|
Rockensteiners[Faizal Tahir FC]Keahlian dibuka!
[Copy link]
|
|
Reply #399 faeina's post
santek kan.. yna pun suke |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel terakhir Faizal di Bipop Ahad lalu untuk tahun ini
Bakat baru cetus revolusi muzik
Oleh Faizal Tahir
Kehadiran bakat baru mampu mengubah persepsi masyarakat tempatan dan juga luar yang pesimistik dengan kualiti muzik
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Diharapkan pembaca setiaB*Pop berada dalam keadaan sihat walafiat. Pejam celik, pejam celik,2009 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Kalau disingkap kembali,banyak pengalaman pahit dan manis saya lalui selama bergelar anak senisepanjang tahun ini.
Namun, yang pasti setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya.
Apa yang penting, 2009 bakal membawa semangatbaru kepada diri saya dalam mempertingkatkan prestasi saya sebagai anakseni serta memberi sumbangan kepada industri hiburan Malaysia.
Jumaatlalu, kita sudah menyaksikan Muzik Muzik 2008 Separuh Akhir yangterakhir iaitu bagi kategori Pop Rock bagi memilih lagu dan artis yangakan berentap dalam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang dijadualkanberlangsung bulan depan.
Ini bermakna keputusan telahpun dibuat untuk memilih finalisdari ketiga-tiga kategori terbabit - Etnik Kreatif, Balada dan PopRock. Tahniah diucapkan kepada semua artis, komposer dan penulis lirikyang berjaya ke AJL23.
Tiga lagu dari kategori Etnik Kreatif, enam lagu (Balada) danlima lagu (Pop Rock) akan bersaing pada 18 Januari depan bagi merebutgelaran Juara Lagu Ke-23. Perkara yang menarik perhatian saya adalahdominasi kumpulan muzik baru dalam kategori Pop Rock. Ini membuktikanbahawa industri muzik kita sedang melalui perubahan yang besar denganpenerimaan masyarakat terhadap kumpulan baru, dengan muzik mereka yangbegitu menyegarkan minda.
Jika dulu, kita pernah melalui zaman di mana kumpulan rockmendominasi arena muzik tanah air, namun zaman itu sudah lama berlaludan kita sedang melalui satu era yang menyaksikan penyanyi solomemonopoli pasaran muzik.
Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam bidang muzik, sayaberasa cukup bangga dengan pencapaian dan perubahan yang dibawakankumpulan muzik seperti Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan. PopShuvit, Sofaz dan banyak lagi dalam industri ini.
Ia satu petanda yang baik bagi industri muzik kita. Lebihmembanggakan, anak-anak muda ini juga berbakat besar dalam penggubahanlagu dan penulis lirik, malah berkebolehan menerbitkan sendiri albummereka.
Tidaksalah sekiranya saya katakan kita sebenarnya sedang mengalami saturevolusi muzik tempatan. Apa yang saya harapkan, kehadiran bakat baruini mampu mengubah persepsi masyarakat tempatan dan juga luar yangbersikap pesimistik dengan kualiti muzik tempatan sebelum ini.
Saya percaya ini hanya satu permulaan yang bakal mencetuskanbanyak lagi pembaharuan khususnya dari aspek mentaliti dan persepsimasyarakat kita.
Kalau sebelum ini masyarakat kita banyak dihidangkan dengankonsert percuma, namun adakah dengan kehadiran muzik nafas baru inidapat menarik perhatian peminat muzik tanah air untuk menghadirikonsert berbayar?
Kami sebagai anak seni hanya mampu melakukan yang terdayadengan menghidangkan muzik kami kepada masyarakat. Namun yangselebihnya adalah di tangan peminat dan pendengar.
Diharapkan, tahun baru nanti bakal membawa satu era baru dalam memartabatkan industri muzik negara.
Kepada teman-teman rakan artis, teruskan perjuangan kerana kita mampu melakukannya.
Sebagai artikel terakhir saya pada tahun ini, saya inginmengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Berita Harian dansemua teman wartawan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya danyang paling penting, kepercayaan kepada saya sebagai penulis jemputanB*Pop.
Saya memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap dandiharapkan segala penulisan saya dapatlah serba sedikit membantu dalammengenali dan menaik taraf industri muzik tempatan. Insya Allah kitaberjumpa lagi di tahun hadapan. Wassalam! |
|
|
|
|
|
|
|
thanx washere |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir di the Curve Masquerade New Year Celebration 2009
tonight 31/12 - 1/1/2009 |
|
|
|
|
|
|
|
Harapan tahun baru (1/1/2009)
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
[table][tr][td]Rap[/td][/tr][tr][td][/td][/tr][tr][td]BAGAIKAN 慽roni |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis Januari 8, 2009
Faizal gementar pertama kali beraksi di AJL
Oleh WAHIDA ASRANI
PERASAAN gementar dan teruja saling berbaur di dalam diriFaizal Tahir tatkala menjelangnya Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23)yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari ini.
Kegagalan beraksi di AJL tahun lalu akibat kontroversi yangdicetusnya dulu membuatkan penyanyi berusia 30 tahun ini adakalanyatertekan apabila memikirkan tentang persediaan yang perlu dilakukannya,apatah lagi ini merupakan kali pertama dia akan berentap di pentas AJL.
Menebus kekecewaan lalu dengan turut mempertaruhkan dua buah lagubagi kategori Balada iaitu Cuba dan Sampai Syurga yang kedua-duanyamerupakan ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri, penyanyi yangcukup sinonim dengan imej 'Superman' ini mempunyai cara tersendiriuntuk persiapan sempena malam kemuncak itu.
