CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 7-2-2015 01:04 PM

Jie membantu memotong bawang merah sementara Viana menyediakan beras untuk ditanak. Memori Jie melayang terkenangkan waktu belajar dulu. Hari hari menghadap makanan western membuatkan Jie dan Zack berasa jemu. Tekak teringin merasa masakan melayu. Zack , Jie dan beberapa orang lagi teman serumah bercadang untuk masak sendiri. Pilihan masakan paling simple adalah nasi goreng kampung. Jie ditugaskan membuat kerja memotong bawang merah.Walaupun agak kekok pada mulanya namun demi membuktikan  pada Zack  yang meragui kemampuannya Jie redahkan juga. Saat mengupas kulit bawang merah mata mula rasa pedih , cuba bertahan sehingga air matanya mengalir tanpa henti. Penyudahnya Zack yang menggantikan Jie untuk mengupas semua bawang merah. Zack menawarkan diri membantu setelah tak sampai hati melihat Jie yang asyik berair mata. Dah macam kena dera pun ada ! Kelakar bila diingat balik.

Memang teruk Jie kena 'bahan'  masa itu. Lekatlah gelaran bawang merah, ratu air mata dan macam macam gelaran mengarut timbul. Masing masing pakat mengenakan Jie. Macamlah kelakar sangat! Cuma Zack sahaja yang agak 'neutral' disitu. Walau Jie tahu Zack pun kadang 'tumpang sekaki join'  ketawa apabila teman lain mengenakannya.

Satu pelukan kemas terasa dipinggang. Jie tidak mengendahkan. Masih lagi hanyut dalam kenangan dulu.

" Zack ......!!" Spontan nama itu yang berada dalam fikiran terus terluah dimulut. Tindakan refleks gara gara terkejut melihat Rayyan yang tiba tiba muncul dibelakangnya. Lantas Jie menjarakkan diri. Dia tak tahu sejak bila Rayyan berada disitu.

Rayyan mula rasa cemburu mendengar nama yang keluar dari mulut Jie. Namun pelukan ke atas tunangnya masih tak dileraikan. Tak mahu memberi peluang gadis itu untuk melarikan diri.

" Hi sayang ! Baru berapa minggu tak jumpa I , you dah tak ingat nama I? Siapa Zack pada you? I masih lagi tunang you ok !  Cepat betul hati you berubah kan."Rayyan sengaja menyindir. Keterujaan dapat bertemu tunangnya pudar mendengar nama lelaki itu.

Jie malas mempedulikan Rayyan. Pantas tangan lelaki yang masih memaut tubuhnya ditepis. Rayyan masih lagi tidak berganjak. Malah pautannya dikemaskan.

" You jangan ingat semudah itu nak lepaskan diri dari I ! You sampai hatikan lari macam tu aja then you suruh Daddy you putuskan pertunangan kita. You tau tak betapa serabutnya I bila you hilang macam tu aja !" Nada suaranya lebih kepada terkilan dengan sikap Jie.
Wajahnya tampak kesal.

Jie tidak bersuara. Sedar kesilapannya yang suka lari dari masalah.  

"Ada apa lagi you nak cakap dengan I ke?" Jie rasa malas untuk bertekak hari ini. Lebih mudah jika dia mendiamkan diri saja.

" I miss you like crazy sayang ! I minta maaf pasal cakap yang bukan bukan dekat you hari tu. Forgive me sayang !" Pintanya mengharap.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 14-1-2015 11:34 PM | Show all posts
ada salah tatabahasala TT.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:41 AM | Show all posts
elia201 replied at 14-1-2015 01:37 PM
Jie membantu memotong bawang merah sementara Viana menyediakan beras untuk ditanak. Memori Jie melay ...

Jie membantu memotong bawang merah
sementara Viana menyediakan beras untuk
ditanak.
Memori Jie melayang teringatkan
waktu belajar dulu.
Pilihan masakan paling simple adalah
nasi goreng kampung.
Penyudahnya
Zack yang menggantikan Jie untuk mengupas
semua bawang merah. Zack menawarkan diri
membantu setelah tak sampai hati melihat Jie
yang asyik berair mata
ke
atas tunangnya masih tak dileraikan.
Keterujaan dapat bertemu
tunangnya pudar mendengar nama lelaki itu.
Rayyan mula rasa cemburu mendengar nama
yang keluar dari mulut Jie.
Tak
mahu memberi peluang gadis itu untuk
melarikan diri.
Lebih
mudah jika dia mendiamkan diri saja.

