CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

Konsert SATU @ IB : [Kongsi Pengalaman,Review,Gambar & Komen]

[Copy link]
Post time 29-6-2009 02:51 AM | Show all posts
418# ruffly_sya

Tadi pun dah dekat last jugak. Stay sampai pukul 12:30 lebih baru dapat. Tu pun lambat sebab adala manusia tak habis nak brgambar ngan CT sampai 4/5 kali.

Ada nampak Ning, sian CT tak sebut nama dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 02:58 AM | Show all posts
418# ruffly_sya

Tadi pun dah dekat last jugak. Stay sampai pukul 12:30 lebih baru dapat. Tu pun lambat sebab adala manusia tak habis nak brgambar ngan CT sampai 4/5 kali.

Ada nampak Ning, sian ...
owen81 Post at 29-6-2009 02:51


oo..tula patutnya dorang sekali atau dua kali cukupla bergambar dgn Siti...
patut fahamla org ramai beratur lg kat blkg...

Siti tak perasan / tak tahu kot Ning dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 03:05 AM | Show all posts
417# adie82

I punya rm120. Ifa raziah pun samala kot. Dia duduk sebelah Fazli Zainal.
Ifa nampak kurusla. Betul la kot yang dia ckp kat Melodi bila masuk kamera tv badan tambah 10 kg
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 03:10 AM | Show all posts
ala.... tak beli pun booklet tu!! tak tau plak ada gmbar ct yg menarik2 dan cantik2!!! Ruginye!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2009 03:16 AM | Show all posts
ala.... tak beli pun booklet tu!! tak tau plak ada gmbar ct yg menarik2 dan cantik2!!! Ruginye!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kerekarlu Post at 29-6-2009 03:10



Rugiiiiii....mmg superb la gmabar dalam diari tueeee
Aku suruh siti sain kat one of the picture.....
lepas nie nak potong...and frame kannn
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 03:25 AM | Show all posts
harap2 siti buat lagi konsert SATU ni, sbb prop sume tu membazir je kalau guna utk 3 hari. baik die buat lagi konsert sempena kemerdekaan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2009 03:55 AM | Show all posts
Rugiiiiii....mmg superb la gmabar dalam diari tueeee
Aku suruh siti sain kat one of the picture.....
lepas nie nak potong...and frame kannn

tepek la sini!....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 04:49 AM | Show all posts
lupa nak tanya, susunan muzik utk konsert SATU tu mcm studio version ke susunan baru?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 08:21 AM | Show all posts
lupa nak tanya, susunan muzik utk konsert SATU tu mcm studio version ke susunan baru?
calmille Post at 29-6-2009 04:49 AM


ada yang cam studio.. ada yang baru and fresh gileee
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 08:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 29-6-2009 08:41

wah2 bukan kemain korang
mesti angau tak tido ni...dh pkl 4 pagi msh bercerite

ak ade amik autograph...sape yg kenal ak...hehehehe
satu-satunya yg pki baju batik kaler hijau smt-smt nk bergaye utk bertemu dgn dato' ct

sms snap pictures tu (gambor ade gambo sipi ak sume ssb jurukamera tu yg nak cpt sgt amik gambor:@:@) sempat berbual sedikit dgn ct...
punyela teruje sbb tak pernah berckp dgn ct sblm ni...masih mampu melayan prtnyn ak wlpn penat sain autograf

inilah dato' ct wlpn penat tp msh msh ade kudratnye nk melayan peminatnya...salute 4 u ct

ak pny review pn nantikn slps ni...lmbt sikit tak pe kn
sbb gambar skrg ni bknnya ade kt ak...ak pki kamera abg ak...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 08:40 AM | Show all posts
ok lah kawan2..nak masuk tido laaa.. sebelum tu nak bayang2kan konsert tadi
eddysheddy Post at 29-6-2009 02:30


eddy pn sempat pi jgk akhirnya

ade tiket org bg free ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 08:47 AM | Show all posts
hingga kini, segmen SITI SITU SANA SINI & DI TAMAN TeMAN masih terngiang ngiang kat kepala otak aku...

aduh.. mampuilah aku tak leh nak concentrate kat kelas nanti!... hsish!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 08:53 AM | Show all posts
hingga kini, segmen SITI SITU SANA SINI & DI TAMAN TeMAN masih terngiang ngiang kat kepala otak aku...

aduh.. mampuilah aku tak leh nak concentrate kat kelas nanti!... hsish!
khyree Post at 29-6-2009 08:47


