CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr.kulop

MotoGP

 Close [Copy link]
Post time 1-11-2008 08:40 PM | Show all posts

Balas #20 payrol\ catat

pakai track buruk tu la.....

city track.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by payrol at 1-11-2008 08:39 PM
back to topic pls

kalo Singapore nak anjur ..kat mane ade tanah lagi....unless dier tambak tanah kat area changi jail tuh..or blkg tudm singapore nyer runway baru tuh..tmpt2 laen  ...



eh, layan motogp gak?

Developing the title-winning machine: The Yamaha M1 explained
Masahiko Nakajima details the intricacies of the 2008 Yamaha M1, used by Valentino Rossi to take the MotoGP World Championship crown.

An underpowered 2007 bike was updated to become a title-winning machine in 2008, with Yamaha addressing their early 800cc teething problems over preseason. The Fiat Yamaha version of the M1 placed on the podium at all-but-one of the eighteen races undertaken this year (only absent in Assen, where the satellite machine used by Colin Edwards finished in the top three) , a testament to the development made in conjunction with riders Valentino Rossi and Jorge Lorenzo.

Fiat Yamaha Project Director Masahiko Nakajima gave a detailed presentation of the bike at the final race of the season in Valencia, explaining the changes made for 2008 to gathered journalists.

`We determined last season that our engine performance was quite poor, in terms of maximum speed and engine performance,´ admitted the Japanese director in a separate interview. `We had to concentrate the power whilst retaining good fuel consumption, so our focal point was taking away mechanical friction inside the engine. Power loss is quite a lot inside an engine.´

Nakajima also touches upon the differences between the 2007 and 2008 pneumatic valve motor -and how the M1 was adapted for a first run on Bridgestone tyres- in the accompanying video.

The 2009 version of the bike has already been debuted by the factory riders, at the first test following the season finale.

credit to motogp.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 10:28 PM | Show all posts
nice documentary on Stoner's leathers

www.youtube.com/watch?v=EFPiJ0VeCcg&feature=related

[ Last edited by  faizkj at 8-11-2008 10:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 09:53 PM | Show all posts
adik beradik...   
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 08:00 AM | Show all posts
Rossi akhiri musim 2008 penuh cemerlang



ROSSI merangkul kejuaraan dunia
MotoGP buat kali keenam musim ini.

LONDON - Juara dunia, Valentino Rossi melengkapkan musim 2008 dengan penuh cemerlang.

Kelmarin, dia mencatat masa terpantas pada sesi ujian terakhir di Litar Jerez, Sepanyol.

Rossi yang merangkul kejuaraan dunia MotoGP buat kali keenam musim ini, menewaskan pesaing terdekatnya, Dani Pedrosa dengan perbezaan 0.018 saat pada sesi latihan kedua.

Pada sesi latihan pertama Rabu lalu, Pedrosa yang juga juara Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez April lalu, berjaya mengatasi Rossi dengan kelebihan 0.610s.

Namun Rossi ternyata lebih hebat pada sesi ujian terakhir kelmarin.

"Litar agak kering hari ini (kelmarin) dan disebabkan itu kami mampu untuk mencatat masa dengan lebih baik," kata Rossi yang menggunakan motosikal edisi 2009.

"Kami bekerja keras bagi mendapatkan pelarasan terbaik untuk motosikal baru ini dan kami telah cuba menguji beberapa bahagian termasuklah enjin.

"Saya rasa, kami berjaya menghasilkan motosikal yang pantas.

"Kami berada pada landasan yang betul dan saya gembira dengan pencapaian ini. Saya harap, informasi yang kami kumpul pada sesi ujian ini akan membantu jurutera memperbaiki lagi motosikal ini.

"Saya harap, kami akan mampu memberikan saingan sengit tahun hadapan."

Rossi hanya akan kembali ke litar pada sesi ujian pertama tahun hadapan di Litar Antarabangsa Sepang bermula 5 hingga 7 Februari.

Dia juga akan beraksi pada pusingan terakhir Rali Dunia minggu depan. - Agensi

*******************************************************************************************


a great year for rossi - good luck next week -
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:20 AM | Show all posts
Hajat besar Edzuan di Sepang





REDZUAN (kiri) meletakkan sasaran kelompok tiga terbaik
pada perlumbaan penutup musim Kejuaraan Cub Prix Malaysia
AAM Petronas Sprinta 2008 Ahad ini.



