|
Reply #369 misbehave's post
misbehave's,
u nengok katne yeq?
klo tiket 7 hinggit tu mmg cnfrm ari rabu..........
i nengok kat mid valey........... kul 6.40.............
mmg asik ada org melatah bila terkezut
siap terkuar oh b*b*!
satu panggung gelak kat dia
heheheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok JPB nii.....tak berjaya mnakutkan aku pooonnn...
pasai aku bley agak apa akan berlaku sterusnyeeee....
time aku tingu movie ni lebih byk gelak drpd saspen....pasai
antu sakanye tu lucu bebenorrr...time aku gelak habis pak guard
tmpt keja mamat darma tuuu...siap bagi advise lg bagaikan seorang ayah menasihati anaknya....wakakakakkk..klakar laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak part kelakar time si nenek jemput hantu naik rumah.. siap kata rambut serabai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #397 de_turquoise's post
klakar gak la part ni
tahniah pierre andre |
|
|
|
|
|
|
|
Sinepleks: Jangan Pandang Belakang juara carta pecah panggung
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
JANGAN PANDANG BELAKANG bagai mencipta satu fenomena baru dalam industri perfileman tempatan, terutama dalam pengeluaran filem bercorak seram, apabila sambutan yang diberikan kepada produk terbitan Metrowealth Movies Production ini begitu membanggakan.
Selepas Cicak-Man menghasilkan sejarah tersendiri dengan memungut sejumlah RM5.2 juta sebagai filem komedi superhero pertama negara pada awal tahun ini, kini giliran filem arahan Ahmad Idham pula untuk menggegarkan panggung. Sesudah lima hari tayangan, Jangan Pandang Belakang sudah pun mengutip RM2.5 juta.
Kata penerbitnya, David Teo, kutipan itu ialah catatan terbaik pernah dilakukan mana-mana filem Melayu setakat ini. Justeru, dia berkeyakinan filem yang mendapat pujian ramai itu akan terus bertakhta di singgahsana juara carta pecah panggung negara ini, buat beberapa minggu lagi.
Menurut laporan sebelum ini, David berkata, dia menaruh harapan filem seram terbabit berupaya mengatasi kutipan Sembilu II, yang kekal sebagai filem Melayu dengan kutipan tertinggi sehingga hari ini, iaitu RM6.1 juta.
揝aya yakin Jangan Pandang Belakang mampu bertahan sebagai pendahulu filem box office untuk dua atau tiga minggu lagi kerana tiada filem besar akan memasuki panggung dalam masa terdekat. Hanya pada awal Mei nanti, barulah filem blockbuster Hollywood, Spider-Man 3, akan mula ditayangkan. Lalu, peluang itu tentunya akan digunakan oleh Jangan Pandang Belakang untuk meraih lebih banyak perhatian, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by esah50sen at 13-4-2007 04:34 PM
aku dah tengok JPB nii.....tak berjaya mnakutkan aku pooonnn...
pasai aku bley agak apa akan berlaku sterusnyeeee....
time aku tingu movie ni lebih byk gelak drpd saspen....pasai
antu sakanye ...
mungkin kalau antu tu menjelma kat depan ko..baghu ko takut...wargh...wargh,,, |
|
|
|
|
|
|
|
br tgk citer nih td..ok gak..mmg saspen..sbb sound system die leh wat org ke heart attack..part2 klaka pn mmg besh..plg besh time part cat farish tu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #400 medangmru's post
hahah btol tuh.....kang tak semena mena..... |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni memang best.......tapi jalan citer terlalu laju ......tapi tgk kat pawagam best giler.......penonton sekejap menjerit kejap ketawa.....paling hampeh ader mamat mana ntah asyik melatah jer......tgk citer nih dalam panggung hampeh........hilang mood |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 11-4-2007 12:58 PM
pagi tadi aku dengar berita kat era...