HUHUHU...jgnla terlalu angau sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 09:07 AM | Show all posts
HUHUHU...jgnla terlalu angau sgt
dauswq Post at 29-6-2009 08:53 AM



haaaa tuh lah kan... wahaha..


nih ngah tunggu guru masok.... kelas punya lampu pon masih holiday mood... GELAP!!!!

haha,..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 09:12 AM | Show all posts
kang kuar dvd..ak terus beli
nk ulang tayang prsmbhn ct

tak puas sgt sbb tmpt tak strategik.....mase part ct ckp sape lg tak sebut selain ct zoner
ak jerit kuat2 CTCARI.....hahaha
last2 ct ckp kpd bkn ct zoner...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 09:18 AM | Show all posts
mmg suke sgt tgk ct mlm td....best giler konsert die..vokal die mmg memukau.. she so gorgeous..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 09:36 AM | Show all posts
ade sorang tu lg smpi tertinggal kunci perodua ape tah, lbh kureng 5-10 mnt lps tu die dtg balik claim......
kes syok sgt kt ct smpi tak ingat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 10:08 AM | Show all posts
hari ni byk paper kuarkan komen pasal konsert ct,
metro, bharian, mstar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 10:18 AM | Show all posts
Luahan Emosi Siti    Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]               

     Siti Nurhaliza

                   Konsert Eksklusif Satu himpunkan suka duka perjalanan seni penyanyi nombor satu negara

UMPAMAmenyelak helaian catatan kehidupan yang selama ini menjadi teka tekidan penuh rahsia, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhalizaseperti membuka sedikit ruang apabila berkongsi lakaran pahit manis,senyum dan tangisnya sepanjang 14 tahun bergelar anak seni.

Konsert Eksklusif Satu yang dipentaskan selama tiga hari bermula Jumaat lalu merangkumkan segala perjalanan yang ditempuhinya.
        
   
    Dalam senyuman ada tangisan dan ketika kebahagiaanmenghuni sudut hatinya, Tuhan menghadirkan dugaan untuk menguji sejauhmana dia mampu bertahan serta bersabar menempuhinya.

Lantas sepanjang dua jam persembahan, naluri khalayak disentuhdengan rangkaian lagu yang menggambarkan perjalanan karier nyanyiananak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang yang bermula sejak 1995.

Perjalanan emosi seorang insan seni bernama Siti Nurhalizaditerjemahkan menerusi lebih 30 lagu yang dinyanyikannya kerana setiapsatu mempunyai jalinan maksud dan makna tersendiri buat si penyanyi.
                          


                        Barangkalikerana itu juga, perjalanan Konsert Eksklusif Satu mengambil sedikitmasa untuk menyentuh hati penonton sebelum lonjakan momentum sebenarpersembahan dirasai khalayak.

Akur mempunyai beberapa kelemahan pada persembahan pembukaan,Siti yang ditemui selepas konsert berakhir, bagaimanapun berpuas hatikerana kerja keras dan kesungguhan mereka lebih sebulan direalisasikandengan pementasan itu.

Akui Siti, tiga hari sebelum konsert dipentaskan, dia bersamatenaga produksi masih bertungkus lumus mencari idea untuk memperbaikimutu persembahan.

“Siti akur konsert ini masih mempunyai kekurangan. Barangkalikerana ia malam pementasan pertama namun kelemahan itu akan diperbaikiuntuk persembahan seterusnya. Ada beberapa perkara yang akan Sitiperbaiki terutama dari segi pergerakan selain membiasakan diri denganpentas kerana Siti akui, agak sukar untuk beraksi kerana belum cukupserasi dengan suasana pentas.
                        
IBU Siti (dua dari kiri) hadir memberikan sokongan.
                        “Begitujuga pilihan pakaian, Siti akan menilai semula supaya persembahanseterusnya lebih lancar dan memberi kepuasan kepada semua yang datang,”kata Siti.

Konsert Eksklusif Satu dizahirkan daripada cetusan ideagagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri NajibRazak.

Menerusi konsert itu, Siti membawa peminat menerokapengalaman, arus kejayaan, kerja kerasnya menongkah tohmahan untukmencipta kejayaan sama ada yang terlihat serta tersembunyi di matamasyarakat.

Konsert Eksklusif Satu juga memberi pengertian mendalam buatpenyanyi berusia 30 tahun itu kerana buat pertama kali dia beraksi diPanggung Sari, Istana Budaya mengalunkan kesemua lagu dipetik daripadaalbum yang pernah dihasilkannya.