LITAR Sepang sentiasa menjadi kegemaran Md Edzuan Ab Gani (gambar).


Menyedari hakikat itu, pelumba Expert ini terus meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga terbaik pada perlumbaan penutup musim Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta 2008 yang akan berlangsung Ahad ini.

Untuk rekod, pelumba berusia 24 tahun ini mempunyai catatan cemerlang di Sepang apabila meraih tempat kedua pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Grand Prix Asia FIM Petronas kategori Underbone 115cc yang berlangsung pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, Edzuan yang kini menduduki tempat keenam keselu- ruhan setakat ini dengan 77 mata ada misi tersendiri untuk diselesai- kan.

Dia perlu menewaskan empat lagi pencabarnya iaitu Elly Idzlianizar Illias, Azlan Shah Kamaruzaman dan Md Zamri Baba.

Jika dia mampu mengatasi cabaran daripada empat pesaingnya ini, mungkin hajatnya untuk menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik musim ini akan tercapai.

Turut berada dalam senarai pencabar ialah Md Iskandar Raduan yang kini sudah mengumpul 71 mata.

"Saya masih yakin untuk menamatkan saingan musim ini di tempat ketiga keseluruhan.

"Walaupun prestasi saya tidak begitu konsisten dalam beberapa pusingan lalu, saya tetap yakin merealisasikan impian saya ini.

"Jika saya menang di sini (Sepang) dan Elly menamatkan saingan di tempat kelima, ia sudah cukup kuat untuk merealisasikan impian saya.

"Selain itu, saya perlu mengawasi cabaran pelumba lain seperti Azlan, Zamri mahupun Iskandar yang turut bersaing untuk merebut kedudu- kan ini," jelas Edzuan.

Bagi menentukan misinya tercapai, pelumba kelahiran Perlis ini sudah merangka strategi tertentu bagi menghadapi perlumbaan penutup musim di Sepang hujung minggu ini.

"Saya juga akui bahawa prestasi pasukan lain kini semakin meningkat dan keupayaan jentera mereka juga cukup hebat.

"Oleh itu, saya berharap jentera saya berada dalam keadaan terbaik pada perlumbaan hujung minggu ini."





*********************************************************************************************

all the best untuk edzuan.... kalau ada mat2 rempit yang hanya nak buang masa
merempit sana sini tu... patut ambil contoh edzuan... tak perlu merempit nak
bawa motor laju2 pun -  turn it something yang positive -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 10:36 PM | Show all posts

Motorcycling transfer list



It's that time of year when the silly season is drawing to a close and the landscape of who will be riding where is a little more clear.

Several big names have landed several big rides across the championships, and 2009 looks like being one of the best years ever - especially in the World Superbike championship where five British Superbike riders are joining the ranks.

Here, at the moment, is where the rumour mill and confirmed rides are putting the riders for 2009. This list might still change with a few people yet though, this is by no means comprehensive but the big names from the series that are either officially signed, or widely-rumoured to be about to sign are here:

MOTO GP

Fiat Yamaha - Stays the same: Valentino Rossi, Jorge Lorenzo

Suzuki - Stays the same: Chris Vermeulen, Loris Capirossi

Repsol Honda - Out: Nicky Hayden. In: Andrea Dovizioso. Staying: Dani Pedrosa

Ducati - Out: Marco Melandri. In: Nicky Hayden. Staying: Casey Stoner

Tech 3 Yamaha - Stays the same: James Toseland, Colin Edwards

Kawasaki - Out: Anthony West. In: Marco Melandri. Staying: John Hopkins

Alice Ducati - Out: Toni Elias, Sylvain Guintoli. In: Niccolo Canepa, Mika Kallio

New team: Ducati Onde 2000 - Sete Gibernau

WORLD SUPERBIKE

Xerox Ducati - Retired: Troy Bayliss. In: Noriyuki Haga. Staying: Michel Fabrizio