Aku rasa pelik baca ayat atas ni. Kesedapan tu mcm hilang dan ada perulangan ayat. Okaylah, aku ngaku aku ni penulis yang amatur dan karya aku byk unsur haluan kiri. Banyak tatabahasa silap dan typo dalam novel thriller tu.
Tapi aku nak komen. Aku tak puas hati tang ayat yang cerita perasaan. Setahu aku ayat yang
ke ’ atas tunangnya’ tu patutnya takde atas kan? Ke tt yg teradvance dalam tatabahasa?

And tt ni mesti mood melayang sampai ayat beritahu perasaan berterabur sikit(ye ke berterabur?)

Rayyan mula rasa cemburu mendengar nama
yang keluar dari mulut Jie.
Keterujaan dapat bertemu
tunangnya pudar mendengar namalelaki itu.. Wei! bukan yang teruja tu pada mula dialog ke then cemburu(ke aku silap?haha)Pastu ada perulangan perkataan  mendengar-aku kecewa doe gaya tulis kau tang perenggan ni. Kecewa sebab bahasa kau sedap mula2 then bila banyk bab, makin low. Kejap formal, kejap tak. Sila baca ayat -Sedar kesilapannya yang suka lari dari masalah. ??? what the mayonis? Dan penggunaan ’itu’! Weii! byk sgt ulang itu! itu! itu! Aku bosan doe perkataan itu. Carilah perkataan lain!

Perkataan malas dua kali. Dua ayat struktur yg sma!
Baca ayat-malas mempedulikan dan malas bertekak?
Culas as alternatif?

Bertapa? typo doe!
sila lihat luahan dialog Ray tang perasaan cinta dia iteww(perkataan budak batak.haha)
Tindakan
refleks(refleks tu bukan pantulan ke or aku tak tahu maksudnya yg len?) gara gara terkejut melihat Rayyan yang
tiba tiba muncul dibelakangnya sambil tangan
lelaki itu melingkari pinggangnya.- dop pahan langsong(tak faham langsung)
Memori Jie melayang teringatkan<< wei, boleh ke teringatkan kalo lepas memorinya? Aku yg tak reti tatabahasa atau ayat ni mcm pelik je bgi aku.

Mindanya mengimbas.
Memori Jie melayang ke peristiwa!
Ada novel Tipikalmelayubasimuntahnakbakarje aku baca . Ayat dia gini. Ingatannya ke Lufti. So aku rasa patut ke selepas melayang kan? coz dlm ayat ni,ko guna memori  as nak gambarkan ingatan kan?  

For example,
Dia teringat..

Teringat tu macam saloh coz ko dah guna memori melayang! patutnya ke! Memori melayang dah membawa maksud TERINGAT. Aku panggil ni ayat detail.Haha. cer ko google memori melayang teringat? Maaf if saloh! aku cakap je sis!

ko phm tak?

Satu lagi aku menyampah tang taipan kau ni. Asal di dekat dgn organ? dimulut dipinggang. Wei! di takleh dekat dengan tempat!

Satu lagi, asal watak ni takde tabiat hah? macam suka korek hidung ke, kenyit mata ke aku tak perasan? Kosong der!
Tempat tu ceritalah sikit..ada feel gitu baby!

Sis terasa? wa minta maaf. This is straight from my heart. And satu lagiiiiiiii sy tak puas hati pasal sis!

Satu scene required 2-3 post from sis(baru2 ni) So nafsu membaca tu macam dah nak memuncak tapi kendur cozz ada selebihnya. Haiyaaa!

Minta maaflah kalo sis marah! Jangan sindir lah pulak! Kalo dok puas hati, ckp terus terang. Toksoh sindir2. (ada gak aku sindir satu girl yg degree ni coz dia mula dulu..haha.Sekali sajork!) Aku ni sis, klo tak puas hati, aku ckp dpn2(unless org tu mula sindir aku..haha padahal aku komen je!)

Kfine . mungkin sis sentap or panas ke. Just cool down. aku ni kan pengomen tegar thread hakak..Haha.

Tapi klo ending kawen cter ni, entahlerr cmne nk ckp. aku suka baca and kritik setakat yg aku mampu.

Okaylah. Gud nite baby!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:42 AM | Show all posts

 Author| Post time 15-1-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 7-2-2015 01:06 PM

"Senangkan you... Buat salah ,tuduh I macam macam then minta maaf.. Sorry doesn't mean anything for you right?" Jie senyum sinis.

" Then you nak suruh I buat apa? Melutut merayu, macam itu?!" Geram dengan Jie yang endah tak endah.

