CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 5-12-2009 03:12 AM | Show all posts


ketika itu(ketika melawan wahabie), sy sendiri sedar, mungkin kekadang kata2 dari ahli tarikat/sufi kedengaran mcm hyper atau sesat....tetapi sebenarnya bukan sesat pun, cuma org biasa tak faham.......(ketika nie sy sokong sufi).... kita ambil contoh pemahaman wahdatul wujud, katanya : aku dan Tuhan adalah satu....

kedengaran sesat, tetapi jika kita mencapai pemahaman2 tertentu, kita akan sedar bahawa ianya tidak berlawanan dgn akidah langsung, pada itulah yg lebih baik utk Tuhan dan hambanya.....tuhan tu lebih hampir dari urat leher.....
maka tak salah langsung pemahaman itu.....


kenapa sama? jikalau begitu, islam bukanlah satu-satunya jalan....ia seolah2 memberitahu bahawa pemahamna peringkat teringgi dlm akidah menyatakan bahawa semua agama, pemahaman atau ideologi adalah sebenarnya adalah jalan2 menuju kebaikan.....dan tuhan itu sama bagi semua.....

lihat saja agama bahai(agama yg dicipta oleh sufi Islam ) juga menyatakan keseragaman agama....bahawa semua agama itu adalah baik......10001 jalan pun tak apa....asalkan menuju ke kebaikan........tuhan akan syg.....
agama bahai ni israel pun suka, ada office besar kat irael.......


bukan org beragama saja yg boleh terbang pi langit....atheist pun boleh.....dgn ideologi yg tertentu.....mereka boleh menembus alam ghaib....menurut sains, alam ghaib ialah alam pemikiran manusia sendiri, tempat yg ada seribu satu rahsia....


ussopp Post at 5-12-2009 02:47



Salam Saudara Ussop ...

Maaf kalau saya memberikan sedikit komen berhubung dengan kenyataan saudara pada perkataan-perkataan yang bertanda merah itu.

Berhubung dengan wahabie dan mereka yang menggelarkan diri mereka itu wahabie, adakah saudara terfikir bahawa inilah sebenar-benar fahaman yang dituntut oleh rasulullullah?. Pandangan peribadi saya, cukuplah kita katakan bahawa kita nie Muslim. Islam itu menuntut perpaduan dikalangan umatnya. Tiada wahabie, tiada salafi, kita adalah muslim yang sedaya upaya kita mahu mengikuti Al Quran dan Sunnah rasul SAW. Cukuplah perpecahan dari segi fahaman yang telah membuatkan Islam itu dihina dan negara Islam itu lemah. Bersatulah kita demi Dienul Islam ini.

Berhubung dengan konsep wahdatul wujud dan kenyataan aku dan tuhan bersatu, cuma saya boleh katakan berhati-hatilah dengan kefahaman ini. Kerana dengan sedikit kesilapan boleh membuatkan kita sesat.

Berhubung dengan kenyataan yang lain-lain itu, silalah saudara rujuk kepada Al Quran dan Sunnah rasul. Kenyataan-kenyataan itu boleh disalah tafsirkan oleh pembaca...

maaf sekiranya adalah salah dalam pendapat saya....

wasssalam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2009 03:14 AM | Show all posts
394# salikin
cuba cek AStRAL PROJECTION......anda akan dapati mempelajari ilmuladuni bukan tanda org islam bagus dan ianya  agama sebenar, sebabatheist pun boleh masuk alam ghaib tanpa susah payah.....
ussopp Post at 5-12-2009 02:47


Adapun pekara yang mencarik adat terbahagi kepada 4 yang terpuji dan 4 yang terkeji. 4 yang terpuji ialah yang zahir pada golongan Iman dan Ta'at :-

1. Irhas
2. Mukjizat.
3. Karamah.
4. Maunah.

mencarik adat yang terkeji pula mempunyai hubung kait dengan pemujaan yang ditumpukan sebagai penyembahan atau penghormatan sebagai syarat makbul doa duduk didalam kufur dan maksiat ia dikenali sebagai:-

1. Istidraj.
2. Sihir.
3. Ihanah.
4. Syawazah.

Keempat-4 ini zohir pada golongan kufur dan maksiat yang terdiri daripada org2 fasik, zolim, munafik, murtad dan kapir. Jelas bahawa penzahiran mencarik adat bergantung pada keadaan manusia dan keadaan manusia pula bergantung pada ilmu dan amalnya samada berada dalam tauhid uluhiyah dan tauhid rububiyah bagi mendapat keredhoan Allah S.W.T dan tidak berada dalam syirik uluhiyah dan syirik rububiyah yang sangat di murka oleh Allah.

