|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 16-1-2015 05:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 16-1-2015 05:34 PM
Keadaan hospital sunyi sepi. Maznah masih setia disisi Jie. Duduk ditepi katil menunggu Jie sedar. Rambut ikal keperangan itu diusap. Sedih melihat anak gadisnya yang terbaring lemah tidak berdaya. Satu demi satu dugaan menimpa Jie.
Rayyan pula berjalan mengambil udara segar di luar hospital sementara menanti Jie sedar. Viana dan Khalid sudah pulang kerana Khalid ada mesyuarat penting awal pagi esok. Tinggal Rayyan seorang diri.
Tan Sri Isa juga sempat datang melawat sebentar tadi namun Tengku Safiah tidak pula nampak bayang.
Walaupun terkilan dengan layanan Mama terhadap Jie, Rayyan tak mahu menambah masalah. Biarlah Mama dengan ragamnya. Keutamaan sekarang adalah keadaan Jie. Perhatian lebih tertumpu pada tunangnya.
Seperti mana Viana, Rayyan juga yakin Jie takkan bertindak bodoh mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian. Pasti ada penjelasan lain disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia perbuatan khianat sesiapa yang berdendam dengan tunangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2015 12:07 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-1-2015 04:18 AM
Kepala Jie rasa berat. Pandangannya kabur. Samar samar kelihatan Maznah yang sedang lena duduk diatas kerusi. Perut berkeroncong lapar namun dia tak sampai hati untuk mengejutkan Mummy. Perlahan lahan Jie cuba bangkit , wayar yang berselirat ditangannya dicabut kerana menyukarkan pergerakannya. Darah mula keluar. Jie segera mencapai cadar untuk menghentikan pendarahan.
Ya Allah ! Sayang apa you buat ni?!" Rayyan yang kebetulan masuk ke bilik untuk meninjau keadaan Jie mula cemas.
Segera butang ditepi katil ditekan untuk meminta bantuan jururawat.
Suara Rayyan mengejutkan Maznah yang sedang lena. Dia yang masih lagi dalam keadaan mamai terkejut melihat darah di katil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2015 12:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 12:11 PM
Cont..
"Kenapa boleh jadi macam ini Cik?" Jururawat bertugas yang memakai tag nama Nurul Ain juga turut cemas. Manakan tidak ,Jie adalah anak kepada tokoh korporat yang disegani, sebarang kelalaian atau seandainya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap gadis itu, dia mungkin bakal dipersalahkan.
"I tak suka wayar wayar berselirat dekat tangan I. Rimas ! So I cabutlah." Jie menjawab selamba.
"Lainkali Cik panggil nurse tolong tau. Cik tak boleh cabut macam itu saja. Biar kami bantu." Nurul Ain cuma senyum. Sudah terbiasa dengan pelbagai ragam pesakit.
Pantas juru rawat muda itu bertindak menghentikan pendarahan Jie. Plaster dilekat. Mujur darah yang keluar tidak terlalu banyak. Cuma cadar perlu ditukar kerana sudah terkena darah.
" Saya nak panggil doktor yang bertugas untuk teliti keadaan Cik dan bawa cadar baru untuk Cik. Sebelum saya pergi ada apa apa Cik perlukan tak? Saya boleh bawakan." Nurul Ain menawarkan bantuan.
Jie hanya menggelengkan kepala.
" You buat I risau sayang." Rayyan bersuara setelah Nurul Ain berlalu keluar dari bilik. Jantung bagaikan berhenti berdegup melihat keadaan tadi. Mujur hati tergerak untuk menjenguk Jie dan Maznah dibilik.
" Mommy pun risau Jie. Jie jangan buat macam itu lagi. Nasib baik Ray ada." Maznah menarik nafas lega. Tahu Jie memang suka bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan dari perbuatannya. Anak itu memang mirip perangai ayahnya. Degil ! Tak hairanlah walau Dato Hanafi sayangkan Viana dan Jie sama rata namun perhatian lebih diberikan kepada Jie. Jie sentiasa dimanjakan oleh Daddynya.
" Jie minta maaf Mommy!"Jie terasa bersalah membuat Mommy risau. Wajah mula berubah murung.
Belas melihat keadaan anak bongsunya , Maznah segera mendakap erat Jie. " Tak apa Jie. Mommy cuma tak nak apa apa buruk jadi kat anak Mommy."
