|
399# cmf_LAT
kalau tak ada apa2 masalah, class akan ada this week, abg lat...
lat, mu dah settel ke Dubai trip tu.....
kesian kat amran, kehilangan rakan sebilik macam kat china dulu tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
abg kira wang....nak tanya la....sbb saya tak tahu sangat pasal unit trust ni.....tp nak tahu gak....hehe.....boleh explain tak....kalu boleh PM saya k....macam interested pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_LAT at 5-4-2010 12:21
Post Last Edit by cmf_LAT at 5-4-2010 12:18
Post Last Edit by cmf_LAT at 5-4-2010 12:18
YAHOOOOO!!!!!!!
Man U kalah...Man C menanngg.. he he
tak boleh cakap kuat kuat
nanti abe eddy marahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
masta2 sekian,saya nak bertanya 2 soklan..
1) apakah risiko dan chance untuk saya dapat untung atau rugi jika saya buat personal loan dan invest semuanya dalam unit trust. contohnya,saya pinjam 100k dr bank rakyat dan invest 100k dalam PIOF public mutual??
2)apakah hukum dalam islam jika saya buat investment mcm tu?
harap anda semua dapat bg pandangan. terima kasih... wslm |
|
|
|
|
|
|
|
abg kira wang....nak tanya la....sbb saya tak tahu sangat pasal unit trust ni.....tp nak tahu gak....hehe.....boleh explain tak....kalu boleh PM saya k....macam interested pulak
khairen Post at 4-4-2010 17:53
datang je jumpa kami di P Mutual bangsar besok jam 7-30 petang...bilik no 6. level 3. kami ada training session.. |
|
|
|
|
|
|
|
406# stone25
1. Tidak di galakkan sama sekali, jika kita ingin membuat pelaburan dengan cara meminjam dr mana mana bank
2. Apa yang saya tahu, jika anda buat pinjaman dan pelaburan berlandaskan skim islamic, tidak ada apa2 larangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lancar Public Dana Far-East Alpha-30 hari ini
KUALA LUMPUR 5 April - Public Mutual, esok akan melancarkan dana baharu, Public Dana Far-East Alpha-30 (PFA30F), sebuah produk yang menawarkan peluang pelaburan sehingga 30 saham di pasaran-pasaran domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, PFA30F itu menawarkan potensi pertumbuhan modal yang lebih tinggi dalam jangka masa sederhana hingga panjang kepada para pelaburnya.
''Dengan saham-saham secara umumnya diniagakan pada penilaian pasaran yang menarik, ini memberi peluang meluas bagi kami untuk mencari dan memilih saham-saham yang berkualiti tinggi.
''Para pelabur hanya perlu melabur dan memegang pelaburan mereka untuk jangka masa sederhana hingga panjang bagi merealisasikan potensi sepenuh dana PFA30F,'' menurut Kim Hong dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas beliau, bagi mencapai peningkatan kepelbagaian, dana boleh melabur sehingga 98 peratus daripada nilai aset bersih (NAB) dana dalam pasaran-pasaran Timur Jauh terpilih, termasuk Korea Selatan, China, Taiwan, Jepun, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, India, Australia dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Pendedahan ekuiti PFA30F adalah di antara 75 peratus hingga 98 peratus daripada NAB dana.
Kim Hong berkata, dana tersebut sesuai bagi para pelabur yang bersifat agresif serta boleh menangani situasi pasaran yang turun-naik bagi mencapai pertumbuhan modal dalam jangka panjang.
Harga terbitan permulaan PFA30F ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 6 hingga 26 April 2010.
Pelaburan permulaan dana ini adalah sekurang-kurangnya RM1,000 dan pelaburan tambahan pula sekurang-kurangnya RM100.
Tambah beliau, sepanjang tempoh tawaran, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah lima peratus daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan kepada para pelabur atas pembelian unit PFA30F. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kirawang at 6-4-2010 08:15
Patut lah amran diam diam je....Dah kawen rupanya...
Layar bahagia Amber Chia
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH
AMBER Chia kini bahagia bergelar isteri.
--------------------------------------------------------------------------------
WANITA secantik peragawati terkenal, Amber Chia, 29, ini sudah pasti mengimpikan majlis perkahwinan gilang-gemilang sambil dirai dan direstui kaum keluarga serta para peminat setianya.
Namun, kegembiraannya tatkala disatukan dengan insan tersayang pada tanggal 25 Mac lalu di Bali, Indonesia tidak dapat dikongsi bersama peminatnya di negara ini apabila mengambil keputusan untuk tidak membuat pendedahan kepada media.
Amber sebelum ini memang cukup dikenali sebagai seorang selebriti bersikap ramah-tamah, malah begitu akrab setiap kali bersua dengan mana-mana wakil media.
Bagaimanapun, tindakannya merahsiakan perkahwinannya menimbulkan tanda-tanya di kalangan media terutama para peminatnya.
