|
nak tanya di area puchong perdana ... ada tak gelanggang silat?
silat apa2 pun takpe |
|
|
|
|
|
|
|
pam...pam... asik mendap jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #401 katana83's post
cekak harimau? aku tau tapi takpenah plak dengar kisahnye...
kalimah aku penah dengar, tapi it's best kalau orang dalam silat kalimah sendiri cerita.. aku takde kawan yang aktif silat kalimah.. kawan aku sorang tuh dah quit atas sbb2 kesihatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #406 gunblade712's post
hahaha ko ni kelako lah
citer laaa sikit pasal ilmu yang ko ada
baru laaa x mendak
leh kwn2 lain share pendapat hehehehe
(ni lah thread yg paling lama hayatnyer yg penah aku wat ) |
|
|
|
|
|
|
|
server.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #408 ReuK's post
aper pulak kelako..
isyy ko nih.. better kite dengar daripada orang dalam silat tuh sendiri...
by the way, aku tak penah tengoklah demo silat kalimah.. ader kawan2 yang penah tengok tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #411 gunblade712's post
klu x silap aku kalimah ni tak bnyk beza ngan cekak....
satu lg... pengasas kalimah seguru ngan ustad hanafi... WallAllahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #412 katana83's post
tpai aku tak penah tengok buah silat kalimah..
dan silat kalimah daripada azmi dan riduan long, betul ker? |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku paste dr web..
Kisah Hidup Tok Guru Yahya Said
Beliau dilahirkan pada tahun 1903 di Kuala Kerian, Kedah.
Tok Guru Yahya Said adalah anak angkat kepada Panglima Tok Rashid. Beliau bekerja dengan Panglima Tok Rashid sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional yang dihasilkan oleh Panglima Tok Rashid sendiri.
Pada tahun 1923, Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat Kalimah daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.
Pada tahun 1938, Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat Kalimah ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942, Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat Kalimah ini.
Pada tahun 1949, Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor.
Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.
Pada tahun 1963, seorang pemuda yang bernama Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.
Pada suatu masa, Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri yang sebenar. Yang wujud hanyalah silat tari untuk menyambut pengantin dan hari perayaan. Bermula dari peristiwa inilah, Tok Guru Yahya Said berazam hendak membuktikan bahawa orang Melayu turut mempunyai seni mempertahankan diri yang benar-benar bercorak keislaman dan setanding dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki oleh bangsa lain.
Pada tahun 1965, dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said.
Kemudian pada tahun 1966, Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, di Alor Merah seramai 20 orang. Semasa mengajar di Teluk Wan Jah, seramai 20 orang telah berguru dengan beliau, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.
Pada tahun 1968, Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long hingga khatam. Tok Guru Yahya Said telah mengamanahkan Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid kepada Pak Guru Azmi Long dengan harapan Silat Kalimah akan terus berkembang subur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bapa Guru Utama Silat Kalimah Malaysia: Pak Guru Azmi Long
Dilahirkan dalam enam adik beradik di Kedah pada tahun 1934.
Dibesarkan oleh ibu beliau yang bernama Fatimah Binte Mohd. Said dan bapanya iaitu Long Bin Ishak yang bertugas di Pejabat Daerah Kulim, Kedah. Salah seorang adik kepada Pak Guru Azmi Long yang setia dengan perjuangan Persatuan Silat Kalimah sehingga akhir hayatnya adalah Allahyarham Cikgu Redzuan Long.
Menerima pendidikan Darjah 1 hingga 4, di Sekolah Melayu Kulim dan terpaksa berhenti belajar disebabkan oleh penaklukan tentera Jepun ke atas Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1944. Bapa Guru Utama Cikgu Azmi Long kemudiannya berjaya meneruskan pendidikan di Sekolah Ibrahim hingga Darjah 6.
Pada tahun 1952, beliau mula bekerja dengan British Army dan ditugaskan di bawah Royal Electrical Mechanical Engineer(REME) sehingga beliau memiliki Army British Gred 1 - Certificate of English, British Army.
Beliau menamatkan tugas dari British Army pada tahun 1959 dan memulakan hidup baru sebagai orang awam.
Pada tahun 1960, beliau memulakan karier baru sebagai penjual ubatan tradisional dan disitulah bermulanya persahabatan dengan Tok Guru Yahya Said. Hasil dari perkenalan ini, akhirnya Pak Guru Azmi Long dianggap sebagai anak angkat oleh Allahyarham Tok Guru Yahya Said sendir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ngape dorang tak ceritakan yang ader terbit perjanjian antara Ustaz Hanafi dengan Yahya Said?
macam yang aku cakap, certain things kite diam je.. no point in telling people.. kite nak bersatu bukan nak bercerai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #416 gunblade712's post
haku tak tau... apa yg dijanjikan.. story sket.. |
|
|
|
|
|
|
|
should go and ask the person who put up the articles..
kalau dorang cerita, dorang mesti tau full story, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #417 katana83's post
haha minat sungguh ko ngn janji2 rahsia ni ya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #401 katana83's post
silat cekak harimau xtau plak aku.. tapi ade satu buah dalam silat cekak ni dinamakan keputusan silat harimau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #420 BateriKOng's post
|
|
|
|
|
|
| |
|