CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmad_dhani91

LENTERA TIMUR - menuju angka 100k!

[Copy link]
Post time 12-12-2008 05:37 PM | Show all posts
korang .. dengo2 tajuk album: LANTERA TIMUR.

persoalannya, seperti pernah ku dengar tapi dimana yah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 05:52 PM | Show all posts
ade sesiapa yang suggest nama Lantera Timur tak kat cni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:25 PM | Show all posts
tak sabar nak beli Lantera Timur...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:26 PM | Show all posts

Balas #411 ZacharyDerwoods\ catat

mcm takde je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:35 PM | Show all posts
yg aku penah dgr hala timur je..album mek ani..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:54 PM | Show all posts

Reply #414 pzan213's post

hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 07:29 PM | Show all posts


Album baru Lantera Timur dipasarkan 26 Disember

Dalam pada itu, Siti begitu teruja menantikan kelahiran album terbarunya, Lantera Timur yang bakal menemui peminat pada 26 Disember ini.

Lantera Timur yang membawa maksud Cahaya Timur adalah buah tangan terbaru Siti selepas lebih 4 tahun tidak melahirkan album penuh berlatar belakangkan muzik tradisional.

Siti berkata, album berkenaan akan menampilkan 11 lagu baru dengan barisan komposer handalan seperti M Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara.

"Konsep album ini adalah tradisional kontemporari. Siti harap album ini akan mendapat sambutan yang baik daripada peminat Siti. Harap-harap mereka akan berpuas hati," katanya.

Jelas Siti, perancangan untuk melahirkan Lantera Timur sudah dirancang 2 tahun lalu. Bagaimanapun dia masih kekurangan material sehinggalah projek itu dilaksanakan dengan bantuan MACP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 08:32 PM | Show all posts
apesal tibe2 ader gmbr tnh runtuh tu?...ade citer psl tnh runtuh ke kat berita ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 08:40 PM | Show all posts

Balas #417 pzan213\ catat

Siti, Datuk K Minta Bantuan Pakar Geologi

KUALA LUMPUR, 12 DIS 2008: Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada 6 Disember lalu turut memberi kesan mendalam kepada penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza.

Meskipun kediamannya yang terletak tidak jauh dari kawasan malapetaka itu belum terjejas, penyanyi itu tetap memikirkan kemungkinan yang berlaku serta mengambil langkah-langkah keselamatan.

Ketika ditemui portal murai.com.my sempena wajah baru butik Lord's Tailor di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) petang semalam, Siti berasa hiba dengan kejadian itu yang turut menimpa kediaman sepupunya serta penduduk di kawasan berkenaan.

Kata Siti, bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti tanah di persekitaran kediamannya itu, dia dan suaminya, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) akan memanggil pakar geologi untuk memantau kawasan itu.

"Setakat ini kami belum berpindah kerana kawasan kediaman Siti tidak terjejas. Kami tinggal di kawasan tanah rata dan tidak ada bukit yang tinggi berhampiran rumah Siti.

"Bagaimanapun Siti dan suami tetap mengambil langkah berhati-hati. Suami Siti sudah membuat rondaan di sekitar rumah bagi memastikan tiadanya keretakan. Kami juga akan meminta nasihat pakar geologi bagi memastikan kawasan rumah kami itu benar-benar selamat untuk didiami," katanya.

Bercerita tentang pengalamannya ketika malapetaka itu, Siti berkata, dia sungguh cemas apabila diberitahu tentang kejadian itu oleh suami dan sepupunya awal pagi.

Bagaimanapun dia bersyukur, apabila mengetahui rumah sepupunya itu terselamat tetapi tetap menjemput mereka tinggal di rumahnya.

"Apabila dapat tahu berita itu, Siti memang takut. Kemudian kami keluarga pergi ke sana untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku. Kemudian kami terus membawa mereka tinggal di rumah kami buat sementara waktu. Sekarang mereka sudah tinggal bersama mertua mereka," jelas Siti.

Berikutan tragedi itu, Siti terpaksa membatalkan percutiannya ke Amerika syarikat (AS) kerana mahu mengambil langkah berjaga-jaga dan memberikan tumpuan kepada keluarga.

Siti dan Datuk K dijadual berangkat ke AS untuk bercuti selama 2 minggu sebelum penghujung Disember ini.

"Dalam keadaan sekarang, kami fikir eloklah dibatalkan saja. Sebagai ganti, Siti akan bercuti dalam negara saja. Bukan 2 minggu tapi seminggu saja di Sabah," katanya yang kelihatan ayu dengan busana kombinasi merah jambu dan putih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:23 PM | Show all posts
rupa2nya lagu Radhi OAG yg direject!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:24 PM | Show all posts

Balas #418 ruffly_sya\ catat

siti nak bercuti sebelom ke selepas album dilancar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:19 PM | Show all posts

Reply #420 calmille's post

tu la pasal... tetiba jer sebut bercuti????

album lepas bercuti aku rasa sebab dia kata seminggu jer!

btw.. dah ada tajuk

LANTERA TIMUR

cover tak leak lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:20 PM | Show all posts

Reply #416 juan_reyes's post

motif posing sebelah gambar tanah runtuh senyum2?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by adie82 at 12-12-2008 11:20 PM
motif posing sebelah gambar tanah runtuh senyum2?


aku pun terkejut gak mula2 tgk...tapi rasanya gambar tanah runtuh tu tempelan je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:53 PM | Show all posts
lagu radhia n abot kee?...nak dgr sgt lagu radhi utk etnik..apesal xmasuk..xmenepati kee?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:02 AM | Show all posts

Balas #422 adie82\ catat

Pic tu di sertakan sekali artikel pasal tanah runtuh baru2 ni.. Tapi juan just paste ttg album baru jerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 12:03 AM | Show all posts

Reply #424 pzan213's post

lagu yang zila seron nyanyi dulu tuh masa MACP tajuk apa yer?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:08 AM | Show all posts
camnela covernye...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:08 AM | Show all posts
Yeay...

Nampaknya album baru siti layak masuk AIM 16
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 12:11 AM | Show all posts

Balas #427 ruffly_sya\ catat

Harap2 tak pokus lagi tang muka mcm Transkripsi & HDH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.412457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list