CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 28-2-2012 06:15 PM | Show all posts
bro..every industry have pwn risk...the things is how we tackle the risk

utk pru kawasa ...
pressor Post at 28-2-2012 18:07



   what to do... budget parlimen bukan pembangkang dapat... negeri own by BN.. federal own by BN... cuba pegi jumpa wakil parlimen, tanya berapa budget untuk wakil parlimen setiap kawasan setiap tahun.. mereka dapat tak duit tersebut..??
sebab tuh aku cakap.. federal yg kena tukar... kalu still takder.. tak bermakna... mereka masih punyai kuasa total...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 07:00 PM | Show all posts
Betul ke selamat??? lau betul mohon warwarkan kepada umum...perbetulkan mana yang clap..


"Biasakan Yang Betul"
"Betulkan Yang Salah"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:03 PM | Show all posts
PERKASA nafi cetus kekecohan pada Himpunan Hijau di Pulau Pinang


2012/02/28

GEORGETOWN: Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang hari ini menafikan anggotanya mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di sini, Ahad lalu.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berkata anggota PERKASA berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba. "Kejadian berlaku apabila salah seorang wartawan berkenaan yang mengiringi Ketua Menteri sejak ketibaannya sehingga beliau habis berucap bertindak mengasari salah seorang anggota PERKASA.

"Keadaan menjadi kelam kabut dan berlaku pergelutan dan saya tegaskan bahawa pergelutan itu bukanlah berpunca dari anggota kami," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, bukti kenyataannya boleh dilihat dalam rakaman video yang dimuat turun dalam laman sosial YouTube.

Mohd Rizuad berkata, PERKASA kesal dengan tuduhan pihak tertentu kononnya anggota pertubuhan itu telah mencetuskan pergaduhan dan mengasari dua wartawan.

"Tetapi apa yang pelik, mengapa dia (wartawan) bertindak sebagai pengiring Ketua Menteri dan bersikap agresif terhadap kumpulan kami," katanya.
Beliau turut menafikan kumpulan motosikal yang berada di situ pada hari berkenaan adalah anggota PERKASA.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, wartawan dan jurugambar akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di badan dan kepala selepas dipercayai dipukul beberapa orang pada perhimpunan itu yang diadakan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang. Ia disertai hampir 1,000 orang. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:15 PM | Show all posts
aku nak komen bermula dari mana ni yer

Sudut chemistry?

Environment?

Safety?

Metallurgy?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:44 PM | Show all posts


Fuziah: Najib mungkin telah hina mahkamah


3:10PM Feb 28, 2012


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, mungkin membuat komen sub-judice atau menghina mahkamah pada hujung minggu lalu, apabila memberi jaminan bahawa loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Pahang adalah selamat.

Katanya, oleh kerana 10 penduduk telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada syarikat itu, maka Najib yang mewakili kerajaan, tidak sepatutnya memberi sebarang ulasan tentang kes berkenaan.

"Ini adalah sub-judice kerana apa yang beliau kata boleh mempengaruhi mahkamah yang membicarakan kes itu. Ini boleh disifatkan sebagai campur tangan dari pihak eksekutif," katanya memberi amaran.

Justeru, Fuziah berkata kenyataan Najib akan diambil serius dan beliau akan berunding dengan peguamnya berhubung mereka tindakan seterusnya.

Pada Ahad lalu, selepas hampir 15,000 orang berhimpun di Kuantan sempena Himpunan Hijau 2.0, Najib ketika dimnta wartawan untuk mengulas, berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Pada 17 Februari lalu, sepuluh penduduk memfailkan permohonan semakan kehakiman mencabar keputusan AELB yang mengeluarkan pemberian lesen operasi sementara (TOL) pada 30 Jan bagi memulakan operasi mereka menapis sisa radiokatif dari Australia.

Hari ini, perkara itu buat kali pertama disebut  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bagaimanpun Pejabat Peguam Negara yang mewakili Lynas membuat bantahan awal dan Hakim Datuk Rohana Yusof menetapkan 20 Mac untuk mendengar perkara berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 11:01 PM | Show all posts
kalau selamat knp tak wat saja di ostolis nuh...kan ostolia tu siap ada gurun..takde org lagi. ...
peachRose Post at 27-2-2012 07:43



    Forumer abangboroi percaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 11:03 PM | Show all posts
COPY PASTE DARI http://www.semutmalaysia.blogspo ... mbar-kegagalan.html

Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994. Anda rakyat prihatin. Selamatkan generasi masa depan kita. Bersuaralah dan hentikan pemprosesan ‘rare earth’ di Kuantan sebelum terlambat.