"Mommy...." Jie menatap wajah Maznah yang nampak keletihan. " Jie laparlah. Jie rasa nak keluar makan. Boleh tak Mommy?" Jie berharap Maznah memberi keizinan. Maznah serba salah.
"I belikan untuk you."Rayyan beralih mendekati tunangnya. You nak makan apa sayang?" .
"Tak apa I rasa nak keluar ambil udara segar. I boleh pergi sendiri. " Jie menolak bantuan Rayyan. " I guna kereta Mommy." Maznah ditenung untuk mendapatkan persetujuan."Mommy tak kisahkan?"
"Please sayang ! You tak sihat. Doktor nak you rehat. Takkan you nak keluar malam malam ini?"Rayyan membantah. Bimbang kesihatan Jie terganggu.
"Tapi I rasa teringin sangat nak makan grilled chicken." Jie sendiri tak tahu kenapa tekak rasa teringin sangat. Sedih kerana hajat tidak dipenuhi.Air mata mengalir dipipi.
Rayyan tersentak melihat air mata yang tak semena mena mengalir dipipi gadis disebelahnya " Ok sayang. Nanti lepas doktor datang check you , I minta permission doctor, kita keluar cari makanan yang you nak ok?" Tak sampai hati menghampakan permintaan tunang tersayang.
Jie hanya mengangguk setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 23-5-2015 01:29 AM
Memang kerja gila ! Rayyan pun tak pasti kenapa dia menurut sahaja kehendak Jie. Doktor bertugas Dr Azhar tidak membenarkan Jie untuk keluar kerana khuatirkan keadaan Jie yang masih tidak stabil. Namun Jie tetap berkeras dan disinilah mereka sekarang setelah berjaya menyusup keluar dari hospital. Mujur, Maznah tidak menghalang.
"Pakai ini sayang." Jaket tebal yang memang disimpan dalam kereta disarung ke tubuh Jie . Takut gadis itu kesejukan. Langkah di atur menghala ke dalam restoran yang masih lagi meriah meskipun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Usai memilih tempat duduk dan membuat pesanan , suasana sepi mula melingkari mereka. Rayyan merenung Jie yang masih kelihatan lemah.
"You ok tak sayang?" Walau hubungan mereka masih dipersimpangan, Rayyan tetap ambil berat terhadap tunangnya. Cinta pada Jie masih utuh. Tak pernah kurang sedikitpun.
Jie hanya mengeluh. Kepala disandar ke bahu Rayyan yang duduk bersebelahan. "Entahlah you. I rasa kosong. Life macam meaningless sejak kebelakangan ini. I rasa nak lari saja."
"You stress pasal hal kita ke?" Rayyan cuba menebak. " I tahu salah I. I tak sepatutnya dengar cerita sebelah pihak, I sepatutnya dengar penjelasan you."
Jie geleng. "I tak stress. I bosan ! Sejak kita bersama, macam macam I kena tuduh.. I dituduh perempuan murahlah, ada skandal dengan adik you, sampai kisah I dengan Zack yang dah lama berkubur tu pun jadi isu.Dengan Mama you tak suka I. Susah betul kan bercinta dengan you."
"You dah bosan dengan I ke?" Merajuk mendengar kata kata yang keluar dari bibir tunangnya.
Jie cuma senyum. " Kalau I kata yes, then you akan setuju nak putuskan pertunangan kita?" Lebih kepada menduga Rayyan.
" Well, you bosan ke tak dengan I, muka I juga yang you kena hadap sampai I mati sebab I takkan lepaskan you selagi I hidup." Rayyan mungkin mudah berubah pendirian namun satu hal yang pasti takkan berubah , dia mahukan Jie dalam hidupnya. " You larilah jauh mana pun. I tetap akan cari you."
"Ok. I got it ! Then I kena prepare escape plan dari you starting from now." Jie masih lagi tersenyum.
Wajah Rayyan berubah. " You serious? I memang tak penting bagi you kan?" Kecewa mula terasa.
"Yes ! I am seriously .... hungry." Jie tertawa kemudiannya. "Makan dulu lah. I lapar." Grilled Chicken dengan kuah black pepper yang dipesan terhidang di atas meja membangkitkan selera Jie.