"Stop it Rayyan! I tak ada mood nak gaduh dengan you today. You take your time to relax. Kita discuss nanti." Serius dengan keadaan sekarang, pertengkaran bakal tercetus antara mereka bila bila masa sahaja. Jie perlukan ruang untuk bertenang.

" Now ! Let's discuss ! I nak you follow I kita duduk berbincang." Tangan gadis itu ditarik untuk menurutinya.

" No!" Jie tak mahu mengalah. " I tak ada mood !" Pantas tangan Rayyan ditepis.  Entah kenapa Jie rasa rimas dengan Rayyan.

" Tunggu you ada mood sampai tahun depan pun tak settle ! Dengan perangai you suka lari lari I tak percayakan you. I nak settle dengan you now !" Spontan Jie ditarik untuk mengikutinya.

Viana dan Khalid tidak mampu berkata apa menyaksikan drama kedua mereka. Macam budak budak bercinta!

" Sorry Vee ! Adik you ni degil sangat ,so I terpaksa 'culik'dia sekejap. But no worry, I akan jaga dia baik baik." Rayyan terus memaksa Jie untuk berlalu mengikutinya.

"Ok take care !" Hanya itu saja yang mampu Viana katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 12:20 AM
"Senangkan you... Buat salah ,tuduh I macam macam then minta maaf.. Sorry doesn't mean anything for  ...

berapa kali tarik daa..setahu aku, ray sasa. Jie tu gurl, asal blh lerai?

Aku kecewa jie bincng dgn rayyan.haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2015 10:22 AM | Show all posts
Your comment make my day la dear !

Actually I try new word .. just like berexperiment dengan ayat2 bahasa melayu

And tt ni mesti mood melayang sampai ayat beritahu perasaan berterabur sikit(ye ke berterabur?)

Bab feeling meeling memang my big failure cos I memang kategori yang hati kering nye orang..
But yet I try la.. challenge diri sendiri..
May be kene  watch more Malay movie..
Sebab saya lebih menggunakan otak logik saje
So bile involve dalam penulisan ini banyak nak berimaginasi bagai so nampakla kekurangan disitu..
I am not good at art..

atas tunangnya’ tu patutnya takde atas kan? Ke tt yg teradvance dalam tatabahasa?

atas dalam konteks ni terhadap tunangnya but seems macam malas nak type pepanjang just make it atas.. maafkan ats kesalahan yang tak disengajakan due to experiment ini .. haha..

Teringat tu macam saloh coz ko dah guna memori melayang! patutnya ke! Memori melayang dah membawa maksud TERINGAT. Aku panggil ni ayat detail.Haha. cer ko google memori melayang teringat? Maaf if saloh! aku cakap je sis!

Memory here is more to apa yang ada dalam kenangan .. correct me if I was wrong.. memori melayang mengingatkan rasanya is not repetition..

Satu lagi aku menyampah tang taipan kau ni. Asal di dekat dgn organ? dimulut dipinggang. Wei! di takleh dekat dengan tempat!

Asal dekat organ sebab masa belajar tingkatan 5 biologi banyak kaji organ
haha
Anyway will chg on that
Thanks for highligting

Tindakan
refleks(refleks tu bukan pantulan ke or aku tak tahu maksudnya yg len?) gara gara terkejut melihat Rayyan yang

Tindakan refleks dalam sains term is tindakan luar kawal. Macam orang melatah kita cucuk dia then dia akn merapu buat yang bukan2 ... Same here.. Jie tgh berkhayal pasal Zack. Tetiba terpacul lah nama Zack dari mulut.. Which is dia tak sempat control sebeb otak dah hantar isyarat ke peti suara and mulut untuk menyebut nama Zack

Satu scene required 2-3 post from sis(baru2 ni) So nafsu membaca tu macam dah nak memuncak tapi kendur cozz ada selebihnya. Haiyaaa!

BTW I bukan SIS.. Nampak macam perempuan ek?
Bab ni memang diakui sebab menulis ni just satu escapism dari stress saja bagi saya. Satu benda yang memang bertentangan dengan minat dan kerjaya..  EG : Bosan buat kerja then absorbla kebosanan tu dengan menaip cerita.. Then continue my work.. Nothing serious pun.. Bukan nak jadik penulis terkemuka.. haha.. apapun Insya Allah akan cuba habiskan one scene before post it out..

Bab sentap takde kot.. At least Cik Es sudi membantu saya untuk baiki kelemahan.. Bersama samalah kite membangun bersama ...