SYIRIK pula ertinya menyekutukan atau mencampur aduk pembulatan hati, anggota dan lidah tentang Allah dan rukun Iman yang enam, dalam ilmu Aqidah, syirik bermaksud menyekutukan Perbuatan, Sifat dan Zat Allah dengan sesuatu selain Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:21 AM | Show all posts
421# sigila

baiklah, tidak ada masalah utk sy tolak mana2 fahaman, ASALKAN TAKDA BIDAAH......cukup....
kalau ada fahaman lain yg tolak bidaah, yg tulah sy nak belajar.....takpa buat masa nie itu bukan persoalannya, persoalan yg penting di sini ialah menolak bidaah....tak kisah wahabi atau tidak, cuma yg biasa dikaitkan dgn menolak bidaah adalah wahabie....

padahal sy tak kisah pun....



pasal yg lain2 tu , sy tidak tahu di mana silap sy dlm menerangkan....kerana saudara salah faham,....apa yg cuba sy buktikan di sini ialah semmua itu ialah bidaah, dan perlu dijauhi....

sy cuma menceritakan pengalaman sy ketika sy bersetuju dgn wahdatulwujud semua tu, bagaimana sy melauinya dan yg mana akhirnya saya mendapati ianya patut dijauhi.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:23 AM | Show all posts
394# salikin

saudara kata ----->tak sampai sembah berhala.....???

ya, itulah yg sy rasakan dan fikirkan ketika sy mula2 lawan wahabie(samikna waatokna).....ketika itu sy pikirkan, takkanlah sa ...
ussopp Post at 5-12-2009 02:47



tak salah tuan terlalu banyak membaca tp tuan perlu ada garis panduan yg jelas untuk membezakan yg haq dan yg batil.

tauhid terdiri
2 bahagian;1.Tauhid ar-Rububiyyah

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya:

1. Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yangmenulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa setiapsesuatu pasti ada pembuatnya.

2. Semua benda di alam ini, daripada sekecil-kecilnya hinggalahsebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-’Alamin.Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.

3. Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah buktiAllah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakanbahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akanberkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa,iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawasesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.

Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yangberbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allahadalah Rabb yang Maha Bijaksana .

Fitrah mengakui Rububiyyah Allah

Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yangdapat diterima. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia.Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetapmengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit danbumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang MahaPerkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)

Tidaklah susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiapinsan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allahjuga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.

Al-Quran mengakui adanya Tauhid ar-Rububiyyah di dalam jiwa manusia

Adalah fitrah kejadian manusia mempercayai kewujudan Tuhan. Tp kita sebagai org Islam wajib menegakkan 2 kalimah syahadah, iaitu mengakui Allah sebagai Rabbul A'lamin dan Nabi Muhammad itu PesuruhNya..

Hanya mempercayai tauhid rububiyyah, kita samalah spt fahaman budha, hindu, kristian dll..

Tauhid al-Uluhiyyah

Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalamperibadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasulbertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firmanAllah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkanKami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, makakamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul(untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

Tauhid Uluhiyyah inilah yg diterima pakai dalam Islam iaitu mempercayai Allah Rabbul A'lamin dan Nabi Muhammad PesuruhNya dgn mengikut Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Pengorbanan Harta dlm ubudiyyah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 02:59

413# baghal

macamana saudara boleh kata wahabiie nie golongan yg mempersoalkan akidah guna logika.....?

sy hairan.....

haritu sy dah tulis awa ...
ussopp Post at 5-12-2009 02:54


Cuba tuan jelaskan 'samikna waatokna'
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:32 AM | Show all posts
fahaman wahdatulwujud memang sesat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2009 03:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 03:48

424# baghal

cuba pi bukak tauhid wahabi....sama mcm tuan tulis.....saya dah agak saudra hampir2 tak tauw apa2 tentnag wahabie.

hanya dengar2 dari jauh....hanya tentang  keburukkan tanpa pemahaman yg betul....

sekurang2 nya saudra sirrikahfi menolak wahabi atas alasan yg sy boleh terima......yg mana boleh didebatkan....

tapi saudara lebih kepada tak tahu.....

