|
tahniah estranged..
tgh usaha n minta andy and estraged jengah kita kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Hiburan »
Isnin Disember 15, 2008
Lagu segar rahsia Estranged kembali warnai AJL
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
SEJAK kemunculan banyak band indie di dalam arena seni hiburan tanahair, semakin ramai yang berjaya memikat hati penggemar muzik termasuk penganjur program hiburan, Muzik-Muzik yang menerima penyertaan mereka dalam kategori Pop Rock.
Tahun lalu, Muzik-Muzik peringkat akhir atau Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) telah menobatkan lagu Itu Kamu nyanyian Estranged selaku Juara Lagu.
Estranged berjaya ke peringkat akhir AJL buat kali kedua. -foto TV3
Kali ini, penyertaan band yang dianggotai oleh Rich, Andy, Din dan Hanafi itu sekali lagi mewarnai AJL23 dengan mempertaruhkan lagu Yang Pernah ciptaan sepenuhnya oleh mereka.
Cheryl Samad dan Faizal Ismail selaku hos Muzik-Muzik.
Yang pasti, kata pemain drum, Andy, formula untuk membuat lagu Yang Pernah berbeza dengan lagu yang pernah menjuarai AJL sebelum itu.
“Kami tidak menggunakan formula yang sama untuk membuat lagu Yang Pernah sebaliknya lagu Itu Kamu menggunakan formula yang berbeza.
“Setiap lagu yang kami buat, kami akan duduk berbincang di dalam studio bersama-sama,” katanya.
Dalam pada itu, Din pula menambah, tiada rahsia yang mereka gunakan untuk menghasilkan lagu berkualiti sehingga berjaya membuatkan lagu mereka sekali lagi layak ke peringkat akhir AJL23.
“Sebenarnya, kami tidak terlalu mempunyai rahsia untuk membuat sesebuah lagu itu. Sebaliknya, kami menghasilkan sesuatu lagu yang baru dan segar. Mungkin sebab itu juga pihak juri memilih kami,” ulas pemain gitar itu.
Selain Estranged, sebuah lagi band indie yang turut layak menyertai AJL23 bagi kategori Pop Rock adalah Meet Uncle Hussein yang mempertaruhkan Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass dan Lan manakala liriknya oleh Taja dan Tass.
Menurut band tersebut, mereka tidak menyangka lagu mereka boleh mendapat tempat di hati juri.
“Kami terkejut dan tak sangka dengan berita ini. Dengan kemasukan kami dalam pertandingan ini, kami harap ia turut memberi peluang kepada band lain untuk masa akan datang.
“Selain itu, diharap ia dapat memberi semangat kepada band lain untuk menghasilkan lagu yang berkualiti,” ujar mereka.
Dalam pada itu, band Sofaz yang menggantikan Shah dan Ella yang sepatutnya bertanding pada malam itu menganggap pencalonan mereka ke peringkat akhir sebagai rezeki.
Sofaz juga sekali lagi bersaing dengan Estranged dalam kategori Pop Rock AJL.
Dengan kemasukan Sofaz yang mempertaruhkan lagu Bukan Di Sini, ini bermakna mereka juga sama seperti Estranged yang layak kali kedua dicalonkan ke peringkat akhir AJL23.
“Terima kasih kerana memilih Sofaz dan kami tak sangka boleh tercalon sekali lagi.
“Walaupun kami hanya pilihan kedua selepas Shah dan Ella menarik diri, kami tetap enjoy untuk bertanding. Jadi, kami membuat sesuatu yang terbaik walaupun Amir tidak sihat hari ini (Jumaat),” ujar Zimi.
Di samping tiga band yang bertanding, dua penyanyi wanita solo turut mewarnai kategori Pop Rock AJL23 yang bakal diadakan pada 18 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Kata Elyana, dia tidak menganggap wujud perbezaan antara penyanyi solo dan band yang terpilih ke pertandingan yang dihoskan oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail itu.
Elyana menunjukkan kelainan dengan tampil memakai kasut ketika membuat persembahan.
“Saya hanya menyampaikan lagu,” ulas Elyana ringkas.
Dalam persembahannya nyanyian lagu Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan liriknya oleh Ad Samad itu, Elyana tampil dengan kelainan apabila mengenakan kasut.
