|
Originally posted by laislabonita at 15-3-2005 05:40 PM:
ko pun nangis gak ke ashna?
lol:lol
apa kelas nak nangis. cuma tersentuh perasaaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 15-3-2005 05:10 PM:
kalau ikut interpretation aku..jason mati accident.
first time call dia tak angkat sbb baru accident...kan ada scene tinjuk phone ringing with jason cedera atas jln...second time call jason answer ...
:setuju::setuju: but yang angkat phone pun, kita tak sependapat la... sebab bagi saya, bukan roh jason... tapi memang jason... macam saya pernah bagi my opinion before... ye la kan, ala-ala hindustan sikit... dia dah tinggal nyawa-nyawa ikan... and bila dia mengharap sangat orked call him and says she loves him, tu yang dia kuatkan diri untuk angkat phone tu... and dengar si orked kata loves him... so, lepas tu dia pun sleep peace fully la... itu pendapat saya... tak semua orang boleh terima... lagipun satu filem yang bagus, membuatkan kita berfikir and memberi kritikan... bukan kutukan... tapi kritikan secara matang... lagipun yasmin ahmad ada kata, dia biarkan penonton sendiri membuat kesimpulan ending tu...
ff:ff:macam spinning gasing, kita banyak benda boleh kritik... sampai sekarang still lagi boleh berbincang dengan member pasal filem ni... so, sepet pun lebih kurang macam ni la... kita boleh kritik, boleh bertukar pendapat... sebab kita manusia ada pemikiran sendiri... bukan kita fikir macam ni, orang lain pun fikir macam ni, tapi macam tu... so, masing-masing bagi pendapat masing-masing la... cuma jangan sampai bergaduh bertumbuk dah la...
[ Last edited by imf on 15-3-2005 at 09:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ok..bercakap tentang ending SEPET biar aku bawa balik artikel dari tahun lepas....aku paste sebahagian saja.......yg lelain tu kalau nak baca sila terus ke link dibawah....
http://www.tontonfilem.blog-city.com/read/719234.htm
Oleh : Fadz
....................
.............
..........Babak sebegini pernah dilakukan dalam filem Talk To Her (si lelaki dan perempuan saling bertemu mata dan tersenyum sepi di antara barisan penonton), Indochine (Catherine meninggalkan anak angkatnya lalu melihat ke tebing sungai), dan Tsu Feh Sofiah (Rahim Razali melihat pantai dan lalu pergi, matahari masih mekar belum terbenam di belakangnya). Menarik apabila Yasmin menanya penontonnya, apa yang mereka 'dapati' dari babak akhir Sepet. Pelbagai jawapan yang diberi, termasuk aku. Di sinilah, kita sedar, jika kita benar-benar mahu perubahan, atau sangsi dengan perubahan ini atau mahu biarkan 'cinta' ini tanpa perubahan. Kita sedar bahawa, yang bercakap sekarang bukan kita lagi, tapi ketidaksedaran kita mengambil tempat, maka segala norma dan kemahuan kita akan terpancar dalam persepsi kita itu:-
1. Orked kerana ingin benar mendengar suara Jason, dia menciptakan ilusi Jason supaya dia dapat berhubung dengannya- penyedaran bahawa 'cinta' hanya orang-orang seperti Orked sahaja yang faham. Psyche kita tidak dapat menerimanya. Di sini kita percaya 'romantisme' sudah mati. Ini boleh disamakan dengan filem Dr. Rushdi P. Ramlee yang mana filem itu menggambarkan 'kelupusan' romantisme (dari watak-wataknya yang mempercayai isme ini) dan juga satu makna 'subtle' dari P. Ramlee bahawa unsur filem Melayu lama 'berakhir' di situ atau kerjanya sendiri akan 'berakhir' dalam ketidaktentuan.
2. Keong yang menjawab handphone Jason, berlakon sebagai Jason bila bercakap dengan Orked- 'Cinta' tetap ada bila ada orang-orang yang disampingnya masih mempercayainya. Psyche kita masih berdolak dalik tentang 'penyatuan' ini tetapi masih inginkan ia berlaku, tetapi kebenarnnya tetap menerangkan 'cinta itu hanya ilusi'.
3. Orked mendengar 'suara roh' Jason- 'Cinta' ini akan hanya berlaku di luar fizikal manusia (di sini, alam roh) kerana cinta itu terlalu suci, ia melangkaui dimensi dunia, maka roh dan alam disatukan untuk satu kali terakhir. Ini jawapan aku, malah ada beberapa pengkritik luar negara memberitahu Yasmin perkara yang sama. Ini adalah jawapan seorang romantis, yang inginkan dan percaya pada perubahan itu, 'cinta' itu yang disampaikan dan mahu ia berputik tapi masih tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku. Maka psyche kita sanggup 'melangkaui' logik ruang dan masa untuk menyatukan 'cinta' ini.
