perutusan pengerusi BP yg terbaru menyatakan sejak BP menjadi coopbank mulai tahun ini maka ia tert ...
harizs Post at 14-11-2011 22:51
Yang ni aku tak faham, mengapa bila jadi coopbank dan tertakluk kepada akta koperasi tidak boleh bagi dividen lebih dari 6.5%. Setahu aku Bank Rakyat juga bank koperasi, boleh pula bagi 20%, koperasi lain eg LTAT pun koperasi, 14%.
Yang ni aku tak faham, mengapa bila jadi coopbank dan tertakluk kepada akta koperasi tidak boleh ...
Odyman Post at 9-7-2012 10:26
nyaris la aku sempat bawak keluar semua duit end of last yr & cepat2 transfer to asb. nyawa BP dah tak lama dah, akan mengulangi sejarah koperasi2 yg dah bungkus di msia.
dividen hanya akan diagihkan sebulan lepas raya. sama mcm tahun lepas. walhal sebelum2 ni dividen dibyr pd bulan july. bila call katanya kaki tgn tak cukup. bila kita call headquater, stafnya marah2. memang la betul staf2 mentaliti gomen. lembab.
50 KOPERASI DITUTUP SKM
Lebih 50 koperasi di seluruh negara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibatalkan pendaftarannya tahun lalu berikutan pelbagai masalah termasuk penyelewengan dan gagal menjana pendapatan. Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin berkata, pihaknya terpaksa membatalkan pendaftaran koperasi terbabit selepas didapati tidak mempunyai potensi dan kurang aktif dalam perniagaan.
“Kami sudah memberi peluang, tetapi pihak berkenaan tidak menggunakan peluang itu sebagai batu loncatan untuk berjaya menyebabkan SKM terpaksa membatalkan pendaftaran mereka.
“Kebiasaannya ia membabitkan pelbagai masalah pengurusan tidak teratur , tidak melaksanakan sebarang program dan berlaku penyelewengan,” katanya ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Hala Tuju Sektor Koperasi Negeri di sebuah hotel, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Sektor Pembangunan SKM, Jaapar Mohayat dan Pengarah SKM Terengganu, Osman Ismail. Beliau berkata, pihaknya menyediakan pelbagai kursus bagi membantu koperasi bermasalah menangani isu dihadapi mereka.
“Jika masalah tetap berlaku, SKM terpaksa mengambil tindakan tegas iaitu membatalkan pendaftaran sebagai pengajaran kepada koperasi lain.
“Biasanya SKM memberi tempoh tiga tahun untuk sesebuah koperasi bermasalah memulihkan keadaan sebelum membatalkan pendaftaran kerana kami enggan menanggung risiko terhadap masalah koperasi yang tiada masa depan dan hala tuju jelas,” katanya.
kalo ikutkan hati..mmg last year lg aku kuarkan semua saham BP ni..
tapi staff BP advise aku jgn kuar...thn depan ok sikit katanya..tapi nan hadoo gak..
ingatkan nak keluar tahun lepas sebab dapat 6.5%,tapi tahan dulu sebab mana la tahu tahun ni ok sket....rupa rupanya makin teruk...turun 25 basis point...dah la bayar lambat...kalau ikut kiraan simplenya 6.25% over 20 bulan...(last year dari jan 2011 sampai aug 2012)...berbaloi ke?