Dalam pada itu, penulis liriknya, Ad Samad yang kali keempat menyertai AJL berkata lagu Kalis Rindu mempunyai kemungkinan besar untuk dicalonkan kerana juri tidak akan memandang lirik lagu Mila Bila Cinta yang turut ditulis olehnya.
“Lirik lagu Kalis Rindu lebih sukar untuk difahami. Jadi, saya rasa orang lebih suka menilai lirik yang berbentuk ironi berbanding lirik yang biasa,” ujarnya yang akan membuat lirik yang ‘bombastic’ pada masa akan datang.
Sementara Stacy pula yang baru pertama kali bertanding selepas menjuarai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) turut dicalonkan melalui lagu Aku Stacy ciptaan Intan Norul Azlin dan liriknya oleh Intan Norul Azlin dan Layla Ismail.
Stacy tidak percaya dicalonkan.
“Saya tidak percaya, betul ke saya dicalonkan kerana waktu menyanyi saya sangat gugup.
“Tetapi disebabkan ramai ahli Kelab Peminat saya yang datang, jadi ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya,” ulas Stacy mengenai kejayaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 17/01/2009
Mampukah Estranged ulangi kejayaan?
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
ESTRANGED kembali ke AJL untuk kali kedua menerusi lagu Yang Pernah.
--------------------------------------------------------------------------------
KEMENANGAN yang tidak disangka pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 tahun lalu sebenarnya membawa tuah buat empat anak muda yang menggelarkan diri mereka Estranged ini.
Masakan tidak, nama yang bukan menjadi pilihan diangkat menjadi juara menerusi lagu Itu Kamu yang dicipta sendiri oleh kumpulan ini manakala liriknya pula dihasilkan oleh penyanyi utamanya, Rich.
Bukan sekadar trofi juara yang menjadi idaman ramai itu, tetapi kumpulan ini juga berjaya menjadi juara bagi kategori Pop Rock sekali gus menewaskan nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Jinbara yang turut bertanding dalam kategori itu.
Kini, setelah setahun berlalu, Estranged kembali mewarnai gelanggang AJL apabila lagu Yang Pernah berjaya membolosi tembok kebal AJL untuk menempatkan sebagai lima yang terbaik bagi kategori Pop Rock.
Saingan Estranged juga bukan calang-calang kerana mereka perlu berdepan dengan dua kumpulan yang tersenarai dalam kategori ini iaitu Meet Uncle Hussein yang mempertaruhkan lagu Lagu Untukmu dan Sofaz (Bukan Di Sini) selain dua penyanyi wanita, Elyana (Kalis Rindu) dan Stacy (Aku Stacy).
Ramai yang mula berteka-teki adakah Estranged akan mengulangi kejayaan yang sama atau adakah mereka akan tunduk kepada keputusan juri seandainya kemenangan tidak berpihak kepada mereka lagi?
Bertemu dengan Estranged yang dianggotai Andy, Rich, Hanafi dan Din baru-baru ini, masing-masing mengakui tekanan yang mereka hadapi kini bukannya sedikit.
Di samping berdepan dengan kesuntukan waktu untuk sesi latihan, dalam masa yang sama juga, mereka sedar akan harapan tinggi yang diletakkan di bahu mereka oleh peminat mereka yang kini mula mencambah.
“Kami sedar selepas memenangi AJL tahun lalu, peminat kami mahukan kami mengulangi kejayaan yang serupa tetapi kami sedar, ia adalah perkara yang agak mustahil untuk berlaku.
“Ini kerana saingan kami memang sengit tahun ini dan seandainya, gelaran juara tidak berpihak kepada kami, ia bukanlah satu masalah yang besar kerana apa yang penting, karya kami mula dipandang dan dihargai,” jelas Andy membuka bicara.
Satu saingan yang sihat
Menyambung perbualan, kata Andy yang juga pemain drum kumpulan itu, kemenangan Estranged tahun lalu sebenarnya memberi peluang kepada band dan kumpulan terutamanya dari arus bebas (indie) untuk muncul di persada muzik tempatan.
“Jujurnya, AJL sebenarnya telah memberikan impak yang cukup besar dalam kerjaya seni kami. Dulu, peminat kami hanyalah sekelompok tetapi kini, ia semakin bertambah dan muzik kami senang diterima mereka.
