|
Heliza tangguh belajar lagi?
Ketika memutuskan untuk menyertai AF5, gadis berusia 21 tahun ini terpaksa akur dengan pengorbanan lain yang perlu dilakukannya.
Walaupun tidak sabar untuk menggenggam segulung ijazah, namun minat mendalam terhadap bidang seni membuatkan Heliza perlu menangguhkan dulu pengajiannya di Universiti Malaysia Sarawak (UMS) dalam bidang pendidikan.
"Bulan Julai ini sepatutnya saya akan mendaftar untuk semester baru, tetapi kemungkinan saya akan berbincang lagi dengan pihak universiti untuk menangguhkan lagi pengajian saya.
Heliza mempunyai penyokongnya tersendiri (Foto The Star oleh Raziq Abd Samat)
"Bukan bermaksud saya ketepikan pelajaran, saya tetap ingin menghabiskan pengajian saya. Tetapi buat masa ini saya ingin beri tumpuan pada kerjaya seni yang baru bermula.
"Tetapi, jika pihak universiti tidak izinkan penangguhan lagi, saya akan terus sambung belajar. Tiada masalah. Mungkin saya akan aturkan jadual seni hanya pada hujung minggu, tengoklah macam mana nanti," kata anak kelahiran Kuala Terengganu ini.
Bercerita tentang kehidupan barunya sekarang, Heliza akui sudah mula menyesuaikan diri, tidak seperti mula-mula keluar dari akademi dulu.
Namun, menurutnya lagi, apa yang menjadi fokus utamanya sekarang ialah untuk memastikan perjalanan kerjaya seninya ini berterusan.
"Semua yang berada di dalam industri ini pasti ingin terus kekal lama. Bagi saya, yang penting niat kita kena betul. Saya cuma ingin merealisasikan impian saya untuk bergelar anak seni," katanya.
Ujar Heliza lagi, walaupun dia juga tidak terlepas dari sedikit 'kontroversi' apabila ada yang mengatakan dirinya hipokrit ketika dia masih berada di dalam akademi, itu semua tidak jadi halangan untuknya terus maju.
"
Orang yang kenal saya akan tahu bagaimana diri saya yang sebenarnya. Saya ni ada variasi watak. Adakalanya saya cepat mesra dengan orang, tetapi ada ketikanya saya perlu ambil masa.
"Tapi, saya tidak salahkan sepenuhnya pada mereka yang berkata begitu. Mungkin mereka tidak kenal saya dengan dekat, dan sebab itulah keluar persepsi seperti itu," |
|