dan samik na waatok na maksudnya kami dengar dan kami patuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 03:14
ini adalah teori terakhir sains yg dicapai setakat nie, mendahuluipemikiran terakhir yg dicpta albert einstein.....perlu diingat bukansufi saja pikir pasal tuhan, saintis jugak melihat ayat2tuhan(alam).......
ussopp Post at 5-12-2009 03:12


maap sedara tidak ada alat,akal sains yang dapat menjelaskan tentang kewujudan ALLAH S.W.T kite kenal Allah sebab ia terkandung di dalam Al-Quran Dan ape yang telah diterangkan Oleh Nabi MUHAMMAD S.A.W. Selain dari Nabi Muhammad S.A.W tiada siapa yang lebih mengenali Allah. Aibert Einstein dan yang lain2 lagi selagi mereka itu di dalam kufur dan maksiat mereka tidak akan mengenali Tuhan Allah. Sebagi contoh pun hamba tak rela melainkan dia mengucap dua Kalimah Syahada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2009 03:34 AM | Show all posts
422# salikin

terima kasih.......tak ada apa2 yg sy tak setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 5-12-2009 03:46
421# sigila

pengalaman sy ketika sy bersetuju dgn wahdatulwujud
ussopp Post at 5-12-2009 03:21


Iktiqad Wajdatul Ujud yang ditentang oleh ASWJ

Ia mengitiqadkan Zat Allah menjelma pada mana2 tempat dalam diri dan bersatu dengan roh sehingga di kala itu org itu mengaku dirinya tuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan segala yang haram dan terangkat segala taklif syarak pada dirinya. Umpama Nikah batin, Solat ckup sekadar niat dll.

Maksud gugur taklif syarak pada istilah ahli sufi ialah gugur taklif syarak pada makam yang ditinggalkan dan masuk melaksanakan taklif syarak pada pangkat dan tingkat dirinya berada, yang menuju sasarannya baik paling baik, agung baik, maha baik, iaitu akidah, syariat, akhlaq Nabi Muhammad S.A.W zohir dan batin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:52 AM | Show all posts
428# salikin

apabila tuan cakap begitu,
sy rasa sy tidak dapat utk menjelaskan kepada tuan pemahaman sy  kenapa sy tolak bidaah....sy tak mampu. hehe
mungkin salah sy kerana melontarkan pandang ...
ussopp Post at 5-12-2009 03:46


Maap saya bkn nk menang atau menjatuhkan Tuan Uccopp. Maap kan sebelum ini kata-kata saya kasar pada Tuan. Tapi saya nk membela dengan hujah tentang kebenaran Iktiqad ASWJ yang telah disalah paham oleh byk puak2 tarikat itu sendiri, puak2 wahabi maap sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:55 AM | Show all posts
fahaman wahdatulwujud memang sesat...
baghal Post at 5-12-2009 03:32


oooi xtdo lg ka? pi la solat tahjjud udh ler........sok-sok le plak.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:55 AM | Show all posts
430# salikin

sy tulis ketika sy setuju, kini tidak lagi.....

semua yg sy tulis dlm post tersebut ialah tentang  proses bagaimana sy mendapat pemahaman utk menolak bidaah  melalui cara memasuki hal2 bidaah itu sendiri dan bersetuju dgn mereka.......

sy bukan menolak bidaah kerana saya bersetuju dgn wahabie, tetapi ia bermula dgn sy menentang wahabi itu sendiri, dan terjun ke dalam kepelbagaian dunia bidaah.....

di situ baru sy nampak bahayanya, itulah yg cuba sy bagitauw dlm post yg panjang2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:58 AM | Show all posts
432# salikin


ok..selamat beramal
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 03:59 AM | Show all posts
431# salikin

kekadang sy heran, apabila tarikat2 dan ahlul sunnah wal jammaah adalah sama, kenapa perlu ada jalan lain.....
kenapa perlu nama2 tertentu.....

kalau dah semua namanya ASWJ , maka cukuplah satu jalannnya....sedangkan tarikat itu perintis kepelbagaian....?

apa pendapt saudara?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 06:15 AM | Show all posts
411# salikin  

Salam Saudara Salikin ....

Alhamdulillah, saudara seorang yang mahir dalam meng ’class’ kan ayat Al Quran berdasarkan kepada Muhkamat, Mutasyabihat dan tauhid. Bersyukurla ...
sigila Post at 5-12-2009 02:37


Maapkan saya syiekh Maj'nun krn soloroh saya mengundang kemarahan tuan.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2009 06:23 AM | Show all posts
418# baghal

Salam Saudara …..  

