CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

[Copy link]
Post time 15-3-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 11:34 PM
Hari ini depa menerima mangsa paling kecil berusia 3 bulan. Sebak tengok

Yang ini buat hati aku sebak dan marah.
Semoga anak kecil ini dilindungi ya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 11:43 PM
Tiada keperluan isytihar darurat, pindah penduduk - PM
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 8:40 PM


Fu*k you Tun. Cepat2 la mampos.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah sah sisa kimia kena masuk incinerator. Tapi depa peduli apa. Pengilang pengilang duk bantai buang kat mana tempat yang boleh depa campak. Effect kemudian hari lantak pi. Itu belakang kira. Yang penting duit depa tak perlu terusik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sudah dapat bacaan kah?....
tok det ok jah...tidak perlu darurat pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 14-3-2019 05:57 PM
Doe @ Jas
.
Sedap nama tu.. 10 tahun yg lepas puas aku membela nasib sungai kim2, masa tu tiada la ...

Terima kasih atas usaha anda selama ini walaupun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Tetapi kesedaran dan sifat tanggungjawab saudara untuk menyuarakan masalah pencemaran yang berlaku amat saya kagumi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 08:41 PM
Penduduk Taman Pasir Putih khuatir keselamatan keluarga masing-masing.

Macam mana nak viralkan video ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Being dramatik memang ada dlm dna sis...sama mcm bah kuning dulu gigih nk ishtihar darurat sebab dramatik...

Also im smelling rat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la apa yang Tun cakap tu..... Awat kat pasir gudang tu orang melayu je la? Cina India takde pulak nampak mengelabah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 15-3-2019 09:26 AM
imogenBones replied at 14-3-2019 05:16 PM
Boleh tak saman kerajaan sekali sebab gagal ambil tindakan secepat mungkin? Mcm Fukushima..


kerajaan memang patut sgt disaman kerana lambat bertindak.tunggu sampai semingu tu apa hal. masa kejadian pembuangan bahan sisa radio aktif di  bukit merah , menglembu perak dulu  dap lah pejuang utama menyaman kerajaan .sekarang boleh diam plk .oo menglembu kawasan penduduk cina bkn mcm PG dipenuhi melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 15-3-2019 12:39 AM
Ya. Langkah paling cepat & menjimatkan masa disamping tanpa keluaq kan kos. Secara ringkas :

...

Awal2 aku keje dulu, direction kampeni ada le skit buat mende hardware ni... Ada la waste2 berjadual ni skit2....pegi la kejap kursus pengurusan sisa... Tu... Mmg kena buat listing tu...pehtu ada kampeni yg uruskan menda2 tu... Before kampeni tu mai kutip kena ada tmpt nak kumpulkan mende2 tu... Yh kengkawan aku geng byk pakai liquid2 tu kena isytihar list tu pada bomba... Bomba kata senang ni kalo jd kebakaran... Mmg pernah terbakar jgk la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 08:09 AM | Show all posts
Terimakasih TT @Remyda  sebab cantum kan semua info info  yang berkaitan bawah satu Thread dan untuk semua Update Update dalam Thread ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Peka mahu undang-undang alam sekitar lebih tegas

Astro Awani |  Published Mac 15, 2019 07:23 MYT
Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: : Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan mengenakan penaliti lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah alam sekitar.

Ia termasuk meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda dalam undang-undang sedia ada berkaitan alam sekitar, kata Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

"Penaliti lima tahun penjara dan denda RM500,000 (misalnya) tidak akan menghalang pencemar. Kerajaan patut mempertimbang hukuman penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM1 juta," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang dilapor menyebabkan lebih 2,000 orang dirawat di hospital, sambil 111 sekolah ditutup.

Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara.

"Meter ujian gas dan pencemaran seharusnya dipasang di semua kawasan perindustrian utama," tambahnya.

Beliau turut menyarankan setiap syarikat kimia diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memudahkan proses pemantauan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya. 5 tahun penjara tak berbaloi. Biaq depa mereput lebih lama dalam penjara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
imogenBones replied at 15-3-2019 06:43 AM
Macam mana nak viralkan video ni?

Dah ramai viral ni. Fb, WhatsApp, utube ada juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-3-2019 08:09 AM
Terimakasih TT @Remyda  sebab cantum kan semua info info  yang berkaitan bawah satu Thread dan untuk ...

Ya. Tak mengapa. Berita penting macam ni memang kena selalu update

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 06:29 PM
Murid, pelajar terjejas dapat pampasan
KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 6:05 PM


Depa igt duit blh ganti dgn kesihatan/nyawa ke?ape cer 10 org kt icu tu?icu tu 50-50 kot...serius..xleh brain laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran kimia: Hot FM minta maaf

14 Mar 2019

STESEN radio Hot FM membuat permohonan maaf terhadap kata- kata penyampainya ketika segmen Geng Pagi Hot, hari ini yang telah menyentuh sensiviti orang ramai berkaitan musibah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor Bharu.

Menerusi kenyataan di Twitter, pihak Hot FM berjanji untuk memperbaiki penyampaian dan berterima kasih terhadap teguran pendengar yang prihatin.


"Merujuk kepada pengisian Geng Pagi Hot pagi ini, kami memohon maaf sekiranya ia menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasan orang ramai.

"Kami akan terus memperbaiki penyampaian dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendengar.

"Teguran dan sokongan anda sangat kami hargai," ujar kenyataan itu.

Segmen yang dikendalikan Shuk, Shuib (Sepahtu) dan Fizie menerima kritikan ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes penceraman sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

Perkara itu mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta. Semasa temubual itu, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara tersebut berbunyi 'kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.'

Dalam kenyataan maaf itu, pihak Hot FM turut mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Padahnya Kalau nak bagi ulasan pakai kepala lutut. Hidup asyik nak melawak. Lain kali sekali sekala otak tu kena guna juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kronologi terkini pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

Bernama |  Diterbitkan pada Mac 15, 2019 07:19 MYT

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi perkembangan terkini kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac.

* 13 Mac:  Semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup.

- Sejumlah 947 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI. Seramai 166 orang dirawat di HSI.

- Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.

- Tiga orang termasuk dua pemilik kilang ditahan.

* 14 Mac: Sehingga 12 tengah hari, seramai 2,775 orang awam telah menerima rawatan, tujuh dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

- 92 tadika dan taska di kawasan terjejas juga ditutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa.

- 51 laporan polis diterima berhubung kes pencemaran bahan kimia.

-  Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

-  Keputusan analisis ke atas sampel yang diambil JAS dari Sungai Kim Kim menunjukkan kesemuanya mengandungi pelarut organik Benzene, Toulene, Xylene, Ethylbenzene dan D-Limonene.

- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mendapatkan bantuan daripada tentera dan Petronas untuk menghantar sumber mereka daripada segi jentera, alat dan pakar untuk membantu menangani krisis itu.

- Sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif meninggalkan kediaman mereka buat sementara.

- Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar isu pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang pada 4.30 petang.

- Tim Tinjau Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN)  dan Tim Casualty Evacuation Unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan ke kawasan terjejas untuk mengesan, mengenalpasti dan menyahkan sisa kimia itu.

- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa di hospital.

- Dr Mahathir menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim masih terkawal.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hangpa tengok sendiri kronologi tu. Tak serius apa benda lagi kes ni. Jumlah mangsa keseluruhan hampir 3000 orang. Mangsa paling muda bayi usia 3 bulan.

Pasainya sebab bukan family kaum kerabat hangpa yang kena. Stupid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.135399 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list