Bagi Faizal, dia hanya ingin memastikan persediaan dari segi mentaldan berharap kesihatannya tidak terjejas sebelum berlangsungnya AJL23yang bertemakan Iluminasi Muzik itu.
"Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang persediaan persembahan.Bukannya tidak ambil kisah, tetapi saya tidak mahu terlalu merancang,takut kecewa jika tidak 'menjadi'.
Faizaltidak letak harapan tinggi, tetapi akan berikan persembahan terbaikpada malam AJL23 nanti - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL
"Kalau boleh, saya ingin penonton nanti memberi lebih fokus kepadasususan muzik dan lagu itu. Dan apa yang lebih penting buat saya ialahuntuk bersiap-sedia dari segi mental dan perlu jaga kesihatan," kataFaizal yang ditemui pada sidang media dan cabutan nombor giliranpersembahan AJL23, di Sri Pentas, baru-baru ini.
Selain dua buah lagu nyanyian Faizal, terdapat 12 buah lagu lagiyang dipertandingkan menerusi tiga buah kategori; Etnik Kreatif, PopRock dan Balada.
Tiga buah lagu daripada Etnik Kreatif, enam menerusi kategori Baladadan lima buah lagu di dalam kategori Pop Rock akan berentap bagimerangkul gelaran Juara Lagu Ke-23 sekaligus bakal meraih wang tunaisebanyak RM25,000.
Bagi kategori Etnik Kreatif, tiga buah lagu yang layak ke peringkatakhir AJL23 ialah Persoalan Cinta nyanyian Farawahida, ciptaan Julfekardan lirik oleh Ku Seman dan Izza Rosley, Dusta Berkalang nyanyian Aiman(Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) dan Doa Dalam Lagu nyanyian Mawi danHeliza (Ajai/Loloq) yang mana Zahid akan menggantikan Mawi pada malamtersebut.
Bagi kategori Balada pula, selain Sampai Syurga dan Cuba, lagu yanglayak ialah Bila Nak Saksi oleh Spider (Tam/Loloq), Hanya Di Mercunyanyian Ayu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan), Dingin oleh Ziana Zain(Azlan Abu Hassan/Azalea) dan Lagu Kita nyanyian Aizat (Aizat).
Lima buah lagu yang dipertandingkan menerusi kategori Pop Rock pulaialah Kalis Rindu dendangan Elyana (Aidit Alfian/Ad Samad), LaguUntukmu oleh Meet Uncle Hussein (Taja, Tass, Lan/Taja, Tass), YangPernah nyanyian Estranged (Estranged/Estranged), Aku Stacy nyanyianStacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin, Layla Ismail) dan Bukan DiSini oleh Sofaz (Zimi, Ameer/One).
Mengulas tentang dua buah lagu nyanyiannya itu, kata bapa kepada duaorang cahayamata ini, dia akui Sampai Syurga lebih mencabar berbandingCuba.
"Sejujurnya, saya lebih selesa dengan Cuba sebab nyanyiannya tidaksesukar Sampai Syurga. Tetapi, saya akui lirik Sampai Syurga lebihuniversal.
"Apapun, saya tidak letak 'bias' untuk mana-mana lagu tersebut.Kedua-duanya adalah ciptaan Audi dan lirik oleh saya, dan sudah tentusaya tetap akan membuat persembahan yang terbaik untuk kedua-dua laguitu," katanya.
Ditanya antara dua buah lagu tersebut, yang manakah mempunyaipeluang yang lebih cerah untuk menang, kata Faizal, dia sendiri sukaruntuk meramalkan meskipun kebanyakan peminat-peminatnya mempunyaipilihan masing-masing.
"Memang ada yang cakap Cuba mempunyai potensi cerah untuk menangberbanding Sampai Syurga, tetapi ada juga yang berkata sebaliknya.Sukar untuk saya pilih, tetapi saya tidak menafikan 'feel' saya lebihkepada Sampai Syurga.
"Tetapi untuk dinobatkan sebagai juara, saya rasa semua lagu yang bertanding ada kekuatan tersendiri.
"Saya melihat Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussein adalah calonyang paling layak untuk menang sebenarnya kerana bagi saya, muzikmereka amat 'fresh'.
"Tetapi jika ditanya bagi kategori Balada sendiri, saya letakharapan yang tinggi kepada lagu Dingin nyanyian Ziana Zain dan LaguKita oleh Aizat. Saya melihat Aizat adalah pelapis yang cukup berbakatbesar," kata Faizal lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
mulai esok (isnin 12 jan), insya Allah bh akan letakkan nama faizal sebagai calon awal pengacara tv lelaki popular abp... so vote for faizal k...
sumber: kak cham bh |
|
|
|
|
|
|
|
nama ft dah ada kat berita harian.. so vote!!!
[ Last edited by rienn at 12-1-2009 11:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ajl 4 hari jer lg.. ss dan cuba... dan jangan lupa vote ft kat abpbh 08 :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah!!!
Faizal Tahir / Audi Mok
sbb jadik Juara tuk AJL nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
fans faizal tahir dah bleh berpindah ke rumah baru |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ini dipindahkan ke sub board Faizal Tahir atas permintaan MOD sub board Faizal Tahir :cool:
Good luck di tempat baru
|
|
|
|
|
|
|
|
camner nk jd fc rasmi FT eh?
da lme aku nk masok....
x masok2...hakhak!!..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #417 phycaze's post
wahhh masuk lah sini...jay akan update ahli kelab nanti free |
|
|
|
|
|
|
| |
|