Yamaha - Out: Troy Corser, Noriyuki Haga. In: Tom Sykes, Ben Spies

New team: Aprilia - Max Biaggi, Alex Hofmann

Suzuki - Stays the same: Fonsi Nieto, Max Neukirchner

Ten Kate Honda - Out: Kenan Sofuoglu. In: Jonathan Rea, Ryuichi Kiyonari. Staying: Carlos Checa

New team: BMW - Ruben Xaus, Troy Corser

Sterilgarda Ducati - Out: Max Biaggi, Ruben Xaus. In: Shane Byrne, Alex Polita

New team: Stiggy Honda - Leon Haslam

New team: Hannspree Althea Honda - Tommy Hill

WORLD SUPERSPORT

Ten Kate Honda - Out: Jonathan Rea. In: Kenan Sofuoglu. Staying: Andrew Pitt

Yamaha - Out: Broc Parkes. In: Cal Crutchlow. Staying: Fabien Foret

Suzuki - Stays the same: Barry Veneman

Stiggy Honda - In: Anthony West, Robbie Harms

Parkalgar Honda - In: Eugene Laverty

BRITISH SUPERBIKE

GSE Yamaha (formerly Airwaves Ducati) - Out: Shane Byrne. In: James Ellison. Staying: Leon Camier

HM Plant Honda - Out: Leon Haslam, Cal Crutchlow. In: Josh Brookes, Glen Richards

Hydrex Bike Animal Honda - Out: Guy Martin, James Ellison. In: Broc Parkes, Gregorio Lavilla, Steve Plater

Suzuki - Out: Tom Sykes, Atsushi Watanabe. In: Sylvain Guintoli (outside chance of a second bike with Chris Walker)

Rob Mac Yamaha - Out: Karl Harris. In: Jon Kirkham, Guy Martin

MSS Kawasaki - Out: Billy McConnell. In: James Haydon. Staying: Stuart Easton

NorthWest 200 Ducati - Out: Jon Laverty. In: Michael Rutter (rumours of Neil Hodgson possibly back on a Ducati)

Relentless TAS Suzuki - In: Atsushi Watanabe, Michael Laverty

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 07:36 AM | Show all posts
Saingan penutup musim pasti sengit


SAINGAN bagi kategori SuperSports 600cc tetap menjanjikan
cabaran pada perlumbaan penutup musim di Zhuhai hujung minggu ini.


KEJUARAAN Motosikal Grand Prix Petronas FIM Asia bakal menutup tirainya di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada 12 hingga 14 Disember ini.


Apa yang menarik, pelumba Indonesia, Owie Nurhuda menepati ramalan apabila mengesahkan gelaran juara keseluruhan bagi kategori Underbone 115cc lebih awal selepas mengungguli saingan Pusingan 5 lalu dengan 165 mata.

Tumpuan kini diberikan kepada rakan senegara yang juga juara musim lepas, Wahyu Widodo (Suzuki IRC Umild AHRS), Md. Iskandar Raduan dan Mohd. Edzuan Ab Gani dari pasukan Motul YY Pang yang akan memburu kedudukan di tempat kedua dan ketiga keseluruhan.

Menurut Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd., Ron Hogg, meskipun Indonesia merupakan pilihan utama bagi merangkul kejuaraan namun mereka terpaksa melalui laluan sukar musim ini.

"Sememangnya Indonesia menjadi pilihan bagi merangkul gelaran kategori ini tetapi merwka lupa bahawa pelumba Malaysia juga semakin hebat melontarkian cabaran.


ISKANDAR berpeluang menamatkan saingan pada
kedudukan tiga tempat teratas pada GP Asia musim ini.


Mereka tidak menjangka bahawa Malaysia telah berjaya mempamerkan peningkatan terutama pada dua perlumbaan terakhir sebelum ini.

"Malaysia meraih lebih banyak kejayaan podium. Dengan perkembangan ini, saya yakin musim 2009 bakal menyaksikan saingan lebih sengit," kata Ron.

Begitu pun, katanya bagi kategori SuperSports 600cc, Malaysia bakal terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara keseluruhan.

"Pelumba Malaysia mungkin sekali lagi akan terlepas peluang untuk merangkul gelaran kategori SuperSports 600cc. Meskipun Ahmad Fuad Baharudin hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Toshiyuki Hamaguchi (141 mata), litar China bukan lokasi yang digemari Fuad.

