kami memang menitik beratkan soal kualiti seiring dengan visi AIM yang mengiktiraf hasil kerja terbaik dan berkualiti.
" ada masa yang sama, kami mahu artis yang bukan hanya memiliki kecemerlangan di dalam rakaman tetapi juga mampu menyanyi secara langsung dengan baik sekali," katanya pada sidang akhbar kedua AIM17 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Presiden Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar; Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM16, Rosmin Hashim dan Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson.
p/s: aku tak sabar nak nengok persembahan daripada artis internasional itu....![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|