"You kenakan I ye? Jahatlah you ni." Pantas hidung mancung gadis itu ditarik. Rayyan dapat merasakan hubungan mereka akan pulih seperti sedia kala.
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 replied at 17-1-2015 12:59 AM
Cont..
"Kenapa boleh jadi macam ini Cik?" Jururawat bertugas yang memakai tag nama Nurul Ain juga ...
I speku Jie peknen |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca dialog syg..rasa mcm nk kpel.haha..alee sweet..
serios, klo aku kat tmpt jie pun, ku akn putuskn hubungn.. yelah2 mcm2 kena.Maybe aku akan ajar sapa fitnah aku itewwww.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian kt jie...dugaan melanda... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2015 08:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hanim menyampah ! Mata sakit melihat gelagat Rayyan dan Jie. Sengaja mengekori mereka dari kawasan hospital lagi dan setia menjadi penonton 'kisah cinta ' Rayyan dan Jie.Nampaknya rancangan untuk memisahkan pasangan itu tak semudah yang disangka. Walaupun pelbagai fitnah dilontar tetapi lelaki bernama Rayyan Hardy itu tak putus asa untuk bersama Jie. Kalau keadaan ini berterusan rancangannya bakal berdepan dengan kegagalan sedangkan Hanim tak boleh kalah. Apatah lagi kalah sekali lagi dengan Jie..
" Ala tak lama pun 'bahagia' mereka itu. Seorang lelaki bertopi menghampiri Hanim. Merenung ke arah pasangan kekasih itu.Kau memang dendam dengan perempuan tu kan?"
Hanim cuma angguk. "Kalau boleh aku nak tembak kepala dia sekarang juga. Biar dia mampus ! Puas hati aku!"Dendam mula membara.
" Sabar ! Lelaki bertopi menyalakan api rokok menggunakan pemetik api. Rokok dihisap. " Ingat boss nak perempuan tu hidup hidup ! Tak ada cacat cela. Kau jangan ambil tindakan sendiri lagi. Tunggu arahan aku !"
Hanim hanya diam. Teringat sewaktu dia mengupah samseng untuk mengenakan Jie. Teruk dirinya dimarahi boss. Kadang kadang Hanim rasa boss keterlaluan. Kata bencikan Jie tetapi sibuk menghalang dia dari berbuat sesuatu ke atas gadis itu. Konon bukan masa yang sesuai untuk bertindak.
Mujur lelaki dihadapannya menenangkan 'boss'. Kalau tak mungkin Hanim sudah jadi arwah ditembak mati.
"Aku faham." Hanim terpaksa akur. Mata masih memerhatikan Jie dan Rayyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 17-1-2015 02:38 PM
Jie perasan ada gadis asyik merenung ke arah Rayyan dan dirinya sedari tadi. Mungkin perasaannya sahaja. Jie cuba megecam wajah itu namun jarak antara mereka dan keadaan cahaya yang suram direstoran menyukarkan Jie untuk mengenalpasti secara tepat. Namun Jie yakin mata gadis itu merenung mereka.
Satu rancangan spontan terlintas diminda. Jie membisikkan sesuatu kepada Rayyan.Rayyan cuma angguk faham.
Pantas Jie berjalan menuju ke tandas wanita yang terletak disudut kiri restoran. Sampai didepan gadis yang merenungnya tadi kaki tersadung meja dan dia jatuh.
Hanim yang tak menduga akan berhadapan dengan Jie dalam keadaan begini tak tahu bagaimana untuk bersembunyi.
"Miss, tolong I ! Kaki I sakitlah." Sengaja Jie berhelah begitu. Tangan dihulur meminta bantuan untuk berdiri semula.
Hanim cuak. Takut diri dikenali. Lelaki bertopi juga mula tak senang duduk. Takut Rayyan pula akan datang ke situ.
Melihatkan Rayyan mula bangun menapak ke arah mereka, Hanim terpaksa menyambut tangan Jie. Pantas gadis itu dibantu.
Jie memaut bahu Hanim kerana imbangan badannya masih lagi tidak stabil. Hanim kaku seketika. Musuhnya kini berada tak sampai sejengkal dari wajah.
"I have to go." Hanim melepaskan pautan Jie setelah melihat Rayyan semakin dekat. Lelaki bertopi juga bergegas pergi. Takut identiti mereka terdedah.
