CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mimiekiut

[MERGED] HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [THE CHRONICLES OF MERONG MAHAWANGSA]

  [Copy link]
Post time 17-3-2011 04:57 PM | Show all posts
ramai tak tau yg Langkasuka ni far back wayyy before zaman Melayu Melaka.. depa nak harap HMM yg ala2 Melayu Melaka punya zaman kut.. kostum melayu dan silat bagai... ...

maybe  they even hope people speak English ala Shakespeare... kena tengok balik timeline sejarah ni!
Ha_Neul Post at 17-3-2011 12:43 PM

pergh ayat.. depa? wakakaka!!
mcm ko ckp kami sungguh cetek jer kan pemikiran?
sbb tu aku tanya.. aku ingat ala2 mcm tu.. tapi sbb aku x tau apa2 pasal zaman tu.. so, aku ignore psl pakaian tu..

maksud dari segi silat plak.. masakan kungfu and teknik Rome semua ada.. tapi cara lawan langkasuka x der? I mean originality cara mempertahankan diri penduduk tempatan... semua org x tau camner kan? so, bg aku la.. bg aku.. cara ni leh perkenalkan silat di mata dunia.. tapi siapa hamba yg mahu memberi pendapat.. hamba x terror ttg lnagkasuka dan Merong Mahasuasa..

walaupun sebenarnya post aku bukan tuju pada ko... for the sake of argument, sapa yg benar2 tau  ...
Ha_Neul Post at 17-3-2011 04:05 PM

mcm aku ckp la.. kalo bahasa moden sgt pun.. adakah kita rasa EPIKnya? mungkin ko rasa.. tapi aku? em.. masing2 punya pendapat kan..
tapi bagi aku plak.. alang2 dah nak epik!! apa la salahnya bagi feel lebih skit kat penggunaan bahasa tu.. tahun 100 masehi lebih lama dari zaman P.Ramlee.. apalah salahnya guna bahasa yg lebih klasik.. I mean x nak guna bahasa tinggi2 pun x pa.. tapi guna bahasa BAKU pun ok.. x der la dengar "er" kat depan..

BACA jadi BACER, KITA jadi KITER, SIAPA jadi SIAPER..

itu yg aku nak sampaikan.. but aku x attack pada semua dialog.. i mean.. ada ayat2 and dialog yg sungguh indah ayat2 dia.. cuma kadangkala maybe Yusry terlepas pandang pada bunyi2 perkataan tuh.. sbb tu x pasan..
sbb ada jer certain2 part yg dorg ckp dgn baik.. guna bahasa baku.. ada yer terlepas guna perkataan 'bulan' .. sedangkan pada awal2 dorg guna purnama..

so, pendapat aku itu la.. hope para2 forumer faham apa yg aku nak sampaikan.. aku x seru utk korg bersetuju ngn pendapat ini.. cuma nak sampaikan dr segi penggunaan bahasa itu..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-3-2011 04:58 PM | Show all posts
Kenapa tak pakai bahasa melayu je 100% ? Utk pasaran international pulak dub English je lah 100%

Hollywood buat Prince of Persia takda sebok nak pakai bahasa farsi lama pun, Pirate of Carribean pun takda dgr dialog Spanish bagai. Troy tak bicara roman purba pun. Kalau Hollywood boleh buat filem ttg bangsa lain dgn English 100%, kenapa kita takleh buat filem kita BM 100% biarpun melibatkan bangsa lain? Atau kalau nak globalisasi sgt buatlah HMM cakap English 100%.

(posted by mobile)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 05:01 PM | Show all posts
pergh ayat.. depa? wakakaka!!
mcm ko ckp kami sungguh cetek jer kan pemikiran?
sbb tu aku tan ...
JUSTcircle Post at 17-3-2011 16:57

aiyo... melenting ke langit .. napa nak terasa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply  JUSTcircle

semalam kt rancangan 360 kt TV3 ada cite sikit pasal filem ni dan ada intervie ...
mimiekiut Post at 17-3-2011 01:03 PM