“Setidak-tidaknya, kami membuka peluang kepada mereka untuk menonjolkan bakat mereka yang mungkin sebelum ini kurang dikenali selain memberikan variasi kepada industri hiburan tempatan,” katanya.
Bercerita tentang kekuatan lagu Yang Pernah pula, selaku vokalis, Rich menjelaskan, lagu yang dimuatkan dalam album kedua mereka, Remain Unknown itu cukup berbeza dengan lagu Itu Kamu.
“Muzik yang kami tampilkan dalam Yang Pernah adalah sesuatu yang lebih segar dan penuh energetik. Malah, ia juga melihatkan kami bereksperimen dengan muzik yang lebih baru.
“Untuk itu, tidak wajar seandainya Yang Pernah dibandingkan dengan Itu Kamu yang sememangnya jauh berbeza komposisi muziknya,” jelas suami kepada bintang Akademi Fantasia musim keempat, Velvet Lawrence Aduk itu.
Mengenai saingan mereka dalam kategori Pop Rock, dengan pantas salah seorang pemain gitar Estranged, Din Hormatov memberitahu, Meet Uncle Hussein merupakan band yang mampu mencipta kejutan pada malam itu nanti.
“Mereka juga dari arena indie dan kami bangga dengan pencapaian yang dikecapi Meet Uncle Hussein. Mereka adalah saingan terdekat kami dan ia pasti membuatkan kami tercabar (ketawa).
“Kami melihat ini sebagai satu saingan yang sihat dan apa yang penting buat kami adalah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya.
Bagi Nor Hanafi atau Hanafi selaku pemain gitar utama, mereka tidak akan kecewa jika gagal mengulangi kejayaan tahun lalu.
Sebaliknya, apa yang penting adalah, mereka dapat tonjolkan muzik mereka kepada khalayak.
“Kerana AJL, kami semakin dikenali dan pastinya, itu merupakan kenangan terindah buat kami. Kemenangan di AJL juga bukan alasan untuk kami mendabik dada sebagai bukti Estranged adalah yang paling hebat.
“Masih lagi banyak ruang untuk kami perbaiki dan mengenai dakwaan yang mengatakan semakin demanding, itu juga tidak benar. Mungkin orang yang belum pernah bekerja dengan kami agak terkejut dengan cara kami bekerja. Apa yang kami lakukan adalah untuk yang terbaik buat persembahan kami,” jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
hope dorang menang |
|
|
|
|
|
|
|
gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
syiok tengok Andy main drum.........
best woh......... |
|
|
|
|
|
|
|
x kisah Estraged kalah... u guys rocks anyway!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Estranged tetap da best! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk gamba abg tshirt kunen |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #436 tweetytweety\ catat
yup...
ohh hensemnya abg baju kuning tu..
rcih pun cumel..dan dia sesuai rambut panjang mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Estranged muncul di Konsert Belia Malaysia
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
[email protected]
ISMAIL Sabri (kanan) berbual mengenai Konsert Belia Malaysia dengan dari kiri; Aizat, Engku Emran dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anwar Nasarah.
Mawi, MUH, Aizat turut beraksi di Dataran Remaja, Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok
KONSERT Belia Malaysia Cintakan Kedamaian bakal melakar sejarah baru apabila membuktikan simbolik satu hati dan suara golongan belia mencintai kedamaian demi kesejahteraan kehidupan.
Ia akan berlangsung di Dataran Remaja, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok (20 Mac), jam 8.30 malam.
Konsert itu dianjurkan Gerakan Belia 4B Cawangan Putra Ria, Bangsar dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan Badan-Badan Gabungan Belia Malaysia.
Pembabitan selebriti tanah air turut menyemarakkan lagi konsert yang disertai kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), Estranged, Bunk Face, Mawi, Nur Fazura, Dafi, Aizat dan bakal Angkasawan Negara kedua, Mejar Dr Faiz Khalieed.
Sementara itu, Suria FM pula dipilih sebagai stesen radio rasmi. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata persembahan dalam konsert itu nanti bukan sekadar hiburan, malah ia dilihat sebagai manifestasi yang cukup bersemangat dalam memupuk rasa kasih sayang golongan belia untuk cintakan negara.