Konsert itu turut merangkumkan melodi, tarian, grafik danemosi diterjemahkan menerusi pilihan lagu yang menggambarkan citrakehidupannya untuk dikongsi bersama peminat.

“Setiap lagu bercerita mengenai perjalanan seni dan kehidupanSiti bermula dari awal pembabitan hingga kini. Memang Siti membinaperjalanan konsert ini perlahan-lahan seterusnya menggerakkan moodserta emosi penonton.

“Pada satu tahap, penyampaian Siti lebih tegas dan keraskerana ia menggambarkan godaan serta kekuatan Siti menempuh dugaansepanjang meniti kehidupan,” katanya.

Tidak seperti kebiasaan persembahan, Siti pada malam itumembataskan perbualannya dengan khalayak sebaliknya membiarkan lagunyanyiannya bercerita segala rasa - bahagia, ceria, duka sertakesakitan yang ditempuhinya.

Dan pada satu ketika, tubuh kecil penyanyi itu bergetarmenahan sebak mengenang pengorbanan besar seorang insan bergelar bapayang tidak lagi bersamanya kerana pergi menyahut panggilan Ilahi.

Bapanya, Tarudin Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada16 Februari lalu di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur keranasakit jantung.

“Sepanjang 14 tahun, separuh daripada kehidupan Siti sudahdikongsi bersama umum. Di mata khalayak, Siti mungkin sentiasa dilihattersenyum gembira namun ada ketika Siti terpaksa memendam apa yangdirasa. Cabaran dan dugaan akan sentiasa ada namun kerana keikhlasandan keredaan Ilahi, Siti jalani hidup ini dengan tenang.

“Siti ingin sekali berterima kasih kepada mak, Siti SalmahBachik dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang membantu memberikekuatan untuk Siti menempuh semua ini,” katanya.

Siti membuka tirai persembahan dengan lagu Hati, disusuliSeindah Biasa dan Sutramaya sebelum membawakan medley lagu balada yangmenjulang namanya seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, PurnamaMerindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

Melengkapi persembahannya, Siti turut mengalunkan lagu iramaMelayu tradisional dan kontemporari yang menjadi latar kepadaperkembangan karier nyanyiannya.

Berterima kasih kepada komposer yang digelarnya, Bapa IramaMalaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Siti memilih medleyCindai, Balqis dan Nirmala serta dua lagu dipetik daripada albumterbarunya, Lantera Timur iaitu Cinta Ini dan Bulan Yang Mesra.

Beralih kepada persembahan lebih bertenaga, Siti yang kembalidengan persalinan hitam putih rekaan Michael Ong menghangatkan pentasbersama lagu rancak, Pendirianku, Pada Cintanya dan Ku Mahu.

Turut dipersembahkan rangkaian lagu perlahan, Tanpa Dendam DiHati, Dialah Di Hati, Wanita, Bila Harus Memilih, Cuba Untuk Mengertidan Biarlah Rahsia yang menceritakan detik indah ketika dia dilamuncinta sebelum menemui destinasi cintanya di hati Khalid.

Harus diakui kekuatan konsert ini terletak kepada lontaranvokal Siti yang mengalir penuh tenaga kerana pilihan lagu yang terlaluterikat dengan konsep teaterikal membataskan perbualan serta pergerakanpenyanyi itu di pentas.

Paparan grafik yang variasi biarpun tidak sepenuhnya membantu berjaya memberikan visual mengesankan pada persembahan Siti.

Bagaimanapun, koreografi tarian yang klise menjejaskan sedikitmomentum perjalanan konsert yang bermula agak perlahan lantaran pilihansusunan lagu mengikut konsep.

Datuk K turut kagumi Siti

KHALID atau sinonim dengan panggilan Datuk K ketika ditanyamengenai konsert itu berkata, dia kagum dengan kekuatan staminaisterinya yang mampu beraksi hebat serta melontarkan suaranya pada lagumencabar sepanjang dua jam persembahan.

Kongsinya, beliau bersyukur kerana kerja keras Siti membuatpersiapan termasuk menjayakan sesi latihan serta senaman selama tigabulan di gimnasium berjaya melahirkan sebuah persembahan yangmembanggakan.

Kekagumannya terhadap komitmen Siti dalam menjayakan konsertitu jelas terpancar apabila dia setia bersama isterinya sepanjanglatihan penuh sehari sebelum pementasan sebenar bermula.