Saya bersetuju dengan pendapat saudara berhubung dengan kata-kata Ibnu Atho’illah dalam kitab Al Hikam itu, kerana kitab itu adalah merupakan salah satu dari sumber rujukan bagi pengajian tasauf disamping kitab-kitab lain seperti Minhajul Abidin, Tanbihul Ghaafilin, ihya 'ulumuddin, sirrur asror dan lain-lain lagi.

Kata-kata Ibnu Atho’illah itu adalah sesuai dengan kasab (daya) manusia yang telah dijadikan oleh tuhan. Manusia hanya sekadar menggunakan kasab (daya) itu sesuai dengan fitrahnya, tetapi yang menjadikan kasab (daya) itu adalah Allah dan menggunakannya adalah manusia dan Allah bukanlah pengguna kasab (daya) itu. Kalau diertikan secara lughoh kasab itu adalah sesuatu daya
yang padanya bergantung kemampuan makhluk itu.


Kalau kita merujuk QS 37:95-96 dalam hal ini Allah menerangkan bahawa dialah yang mencipta akan perbuatan manusia itu dan dialah yang menciptakan akan manusia itu. Jesteru kita faham bahawa Allah sebagai pencipta manusia, maka oleh itu setiap apa yang dilakukan oleh manusia yang diciptanya itu tentulah berada dalam pengetahuanNya sebagaimana firman Allah QS 67:13-14.

Perlu juga kita ketahui bahawa manusia itu mempunyai sifat ’istitha’ah (kesanggupan) terhadap penggunaan kasab itu. Ia mempunyai kemampuan bagi menentukan pilihan sendiri dan tidak majbur (terpaksa). Contohnya apabila kita merenung kepada diri kita sendiri, kita mampu membezakan antara tindakan irti’asy (reflek) dan tindakan yang bersifat ikhtiyariyah (usaha berdasarkan pilihan sendiri). Selama qudrat (kemampuan) manusia itu
disertakan dengan ikhtiyariyah (usaha berdasarkan pilihan sendiri) maka dia sudah mula faham akan dirinya. Manusia itu adalah pengguna akan daya dan berikhtiar sesuai dengan usahanya dan dia bukannya pencipta dan penentu daya tersebut. Maka saya secara peribadi berpendapat tiada salahnya apa yang dikatakan oleh Ibnu Atho’illah



Rasulullah sendiri menganjurkan supaya umatnya menguruskan kehidupan mereka. Menguruskan dalam erti kata yang bersesuaian dengan syariat dan akidah islam itu sendiri. Selebihnya segala urusan itu diserahkan kepada Allah dan bertawakal serta berdoa. Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan ikhtiar yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredaan Allah s.w.t.
Apabila apa yang diuruskan itu berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana kehendak Allah. Jika apa yang diuruskannya tidak menjadi, maka dia redha dan akur pada takdir Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 06:25 AM | Show all posts
418# baghal

Berhubung dengan surah Yunus penjelasan saya adalah seperti dibawah ini. Saya tidak menjawab persoalan tuan berhubung dengan amalan disebabkan di ayat ini tiada perkataan amalan. Yang ada lafaz ’yajma’un’ dan tiada lafaz ’ya’malun’


قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٲلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ

Lafaz di atas adalah ayat 58 daripada surah Yunus. Ia boleh kita terjemahkan lafaz demi lafaz secara ringkas tanpa mengambil kira kaedah balaghah, nahu dan sorof seperti berikut.

“Qul” adalah lafaz ‘amr’ yang membawa maksud katakanlah!,
Bifadli’ dimana huruf ‘ba’ dibaris bawahkan bermaksud ‘dengan’ manakala ’fadli’ itu bermaksud ‘kurniaan’. Oleh itu ‘bifadli’ boleh lah kita ertikan sebagai ‘dengan kurniaan
Allah’ bermaksud Allah
Wabirahmatihi’ bermaksud huruf ’wau’ maksudnya ’dan’ ’ba’ dibaris bawahkan bermaksud ’dengan’ ’rahmati’ bermaksud ’rahmat’ manakala ’hi’ itu bermaksud ’Nya’ merujuk kepada lafaz Allah sebelum itu.
Fabizalika’ bermaksud ’fa’ huruf fa berbaris atas bermaksud ’maka’ huruf ’ba’ baris bawah bermaksud ’dengan’ manakala ’zalika’ bermaksud ’demikian itu
Falyafrahu’ bermaksud ’fa’ bermaksud makayafrahu’ adalah ’fiil amr’ bermaksud ’hendaklah mereka bergembira’ kata (jama’)
Huwa’ bermaksud ’iaitu
Khairun’ bermaksud ’lebih baik
Mimma’ bermaksud ’Min’ bermaksud dari/daripada manakala ’’Maa’ bermaksud ’apa’
’yajma’un’ bermaksud ’mereka kumpulkan