Sekian nota kaki hari ini.

Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:23 AM | Show all posts
Esmiria replied at 15-1-2015 08:47 AM
berapa kali tarik daa..setahu aku, ray sasa. Jie tu gurl, asal blh lerai?

Aku kecewa jie bincng ...

lelaki walau sekuat mana akan kalah dengan perempuan yang dia sayang..

Haha..

I knowla..

Jangan kecewa.. berbincang tak semestinya berbaik..

Keep on comenting dear !
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-1-2015 11:17 AM | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 02:22 AM
Your comment make my day la dear !

Actually I try new word .. just like berexperiment dengan ay ...

Lol. kwe wong lanang? haha. bagus!aku nk ckp pun tk rasa serbaslh(sebb apa aku tahu dari abg aku, laki tak sensitip klo kna carut ke pe)

Tapi..aku tetap hormat ko broooooo.Series, nama ko elia tu mcm nma gurl!
Yup bro, kita blajo sama2. Abg ni mesti hensem dan sado kan ..haha

klo tt sudi, baca novel thriller aku...itupun klo tt open minded ar(but ada je view even unsur itewww ada!)

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:26 PM | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 10:22 AM
Your comment make my day la dear !

Actually I try new word .. just like berexperiment dengan ay ...

Lah. Bro rupanya...

Jarang writer lelaki nak buat watak utamanya perempuan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 03:32 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-1-2015 12:26 PM
Lah. Bro rupanya...

Jarang writer lelaki nak buat watak utamanya perempuan.

da baca yang pasal Adrene, badan mu badan ku jua and oso cerpen

I memang silent reader

Elia is my GF name

tak semestinya lelaki tak leh tulis pasal gadis

haha

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 03:45 PM | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 03:32 PM
da baca yang pasal Adrene, badan mu badan ku jua and oso cerpen

I memang silent reader

Eh...salah cerita kot? Itu bukan cerita aku. Itu cerita @Esmiria

Aku tak reti bab-bab penulisan ni....

Bukan tak leh tulis pasal gadis. Cuma jarang amat writer lelaki jadikan watak gadis as main character. Lebih-lebih lagi nak menjiwai watak gadis itu

I bet you make lots of observation...

Dan your awek sebagai reference...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-1-2015 03:45 PM
Eh...salah cerita kot? Itu bukan cerita aku. Itu cerita @Esmiria

Aku tak reti bab-bab penulisa ...

Alamak.. sorry sorry ... mungkin ini suratan atau kebetulan. Thank sebab sudi masuk thread hingusan ini.

Yup girl (sorry ot jap) memang cengeng.

Tadi ada staff gurl baru lepas kena sarcastic word dgn sy dah nangis.. lum maki lg.. haha

Yang bajet hot padahal tak hot lagi teruk behaviour depa.

Kebykn yg sy jmp mcm 2 la.

Suka lari dr masalah.

Suka SS macam watak Zeeta. Haha..

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 04:31 PM | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 04:24 PM
Alamak.. sorry sorry ... mungkin ini suratan atau kebetulan. Thank sebab sudi masuk thread hingusa ...

Suratan atau Kebetulan takde kena-mengena dalam ini gambar.

Hhhmmm...mungkin gadis-gadis yang anda jumpa itu berhati tisu atau termasuk dalam kategori BBNU. Bertabahlah ye....

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 04:50 PM | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 07:32 AM
da baca yang pasal Adrene, badan mu badan ku jua and oso cerpen

I memang silent reader

wei bro, ko nk reply post niki or aku ni  pasal nk bgtaw yg ko bca novel aku?

Weiii..klo novel gay bunuh saiko dlm bod ni, novel aku la tuuuuuuuu..takde org tulis novel gay dlm bod ni..hahaha.

Awek bro mesti cantik dan hot kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 06:04 PM | Show all posts
Esmiria replied at 15-1-2015 04:50 PM
wei bro, ko nk reply post niki or aku ni  pasal nk bgtaw yg ko bca novel aku?

Weiii..klo novel  ...

yup..

actually ur novel not bad what?

Bole ker jawab soalan ni awek cun ke tak nanti momod marah.. haha..

kalau ikut mata sy yang bermata 4  ni,  cun la kot

Tinggi lampai and berlesung pipit.. Nice...........................
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 15-1-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-1-2015 11:42 PM

Jie merenung kosong wajah lelaki dihadapannya. Cuma membiarkan Rayyan berterusan bercakap meluah semua yang terbuku dalam hati. Baginya berusahalah bagaimana sekalipun hubungan mereka tetap tidak akan berjaya. Titik. Lainlah kalau Tengku Safiah berlembut hati memperkenankan dirinya sebagai isteri Rayyan.

