CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: periwinkle..

MERGED : All About Terengganu [Syd]

[Copy link]
Post time 14-12-2007 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by ulat at 7-12-2007 11:29 PM
pernah duk kat legend cherating...pergghhh....laut dia...cantik giler...........(tapi takleh la compare nagn redang/perhentian kan).

-note: tapi pegi masa bulan 6 ari tu la..

sapa tau mana2 ...



pssttt....saya pon pegi legend cherating tuh bulan 6 ari tuhh...  memang best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2007 03:17 PM | Show all posts
Gambar2 masa Monsson cup bebaru ni di Kelab Teluk Warisan






Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 03:18 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 03:19 PM | Show all posts


Bas pelancong...percuma je ni....ambil kat Dataran Shahbandar....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 03:20 PM | Show all posts


sungai tganu di depan pasar pyg....bot penambang dan kelihatan kelab teluk warisan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 03:21 PM | Show all posts

Giant KT




Airport baru KT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2007 03:22 PM | Show all posts


Kompleks Noor Arfa batik di chendering yg bakal di buka tak lama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by marisa_anuar at 14-12-2007 03:19 PM



pssttt....saya pon pegi legend cherating tuh bulan 6 ari tuhh...  memang best...

cerating bukan kat pahang ke?
ni cerita terengganu ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2007 07:42 AM | Show all posts

Visit Terengganu 2008 : Seni budaya warisan negeri

Visit Terengganu 2008:
Seni budaya warisan negeri    Oleh Nazura Ngah
               

     ULIK Mayang tarian yang menjadi identiti Terengganu.

                   Tarian Rodat, Ulik Mayang serta kehalusan songket tenun dan batik warnai keindahan Terengganu

RODAT adalah seni persembahan tarian dan nyanyian warisanTerengganu. Seni persembahan unik ini hanya ada di negeri itu yangsering dipersembahkan secara terbuka untuk majlis keraian atau pestakhususnya di luar bandar.

Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenalisebagai pelenggok, pemukul gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita(mak inang) yang menampilkan empat gabungan posisi gerakan badan iaituberdiri-berlutut-duduk-berpusing, diiringi dengan rentak dan alunanmuzik dihasilkan gendang tar atau kompang temborin.
        
     Rodat dipercayai berasal daripada singkatan`Hadrat Baghdad' yang menjadi sebahagian bentuk seni persembahan hadrahatau berzanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang berasal dariTimur Tengah.

Pengarah Akademi Seni Terengganu (Aseni), Mohd Noor Yusof,berkata rodat dibawa masuk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui PulauSambas di Indonesia.

Buletin Warisan terbitan Mac 1979 mencatatkan pedagang dariSambas dan Pontianak datang ke Terengganu untuk membeli budu, songketserta perkakas tenunan dengan perahu besar pada awal abad ke-19.

                          


                        Pada sebelah malam anak kapal Sambas berkumpul sambil memukul rebanakecil dan menyanyi serta menari hingga larut malam. Dipercayai kampungyang mula-mula menerima seni rodat di Terengganu adalah Kampung PasirPanjang dan Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu.

Namun seni persembahan yang popular suatu ketika dulu kinisemakin dilupai apabila hanya lima kumpulan terdiri daripada warga emasyang masih membuat persembahan di Terengganu.

Bagi memartabatkan rodat, Aseni yang menyambut ulang tahunpertama pada 1 Ogos lalu berusaha mengangkat semula seni itu sebagaiseni persembahan milik rakyat Terengganu dengan melatih anak mudamenjiwainya supaya tidak luput ditelan zaman.

Selain rodat, seni persembahan lain seperti nyanyian lagurakyat, Ulek Mayang, gamelan, wayang kulit, teater dan tari turutmewarnai seni tradisional warisan bumi Terengganu.
                                Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadiidentiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejakberatus tahun lalu.

Kini Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburansemata-mata tanpa mencampur adukkan dengan unsur khurafat dalam bacaanmentera, malah persembahan itu hanya berlangsung 10 minit berbandingantara 20 hingga 30 minit.

Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd NazriIsmail, berkata olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukanbagi memberi nafas baru selaras dengan perkembangan zaman danpenerimaan masyarakat ketika ini.

Ulek Mayang sering dipersembahkan pada majlis penutup programpromosi termasuk di luar negara antaranya Jerman, Brunei, Singapura danIndonesia.

"Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yangmengubati orang yang kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulanlelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorangdaripada mereka terkena sampuk.

"Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dariBukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk memintabantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera.

  "Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk unsur khurafat dihapuskan," katanya.

Selain kaya dengan kebudayan unik, Terengganu juga sinonim dengan penghasilan kraf seperti songket dan batik.

Antara pengusaha songket yang mendapat tempat di hati peminatdari dalam dan luar negara ialah pemilik Terengganu Songket, Zainab @Ngah Mamat, 65 yang beroperasi di rumahnya di Kampung Bukit Depu, JalanPasir Panjang, Kuala Terengganu.

Tokoh Kraf Negara 2002 itu mewarisi bakat membuat songketdaripada arwah nenek dan ibunya serta mampu menghasilkan songket seawalusia 12 tahun.

Zainab yang mempunyai 50 pekerja sambilan dan enam pekerjatetap gemar menghasilkan songket bermotifkan alam semula jadi sepertibunga, tumbuhan dan buah-buahan. Songket yang dijual berharga antaraRM35 dan RM15,000 yang mempunyai tiga ukuran lebar iaitu dua meter,2.25 meter dan 2.5 meter, manakala labuh sama ada 30 inci, 37 inci dan42 inci.

Harga sehelai songket bergantung pada jenis benang sama adakapas atau sutera, corak, bunga dan tempoh masa menghasilkannya. Contohsongket berharga RM15,000 yang ditempah pemimpin negara memerlukan masatujuh bulan untuk disiapkan.

Katanya, songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihanpembeli, manakala orang kenamaan yang mementingkan kualiti tidakberkira untuk memilih songket bernilai ribuan ringgit.

Batik juga mengalami perkembangan mengikut peredaran zamandan cita rasa pemakainya. Jika dulu batik hanya terhad pada batik yangdicop atau dilukis tangan atas kain fuji atau kapas, namun sejak 1992,batik mengalami perubahan apabila kain sutera dari China menambahfabrik sedia ada.

Pengarah Imbasan Damai Batik Sdn Bhd, Fauziah Yahya, 50,mengakui batik memerlukan sentuhan kreatif bagi menghasilkan corakeksklusif dan terbaru yang membuatkannya sentiasa hidup atau'evergreen' walaupun berusia lebih 10 tahun.

Antara teknik yang digunakan dalam penghasilan batik adalahteknik lilin dan 'brush'. Kain sutera yang dibawa masuk dan menjadifabrik utama dalam menghasilkan batik mempunyai beberapa jenis iaitusutera jacquard, creepe, rayon, sifon dan habotai.

Finalis Piala Seri Iman yang akan berlangsung bulan ini(November) mengusahakan industri batik dan songket warisan keluargasuaminya, Sukri Abdullah, 56, di Losong, Kuala Terengganu.

"Batik sentiasa mendapat permintaan dan langkah kerajaanmenggalakkan pemakaian batik di kalangan kakitangan kerajaan pada haritertentu serta majlis rasmi menjadikan industri batik terus berkembangmewarnai seni warisan Terengganu," katanya.

  Terengganu juga kaya dengan seni kraftangan anyaman berasaskan rotan, buluh dan daun mengkuang.

Pelancong dari Kuala Lumpur yang memilih laluan darat untuktiba ke Terengganu khususnya bandar Kuala Terengganu akan dapatmenyaksikan deretan gerai yang menjual produk itu di beberapa lokasi diMarang.

Malah jika terlepas, pengunjung masih berkunjung ke PasarBesar Kedai Payang di Kuala Terengganu yang menjadi syurga kepadapeminat barangan kraf.