TEMUI Estranged di Bukit Jalil, jam 8.30 malam esok.
Katanya, selain warisan seni, konsert itu juga menggalakkan perkembangan sahsiah anak muda ke arah menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri, daya saing dan berwawasan melalui muzik dan seni.
“Kami percaya konsert ini mampu memperkasakan khazanah seni kepada generasi muda, selain menanam semangat cintakan bangsa melalui lagu dan puisi yang bertemakan keamanan sejagat.
Selain itu, ia dilihat mampu menyebarkan pengaruh positif, kasih sayang dan saling mencintai sesama manusia di kalangan belia. Lagu dan puisi dapat memupuk semangat jitu anak bangsa melalui persembahan kesenian yang membangkitkan citra diri,” katanya.
Ismail Sabri juga menjelaskan Konsert Belia Malaysia Cintakan Kedamaian ini membabitkan persembahan lagu yang sesuai dengan jiwa anak muda termasuk peminat muzik rock, alternatif dan pop tetapi berlandaskan keamanan dan sejagat serta menolak perang dan keganasan.
“Ia akan diselang-selikan deklamasi puisi dan lagu puisi. “Tema Remaja Malaysia Cintakan Kedamaian Menolak Keganasan dipilih sebagai slogan konsert,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, berkata golongan belia adalah kumpulan kritikal dan memerlukan bimbingan.
“Suria FM menyambut baik usaha Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan Badan-Badan Gabungan Belia Malaysia dalam memupuk kasih sayang golongan belia untuk cintakan negara. Mereka adalah nadi kepada kemajuan negara pada masa depan. Bagaimanapun, tanpa bimbingan dan cara yang sesuai, mungkin sukar mahu melentur mereka.
“Jadi platform hiburan digunakan ke arah yang positif kerana jiwa belia yang masih rapuh perlu dididik dengan cara lembut. Mereka perlu dipupuk rasa cintakan agama, bangsa dan negara dari sekarang.
“Suria FM sedia menjadi pengantara antara pihak kerajaan dan belia kerana maruah negara terletak di tangan mereka. Sebelum konsert bermula, Suria FM sudah menemu bual artis terbabit dalam konsert dan membincangkan peranan mereka kepada negara,” katanya.
Cetak artikel | Hantar pada kawan |
|
|
|
|
|
|
|
HIBURAN
Jumaat Mac 27, 2009
AIM 16: Estranged ungguli 8 pencalonan
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Antara barisan finalis yang tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16). -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
BAND indie Estranged mengungguli 8 pencalonan bagi 6 kategori dalam Anugerah Industri Muzik ke-16 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 Mei depan pukul 8.30 malam.
Estranged dianggotai oleh empat anak muda iaitu Richael Lawrence Gimbang atau Rich, (vokal), Solihuddin Hormat (bass), Nor Hanafi (gitar utama) dan Azwin Andy Malik (dram). Rich adalah antara peserta yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 yang dimenangi oleh Mawi.
Menerusi album ‘Remain Unknown’, Estranged tercalon bagi kategori Kulit Album Terbaik (Pereka Vignes Balasingam), Rakaman Album Terbaik (Jururakam JD Wong), Lagu Rock Terbaik (Aurora dan Yang Pernah), Album Inggeris Tempatan Terbaik (Produser Estranged dan JD Wong), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Dances of The Spirit dan In No Time) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Aurora).
“Kami gembira sangat apabila tercalon dan cukup berbangga kerana AIM merupakan anugerah yang paling ditunggu.
“Kami yakin salah sebuah lagu kami akan menang tidak kira kategori Lagu Rock Terbaik atau Lagu Inggeris Tempatan Terbaik. Jika menang, kami mahu ‘perform’,” ulas Estranged yang bakal muncul dengan album baru pada tahun depan.
Dalam perkembangan lain, mereka telah mengeluarkan dua buah single terbaru dan akan menjayakan ‘road tour’ di Sabah dan Sarawak.
Menyusuli Estranged adalah Datuk Siti Nurhaliza dan Joe Flizzow dengan 7 pencalonan di mana Joe Flizzow menandingi 1 kategori daripada Siti.
