|
tahniah datuk lcw...
mula2 tengok set pertama kalah teruk...aku kata habislah kali ni....tak sangka datuk dapat bangkit dgn begitu bertenaga sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
makin kaya datuk kita nih...USD 75k ....tambah sports car lagi satu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ambok at 8-1-2012 23:34
LCW bersama 'senjata' terbarunya....raket terbaru,taktahu model apa...belum dijual dipasaran ...otai2 badminton di bcdf pun tertanya-tanya raket series apa yg dipakai LCW ini...sebahagian besar mengatakan datuk masih guna Voltric series cuma modelnya tak tahu model apa , sebahagian yg lain mengatakan Nanoray Series
|
|
|
|
|
|
|
|
lin dan ni memang kadangkala nampak bongkak ....teringat waktu malaysia open.. lindan kalah dgn cong ...
_19788 Post at 8-1-2012 23:07
Lin dan yg dahulunya memang sgt teruk perangainya...baling raket pada jurulatih lawan, sepak raket bila kalah....tak mahu pakai topi tradisional sarawak pada Malaysia Open 2006 ...darah muda...
sekarang dia lebih cool berbanding dahulu...aku agak bini dia XXF yg berjaya bentuk dia supaya menjadi lebih cool
|
|
|
|
|
|
|
|
Lin dan yg dahulunya memang sgt teruk perangainya...baling raket pada jurulatih lawan, sepak rak ...
ambok Post at 8-1-2012 23:42
Dulu beliau mentah lagi, sekarang dah matang. Saya percaya Lin Dan bukanlah seorang yang sombong di luar court. Mungkin itulah ego seorang pemain yang dijadikan 'senjata' untuk menakutkan musuh. Saya pernah terbaca kat paper, beliau sebenarnya sangat merendahkan diri dan tak pernah pandang ringan lawannya. Macam mana pun, tahniah kepada Datuk atas kejayaannya menewaskan Super Dan kali ini. Namun, Datuk dan seluruh rakyat Malaysia tidak perlu terlalu gembira dan menaruhkan harapan yang tinggi kepada Datuk untuk memenangi pingat emas Olimpik 2012 nanti kerana Lin Dan dan pasukan China tidak akan melepaskan mahkota tersebut kepada mana-mana negara dan pemain luar China. Mereka pasti akan bangkit dengan tahap yang lebih aggresif, dan Lin Dan masih lagi Super Dan. Peluang beliau untuk menewaskan Datuk di Olimpik nanti masih tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
mod karam ... since mod karam cam busy je .. aku tolong kirakan berapa yg betul tuk prediction game tu ....
tak ramai lak yg joint kali ni .. wawa pun ilang .... hopefully malaysia SS next week ramai yg joint ...
kayla Post at 8-1-2012 21:15
rajinnyer kay... bagus bagus... aku giler bizi la pulak dari hari khamis tu... SIL masuk ward, so aku kena babysit anak2 buah aku... tak menang tangan aku... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mcm nak mintak penampo aje muke diva ni hah... |
|
|
|
|
|
|
|
KKK dan tbh bermasam muka?......memang dari dulu lagi dah dorang tak berapa...kira bukan boleh jadi kawan.....luar gelangggang masing2 ngan dunia masing.....KKK pun kadang2 duk lepak ngan chong wei...tp TBH ngan KKK ni memang tak ngam sangat...wartawan pun ade tanya waktu dorang mula muncul dulu...KKK mengaku die tak bercakap sgt ngan tbh...kalu dlm gelanggang pun dorang cakap benda yg perlu je...kiranya tak kamcing ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei akhiri badiOleh TAN MING WAI
[email protected]
| Lee Chong Wei
|
KUALA LUMPUR - Tiada yang lebih menggembirakan Datuk Lee Chong Wei apabila membuka tirai musim 2012 dengan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Korea semalam dan bertambah manis ia dicapai dengan menumpaskan seteru utamanya, Lin Dan.
Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu, selepas kali terakhir pada All England, Mac lalu.