“Bayangkan untuk latihan penuh malam tadi, Siti menyanyi lebihlima jam dan alhamdulillah, dia mampu menyanyi dengan baik pada malamini. Saya meminati lagu Siti terutama Cahaya Cinta, Jerat Percintaandan Biarlah Rahsia. Paling menghiburkan ketika segmen lagu rancak.

“Di situ kita dapat melihat kelainan serta sisi berbeza Sitimalah menampakkan dia serasi dengan penyampaian lagu rancak sepertiitu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Khalid, masih terdapat beberapa kelemahanyang perlu diatasi terutama membabitkan plot perjalanan konsert yangperlahan dan tidak berkaitan.

“Begitu juga dengan pilihan pakaian yang kurang bersesuaiannamun selebihnya saya 90 peratus berpuas hati dengan apa yangdipersembahkan Siti,” katanya.

Konsert pertama yang turut meraikan pelanggan Maxis menerusiMalam Gala Maxis juga mengumpul kutipan mencecah RM120,000. Hasilkutipan diserahkan Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashid kepadaSiti untuk menjalankan aktiviti amal Yayasan Nurjiwa, sebuah pertubuhanamal yang ditubuhkan penyanyi itu dan suaminya.


CREDIT TO BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 10:21 AM | Show all posts
Sememangnya nombor 1Oleh Norhayati Nordin
[email protected]

Rap
KALAU sudah namanya penyanyi nombor 'satu'negara, maka dari hujung rambut hingga ke kaki memang semuanyadipastikan terbaik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai kehebatanDatuk Siti Nurhaliza Tarudin apabila beraksi di pentas persembahan.
Tiada apa yang perlu dikritik selain melontarkan pujian buatnya.Ternyata aura anak jati Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah pudarwalaupun sudah berkeluarga. Justeru, pengaruh wanita jelita initerhadap peminat setianya dan industri muzik sangat besar.

Malah, yang pasti Siti sudah membuktikan siapa sebenar dirinya diKonsert Eksklusif Satu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 26hingga 28 Jun lalu, jam 8.30 malam. Konsert selama dua jam 15 minit ituadalah dedikasi bermakna Siti untuk peminat.

Kata Siti, iniadalah julung kalinya dia mengadakan konsert solo itu. Bahkan, KonsertEksklusif Satu juga merealisasikan impiannya untuk menggabungkanmelodi, tarian, grafik dan emosi dalam satu persembahan pentas yangsangat menghiburkan.

"Apapun, saya sesekali tidak lupa padaasal-usul dari mula hingga kini sebagai anak seni. Justeru, konsert inimenceritakan perjalanan karier nyanyian saya yang mana dipenuhi suka,duka dan kontroversi yang membawa Siti Nurhaliza hingga ke tahapsekarang.

"Malah, sokongan peminat yang tidak berbelah bagijuga menjadi tunjang pada karier saya. Lihat sajalah, mereka (peminat)yang hadir ini. Kalau dulu kecil (kanak-kanak), sekarang mungkin sudahberkahwin. Begitu juga yang bergelar makcik kini sudah jadi nenek.

"Tidak terkecuali, yang belum berkahwin sekarang sudah berkeluargaseperti saya. Inilah proses kematangan hidup yang dilalui setiap insan.Cuma, dalam waktu bergembira ini usahlah lupa pada yang memerlukan.Oleh itu, ini juga konsert amal," katanya.

Anggun menggayakanbusana menawan tajaan Jakel, ketika asyik menghiburkan pengunjungdengan rangkaian lagu popularnya seperti Hati, Seindah Biasa danSutramaya, Siti juga tidak lupa mendendangkan lagu irama tradisionalyang menjulang namanya.

Bahkan, hakikatnya diva tersohor inicukup mengenang jasa komposer yang membantunya dalam memartabatkan laguirama tradisional dan kontemporari iaitu komposer terkenal, DatukSuhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah. Katanya lelaki itu penggubah laguhebat.

"Apa tidaknya, beliaulah penggubah lagu untuk kempenkraftangan, membaca dan budi bahasa. Malah, siapa yang dipilihnyasebagai penyanyi, saya jugalah yang diberi peluang. Oleh itu, iramatradisional juga adalah latar belakang pada muzik yang saya bawa.



"Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Ngah yang sudimemberikan kepercayaan kepada saya. Apapun, hadirnya saya di konsertini juga kerana peminat. Jutaan terima kasih kepada kelab peminat saya,Siti Zone yang tidak pernah jemu beri sokongan," katanya.


