Post Last Edit by dauswq at 17-7-2010 17:37
BAB 15: Jalinan Kasih
Awan kumulonimbus berarak-arak mencurahkan zamrud langit yang tidak ternilainya. Pohon-pohon menggeletar kesegaran menikmati titisan air hujan lalu meruahkan takungan airnya pula ke rumput-rampai. Angin menderu bertiup melambaikan pohon-pohon. Hujan turun dengan lebatnya dan kilat sabung- menyabung . Mak Jijah sedang mengaji Al-Quran, melaungkan kalimah suci Allah dengan penuh syahdu dan penghayatan. Setiap tinta khat dibacanya dengan tajwid yang betul. Sekali sekala dengan membaca Al-Quran,perasaan rindunya terhadap anak tersayang terubat.
Sedang Mak Jijah mengakhirkan bacaan Al-Quran, dia disergap dengan dengusan guruh.Tangannya kaku seketika. Mulutnya terkucil.
“Ya Allah” , sebut hatinya. Jantungnya berdebar-debar. “Anakku” , bisik hatinya lagi sambil mendekapkan tapak tangannya ke dada.
Mak Jijah bangun dan segera mendapatkan bingkai gambar anaknya, Hisham sambil memerhati dengan penuh tajam. Air mata bergenang di kelopak matanya. Mak Jijah mendakap gambar itu dengan rapat. Di balik bingkai gambar itu terpacul kepingan gambar anak keduanya. MakJijah menatap gambar itu dengan penuh sepi.
“Mak tak sanggup kehilangan kamu berdua...sudahlah Hisham meninggalkan mak...Hakimi pun sanggup membelakangkan mak juga ker? ,” kata Mak Jijah sendirian.
“Walaupun begitu, mak masih sayangkan mu...Mak doakan kamu selamat... ,” kata Mak Jijah lagi sambil mengucup gambar Hakimi.
Gonzales tercengang tatkala tembakannya tidak berjaya mengena sasaran sepatutnya, justeru tangan Hakimi sahaja yang parah. Hakimi berjaya mengelak pada saat yang terakhir tetapi tangannya tetap tercedera. Geram. Gonzales bersedia untuk melepaskan tembakan kedua.
Belum pun sempat Gonzales menekan picu pistol, Hakimi sudah menyepak kaki Gonzales lalu dia jatuh tersungkur. Pistol terlepas dari tangannya. Torres bangun dan segera berlari ke arah Hakimi, cuba untuk merampas pistol tersebut. Namun, Hakimi sudah menguasai keadaan. Tangannya yang satu lagi sudah mencapai pistol dan bersedia untuk dilepaskan tembakan.
“Go and sit there ,” pekik Hakimi mengarahkan Torres duduk di samping Gonzales.
Sementara itu, Sarah sudah berjaya membuka ikatannya. Tanpa melengahkan masa, Sarah menggigit lengan bajunya lantas dikoyak untuk dijadikan cebisan kain. Kain itu digunakan untuk membalut luka Hakimi.
“Terima kasih, Kimi...,” Sarah membalut luka Hakimi secara perlahan-lahan. Manakala, mata Hakimi fokus ke arah dua penjahat itu dikhuatiri mereka akan membuat serang balas secara bersemuka.
Hakimi kemudiannya membaling tali dan seraya berkata ,” Tight yourself with these ropes...otherwise, I will shoot you guys .” Hakimi tersengih. Tetapi, dia hanya dapat berdekah seketika memandangkan luka tangannya lebih menyakitkan. Dua penjahat itu tanpa banyak bicara mengikat tubuh mereka sendiri kerana takut ditembak. Sarah pula sedang leka membalut luka Hakimi. Hakimi tersenyum memandang Sarah.
Selepas membalut luka Hakimi, Hakimi dan Sarah berjalan ke arah dua penjahat itu. Mereka mengetatkan lagi ikatan supaya Gonzales dan rakan-rakannya itu tidak berpeluang untuk melepaskan diri.