Rayyan cuma sempat melihat sekali imbas wajah gadis itu dan lelaki disebelahnya.Sukar untuk membuat pengecaman.
"Kenapa mereka rush bila you datang sini Ray?" Jie mula pelik. Rasa seperti mereka kelam kabut pergi kerana Rayyan.Mungkin mereka orang yang Rayyan kenali?
Satu andaian timbul.
Rayyan geleng. Tak tahu. Cuma wajah gadis tadi mirip seseorang. Otak ligat memikir.
" Sayang.... I rasa dialah Hanim yang jumpa I hari tu." Rayyan akhirnya menemukan jawapan. "Let's tail them !"
"Never mind Ray ! Let them be. I dapat something."Spontan Jie menunjuk rambut Hanim yang sempat ditarik dalam genggamannya. "And tu..." Puntung rokok yang dihisap lelaki bertopi tadi ditunjuk. "You simpan. Kita boleh run lab test dapatkan DNA sample untuk trace siapa mereka berdua. Kalau dialah Hanim, I pelik kenapa dia berdendam dengan I sedangkan I sendiri tak kenal dia." Jie yakin semua persoalan akan terjawab tak lama lagi. Only time will tell ! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2015 02:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 01:06 PM
Bab 34
Maznah terasa kedatangan Tengku Safiah bukan ikhlas bertanyakan keadaan anak bongsunya tetapi lebih kepada menyakitkan hati. Kalau diikutkan perasaan yang marah, mahu saja Maznah menyuruh wanita itu pulang sahaja. Memang mereka pernah rapat sewaktu menuntut di universiti dulu namun Tengku Safiah yang berada didepannya sekarang tampak berbeza benar. Gaya angkuh dan sombong. Mulut bercakap sesuka hati sedangkan Jie masih belum sihat sepenuhnya. Doktor juga masih membuat pemantauan untuk memastikan Jie benar benar pulih.
" Aunty ni bukan apa Najiha. Cuma sedihlah tengok Ray tak cukup tidur. Pagi tadi balik dari hospital terus pergi office. Kalau boleh Auntie tak naklah Najiha susahkan anak Aunty sampai macam tu sekali. Najiha bukan isteri Ray , Aunty rasa tak berbaloi Ray berkorban masa untuk Najiha. Aunty harap Najiha tak salah faham maksud Aunty." Sengaja Tengku Safiah berkata begitu. Mahu menyakiti hati Jie.
Sebaliknya yang berlaku. Wajah gadis dihadapannya tampak tenang. "Puan Sri..Jie tak pernah paksa anak lelaki Puan Sri untuk datang temankan Jie pun. Ray sendiri yang sanggup ! Kalau Puan Sri risaukan Ray sangat why not Puan Sri cakap sendiri dengan dia? Bukan Jie mahu biadap dengan wanita itu tetapi buat masa ini Jie tak mahu serabutkan kepala . Elok kalau Tengku Safiah pulang saja
Tengku Safiah terdiam dengan respon bersahaja dari Jie. Tak sangka gadis itu berani melawan kata katanya.
Rayyan yang baru sampai tak sangka bertemu Mama disitu. " Mama tak bagitau Ray pun nak jenguk Jie. Kalau tak, boleh Ray singgah rumah jemput Mama".
"Tak apa Mama da nak balik pun. Sempat Jie dijeling. Aunty balik dululah Najiha." Tengku Safiah mengelak apabila Jie mahu menyalam tangannya. "Saf pergi dulu Maz." Maznah hanya angguk. Lega melihat wanita itu berlalu.
" You pergilah hantar Mama you balik." Jie berselimut sehingga menutupi wajahnya. Malas memandang Rayyan. Moodnya kurang baik.
Rayyan perasan Tengku Safiah menarik balik tangannya apabila Jie ingin bersalam tadi. Pasti Jie terasa hati. "I keluar kejap. Nanti I datang balik tau sayang. Ray pergi dulu Auntie." Sempat Maznah dipamit sebelum pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rayyan pantas mengejar langkah Mama. Ada sesuatu yang nak dibicarakan dengan Tengku Safiah berdua. Tak boleh bertangguh lagi ! Selama ini Rayyan yakin hati Tengku Safiah akan lembut dan menerima Jie dengan tulus juga suatu hari nanti namun melihatkan keadaan tadi Rayyan tak dapat bersabar lagi. Walau dalam keadaan Jie yang tak sihat Mama tega melayani gadis itu sebegitu rupa. Kenapa Mama membenci Jie? Sedangkan Jie dilihat cuba juga untuk mengambil hati Mama. Tetap hormatkan Tengku Safiah.