"Ia seperti sudah pasti bahawa Hamaguchi akan kembali merangkul gelaran tersebut selepas tewas kepada pelumba Thailand, Decha Kraisart musim lalu," ujar Ron.

Saingan akan menjadi lebih sengit apabila pelumba kategori tersebut bakal beraksi menentang beberapa pelumba yang menerima penyertaan wild card.

Mereka terdiri daripada Shinichi Ito dan Koki Takahashi dari KEIHIN Kohara Racing Team serta Koji Teramoto dari Green Bike Cycle SBS KIDANI.

"Penyertaan mereka pada saat-saat akhir merupakan satu pengiktirafan buat Grand Prix Asia ini yang kini dilihat sebagai satu kejuaraan terbesar di Asia," jelas Ron.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 09:21 AM | Show all posts
Misi sukar Fuad di Zuhai
Daripada MN NORZASRUDIN


FUAD (depan) mengharapkan pencabarnya
melakukan kesilapan hari ini.



HUHAI, China - Peluang pelumba berpengalaman negara, Ahmad Fuad Baharuddin untuk menguasai kategori SuperSports 600cc pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Asia Petronas FIM musim ini menjadi semakin sukar.


Nampaknya nasib tidak menyebelahi pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia ini apabila dia gagal mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Zuhai, China semalam.

Selepas mencatat masa 1 minit 40.871 saat pada sesi kelayakan pertama kelmarin, Fuad merekodkan masa 1:40.199 saat pada sesi kelayakan kedua semalam.

Meskipun ada sedikit peningkatan dengan catatan masa yang dilakukannya, Fuad hanya akan bermula di petak kelima pada perlumbaan sebenar hari ini.

Petak pertama dan kedua menjadi milik pelumba Jepun, Makato Inagaki dan Toshiyuki Hamaguchi dari pasukan United Akeno Speed apabila masing-masing mencatat masa 1:39.228 dan 1:39.459 saat.

Manakala dua pelumba Thailand, Chalermpol Polamai dan Decha Kraisart dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Thailand masing-masing di tempat ketiga dan keempat (1:39.535 dan 1:39.598 saat).

"Saya tidak mahu mengambil risiko dengan memecut motosikal untuk mencatat masa yang lebih baik hari ini (semalam). Tambahan pula saya cuma dapat sesuaikan diri dengan jentera ini pada saat-saat akhir.

"Meskipun rekod saya di litar ini tidak berapa baik, saya tetap yakin dengan peluang saya untuk menguasai kategori ini dan saya akan bekerja keras pada perlumbaan sebenar esok (hari ini).


"Saya hanya perlu memastikan Hamaguchi terus berada di belakang saya pada Perlumbaan 1 dan 2," kata Fuad.


FUAD akui misinya semakin sukar untuk
menggenggam gelaran juara keseluruhan.


Selain Fuad, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman turut berpeluang untuk bergelar juara.

Selepas lima pusingan, Hamaguchi mengungguli kedudukan teratas apabila mengumpul 141 mata diikuti oleh Fuad dengan 137 mata dan Azlan 117 mata.

Begitupun, Azlan bakal menjadi watak pembantu kepada Fuad, sama seperti yang dilakukan oleh Inagaki kepada Hamaguchi.

Sementara itu, peluang Md Iskandar Raduan untuk menguasai kedudukan kedua keseluruhan dalam kategori Underbone 115cc sedikit terjejas meskipun berjaya melakar sejarah di litar ini kelmarin.

Pelumba Petronas Sprinta Raceline Racing ini mencatat rekod baru iaitu 2 minit 12.182 saat pada sesi kelayakan pertama untuk bermula di petak hadapan pada perlumbaan sebenar hari ini.

Terdahulu, rekod terpantas di litar ini menjadi milik seorang lagi pelumba negara, Ahmad Fazrul Sham dari pasukan Shell Advance Maju Motor Racing iaitu 2:13.687 yang dilakukannya pada pusingan kelima Oktober lalu.




INAGAKI rebut petak utama di Zhuhai.


Bagaimanapun pada sesi kelayakan kedua semalam, Iskandar tidak bernasib baik apabila motosikal yang ditunggangnya mengalami masalah piston, sekali gus gagal mencatat masa yang lebih baik.