1979 (masa ni Hussein Onn PM)

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982 (tahun pertama Mahathir jadi PM)

11 Mei : Gua lahir ke dunia (ya, ini juga sejarah)

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.

Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 September: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Mereka dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

masa kes bukit merah dulu kerajaan kata SELAMAT tapi apa sudah jadi lepas tu? dan lihatlah menteri dan pihak berkuasa yg tanggungjawab masa tu? dahulukan kilang dari rakyat sendiri...ya la dekat papan menglembu semua tu org cina bukit yg miskin boleh la buli
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 11:45 PM | Show all posts
kat bukit merah dulu pun umno ada janji selamat ke????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 12:54 AM | Show all posts
COPY PASTE DARI

Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh  ...
sepaileman Post at 28-2-2012 23:03


ms kes ni  berlangsung..aku dah kira mumayyiz jugak ler...tp knp mcm tak kecoh pun ek...?
knp aku tak ingat langsung psl kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 12:58 AM | Show all posts
kes di China dah confirmed membahayakan seluruh town...dah lapor dlm berita china...kenapa malaysia ambil Lynas + tax free 12 tahun....??????
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:53 AM | Show all posts
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

PIHAK pembangkang hanya pandai membuat orang marah kepada kerajaan. Ji ...
along3746 Post at 27-2-2012 22:59



Ala awang oi.. pasal Selangor bagi air free tu pon PEMBANGKANG jugak dok riuh sekampung sampai sekarang. Bankrap akhirnya Selangor sebab sedekah air free kat rakyatnya kan? Gebang lebih! Bodo piang punya awang! Ni seko lagi makluk yg bakal jadi jiran Najib dan Kakmah kat Gebeng sana nuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:48 AM | Show all posts
people should not be afraid of their goverments..

goverments should be afraid of their people..


STOP LYNAS
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:51 AM | Show all posts
people should not be afraid of their goverments..

goverments should be afraid of their people..
...
angura Post at 29-2-2012 09:48



   
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:54 AM | Show all posts
Hornbill Unleashed
February 28, 2012Lynas, Cancer and you
Filed under: Human rights — Hornbill Unleashed @ 7:26 AM
Tags: Anak Sarawak Bangsa Malaysia, Human rights, Lynas, Malaysia Politics, Save Sarawak



Pak Bui
What’s the problem with Lynas?
In a nutshell, it’s an identical issue to the Taib family’s Pressmetal Aluminium Smelter in Mukah. It shares the same origins as Taib’s land grabs, the greed that turns priceless forests into cheap plywood and oil palm.

The problem is that rich people in some faraway place, distant from Lynas, will get richer, while poor people may pay with their lives.
In the case of Lynas, rich people in Umno and Australia profit, while the rakyat lose. Lynas is a mining company that has no proven track record, yet intends to ship gigantic containers of soil, laden with minerals called rare earth, from Western Australia to Gebeng, near Kuantan, Pahang.


In its factory in Gebeng, surrounded by half a million people within a 30km radius, Lynas proposes to extract the rare earth from the soil, and ship it to hungry industries manufacturing ‘smartphones’, computers and other electronic gadgets. The leftover mud will be radioactive, and Lynas has refused to say what it will do with the hazardous waste soil.

The New York Times broke the news a year ago to incredulous readers, that Lynas will be operating a factory handling radioactive materials, with no plan to dispose of the radioactive waste. The embarrassing reports exposed the Australian company’s pitiful lack of experience.

According to the New York Times (NYT), engineers have reported cracks in the storage tanks for the toxic mud. “The problems they detail include structural cracks, air pockets and leaks in many of the concrete shells for 70 containment tanks, some of which are larger than double-deckerbuses”.


A Dutch supplier of resin or glue for the storage tanks, AkzoNobel, objected to cracks, moisture and shabby structural engineering in Lynas’s half-built plant. “We will not certify or even consider the use of our coatings if this problem can’t be fixed,” its spokesman told the NYT last year. Eventually, Akzonobel declined to place its global reputation on the line, and pulled out of the project, oviously afraid that any major radioactive leak would cause a terrible human catastrophe.

Lynas and the government has failed to consult the local communities, and have played stupid, see-through public relations games. The government, including the much-ridiculed Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob, have aggresively defended Lynas, while keeping details a secret.

Adnan even used the old tactic of trying to dismiss the anti-Lynas campaign on racial grounds, implying only the Chinese were complaining. In fact, Malay farmers and fishermen stand to be the worst affected, and all local communities have been running a vigorous campaign against the radioactive plant.