Antara lagu irama tradisional dan kontemporari yang diperdengarkanSiti ialah medley Cindai, Balqis dan Nirmala. Asyik mengenang memoriindahnya, secara tidak langsung Siti sudah menceritakan 'separuh'daripada kehidupannya sebagai anak seni.

Namun, hakikat hidupmanusia tidak semua yang dilalui itu gembira. Ada ketikanya, didugadengan kesedihan. Malah, kata Siti, dia juga tidak dapat lari daripadamelaluinya. Dari permulaan karier, kegemilangan dan kesedihan adalahasam garam kehidupan.

"Anda semua mungkin melihat sayasentiasa gembira dan ceria. Ini kerana ada kalanya saya terpaksapendamkan saja apa yang dirasa. Malah, dalam masa sama, saya jugaseperti orang lain apabila perlu berhadapan dengan cinta. Ia cukupindah.

"Tetapi, kisah cinta ini agak berbeza yang pada mulanyaia memerlukan saya berteka-teki. Ketika itu, saya dihimpit keadaanhingga menyebabkan terpaksa berahsia. Bagaimanapun, saya adalah seorangyang sangat menyimpan rahsia diri.

"Apapun, kini, sayabersyukur dengan segala yang dikurniakan Tuhan. Kehidupan saya sekaranglebih gembira dan amat bermakna apabila Allah memberikan seorang suamiyang amat dikasihi. Sayang (Datuk K), terima kasih kerana menyayangisaya," katanya.

Apapun, lontaran vokal Siti memang cukupbertenaga hingga tidak disedari masa berlalu. Isteri kesayangan DatukSeri Khalid Mohammad Jiwa ini memang penyanyi hebat. Oleh itu,selayaknya dia digelar penyanyi wanita 'nombor satu' tanah air.

Namun, di kala asyik menghiburkan penonton. Siti nyata tidak dapatmelupakan seseorang yang amat 'bermakna' dalam hidupnya selain ibutercinta, Siti Salmah Bachik. Ternyata, perasaan rindu pada Allahyarhambapanya, Tarudin Ismail membuatkan Siti sebak.

"Selama ini, dimana saja, saya membuat persembahan ayah pasti hadir. Tetapi, malam ini(Jumaat lalu) hanya ibu seorang dan situasi itu amat menyayat hati.Selain keluarga, ayah adalah tulang belakang saya dalam membina karierdan meraih kejayaan ini.

"Kini, ayah sudah tiada lagi di sisisaya dan keluarga. Sebagai anak, kehilangannya dirasai hingga ke saatini dan sukar dilupakan. Apapun, terima kasih kepada keluarga dan SitiNurhaliza Productions (SNP) kerana membantu merealisasikan impian saya.

"Selain itu, saya turut mengucapkan penghargaan kepada cikgu yangmengajar saya bermain perkussion iaitu Steve Thornton. Begitu jugadengan komposer Aubrey Suwito yang melatih saya membuat lagu danmenyanyi dengan baik," katanya.

Berusia 30 tahun, Siti berharapdapat menempuhi segala cabaran hidup dengan tenang. Bahkan, katanya apasaja yang dilakukan menjadi keutamaannya memohon petunjuk daripadaAllah. Justeru, mudahlah baginya untuk membuat keputusan selepas itu.

Sebanyak 23 lagu didendangkan Siti setiap malam konsertnya. Antara lagudiperdengarkan ialah Cinta Ini, Bulan Yang Mesra, Pendirianku, PadaCintanya, Ku Mahu, Biarlah Rahsia, Siti Situ Sana Sini, DestinasiCinta, Di Taman Teman dan Cahaya Cinta.

Bukan saja peminat,namun ramai juga rakan artis hadir antaranya Azizah Mahzan, Ziela Jalildan Habsah Hassan. Ternyata, Konsert Eksklusif Satu Siti melakarsejarah kepada peminat kerana persembahan sangat berkesan.

Apapun, sebelum Siti memulakan persembahannya, penonton lebih duludihiburkan dengan persembahan bertenaga bintang Akademi Fantasia 5(AF5) Aizat yang mendendangkan empat lagu. Antaranya Fikirlah, HanyaKau Yang Mampu dan Bagaikan Permata.

Pada malam Jumaat lalujuga, Maxis Communications Berhad selaku penaja Konsert Eksklusif Satuturut menyampaikan sumbangan hasil kutipan Malam Gala Maxis sempenakonsert itu sebanyak RM120,000 kepada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkanSiti dan suami.


CREDIT TO HARIAN METRO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053769 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list