CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leonarzi

All about baju Powerrangers pink Klopak the Padding

[Copy link]
Post time 10-2-2014 01:06 AM | Show all posts


adoi.. bukan ada ke dia sound wardrobe nona dulu pasal baju
ingatkan taste lopa ni ok, and pernah menang best dress bagai..

tapi untuk anugerah meletop ni memang silap besar la
fail tahap legend sama ngan siti selfie punya tudung saji..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
makton posted on 10-2-2014 12:56 AM
tu la pasal...

peha lopak ni dah macam peha ayam turki aku nengok!

Peha lopa smlm persis rusuk kambing panggang uol
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:13 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 10-2-2014 01:08 AM
Peha lopa smlm persis rusuk kambing panggang uol

nasib baik x persis peha gajah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh tu bkn inspirasi Kim K lah. Jlo byk pakai mcm ni kat show or mtv dia. Baju tu ok , cuma ni malaysia, kena maklum di huni warga kolot n sensitip over the rainbow skit. So terima je lah lopak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
balik mesia trus kena kutuk habis2 psl silap sdiri lopa oi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:44 AM | Show all posts
kaseh80 posted on 8-2-2014 10:01 PM
malam ni macam semua isteri dan mak mak org nak tunjuk ketet sape yg mantop

share la gambar. aku tak tengok award2 sendu ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2014 01:46 AM | Show all posts
solstice posted on 8-2-2014 11:34 PM
Ni mcm fesyen elizabeth hurley dlm austin power
Pesen rambut pon sama
Sexy baju cenggini

kan. kalau body macam model size 0 ok kot.
dia jenis ala2 curvy memang hazabedah la rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:48 AM | Show all posts
an2toncit posted on 9-2-2014 12:07 AM

tema apa anugerah meletop ni abis semua baju merepek je artis pakai ni.
yang malaysia ni asal anugerah nak bertema-tema kenapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 01:59 AM | Show all posts
Apa perasaan mak dia dgn nenek dia agaknya? Oh anakku! Oh cucuku! Sepanjang zaman org akan ingat. Ni belum lg wardrobe malfunction mcm ahkak ogy. Bayangkan baju tu terkoyak kt atas stage. Malu besar dik lofa oi!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
chanela posted on 10-2-2014 01:19 AM
Eh tu bkn inspirasi Kim K lah. Jlo byk pakai mcm ni kat show or mtv dia. Baju tu ok , cuma ni malays ...


J lo pakai tu lawa..
Yang ni mmang buruk mcm kill bill punya kostum ..sapa pakai tu...uma thurman... Tapi jadi xlawa nampk mcm pink panther Last edited by bunnybumbum on 10-2-2014 02:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:56 AM | Show all posts
chanela posted on 10-2-2014 01:19 AM
Eh tu bkn inspirasi Kim K lah. Jlo byk pakai mcm ni kat show or mtv dia. Baju tu ok , cuma ni malays ...

Baju mmg okay! Tp budak ni pakai k.o!

di tambah pulak dgn personality bebudak dia... Aperkebender la...

takdak class ler...

Dh mcm Kim K berpesyen masa pregnant, serba tak kena tapi pakai jugak sebab nak berpesyen...

Jlo most of the tyme yg aku prasan mmg gojes sbb herself!

Bagi baju pink tu kat Didie Alias jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Inspector Clouseau: patutlah kostum kita hilang
Ponton: dia ni yang curi rupanya.. Last edited by bunnybumbum on 10-2-2014 03:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 03:07 AM | Show all posts
Tamara Bezlinsky pakai bodysuit dlm cite Cicakman ok je sbb dia tinggi dan body model.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 03:22 AM | Show all posts
@bunnybumbum Baru teringat, sebijik mcm pink panther versi pendek cuma takde ekor.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-2-2014 03:22 AM
@bunnybumbum Baru teringat, sebijik mcm pink panther versi pendek cuma takde ekor.

Hahaha yg ni ke?haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 09:57 AM | Show all posts
Antara kena dengan tidak

Laluan di permaidani merah antara detik penting yang melengkapkan lagi sebuah perjalanan majlis Anugerah. Apatah lagi, jika ia membabitkan acara hiburan, inilah masa-nya selebriti tempatan hendak melaram sakan.