Namun Iskandar tetap yakin bahawa dia masih berpeluang untuk menaiki podium pada perlumbaan kali ini.

"Hari ini (semalam) saya gagal mencatat masa yang lebih baik kerana motosikal saya mengalami masalah piston tetapi saya masih ada masa dan saya yakin makanik dapat menyelesaikan masalah itu sebelum perlumbaan sebenar esok (hari ini).

"Peluang saya untuk menduduki tempat kedua keseluruhan masih terbuka dan strategi saya esok (hari ini) adalah memastikan dua pencabar saya, Wahyu Widodo dari Indonesia dan rakan senegara, Md Edzuan Ab Gani terus berada di belakang saya," kata Iskandar.

Ketika gelaran juara sudah menjadi milik pelumba Indonesia, Owie Nurhuda dari pasukan Suzuki Top-1 SHC Indoparts FDR Chia Felix, Iskandar, Wahyu dan Edzuan bertarung untuk merebut tempat kedua.

Ketika ini, Iskandar mengumpul 102 mata untuk menduduki tempat ketiga di belakang Wahyu dari Suzuki IRC Umild AHRS (106 mata) manakala Edzuan di tempat keempat (100 mata).

*************************************************************************************


ishhh lelaki2 asian yang rambut blondie ni  macam kambing aje...
sangatlah tak sesuai langsung...  memang tak sesuai -
tapi.. mungkin depa rasa kalau rambut blondie boleh menang GP ni -
well... go ahead.. make my day - bak kata harry callahan - dalam dirty harry -

anyway - all the best to malaysian riders  -
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 08:11 AM | Show all posts
Penguasaan Hamaguchi
Daripada MN NORZASRUDIN



AKSI pelumba negara pada pusingan terakhir Kejuaraan Grand Prix Asia Petronas
FIM 2008 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China semalam.



ZHUHAI - Pelumba berpengalaman Jepun, Toshiyuki Hamaguchi menggunakan segala kelebihan yang dimiliki untuk mela- kar sejarah tersendiri di Litar Antarabangsa Zuhai (ZIC), China semalam.


Biarpun berdepan masalah pada dua pusingan awal musim ini, pelumba dari pasukan United Akeno Speed ini masih mampu menguasai kategori SuperSports 600cc pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Asia Petronas FIM 2008.

Hamaguchi, 38, yang melakukan kesila- pan pada Perlumbaan 1, berjaya menaiki podium pada Perlumbaan 2 selepas mencatat masa terpantas 30 minit 09.965 saat untuk merekodkan kemenangan keenam dalam kariernya.

Bagaimanapun, kemenangan ini memberikan sedikit tekanan kepada pelumba berpengalaman negara, Ahmad Fuad Baharuddin yang suatu ketika dilihat berpeluang cerah untuk bergelar juara keseluruhan.

Masalah jentera sekali lagi menjejaskan misi pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia ini apabila dia hanya berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelima dan keenam pada Perlumbaan 2.

Jika tahun 2007, Fuad mengalami masalah suspensi dan tahun lalu berdepan masalah clutch-slip, kali ini dia mengalami masalah brek hadapan pula.


Akibatnya, Fuad, 30, sekadar menamatkan saingan ditempat kedua keseluruhan untuk tiga tahun berturut-turut dengan 160 mata, 13 mata di belakang Hamaguchi.

"Sudah tentu saya kecewa pada perlumbaan hari ini (semalam). Masalah brek pada tayar hadapan menjejaskan tumpuan saya untuk memberikan aksi yang terbaik bagi memenuhi impian untuk bergelar juara.

"Saya mula menyedari masalah ini pada Perlumbaan 1 dan pasukan serta mekanik telah bekerja keras untuk membaikinya, tetapi ia berulang pada Perlumbaan 2.

"Kerosakan brek hadapan ini menjadi semakin buruk pada lap ketujuh dan saya terpaksa memperlahankan motosikal kerana mendapati kurang selesa serta tidak mahu mengambil risiko.

"Sudah tiga tahun berturut-turut saya sekadar menduduki tempat kedua walaupun pada awalnya saya mempunyai peluang yang cukup cerah untuk menjadi juara. Sudah tentu saya kecewa," kata Fuad.