“Kimi...jangan lupa ada sorang lagi...nanti Sarah pi tengok ,” kata Sarah lalu bergerak ke arah Timothi yang pengsan.
Hakimi menarik lengan Sarah.“Jangan...biar Kimi sahaja yang pi..Sarah jaga diorang dua ni..Pegang pistol ni, acukan ke arah mereka!”
Timothi masih lagi memejamkan matanya. Hakimi menyimpulkan lengan Timothi dengan tali. Simpulan itu dilakukan dengan ketat. Timothi membuka matanya, tanda dia sudah sedar.
“Nah, ambil kau! ,”. Belum sempat dia menoleh ke belakang, Hakimi memukul kepalanya sekali lagi dengan rod.Timothi jatuh murca. Dia tidak sedarkan diri.
Hakimi menarik kaki Timothi lalu dibawa kepada Gonzales dan Torres. Kali ini, Hakimi mengikat ketiga-tiga mereka dengan ketat dan kuat. Dan tali itu juga disambung ke jangkar bot dengan kemahiran tertentu. Sekiranya mereka bertindak untuk membuka ikatan,ketiga-tiga mereka akan jatuh ke dalam laut secara serentak.
“Don’t try to loosen the rope...you know the consequences ,” tambah Hakimi secara berseloroh. Amarannya itu membuatkan ketiga-tiga orang penjahat berdiam diri.
Setelah berhempas-pulas menyiapkan ikatan tersebut, Hakimi berjalan ke arah Sarah. Hakimi bersila disamping Sarah.
“Selesai... ,” kata Hakimi. Peluh mengalir dari celah rambutnya. Kedua-dua tangannya ditongkat ke belakang.
“Aduh, sakitnya! ....Hahahaha ,”ketawa Hakimi.
“Tak perasan tangan dah kena tembak..tapi sebab terbiasa, Kimi tertongkat pula ,” kata Hakimi lagi.
Sarah mencapai baki cebisan kain tadi. Dia mengelap peluh Hakimi. Kain ditekapnya ke pipi Hakimi secara perlahan-lahan. Senyuman terukir dibibirnya melihat ketampanan Hakimi.
“Kimi ni cute lah ,” kata Sarah.
“Really? Haha... memandai je Sarah ni...Kimi hitam manis, macam melayu biasa..tak de spesel sangat paras rupa Kimi .”
“Ek eleh...rendah diri pulak dia...haha...Sarah cakap dari isi hati Sarah .” Sarah tersengih sipu.
“Sarah nak tanya, malam part itu...Kimi dukung Sarah sampai ke bilik ker ? ,” tanya Sarah dengan mimik muka yang malu.
Hakimi mengangguk. “Kenapa? Sarah rasa rimas?” Hakimi menggarukan kepalanya.
“Tak delah...terima kasih sangat..jauh Kimi angkat Sarah...cam tak caya je ,” jawab Sarah dengan leretan senyuman.
“Kimi tengok Sarah penat sangat...so Kimi tak nak ganggu, kejutkan Sarah walaupun dah lama Kimi dukung Sarah ,” ketawa Hakimi berseloroh sambil melakonkan aksi dukungan itu.
“Jahat Kimi ni tau..seronok la tu dukung Sarah ,” tumbuk Sarah ke lengah Hakimi dengan nada yang segan.
“Adeh... “. Hakimi mengerang kesakitan.
“Sori Kimi..tak sengaja .” Sarah terkedu. Wajahnya penuh mimik kegelisahan.
“Tak de ape-ape...jangan bimbang..Kimi kan tough ,” ketawa Hakimi secara berdekit sambil menunjukkan ketulan otot lengannya.
Sarah turut sama bercanda.Bibirnya merah bak delima dan pipinya asmaradanta kekuningan. Bahkan bukan sahaja wajah menjadi lampiran,malah gelak tawanya menampakkan lesung pipit yang menyerlahkan lagi keayuan si gadis ini. Hakimi terpaku. Jantungnya berdebar-debar kegembiraan. Patutkah ku luahkan cinta yang berbingkis di hati,bisik hatinya.
|