Sebahagian daripada mereka jenis individu yang menghormati tema dan ada sebilangan kecilnya pula kurang berani dan lebih suka mengambil jalan selamat asalkan tampak cantik!

Bagi Moda ambil jalan selamat itu lebih baik daripada ‘over do it’ kerana berfesyen secara berlebihan kadang membuatkan penampilan seseorang artis itu jadi pemain sarkas.

Menyentuh penampilan selebriti tempatan yang menghadiri Anugerah Meletop Era 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, malam kelmarin, meskipun kali pertama dianjurkan, ia tetap meninggalkan impak di permaidani merah.

Paling diperkatakan tentulah penampilan pengacara anugerah berkenaan, Neelofa apabila kedua-dua persalinan yang digayakan rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat dan Wanpa sepanjang acara berlangsung dikritik peminat.

Apa tidaknya, sehinggakan ‘jumpsuit shocking pink’ yang direka oleh Hatta itu disamakan dengan salah satu watak kesatria, Power Rangers.

Bagi penulis, tiada yang aneh mengenai baju berkenaan cuma mungkin susuk tubuh kecil molek pengacara itu kurang padan dengan potongan baju sedemikian kerana hanya akan tampak cantik dan sempurna jika individu yang menggayakannya bertubuh tinggi lampai.

Sentuhan Wanpa untuk persalinan hijau ‘berkelopak’ di bahagian atas badan itu turut dijadikan bahan gurauan apabila dikaitkan dengan salah satu watak kartun iaitu Dragon Ball Z.


Selain Neelofa, penampilan Uqasha Senrose dengan gaun kembang ‘shocking pink’ menarik perhatian ramai bukan kerana paling ‘style’ sebaliknya ramai yang sakit mata kerana rekaan bahagian atas bajunya itu menampakkan sebahagian besar dadanya sekalipun beralaskan kain net yang jarang.

Barangkali tema Asalkan Meletop itu sendiri memberikan selebriti tanah air peluang untuk memilih pakaian yang mereka rasakan meletup dan ‘gempak’.

Pun begitu, masih ramai yang tampil hebat pada malam itu misalannya Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang mencuri perhatian jurufoto dengan persalinan ala Inggeris rekaan Qudyn dan Taufik Tailor.

Zizan Razak yang dipilih oleh peminat sebagai pemenang bagi kategori Anugerah Fesyen Meletop Era sekali gus mengetepikan saingan sengitnya iaitu Fazura, Shila Amzah dan Nora Danish, segak dengan sut rekaan Taufik Tailor.

Pelakon komedi popular itu datang bersama teman tapi mesranya, Emma Maembong yang jelita dengan gaun Rizman Ruzaini.

Tidak semestinya sarat, gaya aktres popular Lisa Surihani membuktikan bahawa pepatah ‘less is more’ itu adalah benar sama sekali begitu juga Sara Ali. Ringkas tetapi Lisa dan Sara kelihatan menawan.

Tasha Shilla yang memilih untuk bergaya kasual masih ‘out standing’ tambahan pula melintasi permaidani merah sambil ditemani buah hatinya yang juga peninju Muay Thai.

Sementara Hafiz Suip, semakin hari semakin garang dalam berfesyen. Sekali lagi penulis suka ‘idea’ Hatta Dolmat untuk sut Hafiz kali ini.



Credits: hmetro.com.my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 10:12 AM | Show all posts
pity u lofa .......
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 10:16 AM | Show all posts
ok lah tu lopa...comel apa disamakan dgn watak2 kartun yg comel!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 10:17 AM | Show all posts
achik2009 posted on 10-2-2014 09:57 AM
Antara kena dengan tidak

Laluan di permaidani merah antara detik penting yang melengkapkan lagi s ...

nyah...gambar apiz suip x de ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 10:22 AM | Show all posts
misfakezura x menang best dress meletop...kata fesyen ikon mcm kate middleton...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.114675 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list