FUAD sekadar berpuas hati untuk muncul naib juara
buat tahun ketiga berturut-turut.



Bagaimanapun, kegagalan ini tidak pernah mematahkan semangat Fuad untuk terus berlumba dalam kategori ini pada musim depan sekiranya dia terus diberi peluang.

Untuk memastikan impiannya itu menjadi kenyataan, Fuad merangka strategi yang lebih efektif termasuk melupakan seketika perlumbaan Cub Prix bagi memberi tumpuan 100 peratus dalam kategori SuperSports 600cc.

Begitupun, kekecewaan Fuad ini sedikit terubat dengan kejayaan rakan sepasukan, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamat- kan saingan di tempat ketiga untuk menaiki podium pada Perlumbaan 1 dan 2.

Dengan kemenangan ini, Azlan menduduki tempat ketiga keseluruhan selepas mengumpul 149 mata, manakala rakan sepasukan, Md. Zamri Baba ditempat keempat dengan 127 mata.

"Ini adalah hari yang cukup bermakna bagi saya kerana saya berjaya menaiki podium pada pusingan terakhir meskipun baru dua tahun beraksi dalam kategori ini," kata Azlan.





**********************************************************************************************


still tahniah pada fuad walau masih lagi dapat #2 dalam perlumbaan -
boleh usaha lagi next year, eh --
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:15 AM | Show all posts

MotoGP
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 07:53 PM | Show all posts
ok ar tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:23 AM | Show all posts

Reply #431 Madura1's post

kawasaki pun dah takmoh dah

makin kurang la pengeluar :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:49 AM | Show all posts
apsal dlm thread ni motogp, asia pacific road racing & cubprix semua campur sedangkan tajuk motogp je, harap sesapa yg post news tu ambik perhatian sikit ye atau ubah je tajuk jadi motorcycle racing semua jenis lumba motosikal
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 06:23 PM | Show all posts



Ducati Desmosedici GP9 Technical Specifications


Engine: Liquid-cooled, 90 degree V4 four-stroke, desmodromic DOHC, four valves per cylinder.
Capacity: 799cc
Maximum power: more than 200hp
Maximum speed: In excess of 310 kph/192 mph
Transmission: Six-speed cassette-type gearbox, with alternative gear ratios available. Dry multiplate slipper clutch. Chain final drive.
Carburation: Indirect Magneti Marelli electronic injection, fourthrottle bodies with injectors above butterfly valves. Throttlesoperated by EVO TCF (Throttle Control & Feedback) system.
Fuel: Shell Racing V-Power
Lubricant: Shell Advance Ultra 4
Ignition: Magneti Marelli
Exhaust: Termignoni
Frame: Carbon fibre chassis, pressed aluminium swing-arm.
Suspension: 謍lins upside-down 42mm front forks and 謍lins rear shock absorber, adjustable for preload, compression and rebound damping.
Tyres: Bridgestone 16.5" front and rear
BrakesBrembo, two 320mm carbon front discs with four-piston callipers. Single stainless steel rear disc with two-piston callipers.
Dry weight: 148kg



Source:   Crash.Net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 09:47 PM | Show all posts

Balas #434 ShadowChaser\ catat

tu la pasal kalau moto gp khas utk moto gp je la takyah campur cub prix semua tu...jd mcm tak best pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 12:44 AM | Show all posts

Reply #436 nani_manu17's post

takpe, kalu ada permintaan buleh ekjas
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:39 AM | Show all posts
mod.. tolonglah separate thread.. wa rasa semak arrr.. campur bagai2 dah nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:56 AM | Show all posts

Reply #438 stroberikiut's post

camne kalu kau bukak je yang baru, nanti aku tutup yg ni, kalu orang len nak bincang pasal wsbk ke kapcai racing ke aprr ke derang leh bukak yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by ShadowChaser at 14-1-2009 10:49 AM
apsal dlm thread ni motogp, asia pacific road racing & cubprix semua campur sedangkan tajuk motogp je, harap sesapa yg post news tu ambik perhatian sikit ye atau ubah je tajuk jadi motorcycle rac ...



oooo ye ke....

tak pe la... kesian kat org yg tepek tu..

depa bukan tau pun.. depa main tepek je..

maaf kan aje org tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062313 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list