4. Jason tidak mati. Untuk kali terakhir bercakap dengan Orked yang mula menangis, dia bercakap dengan tenang, tidak mahu menggoyah perasaan Orked, memberi Orked harapan yang sepenuhnya- Pendirian tentang 'cinta' ini yang paling optimistik. Bukan sahaja psyche kita gagal menerima Jason sudah mati, dia bercakap dengan tenang pula, seakan tidak ada apa-apa yang akan berlaku, menyatakan realiti ini dipercayai memang berlaku.
Bayangkan apa yang telah filem ini buat pada aku, dan aku juga ingin menanti saat ia menggoyah penonton lain (dan kita akan lihat, korang ingin mempercayai 'cinta' itu atau tidak). Seperti yang Nizam Zakaria katakan pada aku, apabila beliau bertemu dengan sebuah filem kita yang sempurna pembuatannya, terbaik antara yang terbaik, Sepet adalah jawapannya. Aku juga mengatakan yang sama sepertinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imf at 15-3-2005 09:32 PM:
:setuju::setuju: but yang angkat phone pun, kita tak sependapat la... sebab bagi saya, bukan roh jason... tapi memang jason... macam saya pernah bagi my opinion before... ye la kan, ala-ala hindu ...
ya betul. itula kan...kite bukan kutuk2 filem die..masing2 buat ending masing. tu la yg bagus..kire kite perah otak diskuss pasal movie tu bukan nye kutuk2 dok tak puas hati ke ape ke...kan?
itula...aku nye summary tu just aku nye pendapat saje..ikut nye opinion.tade pendapat yg salah or betul...and seronok diskas ngan kawan2 masing ada ending alternate masing2 kan..betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni kite boleh discuss pasal Potret Mistik plak... Aku jamin gerenti banyak bnda nak discuss dan kritik...
lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 2005-3-15 10:47 PM:
ok..bercakap tentang ending SEPET biar aku bawa balik artikel dari tahun lepas....aku paste sebahagian saja.......yg lelain tu kalau nak baca sila terus ke link dibawah....
2. Keong yang menjawab handphone Jason, berlakon sebagai Jason bila bercakap dengan Orked- 'Cinta' tetap ada bila ada orang-orang yang disampingnya masih mempercayainya. Psyche kita masih berdolak dalik tentang 'penyatuan' ini tetapi masih inginkan ia berlaku, tetapi kebenarnnya tetap menerangkan 'cinta itu hanya ilusi'.
semalam lepas tengok VCDnyer kawan aku pun cakap Keong yg jawab phone Jason tu sbb kan ker sebelum tu Jason call Keong ajak ke airport sekali.. dengan harapan Orked akan terima dia semula lepas tengok muka dia.... agaknya Keong control suara dia supaya lebey kurang cam suara Jason... ada logiknya juga pada aku... mungkin Jason eksiden dekat dengan umah Keong sbb dia on the way ke sana... lagipun jalan yg Jason guna tu bukan ke arah airport... kalau Yasmin betul |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ulatdaun at 15-3-2005 11:30 PM:
ya betul. itula kan...kite bukan kutuk2 filem die..masing2 buat ending masing. tu la yg bagus..kire kite perah otak diskuss pasal movie tu bukan nye kutuk2 dok tak puas hati ke ape ke...kan?
...
nampaknya saya jumpa seseorang yang boleh berdiskusi dengan saya.... hehe... tapi bukan potret mistik ek... selain daripada tu... sekarang sepet.. maybe next time, kita berdiskusi pula filem-filem yang ala-ala sebegini.... antaranya saya masih lagi ingin bertukar pendapat filem spinning gasing, taloompuk ke... apa-apa filem yang kita rasa wajar kita kritik... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imf at 15-3-2005 09:32 PM:
:setuju::setuju: but yang angkat phone pun, kita tak sependapat la... sebab bagi saya, bukan roh jason... tapi memang jason... macam saya pernah bagi my opinion before... ye la kan, ala-ala hindu ...
aku pelikla, kalo ikut pendapat ko, jason kan angkat telepon nyawa2 ikan? tp apsal cara jason jawab telepon tu tak mcm org sakit atau nyawa2 ikan pun? |
|
|
|
|
|
|
|
dah kutip berapa juta filem ni kat panggung ? |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni memang best...
filem melayu paling best penah aku nengok selepas rabun...
sape yg tak pegi nengok tu, memang rugi la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakcikangcute at 16-3-2005 10:02:
citer ni memang best...
filem melayu paling best penah aku nengok selepas rabun...
sape yg tak pegi nengok tu, memang rugi la...
aku pon suka tengok rabun.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tgk rabun...
masa tayang kat TV3 dulu ..anak sedara aku nak tgk cartoon network.
rabun ada keluar VCD tak?
sapa2 ada VCD rabun pls share ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by buiscasey at 16-3-2005 09:41 AM:
aku pelikla, kalo ikut pendapat ko, jason kan angkat telepon nyawa2 ikan? tp apsal cara jason jawab telepon tu tak mcm org sakit atau nyawa2 ikan pun?
maybe dia control... ala, tak kan la dia nak buat betul-betul... tu pun dah kira dia control... tak nak orked tahu... kalau orked tahu, confirm dia tak kan ke england... cinta itu kan mulia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Makcik_WOK at 16-3-2005 09:54 AM:
dah kutip berapa juta filem ni kat panggung ?
tak payah nak perli2 nye... Filem ni laku,dan dapat sambutan hangat... kalau film ni tayangannye meluas mmg sure dah berjutanye... Tapi sayangnya, tayangan filem ini agak terhad....