filem ni dapat RM2.5 juta selepas 5 hari tayangan
maknanye sehari setengah juta...kirala kalo dah 10 hari, 20 hari
part yg paling best ahmad idham kata ...
hahaha... lawak laa tajuk JPB 2 koo..ahaha.. tambah lagii.. JPB 2 : Kepulangan Rose |
|
|
|
|
|
|
|
seram gak citer ni......... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lum tgk lg.... based on korang punyer feedback cm best jerk kan citer JPB ni?? so aku mesti tgk... die die must watch!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok citer ni hujung minggu lepas..seram gilerr!!sampai takut aku nak kuar malam sorang2 lagi dah!nak park kreta kat shed tepi rumah pun aku takut...waaa!!!seram arr citer nii... |
|
|
|
|
|
|
eina_neil This user has been deleted
|
waaa bestnye korang nye feedback. kawan aku pulak kata cite ni biasa2 je. tapi byk kali jugak terkujat. serammmmm...
aku pun plan nak tgk weekend ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Pandang Belakang mampukah atasi sejarah Sembilu II?
DAVID Teo (dua dari kiri) bersama pelakon dan pengarah, Ahmad Idham (dua dari kanan).
--------------------------------------------------------------------------------
SETAKAT ini, filem arahan Datuk Yusof Haslam, Sembilu II yang ditayangkan pada tahun 1995 masih memegang takhta sebagai filem box-office dengan kutipan sebanyak RM6.2 juta. Sehingga kini, tiada satu filem pun yang mampu mengekang jumlah kutipan filem lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain itu.
Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada tahun lepas juga tidak berjaya memecahkan rekod tersebut walaupun berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM5.2 juta.
Kini, filem yang dikatakan paling seram pernah diterbitkan di Malaysia iaitu Jangan Pandang Belakang (JPB) arahan Ahmad Idham, disebut-sebut sebagai filem yang mampu mengatasi kutipan filem Sembilu II.
Mengapa? Bayangkan, hari pertama tayangannya pada 5 April lalu, JPB telah memecah rekod yang pernah dicipta oleh Cicak-Man apabila berjaya mencapai kutipan sebanyak RM410, 000 berbanding RM350,000 yang dikutip oleh Cicak-Man pada hari pertama tayangannya.
Dan sehingga kini, JPB telah berjaya mencecah kutipan sebanyak RM3.3 juta dalam tempoh seminggu sahaja menerusi 55 salinan dan ditayangkan di 51 buah lokasi termasuk di Brunei.
Ketika dihubungi, Penerbit JPB, David Teo melahirkan rasa terharu dan lega dengan penerimaan penonton terhadap filem lakonan Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan dan Rio Elani itu.
揝aya percaya penonton yakin bahawa mereka tidak tertipu dengan apa yang kami canangkan dan hebohkan selama ini. Saya sendiri mendapat maklum balas daripada penonton yang mengatakan mereka amat puas hati dengan keseluruhan jalan cerita JPB yang berjaya membuatkan mereka teruja. Malah, bunyi Dolby Digital Surround yang kami tampilkan berjaya membangkitkan keseraman kepada penonton dan mereka memujinya, |
|
|
|
|
|
|
sweetintan This user has been deleted
|
dah nengok dah..
aku dah nengok dgn kekawan ofiss..bebudak pompuan cool ajek..lawak giler bebudak lelaki terkejutx badak aje..hehhehehe..hilang seram aku dok gelak kat dia org....pastu terkejut badak bukan time betulx hantu kuarr.... |
|
|
|
|
|
|
|
selagi Ahmad Idham yang buat, selagi tu aku tak akan tengok |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok movie ni semalam..sib baik dah tahu cite ni sikit2 dari forum nie...so kureng sikit seram dia....hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya lah part darma mimpi jatuh dari apartment dia tu ker stuntman 2 menemui ajal............. |
|
|
|
|
|
|
|
da tengok...
seram gak la...
tp ader gak part2 klaka...
ahaks...
best gak la citer nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|