  Lebih tepat lagi, Terengganu menjadi destinasi 'macam-macam ada' bagi memenuhi selera pengunjung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 10:34 AM | Show all posts

Reply #52 sudugarpu's post

salah ker kalo saya nak quote kawan kita tuh pasal dia pernah pegi cherating dulu...   saya tahu larr cherating tuh kat pahang & bukannya terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 10:36 AM | Show all posts
last week balik raya kat umah PIL KT...hari2 pong ujan...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 10:38 AM | Show all posts




solat jumaat


beli keropok lekor losong


waterfront




[ Last edited by  marisa_anuar at 24-12-2007 10:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 02:49 AM | Show all posts
gi ganu ikut kawan cuti CNY tahun 2007 aritu..
best.. nasi dagang sedap gile member beli kat pasar..
pehtu makan ikan, sotong, udang celup tepung kat pantai apa tah yang ada orang bawak kuda tu..
pehtu naik bot pegi seberang takir.. kat situ gerai buruk tepi jalan pun jual kopok lekor sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 02:11 AM | Show all posts

Reply #55 marisa_anuar's post

best nyor mung rayo kat ganu. Sure kenduri besar makang daging
Weekend nih aku nak drive ke ganu.. yeahhaaahh !!! ujan pong ujan la, nok wat lagu mano. Rindu benar kat ganu nih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by arwien at 26-12-2007 02:11 AM
best nyor mung rayo kat ganu. Sure kenduri besar makang daging
Weekend nih aku nak drive ke ganu.. yeahhaaahh !!! ujan pong ujan la, nok wat lagu mano. Rindu benar kat ganu nih. :lo ...


aah...aku wat korban tahun nih tapi x buat kenduri larr...
bagi2 daging kat orang kampung jer...
tapi memang kenyang gilerr weiii...nak wat lagu mano...sana sini
orang jemput makang kenduri...jamu daging lembu ado..
daging kambing panchubari ker eh betul ker ejaan nih...

malam2 memang ujan lebat...sejuk beb x tahan betuiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by marisa_anuar at 26-12-2007 09:16 AM


aah...aku wat korban tahun nih tapi x buat kenduri larr...
bagi2 daging kat orang kampung jer...
tapi memang kenyang gilerr weiii...nak wat lagu mano...sana sini
orang jemp ...


ujang2 tidor seddak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2007 03:19 PM | Show all posts
ujang2 ganu ikang mahal weh...............!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:22 AM | Show all posts
Originally posted by joules at 27-12-2007 03:19 PM
ujang2 ganu ikang mahal weh...............!!


ye la....org dok turun kelaut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 11:08 AM | Show all posts
ssiang nok kelauk ganer langik gelak, ombok degung degang.

anyway dulu2 pernah jumper satu artikel, ntah kat majalah ker paper ker...penulis tu sajer suarakan pendapat, pernah ker org gi melancung ke east coast, esp trg pada musim tengkujuh.... just to get the feel of the wind, rain & waves masa tgh2 hujan lebat tuh.. hmmm pendapat aku, aku rasa idea tu unik.

aku seniri masa kecik2 dulu pernah gak la lepak kat tepi pantai dalam keadaan macam tuh. bukan aper, tak dan dah nak lari sebab duk cycle kat jalan pantai kat dungun tuh. tapi betul la best bila ingat2 balik. cuma masa kena tu tak besh sikit sebab: tak prepared, so basah kuyup. pastu sejuuuuuuuuuuk, & bila balik rumah kena marah coz lenjunkan rumah lak
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 11:13 AM | Show all posts
hotel hoover kat KT ada lg tak?
aku penah duk hotel ni masa musim tengkujuh..
hujan dari pagi sapai malam sapai esok nye..
siap banjir lagi kt bawah tu..berjalan kaki ke pasar payang pun kene sengseng suar..
nk g makan pun payah....
tp tu kisah belasan tahun dlu..
skrg ni aku rajin g ganu belah pulau2 je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.072809 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list