Jika tidak kerana foto perkahwinannya yang tersebar meluas di pelbagai laman sesawang, mungkinkah Amber masih lagi mengambil sikap berdiam diri walhal dirinya kini telah bertukar status sebagai seorang isteri.
Amber memilih untuk disatukan dengan pemuda yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu, Adrian Wong @ Amran Bacho sempena hari kelahiran suaminya yang ke 36 tahun.
Bukan sengaja mengingkari kedudukan diri sebagai selebriti yang seringkali menjadi perhatian ramai, jelas Amber ketika ditemui pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, keputusan tersebut diambil sekadar menghormati keputusan keluarga kedua-dua pihak yang inginkan privasi.
Apa yang cukup menarik tentang peragawati bertaraf antarabangsa ini, biarpun tidak begitu fasih berbahasa Melayu, namun dalam menterjemah kegembiraan diri yang sedang berbunga sebagai seorang isteri dia tidak malu bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Diajak berbicara tentang perkahwinan, kata Amber: "Suami saya larang untuk beritahu media tentang perkahwinan kami sebab mahu privasi untuk majlis tersebut.
"Bagaimanapun, saya tidak tahu macam mana gambar perkahwinan kami boleh tersebar di laman web.
"Memang ramai media yang hubungi saya. Saya tidak menafikan bahawa saya sudah berkahwin," kata Amber diiringi tawa kecil.
Berkenalan sejak lapan tahun lalu, keserasian antara mereka bercambah hari demi hari sehinggalah enam bulan lalu Adrian mencadangkan agar mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.
Di Pulau Bali, Amber menyatakan persetujuannya untuk bergelar isteri kepada Adrian @ Amran . Malah ketika pertemuan dua mata dalam suasana romantik itu, Amber punya kisah lucu tersendiri.
Cukup rapat
"Bila orang tanya saya macam mana Adrian @ Amran mengajak saya berkahwin, saya hanya tergelak.
"Mana tidak ketika itu saya melihat sebuah kotak kecil di atas meja kemudian apabila saya membukanya ada sebentuk cincin di dalamnya.
"Lucunya, saya sendiri yang pakai cincin itu dan berkata saya setuju mengahwininya," kata Amber sambil ketawa.
Adrian @ Amran yang dikenalinya memang insan yang cukup rapat dengannya sejak menjalinkan hubungan cinta dua tahun lalu.
Malah, di saat dia berduka dan gembira, Adrianlah yang sering memberi semangat kepadanya agar tidak putus asa dan sentiasa berusaha.
Mengakui tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan hariannya, panggilan Puan Wong @ Puan Bacho daripada orang ramai cukup membuatkan hatinya berbunga riang.
"Tiada bezanya kehidupan saya walaupun telah bergelar isteri. Perubahan yang paling ketara mungkin ialah panggilan orang ramai terhadap saya iaitu Puan Wong @ Pua Bacho," kata Amber yang kini tinggal di Damansara Heights bersama suaminya.
Apa yang pasti, berkahwin bagi seorang Amber tidak lagi mendatangkan kerunsingan bagi dirinya kerana tiada lagi lelaki yang akan datang dan menggodanya.
Malah, perasaan saling menyintai antara satu sama lain serta menjalani kehidupan bersama cukup menggembirakan dirinya ketika ini.
"Inilah kuasa cinta. Mungkin juga inilah kebenarannya bahawa cinta itu buta. Walaupun seseorang itu tidak tampan tetapi jika sudah cinta kita akan rasa orang itu tampan.
"Dalam hidup saya, apa yang penting ialah kebahagiaan dan ketenangan kerana harta yang banyak tidak mampu membeli segalanya," kata Amber lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
410# kirawang
diam-diam berisi tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
apsal kawan ade buat,tp steady je dapt untung? |
|
|
|
|
|
|
|
apsal kawan ade buat,tp steady je dapt untung?
stone25 Post at 7-4-2010 08:25
kawan kau buat untung tak bermakna kau pun akan pasti untung juga
banyak faktor stone25..
boleh share tak calculation kawan ko yg untung tu
bole wat kes study ni...
personal loan ni effective rate dia sebenarnya tinggi
tolak lagi charge utk beli UT
silap2 dah untung 10% pun masih "tak untung" sebenarnya
sekian pendapat aku yg tak baper reti... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berminat la nak jadi agen UT neh. Kalau buat part time je boleh ke ar? |
|
|
|
|
|
|
|
414# lamka_13
boleh jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
402# kirawang
Boss, saper mamat sebelah kiri bro Azmi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
405# cmf_LAT
abe lat saja nak simbah minyak tanah ke atas api yg sedang membara, kiki |
|
|
|
|
|
|
|
402# kirawang
Boss, saper mamat sebelah kiri bro Azmi tu?
tam99 Post at 8-4-2010 08:49
Itu azmir group kak mahani, under bro zul yang join our group last year...
cuba kau tengok sales dia, mmg banyak....
so, mu tak leh duduk diam diam lagi, kena excellent macam dia jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
[img][/img]
nape keta ni macam kecik je....