    Dato' Rahim razali plak yg aku pasan gegiler.. awal2 dia muncul jer aku dah gelak.. rambut dia spoil skit.. kekeke!!
tapi ttp suker lakonan dia sebagai Pak Kesum.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 05:06 PM | Show all posts
pendapat masing2 kan?
xdela nak ckp gunakan script bahasa zaman dulu kala smpai org xfaham..ade  ...
momoko Post at 17-3-2011 03:10 PM

    ha.. itu yg aku nak sampaikan sbnrnya.. ko memahami apa yg aku nak sampaikan.. terima kasih sbb jelaskan..
PGL dlu.. bahasa giler tinggi sampai aku x phm.. tapi ada subs.. so, aku leh la paham.. tapi feel kan biler penggunaan bahasa mcm tuh.. kiter ada byk karyawan2 negara.. hebat2 tuh.. boleh je rujuk pada mereka.. tol x?

tapi.. x per la.. atleast.. props, kostum, CGI, action dalam movie ni berjaya membuatkan aku x baper kisah sgt ttg tuh.. thumbs up kat yusry and abg dan adik lelakinya..

pss.. masa kredit kuar pun aku suker.. persembahan kredit pun menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 05:06 PM | Show all posts
Kenapa tak pakai bahasa melayu je 100% ? Utk pasaran international pulak dub English je lah 100%

...
cmf_GAIA Post at 17-3-2011 16:58

yup.. pendapat ko ni mmg bernas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2011 05:12 PM | Show all posts
Kenapa tak pakai bahasa melayu je 100% ? Utk pasaran international pulak dub English je lah 100%

...
cmf_GAIA Post at 17-3-2011 04:58 PM

GAIA sudah kembali. lama x nampak bro? Mana pigi?

Hah! cadangan ni pun baik gak nih.. pasaran antarabangsa.. buat bahasa melayu 100%.. pastu jual kat negara mana2 tu.. suh dorg dub ikut bahasa negara dorg.. mcm Geng Pengembaraan Bermula.

@Ha_neul
terpulang pada ko nak ckp aku melenting ke tidak.. bak kata ko.. pendapat kan?
terasa tuh mungkin ada. tapi aku dah ulaskan pendapat aku.. x perlu apa2 provokasi lagi.. sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 05:27 PM | Show all posts
Reply 183# JUSTcircle

ok.. kesimpulannya menurut pendapat ko... bahasa yg paling sesuai utk menggambarkan bahasa yg dipakai dua ribu tahun dulu ialah bahasa melayu baku?  hehehehe.. tak pe la kalau ini kata tuan hamba.. whatever you say
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-3-2011 05:38 PM | Show all posts
tk payah susah2 buat bahasa klasik, penonton tak paham
-cukuplah dgn istilah2 yg agak klasik, yg lain, biarla bahasa melayu biasa, tp jgan terlalu moden pula
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 06:15 PM | Show all posts
Reply 183#  ...
Ha_Neul Post at 17-3-2011 09:27

Aku ulang benda yg sama.. x perlu bahasa tinggi2 pun x per.. tapi dengar indah skit kan lebih baik.. jadi bahasa baku adalah pilihan aku.. tapi susunan ayat semua terpulang.. sekian..

(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:20 PM | Show all posts
macam PGL dulu..bahasanya tinggi sangat... aku ngan kawan2 kat panggung tak sampai separuh cerita dah tido...hehe... aku tak kisah bahasa HMM... as long as aku paham mesej yang nak disampaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 11:33 PM | Show all posts
GAIA sudah kembali. lama x nampak bro? Mana pigi?

.
JUSTcircle Post at 17-3-2011 05:12 PM

    hehe...ada je kat sini, skali skala ada gak posting2 kat sini.....ikut mood je lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 11:37 PM | Show all posts
uiks..pasal bahasa dalam pilem pun mau gaduh

kang tol tol pakai bahasa melayu purba... mau penonton2 terlopong jer molot sebab tak paham apa yang pelakon2 tu cakap...

tak kisah ar.. bahasa melayu ker..bahasa english ker... bahasa cina ker... janji penonton terhibur..sudeyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 12:27 PM | Show all posts
Hikayat Merong Mahawangsa Dah Balik Modal RM8 Juta?
Selepas filem Puteri Gunung Ledang, kini filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) pula mencatat sejarah sebagai filem paling termahal yang dihasilkan dalam perkembangan industri perfileman tempatan

Apa tidaknya, kos pembikinannya dianggarkan mencecah sehingga RM8 juta. Satu jumlah yang bukannya sedikit.

Melihat pada jumlah yang sebesar ini, pasti ramai tidak percaya bahawa filem terbitan KRU Studios ini sudah menerima pulangan modal meskipun ianya masih belum pun lagi ditayangkan di mana-mana pawagam.

