|
[Tempatan]
[Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan
[Copy link]
|
|
Remyda replied at 15-3-2019 01:15 AM
Hangpa tengok sendiri kronologi tu. Tak serius apa benda lagi kes ni. Jumlah mangsa keseluruhan hamp ...
Emonya puan. |
|
|
|
|
|
|
|
syaiton nirrojim pnye MB johor..tak worct bijik getah die!!!! smoga ko berulat 48 jam sblm mati nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 15-3-2019 09:35 AM
ini kah balasan bagi kami yg gigeh beratur di tengah panas utk menukar gomen kpd yg lebeh baik?? bekalan mask pun tidak diberi .. |
|
|
|
|
|
|
|
paling menyampah bila mask dia pun orang tolong pakaikan.. please la
|
|
|
|
|
|
|
|
Copy & Paste je from facebook
Tahukah anda? Aku jadi confused.
Aku baru balik dari rumah parents aku yang betul2 berada dalam kawasan Red Zone bencana - Taman Pasir Puteh.
Pelik tapi benar, inilah yang berlaku. Keadaan di sana seolah2 tiada bencana melanda.
- Masjid penuh dan meriah seperti biasa.
- Mamak dan kedai tomyam meriah seperti biasa.
- Gerai2 berniaga dan meriah seperti biasa.
- Group2 yang melepak tu, bole kira dengan jari bape orang yang pakai facemask.
- Yang bawa motor lagi power, bukan saja facemask, helmet pun tak pakai. 😅
- Macam takde je yang lari keluar dari rumah. Meriah je semua lorong.
Yang kelihatan huru hara dan tegang hanyalah di Pusat Operasi Bencana Dewan Taman Pasir Puteh. Itu pun sudah mula lengang kerana pusat operasi sudah mula dipindahkan ke Stadium Tertutup PG.
Aku sampai sekarang jadi clueless! Kita2 yg duduk luar ni yang risau lebih ke.. atau diorang semua ni dah capai level makrifat peringkat tertinggi? Lain macam beb tenang diorang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 09:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Insiden pencemaran bahan kimia berpunca perancangan lemah - Anwar
Bernama | Diterbitkan pada Mac 14, 2019 23:35 MYT
PORT DICKSON: Perancangan yang lemah menjadi antara faktor berlakunya insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insiden yang sedang berlaku ketika ini merupakan satu peringatan bahawa isu keselamatan dan isu pembuangan sisa toksik tidak boleh dipandang ringan.
"Ini satu malapetaka yang besar dan sangat serius. Ia bukan bencana semulajadi tetapi terjadi kerana perancangan yang lemah. Dalam usaha menarik pelabur kita tidak boleh ketepikan isu ini. Keselamatan rakyat dan anak-anak harus diberi keutamaan," katanya ketika ditemui selepas majlis Hi-Tea bersama polis Ibu Pejabat Polis Daearah Port Dickson, pada Khamis.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas mengenai pencemaran sisa bahan kimia dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.
Jumlah mangsa terjejas insiden pembuangan sisa kimia, Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang ditempatkan di Medic Base, sejak 11 Mac hingga 12 tengahari tadi, merekodkan jumlah seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 09:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aku jadi keliru kenyataan laki bini ni. Anwaq habaq ianya satu malapetaka yang besar dan sangat serius. Dalam masa yang sama semalam bini dia habaq kerajaan tengah mengkaji lagi isu ini serius ka tidak.
Dalam konteks ini. Ulasan anwaq kelihatan lebih berakai & berperikemanusiaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 09:57 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
'Masih ada longgokan tong misteri'
15 Mar 2019
NOR AZURA MD AMIN
PONTIAN - Longgokan tong misteri di tepi jalan Kampung Parit Pak Intan dekat Pekan Parit Sikom di sini, kembali mencuri tumpuan selepas setahun tular dan dilaporkan akhbar tempatan.
Penularan berita tong misteri itu, dikaitkan kebimbangan orang ramai dalam tempoh pencemaran bahan toksik di Pasir Gudang.