-------------------------
Siri X tawar jualan lebih tinggi
BMW X1
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 7 April - BMW Malaysia Sdn. Bhd. (BMW Malaysia) menyasarkan peningkatan jualan sebanyak lima peratus kepada 20 peratus bagi siri Xnya pada tahun ini.
Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, peningkatan itu bakal dirangsang oleh pengenalan Kenderaan Aktiviti Sports (SAV) BMW X1 yang dikategorikan dalam segmen premium kompak.
''Pada tahun lalu BMW Malaysia telah menjual sebanyak 3,564 buah kenderaan dan 15 peratus daripadanya disumbangkan oleh siri X seperti BMW X5, X3 dan X6.
''Dengan pengenalan BMW X1, ia diharap dapat membantu melonjakkan jualan siri X kami kepada 20 peratus. Setakat ini, kesemua model siri X kami mendapat sambutan yang menggalakkan,'' jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran BMW X1 di sini hari ini.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Tambah Briscoe, BMW X1 direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden yang semakin dinamik dengan tumpuan elemen sports kontemporari, gaya dan ketangkasan.
''Ia menggabungkan ciri-ciri dimiliki BMW dan merupakan SAV yang menetapkan penanda aras bagi kepuasan dan utiliti pemandu pada masa yang sama sangat ekonomi daripada segi kos kepada pengguna dan alam sekitar.
''BMW X1 juga adalah kenderaan pertama seumpamanya yang membebaskan gas karbon dioksida (CO2) di bawah 170 gram setiap kilometer yang mengukuhkan keupayaan BMW Efficient Dynamics,''katanya.
Efficient Dynamics merupakan komitmen BMW dalam menghasilkan kenderaan alternatif dan menjimatkan bahan api.
BMW X1 didatangkan dalam bentuk enjin diesel iaitu xDrive20d dan juga akan memperkenalkan enjin petrol BMW X1 sDrive18i menjelang Jun 2010.
BMW X1 xDrive20d dengan enjin turbo diesel 2 liter empat silinder yang berupaya menghasilkan kuasa 130kw/177 hp, 350Nm kilas (torque) dan berupaya dipacu dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa 8.6 saat.
Sementara itu, BMW X1 sDrive18i yang menggunakan pacuan belakang memiliki enjin petrol 1.8 liter empat silinder menjana 110kW/150hp dan kuasa kilas sebanyak 200 Nm.
[color=Red]Harga runcit bagi BMW X1 xDrive20d adalah RM299,800 manakala BMW X1 sDrive18i dijual pada harga RM263,800 yang merupakan harga atas jalan, termasuk cukai jalan persendirian dan pendaftaran dan pakej servis BMW.
....................
patut le, ingatkan x5.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ekonomi tahun ini lebih tinggi
KUALA LUMPUR 9 April - Malaysia dijangka menyaksikan ekonominya berkembang sehingga 7.3 peratus tahun ini, jauh lebih tinggi berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) antara 4.5 hingga 5.5 peratus.
Pertumbuhan yang mendadak itu bakal dipacu oleh peningkatan kukuh dalam kegiatan eksport dan kenaikan harga komoditi di pasaran dunia.
Pakar Ekonomi Kanan HSBC Singapura Robert Prior-Wandesforde berkata, pemulihan ekonomi Asia telah menunjukkan tanda-tanda perkembangan positif pada rundingan perdagangan rantau ini, sekali gus memberi harapan bahawa ekonomi berbentuk V akan muncul.
"Malaysia merupakan negara bersandarkan kepada kegiatan perdagangan ekonomi dan menjadi salah satu penerima faedah daripada pemulihan itu," katanya selepas menyampaikan syarahan pada Forum perniagaan Activate Asia-India Focus di sini hari ini.
Prior-Wandesforde berkata, pertumbuhan tinggi itu juga disumbangkan oleh keyakinan kukuh pengguna domestik diperlihatkan menerusi kenaikan pasaran aset.
Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia tidak mampu dan berupaya untuk mengekalkan pertumbuhan lebih tujuh peratus setiap tahun jika berdasarkan kepada asas momentum semasa.
"Apa yang penting adalah meningkatkan keupayaan negara untuk tumbuh bagi tempoh masa yang lama dan keupayaan untuk berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun adalah asas yang baik," katanya.
Beliau menambah, angka berkenaan juga merupakan purata pertumbuhan bagi tempoh antara lima hingga 10 tahun.
Katanya, ekonomi Malaysia berpotensi untuk berkembang melebihi apa yang ada ketika ini tetapi segalanya bergantung kepada penyampaian kerajaan terhadap reformasi yang diumumkan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|