Ayat itu secara ringkasnya boleh diterjemahkan sebagai

’Katakanlah! Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, Maka dengan demikian itu hendaklah mereka bergembira, ia itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”

Ayat ini membicarakan konsep syukur dan tawakal diatas apa jua rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya kerana itu adalah sebaik-baik rezeki. Walaupun kadangkala rezeki itu sedikit tetapi kerana berkatnya rezeki itu ia akan mencukupi. Berbanding dengan dengan rezeki yang banyak, jika tiada keberkatan dalam rezeki itu maka ia tidak akan cukup. Begitu juga dengan amalan, walaupun sedikit, tetapi jika diamalkan, insyaallah ilmu akan bertambah.

Secara keseluruhan surah ini adalah surah ’makki’ kerana semua ayat kecuali ayat 40,94 dan 95 turun di Mekah. Sebenarnya kalau kita membaca surah Yunus ini secara keseluruhan kita akan lebih faham bahawa secara ringkasnya ia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama
Allah menyebutkan risalah nabi-nabi yang diutus dan menerangkan kedudukan para rasul sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan.

Bahagian kedua
Menerangkan tentang keingkaran orang-orang kafir terhadap Al Quran, bantahan terhadap anggapan kepalsuan risalah para rasul, keingkaran kaum musyrikin terhadap pokok agama. Allah.

Bahagian
Dakwah tentang Islam dan kemudian surah ini ditutup dengan seruan agar mengikuti rasul, bersabar terhadap semua tindakan jahat kaum musyrikin, istiqaamah dan bertawakkal kepadaNya

Maaf kalau ada salah dan silap, kerana saya akui ilmu yang ada terlalu sedikit untuk dihujjahkan. Silahlah sahabat bertanya kepada mereka yang ahli...

Wassalam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 06:50 AM | Show all posts
Maapkan saya syiekh Maj'nun krn soloroh saya mengundang kemarahan tuan.......
salikin Post at 5-12-2009 06:15


Salam Sahabat...

Masha Allah.... jangan begitu saudara... dalam muzakarah itu tiada sesiapa pon yang boleh marah... masing-masing bebas memberi pendapat yang diyakini benar oleh dirinya. walaupon begitu dia juga perlu bersikap menghormati akan pendapat mereka yang lain. Sikap keterbukaan dan hormat menghormati dalam Islam adalah merupakan tuntutan.

Punca perpecahan dalam Islam ini adalah kerana sifat taksub dan taklik yang tidak sewajarnya. Masing-masing terlalu memikirkan golongan merekalah yang benar dan selain daripada mereka itu sesat. Secara peribadi saya berpendapat jangan dicari titik perbezaan tetapi carilah titik pertemuan.

Islam lemah sebab berpecah. Islam dihina sebab berpecah. Islam berpecah sebab kuasa. Islam berpecah sebab politik. Islam berpecah sebab harta. Selagi ada lagi sifat tamakkan dunia pada umat Islam hari ini, maka sampai bila-bila Islam akan terus begini.

Saya berpendapat Islam itu asalnya satu. Dan sampai bila-bila selagi kita mengikut AL Quran dan Sunnah rasul kita tetap Islam yang satu. Tiada salafi, tiada wahabi, tiada sunni, tiada syiah. Selagi kita meyakini Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan itu, dan selagi kita berpegang teguh pada Al Quran dan Sunnah rasul SAW, dan selagi mulut dan hati kita masih di dalam Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah kita adalah muslim agama kita adalah Islam.

Maaf sahabat, sekiranya ada tersalah kata... sekadar meluahkan pendapat...

wassalam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 07:05 AM | Show all posts
makin menarik thread ni.  semua versus semua.  ni boleh digest ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 1.702086 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list