Sinar Harian semalam, melakukan tinjauan bersama penduduk kampung dan wakil Adun Pulai Sebatang ke lokasi stor penyimpanan tersebut.
Hasil tinjauan mendapati, masih terdapat tong-tong putih dilonggok di dalam kawasan stor yang jelas kelihatan dari luar.
Imam Masjid Kampung Parit Pak Intan, Abdul Majid Sapak berkata, dia tidak terkejut dengan penularan longgokan tong misteri di media sosial itu.
Katanya ini kerana, masalah itu belum diselesaikan meskipun mendakwa lawatan agensi terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar sudah pun dilakukan.
“Penduduk diberitahu tong itu mengandungi baja. Bahan baja, kami tidak tahu mungkin bahaya untuk kesihatan. Tetapi tengok pokok-pokok di sekeliling layu,” katanya.
Beliau berharap agar penularan berita tong misteri itu akan membuka mata pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik stor.
“Penduduk mahu stor berkenaan dipindahkan ke lokasi lain. Tidak sesuai dibuka di kawasan kampung lebih-lebih dekat dengan kebun dan ladang yang jadi tempat penduduk mencari rezeki,” katanya.
Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Abdul Rashid Taib, 45, berharap ia diselesaikan dengan stor terbabit diarah berpindah.
Katanya, langkah itu penting bagi menjamin kehidupan harmoni dan selamat tanpa bimbang dengan ancaman bahan kimia mahupun toksik berbahaya.
Sementara itu, Pegawai Khas Kepada ADUN Pulai Sebatang, Zainuzabha Bahrom berkata, isu berkenaan menjadi perkara utama yang dibawa setiap kali mesyuarat tindakan daerah.
“Saya difahamkan Jabatan Alam Sekitar sudah pun memberikan notis supaya stor itu dikosongkan.
“Kita juga mendesak agar tindakan segera diambil kerana kawasan tersebut dirasakan tidak sesuai sebagai lokasi stor penyimpanan kerana terletak dalam kawasan kampung,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
diorang tahu x ape kesan jangka panjang bila terdedah pada bahan toksin ni?
sel dna boleh berubah, boleh jd cancer tau x
yaAllah, org luar sibuk risau diorg boleh tenang xpakai mask semua?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg dok kat luar boleh meriah camtu kat area tu .... awat di tutup gak beratus sekolah ? Bukak balik la hantar anak la pi ....ada beza ka sekolah dgn masjid dan kedai2 makan? Semua pun area terbukak kannn.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 10:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
akusukaq replied at 15-3-2019 09:33 AM
ini kah balasan bagi kami yg gigeh beratur di tengah panas utk menukar gomen kpd yg lebeh baik?? be ...
Dalam masa yang sama. Maklumat terperinci pengilang masih kekal misteri setakat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sah 2 Tun M ni doktor bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la perlunya isytihar darurat..
agaknya nak tunggu lebih 10 org ilang nyawa baru dia pikir nak isytihar darurat tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 11:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
780 kes baharu pencemaran gas kimia
Mary Victoria Dass
PEKERJA syarikat pembersihan memulakan kerja pembersihan sisa bahan toksik di Sungai Kim Kim, semalam. FOTO Khairul Ghazali
SERAMAI 780 mangsa gas kimia dirujuk ke pusat rawatan awal, manakala seramai 220 mendapatkan rawatan susulan di dua hospital di Johor, dalam tempoh 24 jam sehingga awal pagi hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, hanya 113 dimasukkan ke wad bagi menjalani rawatan.
Beliau berkata, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, dua mangsa pencemaran gas kimia yang berada dalam keadaan kritikal sebelum ini iaitu seorang pelajar perempuan tingkatan dua dan seorang pemandu ambulans kini dalam keadaan stabil.
“Orang ramai yang ditempatkan di Medic Base di Dewan Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar dipindahkan ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada jam 6 petang semalam bagi memudahkan urusan rawatan.
“Tambahan pula, Dewan Taman Pasir Putih berada dalam zon merah.
“Sehingga 14 Mac 2019, seramai 982 mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan klinik-klinik sekitar Pasir Gudang,” katanya.