Eyewitnesses say 15,000 people of all races took part in the Himpunan Hijau on February 26 in Kuantan. “I couldn’t see the edge of the crowd from where I stood,” said one protestor who had travelled four hours to get there.

Huge risks – but the rich benefit
Dangerous transport of radioactive materials, the factory itself, and the toxic waste dump, all pose unacceptable risks. Leakage, or an accident, at any of these stages would cause poisoning of the people, wildlife, soil and sea for many kilometres around, and winds would carry poisons further afield.

Anti-Lynas campaigners have pointed out that Australia does not want this polluting industry, yet Malaysia’s government has offered ten years of tax free status. Kuantan’s economy will potentially lose huge sums of money from loss of tourism, fisheries, agriculture – and from emigration of those with enough money to leave.

Why is Umno’s government is willing to risk poisoning the lives and livelihood of hundreds of thousands? Mahathir’s son Mokhzani, for example, was given a contract to supply the plant. Many Umno businessmen will make a fortune from this RM700 million plant – and then take the money and run. Poor local people will be left to fend for themselves.



Since Australia refuses to take the radioactive waste back, the poison will be dumped somewhere around Kuantan. We have already witnessed the horrors of a far smaller radioactive rare earth factory and dump site in Bukit Merah and Papan, Perak, starting in 1982. , residents reported a heartbreaking increase in children born with birth defects, learning disability and cancer.

A plague of blood cancer or leukaemia visited the local population of Bukit Merah. After several years without residents hearing of new cases, eight children developed leukaemia within five years; seven of them died.

The national incidence of leukaemia is approximately 2.9 per 100,000 per year. In the local Bukit Merah and Papan community of 11,000, that leukaemia rate was a shocking five times the national average. The Malaysian government has admitted to the United Nations that the leukaemia rate there was higher than the national average, but argued there was no way of proving the rare earth waste had been responsible for this surge in numbers.

Bukit Merah’s Asian Rare Earth (ARE) factory, owned by Mitsubishi Japan, produced a tiny amount of radioactive waste compared to the sludge that will come from Lynas. ARE produced some 1,700 tonnes of radioactive waste a year for some ten years.

Lynas proposes to create 20,000 to 50,000 tonnes of radioactive waste a year, or 10 to 30 times the amount of radioactive waste of Bukit Merah. Based on 1,700 tonnes of toxic waste a year, as in ARE in Bukit Merah, we might be looking at 75 new leukaemia patients a year in a population the size of Kuantan’s. If the production in Lynas is 10 to 30 times that amount, we will surely see far more.

We have heard the smiling lies before, from government and industry, about radioactive waste being “safe” in Bukit Merah. Now, Umno insists on bulldozing the Lynas plant through.

Taib Mahmud and Musa Aman preside over land grabs in Sarawak and Sabah for exactly the same reasons: greed and corruption. Lynas, Bakun, and Mukah are the fruits of the same tree. Corruption is in all our backyards, and if we are to live, we must uproot this parasitic tree.

Bersih 2.0 and Himpunan Hijau were a good start, with tens of thousands showing solidarity for those of our fellow human beings under threat. If we stand together, we can one day be rid of our most shamelessly corrupt politicians.

http://hornbillunleashed.wordpress.com/2012/02/28/27972/
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:04 AM | Show all posts
raja pahang tak buat sesuatu ka? adakah baginda perihatin dgn keselamatan rakyat baginda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 10:51 AM | Show all posts
[quote]punya laa busuk hati MPK ni...nanti kalo ade kebocoran kt Lynas dorang gak yg kena..bengong
kecimpret Post at 24-2-2012 15:56  projek lynas ni kan menguntungkan rakyat mesia jugak, wat pe kita nak bantah pi dengan syarat kalau projek di pindahkan kat sebelah planet marikh..he...hee...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:56 AM | Show all posts


Court hearing postponed until the 20th of March...no surprises there. Go Green Power!


Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 11:12 AM | Show all posts


Umno nafi terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau


7:06AM Feb 29, 2012



Sama dengan pendirian yang diambil kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Umno juga menafikan mereka terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.
Menurut Bernama yang memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.

"Kalau betul kita (Umno) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).

"Benda yang tiada, diada-adakan," katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Pada Ahad lalu, sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika L:im sedang berucap.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.

Lim juga semalam membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA keranan bimbang akan keselamatannya.

Malah, katanya, sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya.

Sejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.

Ahad lalu, pada kejadian di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, nyaris menjadi mangsa apabila penyokong Umno menyerang dan menyerbu pentas ceramahnya.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.303385 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list