Post time 16-10-2018 06:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semlm lepas zuhur I took a nap. Tiba2 phone bunyi. Aku bingkas bgn n angkat phone dgn mamainya. The caller mentioned my name n said she called from the bank. Pastu dia tanya aku pakai credit card ke. Aku yg tgh blur pun jwb, Takde. Tk pernah pakai credit card ke?, dia tanya lagi. Aku still blur so aku jwb, Tak pernah. Terima kasih Puan, katanya n letak. Eh. Aku ada credit card la, pehal aku jwb tkde plak. Dah 100% sedar n fikir2 balik, Alhamdulillahhhhhhhh.
Post time 16-10-2018 08:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dulu aku nak cari kepuasan dalam hidup, aku ikut member2 konvoi motor dari selatan malaysia sampai ke thailand.lenjan motor macam orang gila dah berapa puluh orang sumpah aku atas highway.
betul ke puas macam tu? sebab perasaan tu tak nyata dan ketara.maksudnya yang puas itu?
aku berjinak2 dengan hiking and climbing.cari gunung dan daki.dari gunung tahan ke gunung kinabalu.sampai atas puncak aku happy tapi .... puas ke perasaan aku?rasa tu tak ketara dan nyata.masih samar2.
aku travel sorang2 pergi ke negara yang bergolak ketika itu.sampai ada 13 orang kena bunuh dalam bas sebab berlainan ideologi.tapi aku tetap berkeras hati untuk pergi.sampai destinasi yang digembar gemburkan, aku terpegun melihat keindahan ciptaan Allah.tapi puas tu masa aku tak dapat kecapi?masih samar2.mana puasnya dalam hidup?
hari ni aku jumpa puas itu selama aku cari dalam hidup ini.bila .... aku diberi peluang oleh Allah untuk mandikan mak aku.cuci kaki dia.shampoo rambut dia, nyanyi2 depan dia, buat lawak bodoh depan dia.aku bodoh, rupa2nya puas tu cuma depan aku je.aku tak nampak selama ni.
yaaaa .... sangat puas .... sangat ....lebih puas daripada kaki nanga parbat.
kalau mak pergi .... aku tak tau aku macam mana nanti ....
Post time 16-10-2018 10:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zuriat tu boleh petik pokok ke. Ingat aku tak nak anak ke. Ingat aku tak sedih ke tengok kawan dan sepupu aku semua dah ada anak. Ada zuriat nak berkongsi kasih sayang. Ada anak nak dididik dan dibelai. Sedap je cakap suruh itu, suruh ini. Ingat aku ni apa. Tunggul?! Bodoh bengap tak usaha. Dah tuhan tak bagi, nak aku buat macam mana. Badan aku dah sakit telan semua ubat dan suntikan tu. Badan besar semua. Ingat aku tak rasa apa2 ke. Andai suami aku cerai sebab takde anak, dah lama aku redha. Itu antara aku dan dia. Jangan masuk campur boleh?! Mengumpat dan sebar aib orang je kerja. Bagi bisu lagi tenang hidup aku. Hidup aku ni buat orang tak tenang je. Aku doakan aku mati cepat jika itu yang terbaik.
Harap tahun 2019 akan bawa perubahan besar dalam hidup aku.
InsyaAllah kalau Allah izinkan.
Sekarang aku cuma mampu merancang,
Biarlah Allah yang tentukan bila semua akan berlaku.
Aku percaya ketentuan Allah adalah yang terbaik.