|
24-Sep-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Gala TV Penyiar Rasmi Yok Sahur 2
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/murai.jpg)
Taken from murai.com.my
KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2009: Bermula Jumaat ini, 28 Ogos 2009, program Yok Sahur 2 anjuran murai.com.my bakal memulakan singgahan pertamanya di Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang.
Paling istimewa, program yang menampilkan ramai selebriti popular ini bakal ke disiarkan di Astro Awani, Saluran 501 melalui slot Gala TV di mana segmen istimewa diterbitkan iaitu Gala TV@Yok Sahur Murai.
Melalui segmen ini, penonton boleh menyaksikan sendiri bagaimana aksi artis melayan adik-adik yang menghuni rumah kebajikan berkenan ketika waktu sahur. Ia bakal disiarkan setiap Isnin, jam 10.30 bermula 31 Ogos ini iaitu pada hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
Ketua editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata inilah peluang terbaik buat peminat yang bertuah beramal bersama-sama dengan artis kesayangan mereka. Malah, ia juga sebagai platform kepada kalangan artis untuk beramal di bulan yang mulia ini.
"Selain bersahur bersama, pelbagai aktiviti yang sudah dirancang untuk dikongsikan bersama penonton Gala TV. Jadi, jangan lepaskan peluang menonton aksi artis bersama mereka yang kurang bernasib baik dihoskan oleh Ajieb," ujar Roslen.
Tips selebriti dari artis popular
Selain menonton Yok Sahur 2 di kaca TV, program itu juga menyediakan ruangan istimewa iaitu Tips Bersahur Selebriti. Melalui slot tersebut, GengMurai boleh membaca tips bersahur dari selebriti popular yang diamalkan mereka sendiri.
"Setiap peminat mesti tertanya-tanya apakah amalan yang selalu dilakukan artis kita sewaktu bersahur. Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, kami telah menyediakan ruangan istimewa di mana peminat boleh membaca sendiri tips tersebut. Yang penting, tips berkenaan adalah 100 peratus dari artis itu sendiri," ujar Roslen lagi.
Selepas membaca tips berkenaan, anda juga boleh berkongsi tips tersebut kepada rakan anda dengan menghantar e-mel.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Yok Sahur 2, anda masih lagi berpeluang mengikutinya dengan menghantar foto dan slogan menarik dengan sesi pilihan sendiri.
Selain menyertainya di murai.com.my, saluran interaktif popular di Astro @15 juga menganjurkan peraduan istimewa di mana hadiahnya sama seperti penyertaan di murai.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh..no.....aishah ngan qhaud????akim???ermm..akim bnyk sgt kuar gosip ngan org itu ini...ngan dayana la...aishah cari lain la....nak panggil ape ni???aishah ngan qhaud??aiud???eheheh |
|
|
|
|
|
|
|
selamat petang semua, saya orang baru. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ade orang nak layankah? |
|
|
|
|
|
|
|
407# nurynsuraya
Gosip, as simple as that.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by romiflizz at 26-8-2009 21:21
kredit to murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Akoobabes at 26-8-2009 23:30
[img] [/img] |
|
|
|
|
|
|
|
Haluuu.... Saja letak.... heheheh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 29-8-2009 15:18
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/aisha1.jpg?t=1251530297) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 5-9-2009 15:03
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/aishah-2.jpg?t=1252134166) |
|
|
|
|
|
|
| |
|