Namun, itulah hakitanya dan perkara ini telahdiakui sendiri oleh Pengarah Urusannya, Norman Abdul Halim dalam sidang media selepas berakhirnya tayangan prebiu HMM di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara, malam semalam.

"Berdasarkan mutu penerbitan yang ditunjukan dalam filem ini, ramai yang tidak percaya ianya hanya menelan belanja sebanyak RM8 juta. Ini kerana kami berjaya melakukan penjimatan kos melalui penggunaan teknologi CGI (computer-generated imagery).

"Dengan adanya teknik CGI, kami hanya perlukan mewujudkan props dan set utama sahaja seperti empat bual kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Gia di India.

"Tapi mungkin, ramai yang kurang percaya sebenarnya kami sudah pun peroleh modal pembikinan filem ini. Alhamdulilah, semuanya melalui cara pemasaran kami semasa mula-mula merancang pemibikinan filem ini lagi.

"Itu pun setelah kami berjaya berjaya mengusahakan startegi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan kerjasama Epic Pictures yang berpusat di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

"Insya Allah pada 15 Mac ini kami akan mula mengedarkan filem ini ke 72 negara yang sudah menempah untuk mengedarkannya di tempat masing-masing. Antara pengedar filem yang berminat itu termasuklah dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah," katanya.

Di samping adegan-adegan CGI yang nampak benar-benar hidup, HMM juga turut menggunakan 15 pelakon aksi lagak ngeri yang didatangkan dari Hong Kong.

Tambah Norman lagi, kejayaan pembikinan filemnya mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana e-content.

Selain MOSTI, filem HMM juga telah mendapat sokongan dan tajaan dari syarikat komunikasi CELCOM, Malaysian Philharmonic Orchestra dan Kerajaan Terengganu sendiri.

Sementara itu, pengarah filem HMM, Yusry Abdul Halim pula memberitahu, dia mengalami banyak kesukaran dalam menghasilkan filem pertama termahal terbitan KRU Studios ini.

"Cabaran saya adalah pada masa dan saya serta team produksi perlu mengambil tempoh selama 2 setengah tahun untuk menyiapkan keseluruhan filem ini. Apa tidaknya, kami bukan saja terpaksa melakukan pelbagai research mengenai sejarah cerita ini tetapi juga membuat rombakan skrip sebanyak 17 kali supaya ianya nampak moden tetapi tak lari dari naskhah asal.

"Selain itu, ini pertama kali juga saya mengarahkan 500 orang pelakon dalam satu masa. Bukan mudah untuk saya melakukannya. Segalanya perlu berjalan seperti apa yang dirancang. Tapi, kadang-kadang tak mudah mengawal keadaan. Lebih-lebih lagi, kalau berhadapan dengan cuacam ribut dan hujan yang teruk sewaktu hati penggambaran.

" Jadi berlakulah kapal pecah, set roboh dan sebagainya. Banyaklah benda buruk yang berlaku. Tapi, Alhamdulilah ianya tidaklah seteruk mana dan kami sentiasa bersabar serta berjaya mengendalikannya dengan baik," jelas Yusry.

HMM telah menjalani pengambaran selama dua bulan di sekitar negeri Terengganu serta di beberapa lokasi yang lain seperti Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.

Filem hebat itu telah dibintangi oleh barisan pelakon ari dalam dan luar negara seperti Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenthouse (UK) dan serta pelakon-pelakon tempatan seperti Dato Rahim Razali, Wan Hanfi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Deborah dan ramai lagi.

Filem epik yang penuh aksi dari watak-watak mitos ini mengisahkan seorang nahkoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Bakal berada di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Mac 2011.

**kedit to Murai...
juz 4 share...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 03:29 PM | Show all posts
untuk diriku yg x suka tgk filem melayu......aku bg 4 bintang la.....mmg best...tak sempat nak lelap pun......defect skit2 tu mmg la ada...tp kira ok la citer ni....x rugi duit tiket, duit tol, duit minyak keta, duit parking....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 05:38 PM | Show all posts
Cik eton tempeh seblah uma nona ckp merong superbbb!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-3-2011 10:02 AM | Show all posts
hmmmm..nak p tgk HMM ke x ari ni? layan Battle LA dlu la..lagi gempak..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 12:09 PM | Show all posts
Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa

oleh : Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Hj Salleh

Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.

Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

Pengarang tidak menyebut langsung perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani tetapi menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri Siam. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam bila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.

Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsalah, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzaffar (sic Muzaffar) Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu, Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Mudzaffal Syah diganti oleh puteranya bergelar Sultan Mu'azzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.

Jelas kelihatan bahawa hikayat ini dikarang selepas ketibaan Islam dan pengarang banyak memberi perhatian kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyerlahkan asal-usul rajanya, pertalian dengan Siam yang menceritakan mengikut kebijaksanaan pengarang untuk menjaga kedaulatan raja dan negerinya, kisah kedatangan Islam yang sengaja dikemukakan berbeza dengan kedatangan Islam ke Pasai dalam Hikayat Raja Pasai dan kedatangan Islam ke Melaka dalam Sulalat al Salatin (Sejarah Melayu) dan lain-lain peristiwa. Ini membuktikan bahawa hikayat ini dikarang secara sedar oleh pengarangnya dengan tujuan mengagungkan kedaulatan raja dan negerinya.

Sources : http://www.mykedah2.com/

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 12:10 PM | Show all posts

Post time 19-3-2011 12:13 PM | Show all posts
Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya

Peperangan Seri Rama Dan Andanum

Ketika Islam menyerang India lebih kurang dalam tahun 1000 sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel bernama Chola mempunyai angkatan laut yang kuat. Perhubungan antara Srivijaya dan Chola dikira boleh tahan tetapi Chola tidak senang dengan undang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh Srivijaya ke atas kapal-kapal asing dan dengan monopoli-monopoli ekonomi yang dipegang oleh Srivijaya di Nusantara. Serangan-serangan orang Islam di Utara India dan rancaknya saudagar-saudagar Islam : Arab dan Iran serta Melayu di Lautan India merimaskan Rajendra Chola.

Dengan itu pada 1025, Raja Rajendra Chola menyerang Srivijaya dan menyebut bahawa Kedah yang menjadi sebuah dari pusat-pusat penting empayar itu dimusnahkan dengan teruknya.

Dalam bahasa Tamil yang digunakan oleh Rajendra Chola, Kedah disebut sebagai " Kadaram ". Sebuah inskripsi di dalam sebuah kuil di Tanjor berbunyi :

" Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama. "

(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)

Seterusnya inskripsi Tanjor mendaftarkan nama negeri-negeri dalam Empayar Srivijaya yang dimusnahkan oleh Rajendra Chola Diantara negeri-negeri yang dapat dikenali ialah Pannai (Pane di Sumatera), Malayur (Jambi), Legor, Phanrang di Champa; Trang, Chaiyya di Thailand, Lamuri (Acheh), Pulau Nikobar dan Kadaram (Kedah).

Kedah telah disebut-sebut oleh Rajendra sebagai negeri yang paling hebat membuat tindak balas dan kita sedari ini terjadi kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam. Dari serangan Chola, Kedah menjadi padang jarak, padang tekukur.

" Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri (Langkawi) itu selama peninggal Perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk ".

Beginilah gambaran peperangan antara Raja Chola dan Kedah yang terdaya dicatatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa.

Raja Kedah yang pertama sebelum Islam menjadi agama rasmi

Lebih kurang dalam tahun 1000 Masihi Syi'ah di Iran memulakan gerakan memburu orang-orang Ahli's Sunnah Wal Jamaah dari bumi Iran. Kedudukan orang-orang Ahli's Sunnah amat pincang dan terdesak sekali. Mereka terpaksa berhijrah besar-besaran ke tempat-tempat yang tidak diganggu gugat oleh Syi'ah.

Sebahagian dari orang-orang Ahli's Sunnah Iran sampai di Nusantara dan pada masa inilah Merong Mahawangsa atau Maha Raja Durbar Raja sampai di Kedah. Bumi Kedah dibakar oleh Chola masih berasap.

Hikayat Merong Mahawangsa menyebut bahawa Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa. Baginda menjadi duta Maharaja Rom untuk membawa Putera Raja Rom berkahwin dengan Puteri Maharaja China.

Dalam pelayaran, angkatan Merong Mahawangsa telah diserang oleh burung garuda di laut berhampiran Pulau Langkapuri. Angkatan Merong Mahawangsa yang " penuh laut " telah binasa melainkan kapal Merong Mahawangsa sendiri. Baginda terpaksa mendarat di pantai berhampiran kaki Gunung Jerai. Di situ baginda dirajakan oleh penduduk tempatan.