Sahruddin berkata, kerja-kerja pembersihan seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dijalankan selama 24 jam.
Beliau berkata, sehingga semalam, tiada laporan terdapat pencemaran air tercemar sehingga Sungai Tiram dan tiada juga laporan mengatakan bahawa ia merebak ke Johor Port.
Katanya, ketika kerja pembersihan dilakukan di Sungai Kim Kim, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pembersihan.
“Petugas juga disarankan untuk mengutamakan keselamatan dengan menggunakan alat pelindung diri.
“Malah kami menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kebanyakan berita palsu yang ditular di media sosial.
“Bagi mendapatkan maklumat tepat, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 07-2522143 atau 07-2532143,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ke pelik .... masih trus di benarkan beroperasi mcm biasa lah maknanya ...... ish ish ish
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 11:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Khas buat penduduk Pasir Gudang, pihak kami telah menubuhkan suatu jawatankuasa khas untuk meneliti insiden pencemaran sisa toksik dan mengkaji tindakan susulan yang boleh diambil ke atas pihak bertanggungjawab.
Sila hubungi sekretariat Jawatankuasa Bertindak Hak Penduduk Pasir Gudang, Encik Wan Hafiz di talian +6019-936 7617 untuk maklumat lanjut.
Mohon sebaran.
#DemiPasirGudang #Pray4PasirGudang
Sekian, terima kasih.
Like & follow JUMPA KAT MAHKAMAH |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 11:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
“PELAJAR BOLEH SAMAN KILANG BUANG SISA TOKSIK”
Penduduk Pasir Gudang boleh fail saman ke atas kilang yang melepaskan bahan sisa toksik sehingga menyebabkan ramai yang dimasukkan ke dalam hospital akibat insiden itu.
Malah, pelajar juga boleh menyaman kilang terbabit dengan diwakili oleh ibu bapa. Itu kata peguam, Mohamad Siddiq Azani ketika dihubungi.
“Kanak-kanak atau pelajar boleh menyaman pihak kilang yang bertanggungjawab terbabit, dengan diwakili oleh wakil litigasi masing-masing. Kebiasaannya wakil litigasi kepada kanak-kanak bawah umur adalah ibu bapa atau penjaga.”
Semalam, 111 buah sekolah telah ditutup akibat daripada pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang.
Setakat ini hampir 500 orang telah dirawat di hospital di kawasan tersebut dan bilangan dijangka akan terus meningkat.
Menurut Siddiq, pihak hospital boleh mengeluarkan laporan perubatan untuk menyokong tuntutan yang hendak difailkan oleh pelajar tersebut.
“Tetapi pelajar atau ibu bapa perlu mengenal pasti terlebih dahulu siapakah dalang di sebalik insiden ini. Maka kita perlu tunggu siasatan dilakukan oleh pihak polis untuk mengesan dan mendakwa pihak kilang yang terlibat.”
“Apabila kedapatan maklumat cukup, boleh ambil tindakan saman. Ada juga pihak yang mahu menunggu sehingga kes jenayah selesai kemudian mengambil tindakan sivil ke atas pemilik kilang. Itu terpulang, tiada masalah selagi tidak lewat di bawah had masa yang dibenarkan.” tambahnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
laksa beracun melayu punya kecoh satu malaya...
tiba tang cina senyap....
pilih lah lagi cina jadi pemimpin...
baru tau camner babinya mereka...
agak2 melayu urban semua dah sedar ke blom...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 11:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Waima pesalah tengah kena hukum pun mangsa boleh saman lagi depa. Saman jangan tak saman. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2019 12:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Isu pencemaran gas metana memberi suatu petunjuk bermakna lokasi industri di Malaysia perlu dilihat semula terutamanya kawasan industri lama yang dahulunya tiada penduduk sekitar, namun kini dikelilingi penduduk yang boleh terdedah kepada ancaman bencana pencemaran industri
Dan juga lebih bagus jika sekolah -sekolah yang berdekatan kawasan industri di seluruh negara perlu dikenal pasti agar mempunyai tindakan SOP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|