Berita baik...mulai esok Sepet masih lagi akan ditygkan kat mid Valley, KLCC, sunway 1 Utama, Kinta City, dgn jumlah tyg melebihi 2tyg setiap hari walaupun mulai esok Sepet sudah masuk minggu keempat... Mega Paviion taktau la ada ke x sok,,, Satu lagi, mulai sok, kat GSC Selayang ada gak kut Sepet.... Film yang release sama minggu dgn Sepet iaitu Hide And Seek dan Boogeyman, wpun pada mulanya jumlah tygnye melebihi Sepet, tapi sekarang ada antara wayang yang dah tak tyg 2 cite tsb atau jumlah tyg lagi kurang dari Sepet...
[ Last edited by laislabonita on 16-3-2005 at 11:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
chenhonming This user has been deleted
|
mana boleh saya dapat gambar-gambar jason dan orked?:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 16-3-2005 11:49:
tak payah nak perli2 nye... Filem ni laku,dan dapat sambutan hangat... kalau film ni tayangannye meluas mmg sure dah berjutanye... Tapi sayangnya, tayangan filem ini agak terhad....
Berita b ...
aku rasa makcik wok tak perli.. :no: sorry laa klu aku silap.. :tq: aku rasa cecah juta gak citer tu.. tapi biasala.. sehangat dan sehebat mana filem melayu skarang ni susah nak dapat banyak2 juta.. cam pontianak dulu.. tak sampai 3 juta kot.. :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 15-3-2005 10:47 PM:
ok..bercakap tentang ending SEPET biar aku bawa balik artikel dari tahun lepas....aku paste sebahagian saja.......yg lelain tu kalau nak baca sila terus ke link dibawah....
[url]http://www.ton ...
INILA FILEM PERTAMA MALAYSIA yang buat tupai berfikir pasal ending dier dan apa sebenarnya yang berlaku...terlalu subjektif dan memberi peluang pada tupai untuk lihat dengan lebih dekat lagi kisah cinta 2 kaum ini dan pemikiran kaum cina mengenai melayu dll.... setelah tonton filem ni...bagi tupai filem ini adalah yang terbaik untuk tahun milennium ni..walaupun bagi tupai ada sikit kelemahan mungkin dari segi angle shot dll tapi skrip dier sgt kuat sehingga tupai tak ambik kisah sangat tentang kelemahan tersebut...
tupai pelik bila org kata scene harith dan ida nerina tu menjelikkan tapi bagi tupai itu adalah realiti.. tupai dapat selami kemesraan dan kasih sayang mak inom dan suaminya..dari segi pakaian atau berkemban...kenapa kiter konservatif sgt...filem puteri gunung ledang pun berkemban jugak...
tupai sgt terpegun dgn lakonan orked (sharifah amani) dan jason/ah loong(ng chooo seong)..dalam filem pertama mereka,mereka mampu berlakon dengan penuh perasaan dan menyakinkan...lakonan mereka layak untuk memenangi best actress dan actor... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 10:47 PM:
Seperti yang Nizam Zakaria katakan pada aku, apabila beliau bertemu dengan sebuah filem kita yang sempurna pembuatannya, terbaik antara yang terbaik, Sepet adalah jawapannya. Aku juga mengatakan yang sama sepertinya.
:: ff: GAIA, kau kenal Nizam Zakaria?... dulu aku suka sangat apabila Nizam Zakaria mengulas satu satu filem atau album artis... sekarang ni Nizam Zakaria tak mengulas filem, tak macam dulu... sekarang kau pun tau kan, NZ buat novel bersiri percuma lagi... mmg superb n fawaidelimabatai dia nyer novel... aku cuma tadi teringat tulisan@ statement kau bila mengulas filem sepet ni cam NZ lak... thanks bro.. ff: |
|
|
|
|
|
|
|
:: aku tetiba rindu nak tengok sepet lagi... vcd dah keluar kan... aku dah tengok kat wayang tapi ntah, tetiba rindu ngan kecomelan si orked n kesepetan jason! |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru jer habis tengok sepet tadie.and i have to say that its very good.thumb up from yasmin.tak pernah across a film yg memerlukan kiter fikir sendiri ending dier.selalu ending citer melayu senang jer supaya penonton tak fikir.but this story do ask viewers to think about it.sedih betul ending dier.aku rasa jason dah mati tapi maybe roh dier yg angkat telefon sebab dier kata dier perlu dengar suara orked to sleep peacefully. |
|
|
|
|
|
|
| |
|