Chong Wei terpaksa bergelar pemain 'kedua terbaik' sepanjang tiga pertemuan dengan Lin Dan selepas itu iaitu Kejohanan Dunia, Terbuka Hong Kong dan Terbuka China, sebelum menamatkan badi dengan kemenangan 12-21, 21-18, 21-14 di Seoul semalam.
Melihatkan gaya kekalahannya pada set pertama, tiada siapa yang akan berani bertaruh bahawa Chong Wei akan memenangi perlawanan. Malah sehingga penghujung set kedua, tiada tanda pemain No.1 dunia itu akan mengheret perlawanan ke set penentuan.
Biarpun beberapa kali berjaya menyamakan kedudukan mata, Lin Dan tetap berjaya melebarkan semula jurang kepada dua atau tiga mata di depan.
Pada kedudukan 15-15, Lin Dan mengungguli permainan rali penting yang memberi kesan kepada mental Chong Wei dan ia ternyata benar apabila Lin Dan kembali di depan dengan 17-15.
Namun kedudukan getir itu menjadi titik tolak menyaksikan Chong Wei meningkatkan rentak permainannya, mengejar sehingga 17-18, sebelum meraih empat mata berturut-turut untuk memaksa Lin Dan beraksi pada set ketiga.
Memasuki set penentuan, Chong Wei tidak kelihatan akan kalah dan terus selesa mendahului 9-4. Meskipun dirapatkan semula Lin Dan 12-10, sebarang tanda kebangkitan Lin Dan lenyap apabila juara dunia empat kali itu melakukan satu demi satu kesilapan untuk membolehkan Chong Wei berada pada mata 20-11.
Chong Wei kemudiannya tenang melengkapkan perlawanan yang berlanjutan sehingga 75 minit dengan kemenangan 21-14.
Jurulatihnya, Teh Seu Bock berkata, kekalahan pada set pertama disebabkan Chong Wei terlalu mengikut rentak lawan.
"Rentak Chong Wei pada set pembukaan amat perlahan, kurang bertenaga dan terikut-ikut permainan Lin Dan.
"Namun pada set berikutnya, Chong Wei mengejutkan Lin Dan dengan permainan lebih pantas.
"Memasuki set ketiga, keyakinan Chong Wei sudah meningkat sedangkan Lin Dan mula hilang fokus dan keletihan," kata Seu Bok.
Walaupun menang, tiada reaksi luar biasa oleh Chong Wei seperti yang sering dilakukannya iaitu melutut kegembiraan di gelanggang. Dia mungkin lebih memikirkan mengenai Terbuka Malaysia.
Selaku juara perseorangan lelaki Terbuka Korea yang bertaraf Siri Super Premier itu, Chong Wei menerima hadiah habuan tunai AS$75,000 (RM236,000).
Chong Wei yang telah bertemu Lin Dan sebanyak 27 kali termasuk semalam, perlu terus memperbaiki rekod 9-18 sebelum benar-benar membuktikan dia 'sah' mengatasi musuh ketatnya itu.
Rekod sejak 2004 menunjukkan Chong Wei tidak pernah mencatat kemenangan berturut-turut ke atas Lin Dan, sebaliknya satu kemenangan disusuli dengan tiga atau empat kekalahan selepas itu. |
|
|
|
|
|
|
|
team china nak bertolak ke KL... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia open pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 414# wawaKKK
wawaKKK...mana kamu amik gambar2 terbaik ni..website mana.....sy nak gi selongkar gambar2 terkini....nak tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
LCW bersama 'senjata' terbarunya....raket terbaru,taktahu model apa...belum dijual dipasaran ...otai2 badminton di bcdf pun tertanya-tanya raket series apa yg dipakai LCW ini...sebahagian besar mengatakan datuk masih guna Voltric series cuma modelnya tak tahu model apa , sebahagian yg lain mengatakan Nanoray Series..
ambok Post at 8-1-2012 23:32
Close Preview
|
|
|
|
|
|
|
|
discussion kat BCDF cakap model Voltric ZF |
|
|
|
|
|
|
| |
|