Johan Ishak atau Joe Flizzow tercalon dalam 5 kategori iaitu Artis Baru Terbaik, Kulit Album Terbaik menerusi album President (Pereka Nadia Jasmin), Lagu Hip Hop Terbaik (Bergerak, Isabella dan Mengapa Harus Bercinta?), Album Inggeris Tempatan Terbaik (Produser DJ T-Bone, Goldfish, Koko, Syaheed, Terrytyelee, DJ Iman, Don M, Joe Flizzow dan Khan), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (All Around My World).
Sementara Siti pula layak bertanding bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) menerusi dua buah lagu iaitu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman, Album Pop Etnik Terbaik melalui album Lentera Timur (Produser Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey Suwito, M. Nasir, Khairil Johari Johar, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan, Pak Ngah, Zul Mahat, S. Atan dan Datuk Siti Nurhaliza), Lagu Pop Etnik Terbaik (Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman), dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Pada CintaNya-Audi Mok dan Di Taman Teman-Fauzi Marzuki)
Reshmonu yang tampil dengan album Melayu pertamanya, Harapan turut tidak ketinggalan dicalonkan 5 pencalonan dalam 4 kategori.
Sama seperti Siti, dua buah lagu Reshmonu atau mesra dengan gelaran Resh turut dicalonkan menerusi Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki) iaitu Doa Untuk Dia dan Sayu.
Turut serta adalah kategori Rakaman Album Terbaik (Jururakam Reshmonu, Murali, Will Quinell dan C. L. Toh), Video Muzik Terbaik (Pengarah Reshmonu- Oh Anok Anok), Album Pop Terbaik (Produser Reshmonu dan Kavita Rajoo).
Dalam pada itu, band indie Hujan, Butterfingers, Malique, dan Misha Omar masing-masing dengan 4 pencalonan dalam 3 kategori.
Selain Joe Flizzow, Hujan yang dianggotai oleh Mohammed Noh Salleh atau Noh (vokal), Mohammad Hezry atau AG (gitaris), Azham Ahmad Ambobzeela (dram) dan Azhar atau Jaja (bass) turut dicalonkan kategori Artis Baru Terbaik bersama-sama Malique Ibrahim, Meet Uncle Hussain dan Suki.
Kategori lain yang turut mencalonkan Hujan adalah Album Rock Terbaik (Hujan-Produser Noh Hujan) dan Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada dan Dugaannya).
Sementara Butterfingers dicalonkan dalam kategori Video Muzik Terbaik menerusi video muzik lagu Mati Hidup kembali dan 1000 Tahun (Mahu Hidup) yang diarahkan oleh Kerol, Album Rock Terbaik melalui album Kembali yang diterbitkan oleh Butterfingers dan Faizal Shahrin, Lagu Rock Terbaik iaitu 1000 Tahun (Mahu Hidup) yang dicipta sepenuhnya oleh Loque.
Trofi AIM 16.
Butterfingers dianggotai oleh Loque, Kadak, Emmet dan Kalai.
Bekas ahli Too Phat, Malique pula menjadi saingan terdekat rakan seperjuangannya, Joe Flizzow menerusi kategori Lagu Hip Hop Terbaik (Mentera Beradu dan Ok).
Selain itu, suami kepada pelakon dan model jelita Melissa Maureen Rizal ini turut tercalon dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (KL Streets).
Penyanyi wanita yang tercalon banyak kategori selepas Siti iaitu Misha Omar turut bersaing dengan penyanyi itu bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya).
Misha juga bakal bersaing dalam kategori Album Pop Terbaik menerusi album Misha Omar yang diterbitkan oleh Ramli M.S, Ajai, Aidit Alfian, Azmeer, Cat Farish dan Nurfatimah dan Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam dan Hawa dan Sampai Di Sini).
Raja SMS Asmawi Ani atau Mawi juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan ini apabila dia berjaya mendapat 4 pencalonan dalam 2 kategori iaitu Album Nasyid Terbaik menerusi album Allah Habeebi yang diterbitkan oleh Farihin, M. Nasir, Edry KRU dan Othman Mahmood dan Lagu Nasyid Terbaik (Allah Habeebi, Serulah Namanya dan Teman Hakiki).