Rayyan tak nafikan Jie agak 'out spoken' dan tegas menegakkan pendiriannya terutama bila gadis itu rasakan diri dipihak yang betul. Macam kes semasa dituduh menolak Zeeta ke dalam kolam. Jie dilihat tegas mempertahankan diri. Berbeza dengan gadis lain yang mungkin hanya akan terduduk menangis sekiranya berada dalam situasi Jie. Tapi itu bukan alasan untuk Mama membenci tunangnya.
"Kenapa Ray? Ray kejar Mama macam tak boleh nak jumpa dekat rumah nanti." Pelik dengan Rayyan yang kalut mengejarnya.
"We need to talk Mama. Ray takkan senang hati selagi tak cakap dengan Mama."
Tengku Safiah hanya menurut kehendak anak sulungnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya update. thanks tt. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2015 05:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-1-2015 08:00 PM
Tengku Safiah tak sangka Rayyan sanggup mempertikaikan pelakuannya hanya kerana seorang gadis. Selama ini Rayyan hanya menurut segala telunjuknya. Putih kata Tengku Safiah maka putihlah juga pilhan Rayyan. Berterusan sehinggalah Rayyan bertemu Jie. Sejak dari saat itu, Rayyan mula berubah. Sanggup memutuskan pertunangan yang telah diatur dengan Zeeta dan mula membantah kehendaknya. Keutamaan Rayyan juga sudah bertukar. Kalau dulu habis bekerja Rayyan banyak menghabiskan masa dirumah, sejak mengenali Jie masa Rayyan banyak dihabiskan untuk gadis itu. Tengku Safiah rasa dipinggirkan oleh anak kesayangannya sendiri !
"Ray memang lebih sayangkan perempuan tu dari Mama , kan?" Tengku Safiah mula menitiskan air mata. Sedih.
Rayyan terkesima. " Ma , Ray sayangkan Mama ! Tak mungkin ada orang lain boleh ganti tempat Mama dalam hati Ray. Tapi Ray cintakan Jie. Please Mama !" Cuba meraih pengertian Tengku Safiah. Baik Tengku Safiah mahupun Jie penting dalam hidupnya. Rayyan tak mungkin mampu memilih.
"Kalay Ray sayang Mama , kahwini Zeeta dan tinggalkan Najiha !" Tengku Safiah terpaksa mendesak. Dia tiada pilihan lain.
Rayyan terpaku. Nampaknya Mama memang takkan terima Jie sebagai isterinya. " Enough Mama ! Ray dah bosan dengan semua ini. Mama restu atau tak Ray tetap akan jadikan Jie isteri Ray. Sekali lagi Mama paksa Ray kahwin dengan Zeeta , Ray akan migrate dengan Jie dan Mama akan kehilangan anak Mama selamanya." Kalau selama ini hanya Mama yang selalu mengugutnya, kali ini Rayyan terpaksa menggunakan teknik yang sama. Rayyan sudah penat melayan kerenah Mama.
Tengku Safiah hilang kata kata. Tak menyangka Rayyan nekad memberi kata putus begitu terhadapnya.
" Mama fikirlah sendiri. Ray minta maaf kalau Mama kecil hati dengan Ray. Ray tak ada niat nak ketepikan Mama." Usai berkata begitu Rayyan terus berlalu. Memberi ruang untuk Tengku Safiah berfikir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 17-1-2015 08:09 PM
Doktor Hadi meneliti laporan pesakit bernama Nur Najiha binti Dato ' Hanafi. Tekanan darah dan degupan jantung masih belum stabil.Ujian darah mengesan kewujudan amphetamine dan sejenis dadah sintetik lain yang dicampur dalam dos yang tinggi.Ujian air kencing pula positif. Ini menyokong teori bahawa gadis itu berhalusinasi kerana berada dibawah pengaruh dadah.
Satu ketukan kedengaran dipintu. Wajah Rayyan kelihatan. Doktor Hadi yang memang kenal rapat dengan Rayyan mempersilakan lelaki itu duduk.