Rayyan pula tak menganggap Tengku Safiah sebagai penghalang. Dia yakin Mama pasti akan menerima Jie setulus hati dan melupakan hasrat untuk menjadikan Zeeta sebagai menantu.

Tiada respon dari Jie. Rayyan mula terasa  bercakap seorang diri. Jari dipetik untuk menarik perhatian tunangnya.

"You ok ke sayang?" Masih lagi tiada jawapan. "I tanya you ini, jawablah !" Nada suara berubah tinggi. Marah dengan sikap Jie yang diam dari tadi.

"Hantu!!!!!!!!!" Jie menjerit tiba tiba. Tubuhnya menggeletar ketakutan. Jari menunjuk ke satu arah.

Rayyan terkejut dengan jeritan Jie berpaling ke arah yang ditunjuk. Tiada hantu yang diberitahu oleh Jie. Pasti ini cuma helah gadis itu.

"You jangan nak ....." Namun bicaranya terhenti bila melihat tunangnya rebah.

Rayyan panik tak tahu untuk mengambil tindakan berikutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 10:37 PM | Show all posts
elia201 replied at 15-1-2015 11:37 AM
Jie merenung kosong wajah lelaki dihadapannya. Cuma membiarkan Rayyan berterusan bercakap meluah sem ...

Trick jie sajork.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 04:05 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 16-1-2015 04:26 PM

BAB 33

Rayyan resah.  Jie menjerit seperti melihat sesuatu yang menakutkan dan pengsan tiba tiba sewaktu mereka sedang duduk minum di restoran Intai Intai. Sengaja Rayyan memilih tempat itu kerana inginkan 'privacy' untuk berbincang. Namun sebaliknya pula berlaku. Rayyan jadi panik bila melihat Jie rebah tidak sedarkan diri. Mujur ada pelayan restoran yang baik hati membantu untuk membawa Jie ke hospital.

Khalid dan Viana sudah dimaklumkan tentang hal ini. Mungkin mereka sedang dalam perjalanan ke hospital. Manakala Dato' Hanafi yang kini berada di Beijing terpaksa membatalkan segala urusan disana dan bergegas untuk pulang menemui anak bongsunya. Maznah pula tidak dapat dihubungi. Rayyan menitip pesanan kepada Dato Hanafi untuk memberitahu isterinya.

Satu soalan  terbit. kenapa Jie berkelakuan begitu? Pada mulanya Rayyan hanya menganggap itu helah Jie sahaja untuk mengelakkan diri dari berbincang namun telahannya salah.

Puas berdiri Rayyan duduk pula. Serba salah dibuatnya. Risaukan keadaan Jie yang masih lagi tak sedarkan diri.

Satu tepukan terasa dibahu. Rayyan berpaling.  Viana dan Khalid tampak risau.

"Macam mana dia boleh pengsan?" Kalut Viana bertanya.

" I tak tahu !" Sumpah Rayyan sendiri tak ada jawapan untuk soalan itu.

Lantaran bimbang yang teramat sangat Viana mula menangis. Khalid terpaksa memujuk isterinya yang emosi.

Rayyan terus mendapatkan Doktor yang merawat Jie.

"Tunang saya kenapa Doc?" Perasaan ingin tahu tak dapat dibendung.

" Berdasarkan denyutan jantung dan tekanan darah Cik Nur Najiha, kami suspect dia mungkin mengambil amphetamine . Itu yang membuatkan halusinasi imej hantu macam yang Encik Rayyan ceritakan tadi. Cik Nur Najiha mengalami depression ke?" Wajah dihadapannya ditenung. "Mungkin dia consume something untuk happy kan diri."

" Saya tak rasa adik saya ambil 'benda' macam itu." Spontan Viana mempertahankan adiknya. Tak mungkin Jie akan bertindak bodoh.

"Ini cuma ramalan saya sahaja. Apapun kita akan buat test lepas Cik Nur Najiha sedar." Doktor Hadi terus berlalu meninggalkan tiga insan yang masih diselubungi persoalan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 04:31 PM | Show all posts
elia201 replied at 16-1-2015 08:05 AM
BAB 33

Rayyan resah.  Jie menjerit seperti melihat sesuatu yang menakutkan dan pengsan tiba tiba  ...

mungkin doktor tu bersubahat.hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.071496 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list