CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: resah

Ramli MS & Alyah Kawen Senyap-Senyap?(abg Ramli ngamuk kat twitter pg4)

 Close [Copy link]
Post time 19-7-2013 12:34 AM | Show all posts
kawen senyap2 jimat belanja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 07:37 AM | Show all posts
Alyah pilih kunci mulut
Kuala Lumpur: “Saya tidak mahu komen isu bertunang atau kahwin lagi. Memang kami sudah lama berkawan rapat. Namun, untuk melangkah ke fasa seterusnya belum lagi kerana kami dalam proses mengenali hati budi. Insya-Allah, jika sampai masa sesuai nanti, saya umumkan berita baik itu kepada pihak media dan peminat,” kata penyanyi popular, Alyah, 30.

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan berkata demikian ketika mengulas gosip yang mendakwa dirinya sudah berkahwin secara rahsia dengan pengarah muzik terkenal selepas penyanyi itu kembali dari menunaikan ibadat umrah seperti yang heboh diperkatakan ramai ketika ini. Menurut gosip yang disiarkan dalam sebuah portal hiburan itu lagi, pasangan berkenaan juga dikatakan sudah menetap dan tinggal bersama di Bandar Kinrara, Puchong selepas berkahwin. Bagaimanapun, kata penyanyi yang dikenali dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu, dia lebih berhati-hati untuk memberi sebarang komen mengenai isu kahwin selepas apa yang berlaku itu. “Sebelum ini, saya lebih terbuka bercerita hal peribadi, tetapi selepas apa yang terjadi saya sangat berhati-hati kerana takut orang salah faham. Sebagai wanita, saya tidak boleh pinang orang, tetapi saya percaya pada soal jodoh,” katanya.


Alyah ditemui di program Pautan Ramadan 2013 anjuran Jamu Mak Dara Sdn Bhd dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Sdn Bhd yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur di sini, kelmarin. Kata Alyah lagi, dia juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan cerita tersebar itu. “Saya juga tidak mahu cakap ya atau tidak isu tunang atau kahwin lagi kerana bimbang ia melukakan hati keluarga kedua-dua belah pihak. Apatah lagi, keadaan ibu saya juga kurang sihat kerana menghidap penyakit jantung. “Terus terang kerana dikaitkan dengan isu dan pelbagai kontroversi, kerjaya seni saya turut merosot. Justeru, saya harap semua pihak memahami keadaan saya sekarang,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 03:52 PM | Show all posts
Baru tau.............siapa ramli ms..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 05:01 PM | Show all posts
owh. masih dalam kesamaran lg yer. kawin ke x kawinnya....
repoter nk folo up pun dh takut kene cerca dgn dato ramli
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 05:47 PM | Show all posts
Ramli MS ni baik sbnarnya. kat luar dia sgt humble, cakap pun elok je. I pernah jumpa dia in person, siap amek gmbar skali. family kawan I mmg baik dgn Ramli MS. seriously, Ramli MS seorang yg gentleman sbnarnya.

Yg dia marah2 kat Twitter tu mungkin sbb org buat cerita tak betul pasal dia, sbb tu dia marah, kalau kita pun marah bila org ckap benda tak betul pasal kita kan? standard laa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:39 AM | Show all posts
dari sumber yg terdekat, dengar2nye weekend ni diorang nak merisik/bertunang.
so kita tungguuuuu....

maknanye, diorang mmg belum kawen lg selama ni.
baru je bercintan-cintun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2013 08:44 AM | Show all posts
Aiyoh nikah je la trus huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:50 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-7-2013 06:18 PM
rizal-mas anizan
sbb haru biru...

rizal - mas anizannnn??thread mana niiii???ai ols katak bwh tempurung masih tatau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 09:47 AM | Show all posts
ramli ms umor brape ye? tak dapek nak teka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:22 AM | Show all posts
Apasal aku tgk Alyah sekarang macam dah nampak makin tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.306357 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list