"Tunang I macam mana Doc?" Jelas kerisauan tergaris diwajahnya.
"Rasanya elok kalau kita discuss sekali dengan tunang Encik Rayyan. Saya rasa nyawa tunang Encik Rayyan dalam keadaan bahaya. 10 minit nanti saya datang bawa laporan lengkap Cik Nur Najiha ke wad."
Rayyan hanya akur. Langkah diatur keluar menuju ke bilik wad dimana Jie berada. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dulu habis
berkerja Rayyan banyak
Seumur hidup titew. Titew tak pernah jumpa ejaan berkerja.hihi..eh means, abang cermin mata lagi hensem maybe tertypo perkataan BEKERJA..hihi.
Tak penah titew bacew novel cinta misteri yg tak boleh diagak tahu. Selalunya ada hint je cerita blog-blog iteww. |
|
|
|
|
|
|
|
dimuka pintu
dipintu
Titew rasew tt kena check.
*saja guna perkataan budak tak cerdik.haha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2015 07:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-2-2015 01:09 PM
Jie keseorangan didalam bilik. Rasa bosan mula menyelubungi. Seluruh badannya sakit sakit. Rasa letih tak berdaya. Emosinya juga tidak stabil. Maznah pulang sebentar ke rumah. Daddy pula berjanji akan datang petang nanti. Cerita yang ditayang di televisyen langsung tidak menarik minatnya.
" Hi sayang !" Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepada Jie. "Sorry I lambat sikit. Lepas jumpa Mama tadi, I dapat call urgent. So I patah balik office."
Jie faham kesibukan Rayyan. "It's okay !" Bunga mawar bertukar tangan. Jie mencium bunga kegemarannya. Wangi !
" You ok tak hari ini? " Rambut ikal Jie diusap lembut. Hilang segala stress menatap wajah yang dicintai.
Jie hanya mengangguk. " But I miss you !" Mata merenung Rayyan. Sungguh itu yang dirasai.
"I miss you too, sayang !" Rayyan senyum . Mata bercahaya gembira. Jarang untuk mendengar Jie meluahkan kata kata romantis.
Kedengaran bunyi pintu dibuka. Wajah Doktor Hadi terpacul dipintu.
" You ada orang nak bunuh I ! I takut !" Jie segera berdiri dan menyorok disebalik badan tegap Rayyan. Badannya terketar ketar. Peluh mula merecik didahinya.
"Sayang... itu kan Doktor." Rayyan cuba memujuk. Tak faham kenapa Jie berubah paranoid begitu.
"Cik Nur Najiha..." Doktor Hadi cuba menenangkan. Cik jangan takut ! Saya doktor yang merawat Cik."
Tanpa diduga Jie menyerang Doktor Hadi. Mujur doktor muda itu sempat mengelak. Doktor Hadi tiada pilihan lain. Saku uniformnya diseluk. Satu jarum suntikan dikeluarkan.
Suntikan penenang terpaksa diberikan. Jie mula longlai dan rebah tidak sedarkan diri. Rayyan mengangkat tunangnya dan dibaringkan ke atas katil.
"Kenapa dengan tunang I?" Rayyan yang masih lagi terkejut dengan kejadian tadi sempat menyoal.
Mata Doktor Hadi merenung setiap sudut bilik.Soalan Rayyan terbiar sepi.
Sejambak bunga mawar merah menarik perhatiannnya. " Siapa yang bagi bunga ini?" Doktor muda itu yakin bunga inilah punca Jie berubah ganas.
"I beli dekat bawah tadi." Rayyan menerangkan. Ada seorang wanita mendekatinya untuk menawarkan sejambak bunga mawar merah. Tanpa sebarang syak wasangka Rayyan bersetuju membeli. Lagi pula Jie memang sukakan bunga mawar merah.
" Ada tak Cik Najiha sentuh atau cium bunga ini tadi?" Doktor Hadi perlu tahu.
Rayyan hanya angguk.
" Saya rasa ada dadah diletak dalam bunga ini. Sebab tu Cik Najiha terhidu dan bertindak luar kawal. Apapun saya kena bawa bunga ini ke makmal untuk siasatan lanjut." Doktor Hadi memakai glove dan mask sebagai langkah berjaga. Bunga dibawa keluar untuk diujikaji.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alu hrp, dgn sakitnya jie. Rayan blah.lalala.haha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|