Jumlah pencalonan meningkat 40 peratus
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 16 Rosmin Hashim, berikutan penambahan 12 kategori khusus untuk mengiktiraf single-single yang diterbitkan, jumlah pencalonan yang diterima oleh Akademi (Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM)) meningkat sebanyak 40 peratus dalam tahun ini.
“Ini mencerminkan trend semasa industri muzik di mana lebih banyak single diterbitkan berbanding album oleh syarikat-syarikat rakaman, penerbitan mahupun artis sendiri.
“Oleh itu, AIM buat julung kalinya memperkenalkan 12 kategori iaitu Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita), Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Album Hip Hop Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Cina Terbaik dan Lagu India Terbaik.
“Selepas mendapat maklum balas dari para hakim pada tahun lalu, pihak Akademi juga telah menggabungkan kategori Susunan Lagu Terbaik yang sebelum ini dipecah dua mengikut kategori bahasa Melayu dan bukan Melayu.
“Jumlah lagu untuk memenuhi kriteria album juga telah dikecilkan dari 8 lagu kepada 5 lagu,” katanya ketika majlis sidang media di Hotel Concorde Kuala Lumpur, semalam.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PAIMM Datuk Aziz Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 Suridah Jalaluddin, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Celcom (Malaysia) Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengurus Besar Media Prima Radio Network Seelan Paul, Rakan Kongsi, Ernst & Young Ahmad Zahirudin Rahim dan rakan artis.
Mereka adalah Noh (Hujan), Raihan, Goldkartz, Alyah, Shila OIAM, Ayu OIAM, Nikki, Farhan, Mawi, Reshmonu, Joe Flizzow dan ramai lagi.
Fakta mengenai AIM 16
- Proses penjurian terakhir telah dilangsungkan pada 8 Mac lalu di mana ‘top 5’ bagi semua kategori telah ditetapkan selepas menjalani dua pusingan di mana para juri mendengar dan melihat semua pencalonan bagi semua kategori dan memilih ‘top 10’ atau lebih di pusingan pertama.
- Ada kalanya jika sesuatu kategori itu tidak cukup pencalonan kerana kurang album dalam pasaran atau mutunya tidak memenuhi kriteria-kriteria juri maka didapati jumlah yang dipilih kurang dari angka tersebut. Misalnya kategori Album Pop Etnik Terbaik yang mempunyai 4 pencalonan sahaja manakala Album India Tempatan Terbaik dengan hanya 3 pencalonan.
- Kesemua 29 kategori dipertandingkan di mana pecahannya adalah Muzik Melayu Tenpatan- 12, Muzik Inggeris Tempatan- 10, Muzik Cina Tempatan- 3, Muzik India Tempatan- 3, dan Muzik Luar Negara- 1.
- Album yang layak dicalonkan adalah album yang diterbitkan pada tarikh kelayakan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2008. Semua pencalonan dibuat oleh syarikat yang menerbitkan album 1 lagu yang dicalonkan dan mereka mestilah menjadi ahli (Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
- Jumlah pencalonan tahun ini adalah 707, yang terbanyak dalam sejarah AIM. Ini disebabkan kewujudan kategori membabitkan single yang bertambah pada tahun ini.
- Jumlah juri yang terbabit bagi kedua pusingan ialah seramai 143 orang. Mereka terdiri daripada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam industri muzik yang terdiri dari penerbit, pencipta, penulis lirik, pemuzik, ‘arrangers’, jurutera studio, penyampai radio, wartawan hiburan dan lain-lain.
- Ketua juri, Ramli MS dan pihak juruaudit Ernst & Young bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan dan proses penjurian berjalan dengan produser dan piawaian yang diperakui.
- Para finalis AIM 16 akan dibawa menjelajah tanahair dalam persembahan bergerak mereka di Kuantan Parade, Pahang (4 April), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (11 April), Village Mall, Sungai Petani (18 April) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (25 April).
- Tiket-tiket untuk menyaksikan AIM 16 mula dijual pada 10 April dengan harga RM50. Untuk tempahan, hubungi 03-4044 5388.
- AIM 16 yang ditaja oleh Celcom turut disiarkan secara langsung di ntv7 dan diperdengarkan di radio Hot FM pada 2 Mei pukul 8.30 malam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|