Negeri Rom yang dimaksudkan ialah wilayah Empayar Parsi atau Iran, satu masanya sebahagian dari wilayah Empayar Rom Timur. Kawasan ini sudah pun menerima Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin. Kepada orang-orang Arab bekas wilayah Empayar Rom di Utara Iran ini ialah " Rom ". Di kawasan inilah orang-orang Iran dan orang-orang Turki silih berganti menegakkan beberapa buah kerajaan Islam yang kuat.

Burung Garuda ialah kenderaan Dewa Wisnu dan menjadi satu dari lambang-lambang agama Hindu. Angkatan Merong Mahawangsa tidak dapat dielakkan dari diserang oleh angkatan perang Hindu. Dalam KM 11 dan 12, serangan-serangan angkatan Hindu ke atas angkatan Islam di Laut India adalah fenomena biasa.

Merong Mahawangsa dikatakan telah berkahwin dengan seorang gadis Orang Laut dari suku Gergasi dan menggalakkan rakyatnya bercampur darah diantara kaum. Amalan ini bukanlah amalan orang beragama Hindu.

Butiran dari " Al-Tarikh Salasilah "

Mengikut " Al-Tarikh Salasilah ", Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Durbar raja yang berasal dari " Negeri Gumarun di dalam Tanah Parsi (Bandar Abbas Iran) ". Baginda ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat. Gumarun ini ialah sebuah pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian sekarang. Dan kawasan ini telah memeluk Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin lagi.

Raja Kedah yang pertama telah memperkenalkan " Nobat " di istananya. Orkestra ini berasal dari istana Khalifah Harun al-Rashid di Baghdad. Alat-alat muziknya yang dikumpul bercorak Hindu dan Peribumi. Bagaimanapun, nobat adalah pakaian khalifah-khalifah Islam di Baghdad. Jadi Raja Kedah yang pertama, mengikut dua-dua buku ini ialah orang yang sudah kenal dengan kebesaran agama Islam dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad S.A.W. walaupun tidak tercatat mereka memeluk Islam.

Maharaja Durbar membina istananya " Kota Langkasuka " di Sok, enam puluh batu ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kedah dan Langkasuka.

Merong Mahawangsa pula mendirikan istananya di timur Gunung Jerai di tempat yang tidak dapat dipastikan tetapi amat berhampiran dengan Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka di Pantai Timur.

Dari persamaan ini dan persamaan-persamaan lain lagi boleh dikatakan bahawa Merong Mahawangsa dan Maharaja Durbar Raja itu raja yang sama.

Merong Mahawangsa lebih popular disebut orang sebagai raja yang pertama kerana hikayatnya lebih awal dan lebih meluas dibaca anak negeri. " Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah " ditulis oleh Muhammad Hassan hanya dalam tahun 1928.

Perasmian Agama Islam mengikut " Merong Mahawangsa "

Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan bagaimana Islam diperkenalkan di Kedah. Kononnya seorang Wali Allah bernama Syeikh Abdullah di Baghdad mempunyai seorang murid yang bernama Syeikh Abdullah al -Yamani. Melalui pertolongan gurunya, Syeikh Abdullah al-Yamani dapat bersahabat dengan iblis (Jin).

Syeikh Abdullah diberi sebatang tongkat yang dapat menghilangkan dirinya dari penglihatan manusia apabila memegang tongkat itu. Iblis membawa Syeikh Abdullah terbang ke Kedah mengunjungi Raja Phra Ong Mahawangsa di istananya di Bukit Meriam. Di istana itu iblis mengharingkan minuman keras yang akan diminum oleh raja. Tuan Syeikh memarahi iblis kerana berkelakuan demikian dan timbullah satu pertengkaran kecil. Iblis bertindak merebut kembali tongkat saktinya dari Syeikh Abdullah dan Raja Kedah pun terlihatlah tubuh badan Syeikh Abdullah al-Yamani berdiri di hadapannya.

Syeikh Abdullah menerang satu persatu apa yang terjadi dan sejak itu Raja Phra Ong terus memeluk Islam, bertaubat tidak mahu minum arak lagi, dan mengubah nama baginda menjadi Sultan Muzaffal Syah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.077972 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list